EDIT PHOTO CONTEST adalah contest yang aku dapat daripada seorang blogger yang bernama cik ros. Tibe2 aku rasa berminat pula nak join contest ni. Al-maklum la, dekat dalam lappy aku ni berlambak gambar2 photoshoot aku yang aku dah edit baik punye. Daripada aku simpan buat pekasam, ada baiknya kalau aku masuk je try nasib dalam EDIT PHOTO CONTEST. Memang tersangat menarik la :) Korang nak join ke ? Meh klik sini untuk maklumat lanjut berkenaan contest yang menarik gile ni. Tanks diucapkan kepada cik ros sebab sudi buat contest yang baik punye macam ni :) Gambar yang aku pertaruhkan macam yang korang lihat kat bawah :
Gambar kat atas ni real2 aku okey. Gambar photoshoot aku dekat padang dataran merdeka :) Gambar disnap oleh Amir Photographer dan diedit sepenuhnya oleh aku sendiri. Harap2 la dapat jadi pemenang. Amin.
Baru-baru ni, aku sibuk google search pasal perbezaan antara rebonding dan relaxing hair. Aku rasa macam rambut aku ni dah serabai sangat dan panjang. Bertambah la kehodohan aku macam ni. Ops tidak ! Aku mesti lakukan sesuatu ! hahaha. Tiba2 aku teringin pula, dalam masa terdekat ni nak try rebonding pulak supaya nampak lebih kemas n senang sikit nak jaga rambut. Lepas tu, aku search punya search pasal rambut ni aku terjumpa la pasal relaxing hair. Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu apa tu relaxing hair. Apabeza die dengan rebonding ? Bukan sama ke ? Aku try cari jawapan dan antara jawapan dia ialah :
Hair Relaxing : Rambut akan kelihatan lebih natural dan mempunyai volume. Nampak macam original rambut korang lurus. Dengan relaxing hair juga, rambut korang takkan kelihatan lurus gila macam direbonding. Selain tu juga, harga relaxing hair ni murah sikit berbanding rebonding rambut.. Relaxing hair ni selalunya sesuai untuk orang2 kulit hitam disebabkan rambut dorang terlalu menggerbang. Selain itu, relaxing hair ni juga sesuai untuk orang yang rambut die tipis sebab rambut korang mempunyai volume yang tak menampakkan sangat rambut kita sikit dan tipis. Kat atas ni antara contoh kesan daripada relaxing hair. Nampak macam original dan tak terlalu lurus kan ?
Hair Rebonding : Macam kat gambar atas ni, rambut korang akan nampak macam tak ada perasaan. haha. Sebab apa erh ? Sebab beza dia, bile direbonding, rambut korang memang cantik dan kemas cuma rambut korang akan terlalu lurus dan menampakkan muka korang kelihatan cengkung je. Semestinya, rebonding ni bukan yang terbaik untuk orang yang mempunyai rambut sikit dan tipis. Sebab, ianya akan membuat rambut korang nampak bertambah tipis dan sikit. Selain itu juga, rambut korang akan nampak penyek. Bukan aku yang cakap, tapi hasil kajian yang aku dapat majoriti mengatakan macam tu. Rambut korang juga tidak akan mempunyai volume berbeza dengan hair relaxing. Harga juga lebih mahal macam yang korang tahu la. Hair rebonding ni sebenarnya sangat sesuai bagi orang yang mempunyai rambut panjang dan tebal, so dat rambut korang memang akan nampak lawa gile dengan rebonding ni.
So conclusion, kalau rambut korang tipis, baik korang buat hair relaxing dan jika rambut korang tebal baik sekiranya korang buat rebonding supaya rambut korang tak nampak terlalu tebal dan terurus. Rambut aku sikit dan tipis so mybe, aku akan buat hair relaxing. Tengok la dulu, kalau baget mencukupi. Kan dah kata aku tanak boros2 dah. hahaa...