9 Dec 2009

resepi pizza maggi :)

heylo guys ! :) Today aku akan jadi chef untuk korang okey :) ahaha. Aku akan kasi korang satu resepi senang gile nak buat tapi sedap gile untuk di makan :) Semalam aku baru kasi resepi ni kat Farid. N tibe die post kat myspace siap dengan pic2 n resepi nak buat sekali. So, tibe2 aku rasa nak curik pic die letak kat blog aku then sambil tu aku nak ajar korang cara nak buat pizza maggi ni ok ! :) Guys, selalu kan kite asyik masak maggi bosan la asyik2 goreng biasa then rebus kan kan ? But today, kita akan buat satu kelainan ok. Aku akan ajar korang cam ne nak buat pizza maggi ni :)




1) Korang kena sediakan dua biji telur sekiranya korang guna satu maggi. If dua maggi korang guna so guna la lebih telur ok. Dalam 3 ataupun 4 biji telur ikut korangnye selera la ok :)


2) Korang boleh menggunakan apa2 sahaja jenis maggi sama ada maggi rebus, maggi goreng, maggi kari, maggi ayam, maggi itik, maggi lembu dan sewaktu dengannya. Tapi mengikut pengalaman aku, if korang guna maggi kari lebih sedap ok.


3) Step pertama korang kena buat adalah mengasingkan perencah dan mee maggi. Selepas itu, korang rebus maggi tanpa memasukkan perencah. Biarkan dahulu maggi ini direbus kemudian...


4) Korang pecahkan telur2 tuh sume dekat satu mangkuk yang agak besar. Kemudian, korang masukkan perencah maggi kedalam mangkuk telur ini. Korang juga boleh memasukkan bawang supaya rasa lebih sedap ataupun apa2 bahan campuran macam ayam ke o sayur2-sayuran yang dipotong halus supaya rasa lebih sedap. Then, lepas dah masukkan sume bahan gaul dan gaul sehingga sebati. Then korang tinggalkan mangkuk telur n bahan campuran ni dulu dan korang pergi balik kuali mee maggi yang korang rebus tuh. Agak2 mee maggi korang dah masak, korang tapis maggi tersebut sehingga hilang air dan kemudian masukkan kat dalam mangkuk campuran telur perencah sume tuh. Korang gaul sehingga sebati. If rasa kurang telur keras sangat, tambah lagi telur ok :) Then korang tinggal kan dulu magkuk ni..


5 ) N korang sediakan satu kuali dan gunakan lebih kurang 2, 3 ataupun 4 sudu minyak, jangan terlalu banyak seperti gambarajah yang farid buat kat atas tuh k, banyak sangat =.='. Kemudian, panaskan minyak. Agak2 dah panas, korang masukkan hasil campuran telur dan maggi tuh dan biarkan bentuk die bulat jangan kacau ok. N, kalau boleh korang elakkan daripada pizza maggi ni hancur bile korang terbalikkan. Make sure it maintain bulat :) N then, angkat bile agak2 dah masak dan kaler seperti kat rajah di atas.


6) Then now, pizza maggi korang akan kelihatan seperti gambarajah di atas. Korang bolehlah letakkan sos cili di atasnya dan juga mayonise if korang nak supaya rasa lebih enak. Korang juga boleh makan macamtuh je.


So guys, selamat mencuba dan jangan lupa komen if ada sebarang pertanyaan n jugak korang selitkan la erh pic korang masak jadi ke dak pizza maggi korang tuh. ahhaa ;P Gud Luck ! :)


* hope Farid tak marah aku curik pic die. Sayang jangan marah ok. ehehee :p


3 comments:

  1. aiyaa ... jd tukang masak plak . hahaha

    ReplyDelete
  2. penah uat dulu, tapi.. tak sedar plak bahwa itu pizza maggie.. HAHAHA... asal masuk perut sudah.. hek..

    ReplyDelete
  3. ohhh u panggil pizza eh? i panggil murtabak megi HAHA megi kari paling serasi lh ,perencah yg lain xpnah try pun

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook