I bercakap berdasarkan pengalaman. I menulis berdasarkan pemerhatian. Dah terang lagi bersuluh, bukan i sahaja malahan rakan setugas yang bekerja sama tempat dengan i pun naik bengang sampai cakap ' Ni dah tahap melampau ni kalau duduk Malaysia, tapi bahasa Malaysia langsung tak tahu.. Memalukan..'
1Malaysia satu idea yang bagus.. tapi..
Kebanyakan rakyat Malaysia yang bukan Melayu 90% boleh dikatakan tak faham bahasa Malaysia. Ya, mungkin mereka paham, tapi hanya berapa kerat perkataan saja mereka tahu. Kerja i tiap hari kena call orang dari setiap negeri dari Melayu ke Cina Ke India.. Makin hari i kerja sebagai penemuduga ni semakin hari i semakin mengenali rakyat kita.. Rakyat Malaysia.. Dan i rasa malu.. Malu sangat..
Cuba u fikir seperti yang i fikir, sedangkan orang Nepal dan Bangla yang baru menetap kat Malaysia pun dengan mudah petik jari berapa bulan datang ke negara kita dah paham bahasa Malaysia dah boleh pot pet pot pet dalam bahasa Malaysia.. Ini kan lagi rakyat Malaysia yang ada ic warganegara Malaysia tapi langsung tak tahu cakap bahasa kebangsaan kita..
Buah epal yang lazat.. Tiada kaitan.. hehehe
Berdasarkan pemerhatian i, majoriti rakyat berbangsa Cina 80% tidak boleh berbahasa Malaysia dan untuk India pulak hanya dalam 1o% je.. Kadang2 i rasa geram sangat.. Bahasa Malaysia dorang tak paham, inikan lagi bahasa inggeris.. Asyik2 ayat yang keluar dari dorang ' Saya mau cakap cina saja.. Saya tak paham melayu.. tetttt!! Tiba telefon dimatikan... Kalau seorang dua i dapat kes macamni tak apa.. Macam i cakap, 80% semua macam ni.. Rakyat Malaysia beb.. Yea, rakyat kita ! Bukan banglaa ataupun Nepal ataupun epal... Apa kes ?? Kata 1Malaysia !

