Assalamualaikum.
Haaa, INI BUKAN HERO KOREA. Jauh beza T.T
I bukan hantu drama Korea. Terus terang i hantu filem TAMIL. Haa, yea TAMIL i memang tak gebang. Betol2 okey bukan cobaan. HAHAHA. Tapi entah macam mana, sejak dua menjak ni i telah terjebak ke kancah menonton filem BL,, erkk salah ! drama KOREA T.T
No wonder laah, ramai budak perempuan suka drama Korea kan kan. Bukan setakat lelaki dia jambu, tapi jalan cerita dia sangat kreatif dan berjiwa remaja. Part romantik dia pun, ada style sendiri. Bukan macam cerita TAMIL kesukaan i tuh. Now, i reject TAMIL beralih ke KOREA. Hakhakhak. Curang habis !
Princess Hour best :) Hero dia pun jambu gilaaa
Yang i perasan kan, apasal lelaki dia yang hensem2 macho2, perempuan yang cun2 macam model mesti jadi karakter sampingan. Yang perempuan tak berapa nak lawa tapi comel n lelaki tak berapa nak hensem tapi jambu mesti jadi dia punya hero n heroin. Damn ! Mungkin style dorang kot. I rasa tiba macam nak pindah Korea pulak. Yelaa, i kan tak cantek tapi comel, kot2 boleh jadi pelakon terkenal kauuu kat sana sapa tahu. OKEY INI SANGAT PERASAN ! HAHAHA
I baru habis tengok semalam ! :)
Lepastu kannn, yang i addicted dengan drama korea ni sebabnya cerita dia sangat remaja okey. Kalau macam cerita melayu, haa tak payah cakap hantu rempit hantu rempit. Tapi filem hantu merempit ta pernah pulak dorang nak keluarkan kan ? HAHA. Kalau TAMIL pulak, gaduh gaduh gaduh. Haa, tuh je dorang layan. Tapi Korea, perghhhhhhhh, cerita gay ada, kawin muda ada, perempuan jadi lelaki ada dan macam2 lagi yang memang pelik2 habis. Layannnn..
Yang pasti, i suka tengok drama korea ni. Sampai 6pagi wee. Agak2 mak dah bangun baru kelam kabut nak tutup laptop * baget tengah tido kalau tak kena hempokk. Yelaa, i kan cuti ni jadi bibik berjaya so kena bangun pagi untuk masak T.T Ok sudah cerita pasal bibik. Masuk isi balikkk. Lepastu kan kan kan kan.. SUDAH ! I malas nak membebel. Agak2 u nak sambung puji drama korea dipersilakan. SEKIAN
Nak tengok drama korea yang memang best2. Sila tekan SINI :)




