17 Apr 2013

Latihan Industri di Media Prima, Sripentas TV3 - Part 2


Assalamualaikum.




Sorry late update! :P So, first day I kuar shooting excited sesangat ^.^ Time ni I followed team Kids@FGW alaa program budak2 dekat NTV7. Memang pengalaman takleh lupa lah. Most of our team ni senior2 intern daripada UITM. Kitaorang pergi tasik dekat area-area Sri Pentas gak untuk shoot. Host dia muda sebaya I je lol. Before this i tak pernah pun tgk program ni. Ingatkan host dia budak2, last2 baru tahu dorang sama umur dengan I je lool xD Hani dan Johan sangat cute n sporting ok ! =)




First time naik Van TV3 hahaha before ni selalu nampak je tepi-tepi jalan tapi tak sangka pulak at last dapat juga angan2 i jadi kenyataan nak naik van TV3 ni uolss.. HAHA. Tapi bunyi enjin dia takleh blaa.. Kalah lori 400000 tan! blerghhh HAHAHA >.<





Ni sound engineering punya kerja. I lupa dah nama dia apa HAHAHA yang i tau function dia untuk record sound and make sure sound tu clear so korang yang penonton ni dapatlah dengar suara host ataupun pelakon dengan jelas dan jituuuu tanpa sebarang gangguan... ^.^ 





Ni kamera. Single camera production. Kamera ni boleh bawa pergi mana2 untuk shoot. Oh tak tak tak, tugas i bukan ambik shoot pun tapi...







Yea.. buat props ! lukis2 dekat telur tu.. I taktau nak lukis apa. Hentam jelah. Haa, yang telur atas ni i yang lukis. Lawa tak ? lawa kan kan kan ? Setelah menggunakan hasil kreativiti sepenuhnya inilah hasilnya... penat hokey :P hehe





Time shooting berjalan ni lah rupa dia.. Sibuk ya amat.. Ni semua adalah kerja kitaorang. In case korang jadi assistant production one day, antara kerja yang bakal korang kena buat sume ni lah.. Buat props pun salah satu kerja korang eh. Jangan fikir nak letops sangatlah HAHA :P 





Johan dan Hani yang sangat peramah dan down to earth. Dorang ni memang I think dah dilahirkan as pengacara kot.. Spontan je, bagi skrip 3minit settle boleh start hosting blablablabla non stop lak tu.. Sekali shoot settle. Takyah nak cut cut bagai. Memang gifted habislah :) Paling i terkejut adalah dorang sebaya dengan I ! HAHA nampak comel je kan. I ingatkan dorang still sekolah lagi ^.^ 





Comelkan design telur kitaorang buat ! AHAHA yang pink dan merah tu Hani dan Johan yang buat time tengah shooting :) Lengkap dengan mata how cute ^.^ huhu



Shoot daripada pukul 11am - 5pm camtu if tak silap. I pun dah lupa xD hehe. Tapi pengalaman yang memang tak lupa lah :) Dan pengalaman seterusnya.... I ditukarkan ke program Idola Kecil TV9 =) disebabkan program ni baru je mula, dan takde budak intern yang join so Encik Zafran suruh i join Idola Kecil. I pun layan jelaaa... Syukur sangat dapat buat program IK sebab team i sangat2 best.. Banyak pergi outstations, kenal perangai budak2, kenal ramai artis dan macam2 lagi pengalaman yg I dapat :)


Jap lagi I sambung entri tentang Program Idola Kecil :D nantikan..



10 Feb 2013

Latihan Industri di Media Prima, Sripentas TV3 - Part 1


Assalamualaikum wbt.


Apa khabar all my beloved readers ? :) Setelah menghilang selama 6bulan at last im back ! Minta maaf sangat-sangat sebab I dah lama gila tak hupdate belog ni. Sebab life sangat-sangat busy. Ingatkan time praktikal dulu ada lah masa nak hupdate belog bagai, but end up MEMANG-SUPER-BUSY-28JAM! *true story*


Bismillahirrahmanirrahim, seperti yang dijanjikan dalam facebook harini I akan share kan semua pengalaman I selama menjadi pelajar praktikal di Media Prima Berhad :) Oh ya, ramai yang tanya macam mana nak apply untuk latihan Industri di Media Prima. 1st thing yang I buat adalah pergi ke website Media Prima Berhad sebulan sebelum I start practical. Then i tekan link - apply for internship. Dekat situ, dia ada tulis, mail to internship@mediaprima.com.my. I tak berani nak main2 email ni sebab i takut in case dorang tak baca ke apa, or email tu tak valid, so I memang jenis akan call direct. I google2 then dapat contact number untuk Media Prima dan I tanya sendiri macam mana nak internship semua. Akak yang jawap tu kerek gila dengan slang2 english dia phewww sabar jelah -.-' Orang yang terima call daripada TV Al-Hijrah punyalah sopan santun, berbeza gila. HAHA. Lepas dah confirm email tu betul semua, I buat ayat cantik2 dekat email dan I hantar resume I, cover letter dan semua backup2 document yang dorang nak. Sebenarnya I tak confident sangat dapat kat situ, sebab dari yang I dengar Media Prima banyak amek budak UITM je.


Tapi, Alhamdulillah, 3minggu lepastu, I dapat call daripada HR Media Prima untuk internship dekat situ. Punyalah lembap dorang reply time tu nak raya dah kot -_______- dan i dah pun terima tawaran latihan industri dekat TV Al-Hijrah. Tapi disebabkan family nak I buat praktikal dekat Media Prima juga, disebabkan dorang kata banyak pengalaman, so I ikutkan je, walaupun jauh dia tak hengat dari rumah I. Ampang ke Damansara kot. Sumpah penat.




ID card saya semasa berkhidmat di Media Prima :) 


Okey, now I nak cerita pengalaman hari pertama I dekat Media Prima. Malam sebelum I start intern, i google macam mana nak travel dari Ampang - Sri Pentas, Damansara Utama. Set dalam mind, naik LRT smpai Masjid Jamek -> naik Putra smpai Kelana Jaya -> naik bus U89 atau U43 -> Sampai depan2 Sri Pentas. Oh ya, i naik kenderaan awam sebab I tak amek lesen lagi time ni. Ahh, sudah, padan muka -______-" ghasakklah! set dalam mind, lepasni boleh kurus sebab travel. Kahkahkah *yang adoo* Hari pertama dah problem, pukul 7 i gerak dari rumah, smpai office pukul 9.30. Sebenarnya kena sampai pukul 9.00. kuikuikui takleh nak buat apa lah, saya naik bas awam bang lembap dia tak hengatt satu jam gak lah tunggu -____-" dengan sesat lagi. Ya Allah, punyalah independent sesorang kat tempat yang memang i taktau langsung. Pasrah jelah, nak intern punya pasal haha.





Ingatkan I sorang je kat Media Prima, hari pertama tu jugak tahu yang kawan sekelas i si Marwano Hashimo tu dapat intern kat Media Prima gak -.-' Dia dapat last minute call daripada HR. Alhamdulillah, syukur sangat ada gak geng kat situ! ^_^ Gambar kat atas nilah, Sri Pentas, hari pertama i menjejakkan kaki dekat Media Prima. Waktu kecik2 dulu I memang pernah bercita-cita nak kerja kat sini ^,^ Alhamdulillah, syukur ada juga peluang. Dan waktu tengok bangunan Sri Pentas, I rasa macam dalam mimpi. HAHA. Okey, time sesi icebreaking, I dengan Marwan jelah yang daripada kolej swasta. Semua budak2 UITM, UIA, UPM dan sebagainya dan semua dgree. Cuma i dan Marwan je IPTS dan budak diploma, yes, kitaorang paling muda -________-" Memang rasa down tak hengat lah, tapi tetap kuatkan semangat dan senyum ^_^ hehe. 


Time Ice Breaking juga, I dapat tahu yang i diletakkan di Department mana. I dapat PRIMEWORKS STUDIOS (PWS) dibawah supervisor Encik KZR dan dibawah program entertainment (hiburan). I punyalah blurr, apa benda lah PWS ni pfft. Dapat production lagi, dahlah i tak suka. I ingatkan dapat news ke, minat lah jugak. Haihh. Takpelah -____-" Dan Marwan dapat under Brand Management Group TV9 (BMG). Kitaorang mati2 ingatkan dia dapat pasal muzik tu sume but last2 ohhh branding ! HAHA -_________-" layan jelah. Lepastu dorang bawak ronda-ronda satu Sri Pentas tu dan bawa kitaorang ke department masing-masing. Dannn di bawah ni adalah Department Entertainment Primeworks Studio Berhad. 





PWS terletak dekat tingkat satu. Kat atas ni gambar sebelum masuk PWS. Pintu sentiasa terbuka 24jam, so kira ID card I tuh takde function pun LOL ^___^




Lepastu akan nampak tempat lepak dipenuhi bantal2 yang sangat comel dan colorful. I was wondering, apakah tempat ini ? Cool gila ! HAHA akhirnya dapat tau, ohh ini salah satu tempat untuk meeting. Nama tempat ni playroom ^__^ hang nak tido ka nak apa sume bolehh, i pernah baring kat sini sambil meeting, pernah baring sambil tengok preview filem Istanbul Aku Datang ^__^ memang cool habis ! HAHA



Jalan kedepan lagi, akan nampak tempat colorful ini ! Yeah, i pun taktau apa function wallpaper tu happening semacam. Yang i tau, banyak gak shooting kat wall ni dan banyak gak gambar i snap dekat wallpaper ni ! KAHKAHKAH ! cool kan ^__^



Last but not least, here we go ! My department. Nampak serabut gila kan ? But sangat-sangat happening. Hang nak melalak ka, nak menyanyi ka, nak menoggeng ka, berdengkur ka, hang punya pasal ! HAHA memang meriah gila -________- yang kat depan sekali ni, Department Entertainment untuk semua channel, which is my department ^__^ belah2 belakang tu, department untuk macam2 channel yg buat program macam Mad Market TV9, Melodi TV3, Kids@FGW NTV7, Jalan-jalan Cari Makan, Wanita Hari ini dan banyak lagi. Ada department magazine, sport, kids dan pelbagai lagi semua yang berkaitan dengan rancangan yang diterbitkan oleh PWS :)



So selama sehari tu lah, I berkenalan dengan semua orang dekat my department. Sangat seronok dan excited ^__^ dan tak lupa, sangat-sangat blurr taktau nak buat apa. HAHA. I tengok jelah apa dorang buat untuk hari pertama tu. Lepastu I balik rumah pukul 6pm, sampai rumah pukul 10pm. Memang sangat2 lama sebab I travel ^___^ Layan jelah walaupun penat. Hari2 macamtu :) Okey, hari kedua i releks lagi tak buat apa-apa jugak. Tapi masuk hari ketiga I dah keluar shooting dan I dah dapat program show apa nak buat. Nak tahu lebih lanjut ? Tunggu part 2. I akan ceritakan pengalaman I first day keluar shooting dan macam2 lagi hehe ^____^ 



Bersambung...




We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook