Showing posts with label sweet. Show all posts
Showing posts with label sweet. Show all posts

10 Feb 2013

Latihan Industri di Media Prima, Sripentas TV3 - Part 1


Assalamualaikum wbt.


Apa khabar all my beloved readers ? :) Setelah menghilang selama 6bulan at last im back ! Minta maaf sangat-sangat sebab I dah lama gila tak hupdate belog ni. Sebab life sangat-sangat busy. Ingatkan time praktikal dulu ada lah masa nak hupdate belog bagai, but end up MEMANG-SUPER-BUSY-28JAM! *true story*


Bismillahirrahmanirrahim, seperti yang dijanjikan dalam facebook harini I akan share kan semua pengalaman I selama menjadi pelajar praktikal di Media Prima Berhad :) Oh ya, ramai yang tanya macam mana nak apply untuk latihan Industri di Media Prima. 1st thing yang I buat adalah pergi ke website Media Prima Berhad sebulan sebelum I start practical. Then i tekan link - apply for internship. Dekat situ, dia ada tulis, mail to internship@mediaprima.com.my. I tak berani nak main2 email ni sebab i takut in case dorang tak baca ke apa, or email tu tak valid, so I memang jenis akan call direct. I google2 then dapat contact number untuk Media Prima dan I tanya sendiri macam mana nak internship semua. Akak yang jawap tu kerek gila dengan slang2 english dia phewww sabar jelah -.-' Orang yang terima call daripada TV Al-Hijrah punyalah sopan santun, berbeza gila. HAHA. Lepas dah confirm email tu betul semua, I buat ayat cantik2 dekat email dan I hantar resume I, cover letter dan semua backup2 document yang dorang nak. Sebenarnya I tak confident sangat dapat kat situ, sebab dari yang I dengar Media Prima banyak amek budak UITM je.


Tapi, Alhamdulillah, 3minggu lepastu, I dapat call daripada HR Media Prima untuk internship dekat situ. Punyalah lembap dorang reply time tu nak raya dah kot -_______- dan i dah pun terima tawaran latihan industri dekat TV Al-Hijrah. Tapi disebabkan family nak I buat praktikal dekat Media Prima juga, disebabkan dorang kata banyak pengalaman, so I ikutkan je, walaupun jauh dia tak hengat dari rumah I. Ampang ke Damansara kot. Sumpah penat.




ID card saya semasa berkhidmat di Media Prima :) 


Okey, now I nak cerita pengalaman hari pertama I dekat Media Prima. Malam sebelum I start intern, i google macam mana nak travel dari Ampang - Sri Pentas, Damansara Utama. Set dalam mind, naik LRT smpai Masjid Jamek -> naik Putra smpai Kelana Jaya -> naik bus U89 atau U43 -> Sampai depan2 Sri Pentas. Oh ya, i naik kenderaan awam sebab I tak amek lesen lagi time ni. Ahh, sudah, padan muka -______-" ghasakklah! set dalam mind, lepasni boleh kurus sebab travel. Kahkahkah *yang adoo* Hari pertama dah problem, pukul 7 i gerak dari rumah, smpai office pukul 9.30. Sebenarnya kena sampai pukul 9.00. kuikuikui takleh nak buat apa lah, saya naik bas awam bang lembap dia tak hengatt satu jam gak lah tunggu -____-" dengan sesat lagi. Ya Allah, punyalah independent sesorang kat tempat yang memang i taktau langsung. Pasrah jelah, nak intern punya pasal haha.





Ingatkan I sorang je kat Media Prima, hari pertama tu jugak tahu yang kawan sekelas i si Marwano Hashimo tu dapat intern kat Media Prima gak -.-' Dia dapat last minute call daripada HR. Alhamdulillah, syukur sangat ada gak geng kat situ! ^_^ Gambar kat atas nilah, Sri Pentas, hari pertama i menjejakkan kaki dekat Media Prima. Waktu kecik2 dulu I memang pernah bercita-cita nak kerja kat sini ^,^ Alhamdulillah, syukur ada juga peluang. Dan waktu tengok bangunan Sri Pentas, I rasa macam dalam mimpi. HAHA. Okey, time sesi icebreaking, I dengan Marwan jelah yang daripada kolej swasta. Semua budak2 UITM, UIA, UPM dan sebagainya dan semua dgree. Cuma i dan Marwan je IPTS dan budak diploma, yes, kitaorang paling muda -________-" Memang rasa down tak hengat lah, tapi tetap kuatkan semangat dan senyum ^_^ hehe. 


Time Ice Breaking juga, I dapat tahu yang i diletakkan di Department mana. I dapat PRIMEWORKS STUDIOS (PWS) dibawah supervisor Encik KZR dan dibawah program entertainment (hiburan). I punyalah blurr, apa benda lah PWS ni pfft. Dapat production lagi, dahlah i tak suka. I ingatkan dapat news ke, minat lah jugak. Haihh. Takpelah -____-" Dan Marwan dapat under Brand Management Group TV9 (BMG). Kitaorang mati2 ingatkan dia dapat pasal muzik tu sume but last2 ohhh branding ! HAHA -_________-" layan jelah. Lepastu dorang bawak ronda-ronda satu Sri Pentas tu dan bawa kitaorang ke department masing-masing. Dannn di bawah ni adalah Department Entertainment Primeworks Studio Berhad. 





PWS terletak dekat tingkat satu. Kat atas ni gambar sebelum masuk PWS. Pintu sentiasa terbuka 24jam, so kira ID card I tuh takde function pun LOL ^___^




Lepastu akan nampak tempat lepak dipenuhi bantal2 yang sangat comel dan colorful. I was wondering, apakah tempat ini ? Cool gila ! HAHA akhirnya dapat tau, ohh ini salah satu tempat untuk meeting. Nama tempat ni playroom ^__^ hang nak tido ka nak apa sume bolehh, i pernah baring kat sini sambil meeting, pernah baring sambil tengok preview filem Istanbul Aku Datang ^__^ memang cool habis ! HAHA



Jalan kedepan lagi, akan nampak tempat colorful ini ! Yeah, i pun taktau apa function wallpaper tu happening semacam. Yang i tau, banyak gak shooting kat wall ni dan banyak gak gambar i snap dekat wallpaper ni ! KAHKAHKAH ! cool kan ^__^



Last but not least, here we go ! My department. Nampak serabut gila kan ? But sangat-sangat happening. Hang nak melalak ka, nak menyanyi ka, nak menoggeng ka, berdengkur ka, hang punya pasal ! HAHA memang meriah gila -________- yang kat depan sekali ni, Department Entertainment untuk semua channel, which is my department ^__^ belah2 belakang tu, department untuk macam2 channel yg buat program macam Mad Market TV9, Melodi TV3, Kids@FGW NTV7, Jalan-jalan Cari Makan, Wanita Hari ini dan banyak lagi. Ada department magazine, sport, kids dan pelbagai lagi semua yang berkaitan dengan rancangan yang diterbitkan oleh PWS :)



So selama sehari tu lah, I berkenalan dengan semua orang dekat my department. Sangat seronok dan excited ^__^ dan tak lupa, sangat-sangat blurr taktau nak buat apa. HAHA. I tengok jelah apa dorang buat untuk hari pertama tu. Lepastu I balik rumah pukul 6pm, sampai rumah pukul 10pm. Memang sangat2 lama sebab I travel ^___^ Layan jelah walaupun penat. Hari2 macamtu :) Okey, hari kedua i releks lagi tak buat apa-apa jugak. Tapi masuk hari ketiga I dah keluar shooting dan I dah dapat program show apa nak buat. Nak tahu lebih lanjut ? Tunggu part 2. I akan ceritakan pengalaman I first day keluar shooting dan macam2 lagi hehe ^____^ 



Bersambung...


3 Apr 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang...

Assalamualaikum.


Supposed i update entry ni on March. But, disebabkan kemalasan tahap melampau i tunda-tunda sehinggakan ke saat ini ^,^ I realized, i should blog bout this as this one of my sweet memories yang supposed i keep it in my blog dan i tengok balik at the future soon :) So, here we go ! I'm thinking out to blog pasal encik Faridism punya birthday last months :p *i'm wearing black sunglasses while blogging this, as kepala i dah pening sangat tengok laptop sehari suntuk* hikhikhik. PUN BOLEH ;p


***


On 17 March last month, he's going to 21 years old. Oh my, i memang pening kepala daripada last year cari hadiah apa lah i nak belikan untuk beliau. Disebabkan beliau sangat tegar terhadap kamera dan seangkatan dengannya, so i decided nak beli something yang related dengan kamera. If nak beli kamera dan barang2 dia yang ribu-riban memang tak, sebabnya i still student okey. Mano den nak dapat duit banyak2 oi ? hahaha. So i telah belikan beliau sesuatu.. Jeng Jeng Jeng.. 




Oh apakah ini ? Tengok tu, i balut dengan gigih tau. Sampai koyak2 pembalut tu i buat. Yang ni pun nasib baik tinggal separuh. Tapi koyak sikitlah -.-' sebab i tak reti balut. Nasib baik still boleh cover hahahha. Meriah sungguh kan pembalut tu ? Erkk, okeylah. Actually ingat nak beli gambar teddy bear bagai. But... errr. NO ! ahaha





Errr hadiah apa ni ? beliau dok sibuk menggoncang sana sini. LOL ! Then i saja kasi suspen konon hadiah beribu2 juta punya harga, i cakap " Eh awak jangan goncang  ! Rosak kang. Mahal tuu.. " hehehe padahal hadiah murah je.. heheh nak tahu apa ??? Jeng jeng jeng.. 



Oh apakah ?? Beliau terbeliak ! AHAHAHHA. Yes, its 24-70mm Lens.... tuuuu babe !! Harga 5k tu.. Jangan main-main.. Okey sume sila gosok-gosok mata anda ! :p hahahah




See, muka happy dapat lens 24-70mm.... 





Punya CUP ! LOL. hahaha jangan marah semua, anda telah tertipuu :p Siapa percaya memang parah. AHAHHA sebab mana nak cari 5k oiii. Lain lah if i dah kerja kan heheh :) Okeylah, tak dapat beli yang real, yang cup dia pun jadilah :) Asalkan encik farid ni tersenyum suka saya pun jadi suka hikhik :p




Benda yang wajib ada time birthday mestilah KEK ! Yeah, kek coklat buatan I SENDIRI okey ! 100%. Baru belajar buat dua kali. Tak tau lah sedap ke tak. AHAHA. Sorry awak if tak sedap :p tapi rasalah, hasil air tangan saya yang baru belajar buat kek ni. IKHLAS TAU :p hehehe 




 Muka terkejut sebab kek pelik ! ahahha sorry awak :p Dan bawah, muka excited dan terharu nak potong kek :)) Selamat Ulang Tahun Sayang.... yang ke 21 ehem ehem ^,^ makin tua lah awak. Lepasni kena buat muka comel selalu supaya nampak muda ya hehehe :)



DAN, ADA LAGI SATU HADIAH i kasi dekat beliau.. Jengjengjeng... :D




Tiket menonton Teater CUCI THE MUSICAL 3 LAST KOPEK ! :) Encik farid semangat nak tengok teater sebab dia tak pernah tgk teater. So, dah alang-alang birthday dia, i belikan la satu tiket untuk encik farid sebagai hadiah hari jadi tak seberapa ni ! eheheh :) 



 Kami, di Cuci The Musical 3 Last Kopek ! ^,^ Best sangat, tak sia-sia beli tiket tau ! Lepasni kitaorang plan nak pergi lagi tengok teater. Insyallah :)

***

Okey, sebelum i habiskan entry ni, I nak ucapkan lagi sekali selamat ulang tahun buat Muhammad Farid Bin Haron. Semoga awak dapat menjadi anak yang soleh dan berguna untuk kedua orang tua awak, agama, bangsa dan juga negara !  :) hehe. Dan juga semoga awak dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dan dapat pasangan yang solehah *kelip2 mata*. Insyallah. Ily <3 Maaf sekiranya birthday celebration dan juga hadiah tahun ni tak sebest yang awak harapkan. Sorry ya :)




Sampai bertemu kembali wahai sang pembaca sekalian. Assalamualaikum ^,^

14 Aug 2011

Happy Birthday To Me !! ^,^


Assalamualaikum.




Happy birthday to me, Happy birthday to me, Happy birthday to meee, Happy birthday to mee ^,^ Yeahh, alhamdulillah. Harini 14 August 2011, genaplah usia i 20 tahun. Alhamdulillah syukur sangat sebab i masih lagi bernafas dan dapat rasa nikmat hidup kat dunia ni sampai usia dah masuk 20-an ni. Semoga i dipanjangkan usia lagi. Insyallah. Amin.



Pejam celik, pejam celik i tak sangka masa cepat sangat berlalu. Dan apa yang i perasan, bila i semakin tua ni *erkk* i mean, usia semakin meningkat :) i rasa diri i lebih matang. Tak banyak sangat bercakap kosong macam dulu. I lebih berfikir dulu sebelum bercakap. Lebih menjaga tingkah laku dalam apa hal pun. Senang cerita, i dapat rasakan sifat positive matang tu lebih daripada sifat kebudak-budakan dulu waktu belasan tahun. Huhuhu ^,^ Alhamdulillah.





Dan, harijadi i yang ke 20 ni pun lebih bermakna, sebabnya alhamdulillah dalam tahun ni juga, i belajar pakai tudung. Setakat ni, i belum pernah lagi buka tudung time kat luar. Semoga, perubahan i yang baru ni berkekalan. Insyallah amin :) Semoga usia 20 tahun ni, dapat jadikan i untuk memperbaiki diri lebih baik daripada sebelum ni.



Doa i, pada usia 20 tahun ni, semoga i dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia lagi, dapat jadi anak yang solehah dan baik untuk orang tua i, jadi lebih matang, jadi lebih sukses dan paling penting i dapat jadi lebih baik dalam dunia dan akhirat daripada sebelum ni. Insyallah, amin.






I nak ucapkan terima kasih dekat semua keluarga, saudara, cikgu dan kawan2 yang dah wish birthday i. I dapat beratus2 ucapan daripada kawan2 dekat facebook, twitter n sms. Terharu gilaaa :') Thanks a lot. Sayang kalian semua sangat2 !! :') Dan paling tak boleh lupa, thanks to my sayang sebab suprise beliau haritu sebelum puasa. Lagi speechless. Dan semalam pun dia buat suprise lagi. Ayakkk, kali ni dengan video beliau yang super comel !! hahah jom tengok kat bawah ni ^.^




I love u soo much sayang :') HOLLAND! U'r the best present ever i had sayang. I love you, i love you, i love u :) Thanks a lot sebab selalu jadi penyebab perubahan b untuk jadi lebih baik :') I loveeeeeeeeeeeeeee youuuuuuu!!! Yes, its true. Dia memang sweet macam gula-gula. Gula-gula pun tak susweet beliau :P hihi




We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook