Showing posts with label SAY NO TO DOTA. Show all posts
Showing posts with label SAY NO TO DOTA. Show all posts

8 Nov 2010

DOTA & LELAKI ! ( Untuk Bacaaan Wanita SAHAJA)


Assalamualaikum.


I dah bohsann sesangat nak bercerita dan membebel pasal dota ni. So sekarang i nak try berfikir positive pulakk tentang DOTA. Wahaii para awek si pemain dota sekalian, u tahu tak dengan bermain DOTA ...


1) BF u susah dan takkan ngorat dengan perempuan lain. Memang betol dia akan curang, tapi curang dengan DOTA jelaaa T____T hahaa



2) BF u tak ada masa nak keluar dating dengan perempuan lain. Mana taknya, kalau dah 10jam kat cc dok main dota je manjang. Mandi pun sampai lupa kadang kannn kannn. AHAHA



3) BF u tak ada masa nak gayot or sms perempuan lain. Yelaa mana boleh gayot, dorang kena bukak speaker kuat2 untuk feel game tu. Nak sms pulak, tangan kena tekan mouse je sampai kejanggg pun takpe. HAHAHA



4) BF u tak kena rampas dengan pompuan lain. Dah memang makan pun lupa, sms pun lupa, call pun lupa, inikan lagi masa nak berhandsome bagai. Memang taklah. Disebabkan dorang tak ada masa nak wangi2 semua, memang tak ada perempuan nak pon kat dorang. HAHAHAHA



5) Bila bf u dok sibok berdota, so masa untukk u BERDATING dengan yang lain pun semakin cerah. Ops ! HAHAHAHA



&&&& PART PALING PENTING !



6) U bolehh je nak keluar 24jam sebebas2nyaa ikot suka hati u tanpa risau bf u sms or call :D HAHAHA



7) U boleh bergayot or SMS secret admire u tanpa perlu risau bf u akan call u nanti. Sebab dia sibuk dota kompom tak ingat nak call u kan kan ? :p hihihi


8) U boleh main facebook, chatting dan game2 kat facebook sepuas2 hati u tanpa kena marah oleh bf u ;p



9) U boleh pasang banyak2 sebab bf u kompom tak ada masa nak spy2 bagai disebabkan beliau sangat sibokk dengan dota kan HAHAHA



10) DANNN PALING PENTING SEKALI ! bila dorang baca entry ni baru dorang kelam-kabot nak amek tahu pasal u dan spy u sama ada u ni ada pasang lain ke tak ! AHAHAHAHA :DDD



So, lelaki macam mana ? Takot tak, nak BERDOTA ? WALAO! ini bukan satu ugutan. Hanya gurauan. SEKIAN :D



15 Feb 2010

Ada Apa Dengan DOTA ?


DOTA ataupun lebih dikenali sebagai DUNIA ORANG TIADA AWEK bagi kalangan pemain game DOTA ni merupakan salah satu game yang sering memeningkan kepala hotak aku. Kenapakah ? Sebabnya, dah korang si pemain DOTA ni menggelarkan dota ni untuk dunia orang tiada awek, yang peliknya mengapakah sasaran pemain DOTA ni lebih tertumpu kepada kau orang yang mempunyai awek dan sewaktu dengannya ? Mengapakah ?? Adakah disebabkan bagi korang yang dah ada awek jikalau main game ni korang akan merasakan seperti dunia korang awek korang tidak wujud ?? Oh mengapakah game begini seharusnya diwujudkan. hahaha. Pening seketika aku di sini.


Kalau dulu aku pernah membebel pasal DOTA di SINI dan sekarang akan aku membebel lagi sekali apabila aku menyedari penyakit parah bf aku sudah kembali lagi apabila beliau sekarang secara senyap2 telah menjoin dan melibatkan diri dalam geng DOTA di University beliau dalam laman kesukaan korang semua iaitu facebook. Apakah ? Aku semakin buntu. Dota oh Dota mengapakah kau begitu menjadi kegilaan para lelaki ?


Bf aku pernah juga dahulu mendownloadkan game ni, aku main lah jugak sikit sikit tapi memang aku langsung tak paham apa yang seronoknya. hahaha. Pening aku pening. Argh ! Ini tak boleh jadi nampaknya jalan terbaik adalah aku harus harus dan HARUS belajar bermain DOTA dan mengalahkan bf aku ni supaya beliau sedar yang dota juga adalah dunia orang tak ada pakwe untuk golongan awek awek. wahahah..


Ataupun ataupun ataupun kalau korang golongan awek2 ni ada idea untuk kita create satu game dunia orang tiada pakwe pulak jangan lupa share share ye. haha. Yea, bersama kita beramai2 wahai golongan awek2 memerangi musuh utama kita iaitu DUNIA ORANG TIADA AWEK. gahaha...


8 Jun 2009

say no to DOTA!



SAY NO! TO DOTA! Entri kali ni betol2 membuatkan aku sungguh feeling untuk berblog kali ni. Kenapa say NO! to dota?? Ada banyak sangat sebab untuk dihuraikan di sini yang mayb jugakk terkena kepada awek2 diluar sana. olala..

Aku geram ditambah bengang bila bf kesayangan aku ni telah menjatuhkan kedudukan aku di tangga kedua apabila ada lagi orang pertama di hati dye. (ayat sedih) :( Myb bagi die benda tuh jauhh lebih penting dari aku.

Aku sedar yang aku ni bukan la sesiapa. Tak mengghairahkan mcam awek pertama die tuh. Selalu on game tiap hari pun tak bosan. Bukan macam aku nak on game dengan aku pun mesti die bosan lau tiap hari. Aku taw la aku ni tak hebat macam awek 1st dye tuh macam2 ada.

Yang aku maksudkan awek 1st FARID ni bukannye orang ataupun manusia ataupun mana2 bohsia ataupun sewaktu dengannya. Aku maksud kan di sini adalah GAME DOTA! hahahha. korang terkena. ;P

Ye a. Mana aku tak bengang tiap malam la dye game. Siang malam pagi petang berkepit nan dota dye tuh. Geram tol aku. haihh. Aku sendiri pun tataw tah apala yang best nan dota tuh. Antara dota nan faridah aku rasa, nama aku lagi sedap. Tapi mengapakah boyfriendkuhh ini asyik berDOTA dari berFARIDAH? olalala!

Tengok sekarang dah pukul 1am pun die tak stop lagi berDOTA. Tak mesej aku pun disebabkan dota. How sadd.. :( bukan aku saja. Malahan aku rasa, mesti ramai lagi kan boyfriend korang yang berDOTA memanjang?

Oleh itu, mari a korang join aku Katakan TIDAK! pada dota ataupun say NO! kepada dota. Daripada korang biarkan boyfriend korang dingurat oleh DOTA mari kita bersama2 membasmi DOTA! sapa setuju mari komen! olalala.. :))

* arghhh!! dota tak best! :P





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook