Showing posts with label olala tidak. Show all posts
Showing posts with label olala tidak. Show all posts

19 Jun 2011

Apa Kejadahnya Sampai Ada Senarai Blog yang nak kena HACK ni !!


Assalamualaikum.



BANYAK GILAA BAKAL KENA HACK T________T


Sume dok kecoh2 pasal senarai belog yang bakal kena hack. OMG! Like seriously ke benda ni akan jadi ? Hmmm, Nak beware, baik buat preparation awal2 in case betol2 jadi benda alah ni. Nak check senarai belog u guys, click SINI.


Source : HERE

7 Jun 2011

Choi Sung Bong yang tabah dan berbakat besar :')



Assalamualaikum.


Sedih sangat tengok video ni. Korea's Got Talent, Choi Sung Bong. Dari awal 5 tahun dia sara diri dia sendiri dengan jual air tenaga dan gula2 getah. Bayangkanlah betapa kuat azam dia, selama 10 tahun dia hidup seorang sara diri sendiri sebab dia anak yatim piatu. Pergi sekolah pun, dengan duit dia sendiri. Merempat duduk tepi jalan je but still boleh hidup. Kuatnya semangat dia ! I sangat terharuu dan sedih sangat :'( Menangis i tengok video ni. Wuhaaaa..



Klik SINI untuk ke facebook beliau.




Psst : I tak percaya, zaman sekarang ada lagi orang sekuat beliau !! Kagum. Kalau boleh undi beliau melalui sms ke apa, sure i akan undi ! :')


3 Jun 2011

GAMBIT SAIFULLAH haritu video GHAIRAH sekarang MENCAROT pulak !

Assalamualaikum.






Haritu kecoh2 pasal video yang Gambit Saifullah yang ada adegan ghairah ni T___T I taknak cakap banyak pasal video tu sebabnya u boleh search kat google sendiri apa pendapat orang tentang video tuu. Takpun u tengok sendiri video ni. Sumpah tak macam Malay langsung. Hancusss ! Tapi, diingatkan sila tutup mata kalau nak tengok video tu. Erkkk T___T cam mana nak tengok camtu :p





Itu okey lagii kan pasal video tu dah cool sikit. Pastu tiba2 mamat ni tak pasal2 mengamuk tadi. Kalau mengamuk dekat diri sendiri ke kawan takpe, ni paling best dia mengamuk siap tulis BLOGGER!! Gambit woii, i rasa u ni carik nahas duh T___T U tengoklah nanti, sure sume blogger tulis buruk pasal u. SIGH ! Bukan nak mengaku silap, marah2 orang pulak. Tah pape T___T MENCAROT tak pasal lagi tuu. Artis laaaaa sangat kan. Puiiii!



Psst : U NI AGAMA APA YA siap video ala2 barat dengan status a&*%&hole middle finger bagai ? ok boi !


1 Jun 2011

BANGGA TAK ADA DARA ?

Assalamualaikum.




DULU FAMOUS DENGAN WORDS ' SAYA OKEY, SAYA GAY' but now ' SAYA OKEY, SAYA TAK DARA' erkkkk..



OMG ! I pengsan kejap baca belog budak ni. Adik, perlu ke tak ada dara tulis macamtu dalam belog ? Perlu ke bagitau satu dunia adik tak ada dara ? Adik kena tau, walaupun adik tulis suka2 untuk catatan peribadi, tapi satu dunia boleh baca dan satu dunia boleh tau adik tak ada dara kalau adik tulis dalam blog melainkan adik private belog tuu T___T




P/s : She still young T___T Haihh, apa nak jadilah dunia sekarang. Tak ada dara pun nak tulis dekat dalam belog. Ayooo.. :'(


30 May 2011

PERINGATAN : Jangan Sesekali Tinggalkan Laptop ataupun Barang Berharga Dalam Kereta / BONET !!!


Assalamualaikum.


Sabtu hari tu, kitaorang ada shoot customer. Dekat Taman Tasik Perdana. Farid msg i suruh bawak laptop untuk burn cd. Pagi tu i rasa berat hati je nak bawak laptop tu, sebab rasa malas pun ada. Tapi, i bawak jugaklah. Tak tau kenapa tiba2 haritu rasa taknak letak benda lain selain laptop dalam beg laptop tu.


Kitaorang nak shoot, so nak taknak laptop kena tinggal dalam kereta. Takkan nak letak dalam kereta kan, kang tak pasal orang nampak then pecah tingkap. So, decide letak dalam bonet je la. Lagipun tempat public kot. Parking pun dekat depan kedai makan n taman permainan yang ramai gila orang.


Habis je shoot, kitaorang nak bukak bonet kereta sebab nak masukkan kamera n so on. Tiba2, bonet takleh bukak sebab tempat kunci bonet tu dah rosak. Farid cakap ' haa ada orang kopak la ni '. I buat biasa je sebab rasa macam tak logik je orang berani nak curik laptop depan public kan.


I miss you :'((



Sekali dapat bukak bonet, tengok ' OMG! WHERE'S MY LAPPY ??' :'(( Hilang dah. Kena curik. Apa punya manusia lah, laptop buruk pun nak curi. Dah lah laptop tu i beli pakai duit i sendiri kot :'( gaji sebulan tu. sedih gilaa.. Speechless..

I tak tahu nak salahkan siapa or cakap apa T___T OK now, sampai sekarang parents i taktau laptop i tak ada. Kalau dorang tau, mati i duhh. Even tu duit i sendiri beli laptop, but tau lah kan, laptop beribu kot bukan ratus :'( Huk2.. Sedih sangat. So, any1 nak belanja i laptop baru ? :'( huuuuu



Conclusion, jangan letak barang berharga dalam kereta walaupun tempat tu open or tak ramai orang or tak ada orang gelap or terang sebab penjenayah SOHAIII ni selalu berada di mana2. I doakan semoga Allah membalas balik perbuatan penjenayah tak berguna tu !!!


23 May 2011

Produk IKEA YANG DIJAMIN HALAL


Assalamualaikum.


WOW!! sungguh panas topik pasal IKEA MEATBAL TAK HALAL? ni. Ramai yang dah makan meatball ikea dan ramai yang tiba2 rasa nak muntah balik semua, macam mana yang i rasa sekarang ni kan T_________T Tadi i check pasal IKEA ni dekat HALAL MALAYSIA punya website. Dan ternyata, jawapan nya HALAL untuk dua produk sahaja. Seperti gambar di bawah.






Hmmmm, habistu macam mana dengan makanan2 yang lain ? HALAL KE TAK ? Itu yang menjadi persoalan sekarang. Wallahualam.



UPDATED : NAK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG STATUS IKEA BACA SINI. errk. tak tahu laa betol ke tak. tak tengok betol2 sijil tu dipampang kat IKEA.



IKEA MEATBALLS TAK HALAL ? erkkkk..

Assalamualaikum.





I suka gila makan IKEA MEATBALLS. Sedap kot ! Dahlah murah, banyak n sedap pulak tu. Siapa tak suka kan. Huhuhu. Disebabkan Ikea Damansara tu jauh gilaa dari rumah i, so i rasa macam nak buat sendiri je. Just try2 je kot2 jadikan :D ehehe. Then, i terjumpa satu lawan web yang ajar macam mana nak buat resepi IKEA MEATBALLS ni. Tekan SINI untuk ke laman web resepi IKEA MEATBALLS.


Lalu, i terkejut bila nampak resepi dia ada perkataan PORK. Tengok gambar kat bawah.




Hmmm, i pun cakap dalam hati, alaa mybe tu dekat luarnegara je kot pakai pork2 ni. Kat Malaysia tak la kot. Walau macam mana pun, hati kecik i still berbunyik, baik kompomkan. Then i search kat internet pasal IKEA ni HALAL ke TAK. Lepas tu, i terjumpa satu laman web lagi seperti di bawah, tekan SINI untuk ke belog beliau.




FUHH, BARU BULAN MAY 2011 DIA UPDATE NI T___________T dahlah i baru makan haritu. Ayookkk..


Dan tadi i search balik, jumpa lagi satu laman web jugak seperti di bawah. Klik SINI untuk ke belog beliau.




NI PUN ARTIKEL BARU LAGI T______________T




OMG, like seriously ?? Betol ke IKEA ni tak halal ??? Ada sesiapa tahu? Hmm, kalau betollah, berapa ramai yang dah termakan benda 'SEDAP' ni. Kalau tak betol, alhamdulillah. Risauu.. Lepasni, masing2 buat meatball kat rumah jelaa ya. Yang pastinya dijamin HALAL !



14 May 2011

ACID MAN ada dekat area DESA PANDAN PULAK DAH !!

Assalamualaikum.



KREDIT : OH! MEDIA


Kawan2, i just nak share kat u guys untuk BEWARE terutamanya budak2 area KL. ACID MAN mungkin berada berdekatan dengan korang. Baik hati2. Kalau tak ada kelas ke, tak kerja ke, better duduk rumah je. PENJENAYAH NI MASIH BELUM DI TANGKAP & masih berkeliaran di luar sana. Yang paling tak boleh belahh, dia dah masuk area2 pandan pulak dah.. Dekat benor dengan rumah i :( TAKOT GILA!! nauzubillah min zalik moga2 kita semua dijauhkan dari penyangak ni !!


2 May 2011

Oh kenapa kucing susah sangat nak telan ubat cacing ??

Assalamualaikum.


Harini abu buat hal. I belikan dia UBAT CACING PIL yang sebijik RM8 T___T I ingatkan dia senanglah kan nak makan ubat ni. Last2 habis hancur satu rumah dia buat sebab dia taknak makan pil tu. Geram gila ! I tak tahu dah nak buat apa. Dah bukak mulut dia sume2 tu tapi dia bijak sebab dia keluarkan lidah dia. Nakal gilaa T____T





Okeylah fine. Dah cuba dah try ngangakan mulut dia tak berhasil. At last i hancurkan ubat tu jadi serbuk dan masukkan dalam makanan dia. But still, dia dapat detect. Elok2 dia meow2 lapar, ingatkan taktik i berjaya, last2 hmmm nan adoooo!! Kucing sekarang bijak. Dia dapat tau ada ubat dalam tu. Terus mogok lapor. Sampai mengigil gigil pun takpe, gua tahan, gua takkan makan asalkan tak telan ubat tuu - monolog abu dalam hati T_____T




Tetiba i rasa macam.. KITA BAKOR JE KITA BAKOR JE BUAT BBQ!! R____________R


27 Jan 2011

MQA tu sangat penting. Kalau sijil tak iktiraf gaji takat SPM ler jawapnyaa..


Assalamualaikum.


Tadi i terbaca satu entry daripada blog JARDNESS pasal MQA ataupun dalam erti kata lain pasal sijil yang diiktiraf. Entry tu buatkan i makin tersedar yang zaman sekarang MQA sangat2 penting bila kita nak apply kerja. Lagi2 bila kes berkaitan Dr Fazley tuh dah masuk media. Haa, memang lagilahh ramai majikan titikberatkan benda alah ni.


Penatkan belajar tinggi2. Last2 sijil tak laku !


Mungkin zaman dulu2 tak berapa nak penting. Tapi sedarlah wahai adik2 yang baru nak masuk kolej swasta ke or mana2 yang zaman sekarang MQA sangat penting. Takkan korang dah penat2 belajar bertahun2, habiskan berpuluh2 ribu untuk diploma dan degree, last2 sijil korang tak diiktiraf dan gaji korang hanya dibayar berdasarkan result SPM korang je ?



credit picture : FARIDISM PHOTOGRAPHY


Jangan dah terhantuk baru terngadah. I nak ingatkan terutama kat semua adik2. Sebelum belajar mana2 tempat tu, make sure MQA memang ada dekat kolej tu. Then baru masuk kolej tu okey. I sangat sensitif bab2 ni sebab i dah pernah kena tipu dulu dekat ex kolej keSAYANGAN i MIIM tu. Please, dont repeat the same mistakes like i did okey ?


Memang sakit hati kot kalau baca entry INI. Penat2 dia belajar medik bertahun2 last2 sijil tak iktiraf, gaji takat dapat rm900 je sebab ikut result SPM je. DAMN !


9 Jan 2011

Siapa kata makan maggi jadi tak pandai ? Banyak anak2 Cina pandai2 je makan maggi

Assalamualaikum.


I hantuu maggi. Kalau boleh tiap2 hari nak makan maggi. Lagi2 maggi ayam dan laksaa. Perghhh ! Memang super delicious. Entah apa dia punya sedap pun i tak tahu. Yang i tahu i suka makan maggi pakai chopstikk. Yelaa sekali sekala rasa feeling2 jadik korea cina apa salahnyaa kan. Bukan selalu nak menerapkann nilai SATU MALAYSIA kauu !



Perggghh ! Rasa laa ni jugakk nak capai chopstick masak maggi dan lahap sampai habis. Wahahaha



Punya laa maggi tu satu nikmat. Tapi kenapa ramai kata tak boleh makan maggi nanti otak jadi lembab ? Lagi2 waktu exam memang maggi tu diharamkan untuk masuk ke mulut. Tapi i pelik hapesaaaaal haa kawan i budak2 cina punyalahhh melantak maggi selalu tapi otak bijak jee ??




Kau tengok muka si hantu maggi yang marah apabila ada orang kata maggi diaa buat otak jadi lembap ! Credit : FARIDISM PHOTOGRAPHY



Hapasal laaa kan kita2 ni sume konon pantang taknak makan maggi laa apa laaa, tapi tetap otak lembab tak pandai2 macam diaorang? HAIHHHHH, pelikkk. Kenapa harus maggi dipersalahkan ?? Ahhh, sudahhh !


8 Jan 2011

Zaman Sekarang Zaman Tayang DSLR. Kau tak reti guna pun takpe. Janji ko dapat sangkut kat leher DSLR kau tuh dah nampak MACHO

Assalamualaikum.


Haaa ni lagi satu. I selalu dengar daripada mulut2 kawan i yang pro dalam area photography ni dok merungut2. Kalau i memang hampehh laa bab2 snap gambo ni. Bak kata lecturer photography dekat geng2 i, haa korang ni hampehh toksah la tangkap gambo kau orang jadi model jelaaa-walaupun-hodoh. Okey hodoh2 itu i tambah. HAHAHA



HAA NI CONTOH DIA. TAYANG KAMERA BUKAN MAIN LAGI TAPI SNAPNYA HAMPEHH T__T HAHAHA



Tapi memang betol pun. Zaman sekarang ni ramai sangat budak yang kecik2 dah pakai DSLR. Kalau dia ada DSLR tu okey lah kan. Ni haa, yang jalan keliling KL, 24 jam dia jalan, haa 24jam tuhlaah dia gantung DSLR tuh terbukak trang tang tangg kat leher dia. DAMN !



POSING BUKAN MAIN MINAH NIH. PADAHAL SNAP GAMBO PUN TAK RETI ! HAHA



Sekali bukak facebook dia. Bukak album dia. Haaaa yang ado! Sume pic tahap2 memang malu nak cakap disnap oleh kamera DSLR. wohaaaaaaaaaa. Mintak mak bapak bukan main lagi nak DSLR bagai. Bukan minat nak snap gambo. Tak ada bakat pun. Gambo hampeh. Beti DSLR cuma nak ikot trend je. Tapi ada hati nak tayang DSLR kat leher manjang. HAMPEHH !



Rasa macam kutuk diri sendiri pulakk bila baca entry ni pasal i mintak DSLR kat mak tapi bukan reti tangkap gambo pun. Beli pun sebab nak kena pakai untuk kelas photography. Tapi.. Okey makk, tak jadilah DSLR. Duit simpan dalam tabung ayam lagi baguihhh. HAHAHAHA


Dulu Zaman Times Square sekarang Zaman Pavilion Kau Tahu ?? HAHAHA


Assalamualaikum.





PAVILION



I paling tak suka pergi Pavilion. Sebab apa ? Sebab sangat crowded. Belum masuk dalam pun kat luar tu dah bersepah2 budak-budak melepakk macam tak ada rumah, ni kan lagi kat dalam. Perghhh ! Crowded sangat. Super super annoying !



I pun tak tahulahhh hapasal laa budak2 ni melepak dekat depan Pavilion. Dahh elok2 tempat tu lawoo memang best la kan kalau shopping habis riban-riban pun kira puas, tapi disebabkan terlalu ramai budak-budak kenduri depan tu sumpahhh i rasa baik toksahh laa toksah laa, balik lagi bagus woii..



Adik-adikkuh sayang, i saja panggil adik sebab i gerenti budak2 dah habis sekolah memang macam tak hadaa keje je nak lepak2-buat-kenduri-depan-tu-macam-tak-ada-rumahkann.. Tolonglah adik2, waktu korang sabtu ahad tu duduk rumah belajar lagi bagus. Takpun kalau nak lepak depan pusat beli-belah then pakai baju yang kalah DIVAMAKNYAHOIIII baik toksahlahhh. Kalau ada duit nak datang Pavilion tu shopping mencrowdedkan takpelahh jugakk..



Ini hapee pun takada, setakat lepak baik toksahh ye dikk.. Akak bukan apa, akak cuma pening kepala plus geleng2 kepala bila tengok hampa sume ni kecik2 dah merokok pakai baju kalah MAKNYAHH pastu duduk depan pavi macam tak ada rumahh.. Sedihh dik oiii.. Pening kepala tengoknyaa.. HAIHHH..


DAHH malas nak bebel. Bubooiii !



20 Dec 2010

Apa Punya Perangai Laa Pekerja2 Yang Selalu Duduk Kaunter depan ni ! Senyum dan layan laah customer elok2



Assalamualaikum.


Cerita jadik lebih kurang macamni lahh kan. Malas nak type panjang. Menciii !


SAYA : Haritu saya ada buat permohonan untuk kali kedua tiba2 kena reject. Sebab dorang kata tak update status lagi.. Saya dah bayar lama tapi kenapaaa


KAKOK PTPTN : (terus potong) Bila last tarikh tutup PTPTN ?

SAYA : Akhir November. Macam ni kak saya pelik laa kenapaaa

KAKOK PTPTN : ( tanpa dengar apa masalah i dan kawan, dia terus potong ) Buat permohonan baru.

SAYA : Masalahnyaa kak sayaaa

KAKOK PTPTN : ( terus potong lagi dan lagi ) Saya kata buat permohonan baru. Nak ikut ke taknak ?

SAYA : Terdiam. Pandang dia semacam rasa nak kerat 18 bahagian. Angkat beg. Jeling. Terus Blaa. Dalam hati cakap ( BIADAP NAK MAMPOS ORANG TUA NI )



TAK LAMA LEPASTU MASALAH YANG SAMA MASIH TAK SELESAI. NAK TAKNAK I KENA BAWAK MAK BAPAK MASOK CAMPOR NI..



Mak : Masalah anak saya ni blablablaaaa ( DARI A-Z)

KAKOK PTPTN : (dengar sampai habis, layan baik2 tapi langsung tak senyum muka masam tapi buat keje nak siapkan problem i dengan kawan2 dalam 20minit gak then masalah terus sattle time tu jugak)


SAYA : dalam hati ( DAMN! )


CONCLUSION : Memang %$#@! budak2 selalu tak dilayan. Nak mak bapak datang jugak baru perangai sorang2 berubah dari syaitonnnirajimmm jadikkk baik punyaaa !

13 Dec 2010

Pantang Betol Dengan Jamban PANCUT ni !

Assalamualaikum.


Hari ni i sangat marah apabila nak bercerita pasal JAMBAN. Damn ! I paling benci tahap rasa nak mencarot-karot kat situ jugakkk *(&^&$# bila i carikk jamban semua jamban jenis macam kat bawah ni. Grrr...



JAMBAN PANCUT yang i anti gilaa weehh!


I tak tahu lahhh siapa yang pandai sangat pergi cipta jamban macam ni. I kompom orang yang cipta ni lelaki. Sebab kalau dia perempuan kompom dia tahu permasalahan besar yang dihadapi oleh kita-kita sume. Cehh, macam besar sangat masalah kan. Tapi MEMANG BESAR pun.. Hoho



Mana taknya , apa dorang yang cipta benda alah ni ingat semua orang bila melepas hajat betol2 park dekat port yang air ni pancot ke ha ?? Kalau kau pancut air tu sikit tak apa. Ni dia pancut bukan main kuat lagi kalau boleh. Sampai hambekk kau, setiap kali i masuk jamban macam ni i gerenti satu bilik tu akan basah kuyup. Damnn !



Dahlaah memang takkan 100% bersihkan kalau dah air tu pancut memang selalu tak mengenaa. Mula laa rasa melekit sana sini. Ishhh, geramnyaa i. Kalau dia nak letak pancut2 tu boleh jugak, tapi please laa we, sediakan laa jugak paipp untuk kitaorang samak sampai puas hati. Grrr..



JAMBAN PAIP



Apa-apa pun, jamban yang ada paip jugak jadi pilihan i. Lepasni sumpah, tempat yang semua cuma ada jamban pancut tuu memang jangan harapp i nak membuang kat sana dah. I taknak dah memalukan diri keluar2 terus basah kuyup macam lepas berendam dalam jamban.Ni dah pengalaman berapa ribu riban kali dah menyesal dengan tandas pancut ni. SAY NO TO PANCUT! Ehh salah, JAMBAN PANCUT !! T_____________T I hate yaa babehhhh..




9 Dec 2010

Lagi Artis Sehati Berdansa Bercerai-berai.. WOWW!


Assalamualaikum.


Wow ! I tak tahu nak kata apa. Tapi agak pelik di situ. Kenapa lepas seorang seorang artis sehati berdansa bercerai ?? Damn ! Scary.. Terbaru Sein Ruffedge dan Nana cerai dengan talak satu ! Ishhh, dah laa zain ni cute miut, sure jadi duda meletopss kan kann ? :D




DAN DAN antara senarai artis SEHATI BERDANSA yang bercerai :


ATILIA DAN SUAMI

picture credit : astro


ANNE DAN WAFI

picture credit : Google


DIRA DAN SUAMI

picture credit : google


SABRINA ALI DAN SUAMI

picture credit : Murai.com.my



RADHI OAG DAN ISTERI

picture credit :Google


ASHEED DEF GAB C DAN ISTERI

picture credit : Google


7 pasangan kesemuanya. WOW ! Sangat bayak okey. Haihhh. Harap2 lepasni dah tak ada lagi artis SB yang bercerai yaa. Sedih dan takut pulakk tengok banyak artis bercerai macam ni.


6 Nov 2010

Anak Tak Mengenang Budi !


Assalamualaikum.


(PERINGATAN KERAS : Ini entry BEREMOOO EMOO Banyakk)


Tadi i tengok cerita Hindustan walaupun actually i lagi sukoo tengok cerita TAMIL. HAHA. Ini betol2 bukan tipu2 ya ;p Cerita hindustan kat tv2 tu pasal seorang suami isteri dah tua dengan anak2 dia. Semua lelaki. 4 orang lelaki. Mak bapak dia punya laa sayang anak2 dia bagai nak mati, tapi bila bapak dia da bersara, nak duduk dengan anak2 dia semua taknak. Sanggup kaaw buat rancangan bagai supaya mak bapak dia tak jadi nak dok dengan dorang. Mak aiii, jahat gila !


Kadang2 i pelik sangat sangat, kenapa wujudnya anak jenis macam ni ? Hoi ! Kau tak ingat ke mak bapak kau punya laa sayang tatang kau bagai minyak yang penuh. Macam mana laa kau boleh terdetik hati taknak bela dorang bila dorang dah tua ? Orang macam kau ni kena rejam je sampai mati time baby lagi. Erkkkk, sory terover T___T


Tapi, tak kesah, i nak sambung gak ! Ngeee, Kau dah kenapa ? Ehh, takda mak bapak, takda la kau ok ! Sumpaah, kalau i dapat husband yang perangai dia jenis lupa mak bapak, memang i cakap takda husband lagi bagus. Tak tahu kenapa i rasa saket hati bila ada anak yang taknak tolong dan bela mak bapak dorang bila dorang dah tua.


I harap, perasaan i sampai ke tua akan macam ni. Supaya i tak sanggup abaikan mak bapak i bila dah tua nanti. Amin. Ingatlah apa i nak cakap ni, kalau bukan kita, sapa lagi nak jaga mak bapak kita ? Rumah asuhan ? Haaa, yelaaaaa sangat ! Cuba kau rasa masuk sana. Nak ? Nak ? Haa, lu fikirlahhhh sendiri !



29 Oct 2010

Student KLMU Mogok !

Assalamualaikum.


Mogok mogok ! Benda yang sepatutnya lama i buat time dekat ex kolej i dulu di MIIM. Tapi, tak semua pelajar berani macam pelajar KLMU. Fight for ur right ! Ingatlah, student power sampai bila2 takkan dapat dikalahkan. IPTS dan penipuan memang susah nak dipisahkan. Selagi korang betol wahai kawan2 di KLMU mahupun di mana-mana IPTS, i tetap akan sokong u guys ! Gudluck! :)





Kepada kawan2 di KLMU. Sila jangan malu2 join page INI. Sekadar mempromote. Okey babai. Fight fight fight !



P/S : Alhamdulillah. I gembira di kolej baru. Setakat ni tak ada apa2 masalah macam dulu :)



27 Oct 2010

Pernah Tak Rasa Sesak Nafas Setiap Kali Waktu Sejuk ?


Assalamualaikum.


HAI SAYA EDAOLALA. ANDA ? :D


Credit to Khairul Zafry ! :D


Semakin membimbangkan. Hmm, dah berapa hari i selesema. Amek ubat then dah hilang selesema. Tapi sekarang musim hujan. Cuaca selalu sejuk. Dan setiap kali sejuk i mesti sesak nafas. Sejuk je terus sesak nafas. Kadang2 rasa tak tahan.


Nak lari pun i macam semput. Dari sekolah lagi dah macam ni. Tapi i abaikan sebab i fikir tak ada apa. Nak kata i ada lelah or asma keturunan memang takda. Tadi i search ciri2 penyakit i ni. And at last, i dapat info dari SINI. Kemungkinan besar i ada asma. So, nak taknak esok nak pergi klinik buat check up. Haihhh.



P/s : MAAF, I MEMANG SUKA GAMBAR TERBALIK :) NAK LEBIH JELAS TERBALIKKAN KOMPUTER ANDA. HAHAHAHA :)



18 Aug 2010

Mata Buta Sebelah Sebab Pakai Contact Lens ??



Assalamualaikum.

Fuhhh, berita yang i dengar baru2 ni amat mengejutkan. Geng2 makcik mengumpat sume dok cerita pasal budak sekolah menengah yang dok dekat area rumah i ni pasal mata budak tu dah buta sebelah. OMG!! Kenapakah ? Semuanya disebabkan contact lens.

I pernah dengar bahaya kalau pakai contact lens. Tak tahu pulak bahaya dia dari sudut apa. I baru je memasang niat nak pakai contact lens colourfull gituuu tapi terus tak jadi lepas tengok budak ni. Haihh. Macam-macamm betol..



Daripada apa yang i dengar sume orang kata budak ni keje dia asyik pakai contact lens tukar2 kaler. Tak tahu laa sebab apa contact lens tu jadi punca dia buta sebelah. Conclusion, bapak2 ibuk2 nyah2 mak2 hayamm sume, takyah pakai contact lens, original sudah ! hehehe :D


p/s : Gambar cilok daripada pakcik google i. Hee



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook