Showing posts with label faridharon sahaja. Show all posts
Showing posts with label faridharon sahaja. Show all posts

11 Apr 2012

MEGA SALES APRIL ! PHOTOSHOOT PROMOTIONS !! ^,^

Assalamualaikum.


Hye good news untuk semua yang tengah mencari photographer dengan harga yang murah ! :) Selalu nya untuk personal potraits kami akan charge RM300++ but kami telah berbesar hati untuk buat satu lagi promosi pada bulan april ! RM130 untuk personal potraits. Detail seperti di bawah :




Photoshoot promosi ni include sekali untuk :
- family - personal - couples- group

dan

promosi RM130 photoshoot ini hanya valid until end of APRIL.




So, apa tunggu lagi ! Jom book kami secepat mungkin ! 
Macam mana nak booking ?
You guys boleh mesej kami terus di page kami di SINI
dan beritahu terus kepada kami you nak photoshoot pada berapa haribulan ! 
HURRY ! Siapa cepat dia dapat promosi harga murah dan terhad!!

THANKS :)




3 Apr 2012

Selamat Ulang Tahun Sayang...

Assalamualaikum.


Supposed i update entry ni on March. But, disebabkan kemalasan tahap melampau i tunda-tunda sehinggakan ke saat ini ^,^ I realized, i should blog bout this as this one of my sweet memories yang supposed i keep it in my blog dan i tengok balik at the future soon :) So, here we go ! I'm thinking out to blog pasal encik Faridism punya birthday last months :p *i'm wearing black sunglasses while blogging this, as kepala i dah pening sangat tengok laptop sehari suntuk* hikhikhik. PUN BOLEH ;p


***


On 17 March last month, he's going to 21 years old. Oh my, i memang pening kepala daripada last year cari hadiah apa lah i nak belikan untuk beliau. Disebabkan beliau sangat tegar terhadap kamera dan seangkatan dengannya, so i decided nak beli something yang related dengan kamera. If nak beli kamera dan barang2 dia yang ribu-riban memang tak, sebabnya i still student okey. Mano den nak dapat duit banyak2 oi ? hahaha. So i telah belikan beliau sesuatu.. Jeng Jeng Jeng.. 




Oh apakah ini ? Tengok tu, i balut dengan gigih tau. Sampai koyak2 pembalut tu i buat. Yang ni pun nasib baik tinggal separuh. Tapi koyak sikitlah -.-' sebab i tak reti balut. Nasib baik still boleh cover hahahha. Meriah sungguh kan pembalut tu ? Erkk, okeylah. Actually ingat nak beli gambar teddy bear bagai. But... errr. NO ! ahaha





Errr hadiah apa ni ? beliau dok sibuk menggoncang sana sini. LOL ! Then i saja kasi suspen konon hadiah beribu2 juta punya harga, i cakap " Eh awak jangan goncang  ! Rosak kang. Mahal tuu.. " hehehe padahal hadiah murah je.. heheh nak tahu apa ??? Jeng jeng jeng.. 



Oh apakah ?? Beliau terbeliak ! AHAHAHHA. Yes, its 24-70mm Lens.... tuuuu babe !! Harga 5k tu.. Jangan main-main.. Okey sume sila gosok-gosok mata anda ! :p hahahah




See, muka happy dapat lens 24-70mm.... 





Punya CUP ! LOL. hahaha jangan marah semua, anda telah tertipuu :p Siapa percaya memang parah. AHAHHA sebab mana nak cari 5k oiii. Lain lah if i dah kerja kan heheh :) Okeylah, tak dapat beli yang real, yang cup dia pun jadilah :) Asalkan encik farid ni tersenyum suka saya pun jadi suka hikhik :p




Benda yang wajib ada time birthday mestilah KEK ! Yeah, kek coklat buatan I SENDIRI okey ! 100%. Baru belajar buat dua kali. Tak tau lah sedap ke tak. AHAHA. Sorry awak if tak sedap :p tapi rasalah, hasil air tangan saya yang baru belajar buat kek ni. IKHLAS TAU :p hehehe 




 Muka terkejut sebab kek pelik ! ahahha sorry awak :p Dan bawah, muka excited dan terharu nak potong kek :)) Selamat Ulang Tahun Sayang.... yang ke 21 ehem ehem ^,^ makin tua lah awak. Lepasni kena buat muka comel selalu supaya nampak muda ya hehehe :)



DAN, ADA LAGI SATU HADIAH i kasi dekat beliau.. Jengjengjeng... :D




Tiket menonton Teater CUCI THE MUSICAL 3 LAST KOPEK ! :) Encik farid semangat nak tengok teater sebab dia tak pernah tgk teater. So, dah alang-alang birthday dia, i belikan la satu tiket untuk encik farid sebagai hadiah hari jadi tak seberapa ni ! eheheh :) 



 Kami, di Cuci The Musical 3 Last Kopek ! ^,^ Best sangat, tak sia-sia beli tiket tau ! Lepasni kitaorang plan nak pergi lagi tengok teater. Insyallah :)

***

Okey, sebelum i habiskan entry ni, I nak ucapkan lagi sekali selamat ulang tahun buat Muhammad Farid Bin Haron. Semoga awak dapat menjadi anak yang soleh dan berguna untuk kedua orang tua awak, agama, bangsa dan juga negara !  :) hehe. Dan juga semoga awak dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dan dapat pasangan yang solehah *kelip2 mata*. Insyallah. Ily <3 Maaf sekiranya birthday celebration dan juga hadiah tahun ni tak sebest yang awak harapkan. Sorry ya :)




Sampai bertemu kembali wahai sang pembaca sekalian. Assalamualaikum ^,^

24 Sept 2011

Popeyes Louisiana Kitchen yang sedappp!! Nyum nyum !


Assalamualaikum.


Lama tak cerita pasal makanan kann. ehehhe. Almaklumlah, i ni kuat makan. Benda paling i suka kat dunia ni memang no 1 makanan laaa. Hehehe ^,^ So, harini i nak share pasal Popeyes Louisiana Kitchen punya food. Perghhhh! Memang sedap. Setanding KFC wooo^,^



I makan dekat Wangsa Walk time tengok filem Nasi Lemak 2.0 dan Bini-biniku Gengster. Means, 2 kali la i dengan encik bf layan Popeyes Louisiana Kitchen ni. Memang shedaappp!




Kitaorang order yang ayam atas ni time tengok filem Nasi Lemak 2.0. 1st time cuba, memang sedapp ! Ayam dia pun segar macam ayam KFC. Besar pun besar tapi tak boleh kalah KFC lah besar ayam dia. Hehe KFC juara bab2 saiz ayam ni. huhu :p Dia punya rempah lain sikit tak macam KFC. But, shedappp ^,^ Roti tu pun sedap :)



Ni ayam kitaorang order time filem Bini-biniku genster lak. 2 kali dah cuba. Still sedappp, layan ! :) Nyummmnyumm.


Dia ada kasi jem strawberry ni. At 1st i ingatkan makan dengan french fries. Yelahh, pengaruh ikea meatball an. hehehe last2 baru tau kena makan dengan roti tu hihi :p



Perghhhhh, ini terbaik. French fries dia memang sedappp ta ingat !! i taktau dia letak apa dalam tu. Rasa lebih kurang macam potato wedges. Tapi, shedappp wo. I rasa nak mintak refill banyak kali kalau boleh. Tapi tak boleh pun heeee -..-'



Haaa yang ni special ! i taktau nama dia apa. Tapi something corbonate apatah. I amek perisa apple. Sedapp jugak ! ^,^ U guys patut try :)



Tukang makan french fries yang lahapppp. Nyum nyummm !



Yang ni pelahap kuasa dua. Kuikuikuiii :p



Last but not least, u guys should try Popeyes Louisiana Kitchen. Tak banyak tempat yang ada. Yang i tau dekat wangsa walk ni jelaa heheh :p Harga dia pun not bad lah. Standard je ada tak sampai RM10 ada yang belas2.. Tapi yang pasti MCD n KFC lagi murah laa hehe ^,^ Selamat mencubaa :)



14 Aug 2011

Happy Birthday To Me !! ^,^


Assalamualaikum.




Happy birthday to me, Happy birthday to me, Happy birthday to meee, Happy birthday to mee ^,^ Yeahh, alhamdulillah. Harini 14 August 2011, genaplah usia i 20 tahun. Alhamdulillah syukur sangat sebab i masih lagi bernafas dan dapat rasa nikmat hidup kat dunia ni sampai usia dah masuk 20-an ni. Semoga i dipanjangkan usia lagi. Insyallah. Amin.



Pejam celik, pejam celik i tak sangka masa cepat sangat berlalu. Dan apa yang i perasan, bila i semakin tua ni *erkk* i mean, usia semakin meningkat :) i rasa diri i lebih matang. Tak banyak sangat bercakap kosong macam dulu. I lebih berfikir dulu sebelum bercakap. Lebih menjaga tingkah laku dalam apa hal pun. Senang cerita, i dapat rasakan sifat positive matang tu lebih daripada sifat kebudak-budakan dulu waktu belasan tahun. Huhuhu ^,^ Alhamdulillah.





Dan, harijadi i yang ke 20 ni pun lebih bermakna, sebabnya alhamdulillah dalam tahun ni juga, i belajar pakai tudung. Setakat ni, i belum pernah lagi buka tudung time kat luar. Semoga, perubahan i yang baru ni berkekalan. Insyallah amin :) Semoga usia 20 tahun ni, dapat jadikan i untuk memperbaiki diri lebih baik daripada sebelum ni.



Doa i, pada usia 20 tahun ni, semoga i dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia lagi, dapat jadi anak yang solehah dan baik untuk orang tua i, jadi lebih matang, jadi lebih sukses dan paling penting i dapat jadi lebih baik dalam dunia dan akhirat daripada sebelum ni. Insyallah, amin.






I nak ucapkan terima kasih dekat semua keluarga, saudara, cikgu dan kawan2 yang dah wish birthday i. I dapat beratus2 ucapan daripada kawan2 dekat facebook, twitter n sms. Terharu gilaaa :') Thanks a lot. Sayang kalian semua sangat2 !! :') Dan paling tak boleh lupa, thanks to my sayang sebab suprise beliau haritu sebelum puasa. Lagi speechless. Dan semalam pun dia buat suprise lagi. Ayakkk, kali ni dengan video beliau yang super comel !! hahah jom tengok kat bawah ni ^.^




I love u soo much sayang :') HOLLAND! U'r the best present ever i had sayang. I love you, i love you, i love u :) Thanks a lot sebab selalu jadi penyebab perubahan b untuk jadi lebih baik :') I loveeeeeeeeeeeeeee youuuuuuu!!! Yes, its true. Dia memang sweet macam gula-gula. Gula-gula pun tak susweet beliau :P hihi


7 Aug 2011

AXE EFFECT ads shooting ^,^


Assalamualaikum.


Sebelum puasa ni habis, i wanna wish all my beloved readers Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa. Yeahh, i know its a bit late to wish, but ghasakklah asalkan i wish :p ngahaha




Okey, lets start ! Minggu lepas before puasa, i got an assignment from my beloved advertising lecturer yang macam David Teoh, Mr tony ^,^ untuk buat ads shooting. Wohaa, what a great assignment ! I do love it. HAHA. Sir baru bagi, deadline pun lambat lagi untuk submit, but group i dah setart shoot. Bukan takat start shoot, video pun dah siap edit. Senang cakap sume siap dah tinggal nak present je skg ni haa. HAHA. Semuanya disebabkan big bos, tuan director yang kacak telah membantu kitaorang. Siapa lagi kalau bukan taukeyy FARIDISM PHOTOGRAPHY kiteww tuww :p hihi. Kalau taukey dah masuk campur, sume keja memang senang. Terima kasih taukey :)) hehe




Taukey yang berkerja keras hari itu. Tengok cermin mata dia sampai berasap-asap u know :p Alolooo comel lah taukey ni. Nak no tepon boleh ? ^,^



Pagi-pagi tu hujan lobat gila. I dah cuak gila kalau2 tak dapat nak shoot. But at the end, we just proceed untuk buat shooting hari tu jugak. Then we start shoot around 1pm if im not mistaken ^,^ Shoot sampai lah nak dekat pukul 6pm :) Memang sangat tiring but its totally fun sangat sangat ! Thanks a lot untuk semua yang membantu, my taukey sayang, beloved group, kak mira, man, lan dan am :)) U guys just did a great work !!


BARISAN ORANG-ORANG KUAT IKLAN AXE EFFECT :)











Nak tengok iklan kitaorang ?? Nantikan.. Awal bulan September i akan publish dekat blog dan facebook :) N we really need ur votes untuk tekan butang LIKE. Nantikan, AXE LOVE EFFECT daripada kami ^,^



30 Jul 2011

Blackberry from him. Wohoo ^,^


Assalamualaikum.




Minggu ni minggu yang sangat-sangat stress untuk i. Abu hilang dah 4 hari masuk harini. Start selasa tu muka i dah masam gila. 4 hari ni jugak i asyik lupa nak makan dan rasa murung gila sebab i rindu gila dekat dia :'( I sayang dia sangat, kucing yang i jaga dari lahir sampai laa ni. Haihh, kat mana pun abu berada, i hope soo abu akan balik 1 day nanti, kalau tak balik pun, i nak dia sehat n happy tu je. Amin ya Allah.



But today, im getting okey. Sebab farid buat suprise untuk i. Mungkin dia tau i sedih, murung sangat minggu ni. Plus, birthday i on 14 August pun jatuh pada hari puasa. So dia decide nak buat suprise untuk i harini. Urghh, memang menjadi, dan he make me smile again. Terima kasih sayang :')



I tak tahu pun dia nak celebrate awal sangat macam ni. Dia pulak terlebih excited macam birthday dia pulak bukan birthday i. huhu ^,^ Dia ajak i pergi makan lepas solat jumaat. I pun ikut jela. Sampai dekat counter MCD dia cakap laptop dia tertinggal dekat bonet. Dia suruh i amekkan dalam bonet. I pun pergilah amek. Sekali tu i, i buka bonet je ada hadiah2 ni sume.. Sweet sangat la haii boypreng i sorang ni :')




Tengok tu, siap ada anak panah lagi suruh collect hadiah2 tu dekat dalam bonet. I pun angkut jela sambil sengih2 cam kerang busuk kihkihkihh ^,^



Terkejut sangat :') Sebab it soo sweet ! Okey, its not 1st time dia buat cam ni. Tapi dah banyak time. Memang selama 3 tahun kitaorang couple ni, farid suka sangat buat suprise2 yg super romantik hihi ^,^ Ni sebab i tambah sayang dekat boypreng i sorang ni. Dahlah comel. Romantik pulak tu. Lepastu lepastu.. erkkk, takleh puji lebih nanti dia perasan :p hihihi kan sayang ? :pp




Muka excited dapat hadiah heheh ^,^ ehh btw, kek farid bagi pun cantik sangat. I suka gilaa ^,^


Nyum nyum !! Masih ada dalam peti ais. I simpan. Rasa macam nak awet dia supaya leh tahan sampai anak cucu nanti. HAHAHA takleh blaa kedekot :p



Sesi buka hadiah. Farid tak sabar2 nak suruh i bukak hadiah tu. I pun bukak pelan2 je. Hehe dup dap dup dapp.. apakah isi dalam dia ya.. jeng jeng jenggg !! :D


OMG !!! Its blackbery babehh blackberry not strawberry. Strawberry yang dekat cake atas tu. Muahahha. Pengsan 30 saat jap ! :p




Sebelah BB i sebelah farid punya ^,^ yeahh, at last blackberry farid tu dah ada kekasih. Kaler pink lagituuu. Cun ! hehehe :pp



Sesi potong kek comel loteh tu ^,^ Ishh pandang apa jela dak sebelah tu. Tak sabar nak makan kek le tew :p hihi



Sapa ada BB bak mai BB pin ! erkk. Tak pasal farid tak kasi pakai BB kang. hahha gurau je :)



Sebenarnya tadi dalam keta before sampai kat MCD ni i ada lah nangis sikit cite pasal Abu. Tapi tak sangka lak balik2, i happy dengan suprise yang farid buat. I bukan happy sebab i dapat bb, tapi sebab farid sweet sangat buat suprise sume ni :') Buat i terharu gilaa.. Sangat sangat :') Ni tambah sayang berganda ganda dekat encik boypreng ni :) LOVE YOU SAYANG, SOO MUCH ! HOLLAND ^,^



P/S : I sangat happy harini. Terima kasih sayang :') Tak sabar nak tunggu bulan 10 sambut our 3 years together :') Love you soo much sayang. Hope our relationship last long. Insyallah amin. Dan i pun berharap, birthday i nanti abu balik. I miss u abu :') Mommy doakan abu sehat selalu. Amin.


4 Jul 2011

PHOTOSHOOT PROMOTION !! Khas untuk 10 ORANG TERAWAL !



Assalamualaikum.


Promosi!! Faridism Photography kini kembali atas permintaan ramai. Kami buka promosi ini untuk 10 orang terawal yang ingin bergambar pada bulan (JULAI) ini sebelum kita semua menyambut bulan ramadhan pada Ogos depan, kerana faridism photography akan berehat selama sebulan pada bulan ramadhan.


Jadi kepada semua diluar sana yang berminat untuk mengunakan khidmat kami, anda semua boleh membuat tempahan mulai sekarang 4 JULAI 2011. Promosi ini hanya valid pada bulan JULAI ini sahaja. BOOK US NOW ! :D Promosi ini dibuka kepada semua kategori- Personal Portrait- Family Portrait- Couple Photo shot- Modelling- Pra-wedding/Post-wedding (outdoor)kecuali untuk PERTUNANGAN & PERKAHWINAN.


HOW TO BOOK ?


1. Anda semua boleh mengisi borang quotation kami di SINI


atau


2. Hubungi kami di talian



012 3073 149 - Farid
017 3622 001 - Faridah


Siapa cepat dia dapat !! ^.^ Jom book sekarang !! :))


30 May 2011

ORDER FORM yang ROMANTIK ^,^ awww!

Assalamualaikum.


Semalam i check order form. Suddenly, keluar benda pelik2 macam kat bawah ni T____T Agak mengejutkan dan menggemparkan duniaa. *mengarot ! hahahaha




Haaa, dah sah2 kerje si encik boyfriend lah siapa lagi. HUHUHU ^,^ Rajin je nak isi2 form bagai. Ish ishhh awok ni ! ILY too :)


Jom ke belog encik romantik niii. Tekan SINI !! ^,^


25 May 2011

BLAZER KASUT MURAH !

Assalamualaikum.


Esok i ada presentation untuk presentation skill class. So, memang kena pakai formal la kan. Miss kata lagi bagus kalau ada blazer. Hmm, mana nak carik blazer ni. Tak suka laa blazer macam orang tua tu T_____________T Nak style2 sikit. Tak kira lah murah ke hapee. Tiba2 Farid ajak i shopping hari Ahad hari tu. I pun seronok nak join dia.



I ajak dia pergi Times Square sebab murah plus, i nak carik blazer pelik2 untuk pakai kadang2 je ;p hihi ( BELI MAHAL2 MEMBAZIR SEBAB JARANG PAKAI + i memang tak ada duit hahaha) I teringin sangat nak blazer yang ada kembong2 dekat bahu tu sebab i ada ternampak kawan i pakai haritu. Carik punya carik last2 jumpa laa jugak ala2 blazer kembong2 bahu tu ^.^ Murah gilaa. HUHUHU




FARID PILIHKAN ^.^ bagus jugak taste dia kann ;p hihi



See, kembung bahu macam yang i nak ^.^

Awww, suka gilaa ! ( kompom pakai sekali dua je ) HOHO



Lepastu, jalan punya jalan terjumpa pulak kasut jual MURAH GILAA WE !! hahaha. Kaler kelabu sama macam blazer. RM15 je, so beli jelaaaaaaaaaaa :p Well, kata perempuan kan nampak benda murah suma dia nak hahaha ;pp




DESIGN YANG PELIK T___________T




Last2, I je shopping, Farid pulak tak jadi shopping sebab dia merajuk. HAHAH. Dia merajuk sebab apa dia nak beli sume i cakap tak lawoo ;p hihi. JAHAT GILA I NI (Baru persan) :pp Ehh, btw, FARIDISM PHOTOGRAPHY punya belog template dah tukar. JOM USHA ! tekan SINI :) Okey boiiii !!



Pssstt :// SHOPPING paling murah dekat dunia adalah di TIMES SQUARE, percayalahhh HAHAHA. Agak2 pokai tapi nak shopping, p jelaa TS. Memang berbaloi2 ^.^


PHOTOSHOOT : Winner Faridism Photography Contest

Assalamualaikum.


Beberapa bulan lalu, kitaorang ada buat satu kontest. Dan pemenang akan dapat PHOTOSHOOT PERCUMA daripada kami, FARIDISM PHOTOGRAPHY. Akhirnya, selesai jugak photoshoot yang kitaorang nantikan tu. Dan kak Lisa dan tunang dia sangat cool gilaa !! Tak percaya, try tengok gambar dekat bawah ni, memang jelas nampak dorang cool habis tau ! :))
































Macam mana ? Cun tak gambar2 kat atas ? Kalau u guys rasa nak ada gambar cun macam pemenang contest ni, boleh book kami dengan isi QUOTATION FORM di SINI. Dan kalau nak tengok hasil snapshoot kitaorang, boleh tengok dekat FACEBOOK kami di SINI ataupun belog photographer kami di SINI ^.^ - harga kitaorang charge sangat berbaloi2. tak percaya jom try shoot sekali !! :))





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook