Showing posts with label tagged. Show all posts
Showing posts with label tagged. Show all posts

6 Dec 2010

Tag : 25 Random Things about EDAOLALA



I ditagged oleh SARAH. So, sementara tengah tak tahu nak post apa i buat tagged ni. Ehehe :D


"once you've been tagged you're supposed to write a note with 25 random things, fact or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. If i tagged you, its because I want to know about you."


1) Mak cakap dulu time mengandung dia ingatkan i ni lelaki. Bapak siap nak bagi nama lelaki dah. Rupanya keluar2 perempuan. Huhu

2) Patutnya mak nak bagi nama FARIDAH FASHA dekat i. Tapi tak jadi. Kalau tak mesti sume dah panggil i Fasha Sandha kan. HAHAHA

3) Baju yang i akan pakai banyak2 kali cuma tshirt je. Dress2 suma yang i beli. Kadang2 je pakai. Kalau rajin. Wahahaha

4) I suka kucing sangat-sangat.

5) Nama kucing I abu :)

6) I gelarkan diri I mummy dekat Abu :)

7) I seorang yang kasar ataupun tomboy sikit dan slumber. Hehehe

8) I bukan 100% Melayu.

9) Dari tingkatan 3 i dah kerja untuk cari pengalaman.

10) I suka tukar fashion rambut. Tapi sekarang dah tak sangat.

11) I suka kerintingkan rambut i.

12) I suka bercakap. Sebab tu i amek kos mass communication :D

13) Kalau i cakap i akan cakap dengan laju tanpa henti dan dalam nada yang kuat. WAHAHA

14) I hantu selipar. Kat rumah i berlambak selipar. Tapi cuma 1 2 je i akan pakai. Lain simpan buat stok. HAHA

15) I selalu pelik sebab result i selalu ok walaupun i langsung tak pegang buku.

16) I nampak sombong tapi sebenarnya i takk tau ! :)

17) I tak suka ada kawan baik.

18) I suka keluar dengan boyfriend i. Dengan kawan2 sekali dua je.

19) I suka kawan dengan orang pandai.

20) Selalu orang Cina cakap bahasa Cina dengan i lagi2 waktu i kerja promoter dekat jj dulu T_T

21) I suka bersaing dengan kawan. Nak result lebih bagus dari kawan2 :)

22) Adik beradik semua perempuan.

23) Anak last yang dimanjakan oleh mak habis-habisan. HAHA

24) I suka berdikari.

25) Mak selalu cakap i garang dan kasar tapi hati i baik :) ehehe.


TAGGED :


I nak tagged dekat semua yang nak jawap tagged ni. Silalah jawap siapa agak2 bosan tak tahu nak buat apa tu ya. Lagi2 yang tengah cuti sem macam i ni. Lemauu dah duduk rumah oiii :D ehehehe


21 Feb 2010

Tag Tag and More Tag. hehehe


Tersangatlah bosan hari ni. Oh yang pastinya, disebabkan aku tak dapat dating. hehe. Sebab aku telah dikawal ketat oleh bodyguard perkasa aku yang garang siapa lagi kalau bukan bapak aku. aduhai. haha. Ok lah aku tak keluar hari ni sebab selama seminggu jugak la life aku agak busy keluar sana sini. Almaklumlah saya bisneswoman baru nak up. Ececehh. hahaha.



Okey, masuk entry. Aku kena jawap tag yang diberikan oleh Miss Cahaya klik SINI untuk ke page beliau. Promote sekali sekala ye kak. Jangan lupa belanja MCD nak double cheese burger dan Sundae cup. hehehehe. Tak boleh blaa. Ok sudah cukup mengarot ! Aku kena jawap tag yang berbunyik :




Tag : You should tell 10 facts or hobbies about yourself



1 ) Nama aku Faridah dan nama cik abang sayang aku Farid. Dan aku merasakan hal ini tersangatlah cool di alam semesta ini. Okey, sangat perasan. Abaikan ! heee



2 ) Ramai orang ingat aku Cina dan ramai orang Cina cakap bahasa Cina dengan aku waktu aku kerja jadik promoter kat Jaya Jusco sampai kadang-kadang aku rasa aku nak carik pakwa Cina. Wahaha. Okey aku kelihatan Cina disebabkan mata aku sepet dan mak aku cakap keturunan aku dulu-dulu ada yang berbangsa Cina. Buktinya aku boleh cakap Cina, wo ai ni. Paham ? Tak paham sudah. hahahaha


3 ) Aku seorang yang memilih kawan dan aku tak suka ada kawan baik.


4 ) Aku suka main bola sampai aku tingkatan 3 aku masih main bola dengan budak kecik lelaki. Dan aku suka kawan dengan lelaki sebab lelaki tak macam perempuan lembut sangat menyampah. hahaha. Aku start berubah jadi gedik gedik dan baget pompuan ni bila aku dah start tak keluar padang rumah iaitu waktu nak dekat f4 kot. Ini fakta. hahaha


5 ) Aku type suka bercakap dan cakap main lepas. Aku tak suka nak simpan simpan dengan kawan aku terutamanya kawan yang agak rapat. Aku jenis cakap je apa aku rasa kat kawan aku tu kalau tak suka aku cakap tak suka kalau suka aku cakap suka. Tapi kadang2 ada juga kawan yang aku rasa tak perlu nak cakap lepas dengan dia sebab tak ada guna dan dorang jenis tak makan saman baik diam. hahaha


6 ) Aku jenis bukan pemarah tapi sekali aku dah marah dengan cikgu-cikgu dan meja sekali aku tergolekkan. hehehe. Pernah berlaku okey. Malas nak cerita.


7 ) Aku seorang yang positif dan berkeyakinan tinggi. Bapak aku selalu cakap aku baget. Tapi aku tak kesah apa dia kata. Aku lagi suka kalau dia cakap macamtuh, maknanya dia cabar aku. Aku jenis kalau orang bagi aku kerja walaupun aku tak boleh buat aku akan cakap aku boleh boleh dan boleh. hehehe..


8 ) Selalunya orang yang pertama kali kenal aku akan cakap aku sombong dan macam macam lagi yang teruk teruk. Tapi bila kenal betul betul selama bertahun dorang akan cakap aku jenis otai kelakar dan banyak cakap. hehe



9 ) Aku jenis cepat pandang rendah dekat orang. Ini fakta. Kalau sekali aku dah pandang rendah disebabkan perangai buruk dorang sampai bila-bila aku akan pandang rendah. Bukan aku rasa aku bagus tapi sebab bagi aku attitude seseorang tuh menggambarkan sama ada patut ataupun tidak kita respek dia.



10 ) Hobi pulak. Hobi aku simple, cuma online dan dating. No more lepak dan message. Aku tak suka dah. Zaman budak baru nak up dulu dulu boleh la. hehehe.




Jawapan yang ikhlas dari aku. Sekian..





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook