Showing posts with label edaolala sahaja. Show all posts
Showing posts with label edaolala sahaja. Show all posts

4 Apr 2012

Kenapa Mesti Takut Bertukar Ke Timeline Facebook ?

Assalamualaikum.


Well, i sure ramai dah tahu facebook semua orang akan bertukar ke timeline. Yang belum bertukar lagi tu, tak lama lagi tertukar lah tu. If tak tertukar juga, NO COMMENT ! :p Semua orang bising-bising bila page dah bertukar secara magik dengan sendirinya tanpa kita perlu klik apa-apa. Termasuklah I sendiri. DULU yes DULU ! ahahha.



Kenapa i cakap dulu dan bukan sekarang ? Sebabnya, bila i fikir balik, ada best juga timeline ni actually. Try to think positive untuk dapatkan effect yang positive. If think negative, effect pun akan negative. Maka, terlahirlah niat hati menyampah dengan facebook dan terus klik ke butang 'deactivated page' Oh no no no. Lets, think positive terhadap TIMELINE FB. *dah mcm MLM fb lak* LOL! 


*****


1) COVER PHOTO BESAR GEDABAK


Well, ini antara yang bestnya dengan timeline. You boleh edit photo sendiri dan design letak nama u besar gedabak. Yeahh, this is the time you nak baget2 retiss ^,^ So, orang nak add you tengok u punya cover photo Bukan-main-DIVA sure berduyun-duyun orang akan add you :p Dari tak famous, haaa teruslah you jadi famous :p Kan kan ? 




Contoh cover photo *BAGET RETISSS* ahahaha




2) MARKETING STRATEGY

Oh no no, i takkan bebel pasal marketing strategy SWOT ANALYSIS bagai tu sume macam yang lecturer kita ajar dekat uni. No no :p But, apa yang i nak share adalah, kita boleh jadikan timeline as marketing strategy. Boleh promote your phone no, email dan sebagainya untuk yang buka blogshop dan lain-lain. So, if you design your cover photo dengan baik punya, sure orang akan berminat untuk LIKE page you :p Tapiiii, If yang personal page tu pun mengada nak promote no haaa lantak you lah :p AHAHA



Contoh Cover Photo Untuk tingkatkan Marketing :D



3) Kenangan MANIS


Yeah, dengan timeline facebook, kita dapat upload gambar kenangan manis kita semasa di sekolah, baru lahir dan lain-lain :D So, if you'r a stalker, sure timeline akan senangkan kerja you untuk menstalk PAGE orang yang u admire LOL ! *macam ada pengalaman* AHAHAHA



Contoh budak COMEL erkkk salah salah, i mean contoh kenangan manis-manis hehehe :D





Before i end my MLM speech *ewahhhh* ahahaha, nak share dekat you kata-kata pujangga :p "Always turn a negative situation into a positive situation" So, Jom ramai-ramai fikir positif dan start suka kan TIMELINE ! ^,^ Kbye. Assalamualaikum.





31 Dec 2011

A Year to be remembered - 2011 :)

Assalamualaikum.


Beberapa jam lagi 2011 bakal melabuhkan tirai. Terlalu banyak kenangan suka duka dalam tahun ni :) Rasa sedih bila tahun mula berganti, sebab terasa diri semakin tua. Yelaa, siapa pulak umur semakin muda kan bila dah tahun berganti ? :p Fuhhh, selamat tinggal umur 20 dan selamat datang umur sweet 21 :p ( Kalau budaya india dorang akan celebrate besar-besaran time umur dah 21 tahun, tahukah anda ? ^,^ ) ehehehe



Kalau you mmg dah ada niat nak berhijab, teruskan niat tu. Jangan tangguh2 :)



Dan alhamdulillah, tahun 2011 ni merupakan antara tahun paling bersejarah dalam hidup i. 1/1/11 tarikh bersejarah dimana i mula berhijrah untuk berhijab. Maknanya, esok genap setahun tepat2 tarikh penghijrahan i. Semoga, berkekalan. Insyallah :) Sepanjang i berhijrah, alhamdulillah Allah permudahkan, tak pernah langsung i rasa nak free hair balik. Tak ada godaan2 untuk free hair balik almaklumlah, i ni time dulu nak pakai tudung pun tak reti. Free hair tegar -..-' Tapi syukur bila i berhijab semua orang sekeliling i menyokong :) Dan paling penting, i rasa lebih selesa bila dah berhijab.



Dulu zaman free hair i rasa budak berhijab skema macam gambo kat atas hihi :p


Dan melalui penghijrahan i setahun ni, macam-macam perkara yang i belajar. Bila i mula berhijab, secara automatik i akan jaga setiap kelakuan i, tutur kata i dan semualah. I mula berfikir untuk setiap benda yang i lakukan. Yela, kalau dulu free hair, nak cakap apa pun orang macam tak kesah. Sekarang, dah berhijab, bila nak cakap kasar2 or yang tak sepatutnya mesti fikir 10 kali. Yela, kita pakai tudung, takkan kita nak mencarut. Buruk benor. Tidak tidak.




Dan paling best, i tak perlu risau dah nak pergi mana2. Bila berhijab, pergi mana2 pun semua orang okey. If sebelum ni i free hair, kadang2 pergi masjid or surau nak solat sama2 dengan kawan i tak tutup kepala, slumber masuk masjid sbb niat nak solat, habis kena marah dengan guard. Tak pun kena pandang slack dengan makcik2. But, bila dah berhijab, bukan takat surau masjid i nak pergi mana2 pun semua i rasa okey dan selesa tak ada dah rasa takut2 lupa bawa selendang :)



Aisa with me :) I tak cukur kening. Kening i memang sikit keturunan cina :p



Bukan tu je, dengan penghijrahan i ni i rasa lebih matang dan hati i lebih terbuka nak belajar pasal agama walaupun pelan2. Senang cakap, melalui penghijrahan yang baik ni, hidayah akan sentiasa datang dekat kita. Syukur, tahun ni jugak my bestie Aisa pun dah mula bertudung. Syukur sangat, bertambah lagi geng baru :)




Okey dah penat cakap pasal penghijrahan paling best dalam life i :) eheheh now nak cakap antara kenangan paling i tak boleh lupa 2011 ni. Its a time bila birthday i. Farid tak habis2 dengan suprised dia yang sangat sweet. Syukur, dapat kekasih hati macam awak :') Terima kasih jugak sebab selalu ceramah saya :)





I nak cakap semua kenangan manis2. Yang buruk2 ataupun tak baik sepanjang tahun ni, i rasa baik tak perlu ingat. Bak kata pepatah, 'ambil yang jernih buang yang keruh' :) Semoga tahun baru ni kita semua akan jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Mohon maaf sekiranya ada salah silap sepanjang tahun ni. Ampunnn yaa eheheh



SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA PEMBACA :) apa azam baru korang eh tahun baru ni ? ^,^




24 Sept 2011

Popeyes Louisiana Kitchen yang sedappp!! Nyum nyum !


Assalamualaikum.


Lama tak cerita pasal makanan kann. ehehhe. Almaklumlah, i ni kuat makan. Benda paling i suka kat dunia ni memang no 1 makanan laaa. Hehehe ^,^ So, harini i nak share pasal Popeyes Louisiana Kitchen punya food. Perghhhh! Memang sedap. Setanding KFC wooo^,^



I makan dekat Wangsa Walk time tengok filem Nasi Lemak 2.0 dan Bini-biniku Gengster. Means, 2 kali la i dengan encik bf layan Popeyes Louisiana Kitchen ni. Memang shedaappp!




Kitaorang order yang ayam atas ni time tengok filem Nasi Lemak 2.0. 1st time cuba, memang sedapp ! Ayam dia pun segar macam ayam KFC. Besar pun besar tapi tak boleh kalah KFC lah besar ayam dia. Hehe KFC juara bab2 saiz ayam ni. huhu :p Dia punya rempah lain sikit tak macam KFC. But, shedappp ^,^ Roti tu pun sedap :)



Ni ayam kitaorang order time filem Bini-biniku genster lak. 2 kali dah cuba. Still sedappp, layan ! :) Nyummmnyumm.


Dia ada kasi jem strawberry ni. At 1st i ingatkan makan dengan french fries. Yelahh, pengaruh ikea meatball an. hehehe last2 baru tau kena makan dengan roti tu hihi :p



Perghhhhh, ini terbaik. French fries dia memang sedappp ta ingat !! i taktau dia letak apa dalam tu. Rasa lebih kurang macam potato wedges. Tapi, shedappp wo. I rasa nak mintak refill banyak kali kalau boleh. Tapi tak boleh pun heeee -..-'



Haaa yang ni special ! i taktau nama dia apa. Tapi something corbonate apatah. I amek perisa apple. Sedapp jugak ! ^,^ U guys patut try :)



Tukang makan french fries yang lahapppp. Nyum nyummm !



Yang ni pelahap kuasa dua. Kuikuikuiii :p



Last but not least, u guys should try Popeyes Louisiana Kitchen. Tak banyak tempat yang ada. Yang i tau dekat wangsa walk ni jelaa heheh :p Harga dia pun not bad lah. Standard je ada tak sampai RM10 ada yang belas2.. Tapi yang pasti MCD n KFC lagi murah laa hehe ^,^ Selamat mencubaa :)



15 Sept 2011

1st time wearing contact lens -.-"

Assalamualaikum.


I tahu mesti u guys pelik hapasal tajuk i 1st time wearing contact lens padahal i ni kan taukey contact lens EDA CONTACT LENS SHOP. But, itulah hakikatnya, memang i ni harap je jual contact lens tapi pakainya tidak. Tak confident langsung nak pakai. Muahahha. Baru2 ni baru tergerak hati rasa nak pakai bila kawan2 dalam kelas sume dah try contact lens i, takkanlah i sendiri taknak try contact lens i ya dak ? Hehehe


Haritu, kawan i ada pakai lens HANA GREY 3 TONES. Cantik sangat dia pakai. So i nak mata i cantik macam mata dia, i pun belilah untuk diri sendiri. Hihihi. Yelaa selalu beli untuk customer je kan :P




Tiba2 rasa macam alien. Hantu pun ada kot T,T hahahaha



T_____T Nanti nak try coklat pulak lah. Grey cam tak kenaa -..-" sila jangan kutuk hahaha


So so so, apa benda u kena ada bila nak memula menjinakkan diri pakai lens ni ? Seriously i taktahu apa benda kena beli. HAHAHA. Nasib baik ada classmates i yet my regular customer yang selalu beli contact lens i ajar. Dorang kata kena beli benda ni.





Ooo baru i tahu function dia untuk cuci contact lens dan supaya lens kita tak kering. Oooooo -.-' terasa diri begitu kampung seketikaa. hahahaha.


1st time masukkan lens dalam mata, amek masa jugaklah, sampai kawan i aisa n ary fedup dah kata, ' eda bukak mata tu besar sikit bukak besar lagi lagi lagi...' hahaha cam orang nak beranak dah style dia heeheh -.-'


Okey, at last berjaya pakai sendiri. Nak bukak dia sumpah senang. Time masukkan tulah pedih sikit. Apa2 pun, Thank u sifu aisa n ary. Jasamu dikenang. Untuk yang seperti I ni baru nak belajo pakai lens, smoga berjaya ! cayooo!!! Ngahahhah. kemainnn :p



P/s: Saya tahu saya kampung, minta maaf saya budak baru nak belaja pakai lens, sila jangan kutuk muahaha. Jom singgah lens shop i kan SINI ! Best price i bagi u :P shhhhhhhh ^,^




30 Jul 2011

Blackberry from him. Wohoo ^,^


Assalamualaikum.




Minggu ni minggu yang sangat-sangat stress untuk i. Abu hilang dah 4 hari masuk harini. Start selasa tu muka i dah masam gila. 4 hari ni jugak i asyik lupa nak makan dan rasa murung gila sebab i rindu gila dekat dia :'( I sayang dia sangat, kucing yang i jaga dari lahir sampai laa ni. Haihh, kat mana pun abu berada, i hope soo abu akan balik 1 day nanti, kalau tak balik pun, i nak dia sehat n happy tu je. Amin ya Allah.



But today, im getting okey. Sebab farid buat suprise untuk i. Mungkin dia tau i sedih, murung sangat minggu ni. Plus, birthday i on 14 August pun jatuh pada hari puasa. So dia decide nak buat suprise untuk i harini. Urghh, memang menjadi, dan he make me smile again. Terima kasih sayang :')



I tak tahu pun dia nak celebrate awal sangat macam ni. Dia pulak terlebih excited macam birthday dia pulak bukan birthday i. huhu ^,^ Dia ajak i pergi makan lepas solat jumaat. I pun ikut jela. Sampai dekat counter MCD dia cakap laptop dia tertinggal dekat bonet. Dia suruh i amekkan dalam bonet. I pun pergilah amek. Sekali tu i, i buka bonet je ada hadiah2 ni sume.. Sweet sangat la haii boypreng i sorang ni :')




Tengok tu, siap ada anak panah lagi suruh collect hadiah2 tu dekat dalam bonet. I pun angkut jela sambil sengih2 cam kerang busuk kihkihkihh ^,^



Terkejut sangat :') Sebab it soo sweet ! Okey, its not 1st time dia buat cam ni. Tapi dah banyak time. Memang selama 3 tahun kitaorang couple ni, farid suka sangat buat suprise2 yg super romantik hihi ^,^ Ni sebab i tambah sayang dekat boypreng i sorang ni. Dahlah comel. Romantik pulak tu. Lepastu lepastu.. erkkk, takleh puji lebih nanti dia perasan :p hihihi kan sayang ? :pp




Muka excited dapat hadiah heheh ^,^ ehh btw, kek farid bagi pun cantik sangat. I suka gilaa ^,^


Nyum nyum !! Masih ada dalam peti ais. I simpan. Rasa macam nak awet dia supaya leh tahan sampai anak cucu nanti. HAHAHA takleh blaa kedekot :p



Sesi buka hadiah. Farid tak sabar2 nak suruh i bukak hadiah tu. I pun bukak pelan2 je. Hehe dup dap dup dapp.. apakah isi dalam dia ya.. jeng jeng jenggg !! :D


OMG !!! Its blackbery babehh blackberry not strawberry. Strawberry yang dekat cake atas tu. Muahahha. Pengsan 30 saat jap ! :p




Sebelah BB i sebelah farid punya ^,^ yeahh, at last blackberry farid tu dah ada kekasih. Kaler pink lagituuu. Cun ! hehehe :pp



Sesi potong kek comel loteh tu ^,^ Ishh pandang apa jela dak sebelah tu. Tak sabar nak makan kek le tew :p hihi



Sapa ada BB bak mai BB pin ! erkk. Tak pasal farid tak kasi pakai BB kang. hahha gurau je :)



Sebenarnya tadi dalam keta before sampai kat MCD ni i ada lah nangis sikit cite pasal Abu. Tapi tak sangka lak balik2, i happy dengan suprise yang farid buat. I bukan happy sebab i dapat bb, tapi sebab farid sweet sangat buat suprise sume ni :') Buat i terharu gilaa.. Sangat sangat :') Ni tambah sayang berganda ganda dekat encik boypreng ni :) LOVE YOU SAYANG, SOO MUCH ! HOLLAND ^,^



P/S : I sangat happy harini. Terima kasih sayang :') Tak sabar nak tunggu bulan 10 sambut our 3 years together :') Love you soo much sayang. Hope our relationship last long. Insyallah amin. Dan i pun berharap, birthday i nanti abu balik. I miss u abu :') Mommy doakan abu sehat selalu. Amin.


4 Jul 2011

Melancong ke 2 buah negara dalam masa 1 hari ! ^,^


Assalamualaikum.


Fuhhhh ! Lamanyaa la hai belog ni bersawang2 kan ^,^ huhu. I agak sibuk dengan exam. Bukan exam je, tapi dengan tengok cerita korea jugak sekarang ni. Heroo dorang jambu batu benorr. TERPIKAT ^,^ Hohooo. Hobi baru sekarang ;p Ehhh btw, betol laa, i pergi 2 negara dalam masa satu hari. Jangan ingat i tipu ! :) I pergi Jepun dengan Perancis. Percaya tak percaya tak ? heee :p


Bukti gambar i ke JEPUN -----> (siap ada bukti kauuu, kemainn )




Depan TATAMI SPA :)



VANAKAM ! erkkk T____T



Kannn, kat JEPUN kan ? :D


Rumah kat JEPUN yang i baru sewa ^,^



Bukti i pergi PERANCIS ( dalam hari yang sama sebab pakai baju sama heee ) ----->



LOVE AT THE AIR ^,^


Suka sangat bangunan ni ! Cantik :)



Angin dia lepas hujan sejuk dan segar, tapi dah tengahari sikit, panas lah :)


Now percaya tak ? :) Heeee. Actually, i pergi bukit tinggi minggu lepas. Dengan Farid dan cousin2 dia ^,^ kalau nak kenal salah satu leh bagitau, sume single2 kalau i tak salah. Alamak, terpromote lak. HAHAHA :P by the way, bukit tinggi tak banyak sangat tempat pun nak pergi.



Yang ada pun 2 tempat ni, JAPANESE GARDEN, COLMARE TROPICALE ( perancis town ), taman arnab. Tu je kot.. Tak berapa interesting sangatlah. Tapi kalau untuk yang dah kahwin, honeymoon okey kot, sebabnya hotel je banyak dekat sini n udara dia sedap untuk rehatkan mind sekali sekala :) Tapi kalau nak jalan2 tu cam kurengg jee.. huhu


Nak masuk kena bayar RM12. Untuk ke taman rabit pun kena bayar RM3. Dan naik van macam lori apatah nama dia tu free je. I panggil lori sebab dia bunyi bising macam lori. Tapi i asa lori pun kalah T___T HAHA. Lori tu untuk bawa u guys pergi dari colmare ke Japanese Garden sume tu :) Apa2 pun, i have fun jugaklah dekat situ sebab dapat hirup udara segar. dan paling best, dapat tangan lilin dekat bawah ni !! ^,^ Thanks sayang :))




Farid & Faridah FOREVER ( FF ) ^,^ tapi tapiii tangan lilin ni macam dah nak cair je skg ni T____T nangis tak berlaguuu :'(


2 Jun 2011

Seronoknya Dapat Anak Kembar ! ^,^


Assalamualaikum.


Nak tengok photoshoot maternity ni, clik SINI ^,^



Haritu kitaorang shoot kat Sofea. Comel je akak ni pregnant :) Huhu. Lepastu, tengok kak Sofea seronok je nak ada baby dah. HUHU. Lepastu terfikir pasal baby pulak. Wahaha. Gatal T___T I suka tengok baby kembar. Kadang2 rasa one day nanti nak ada anak kembar. Mesti seronok kan ^,^ eeeerkk study pun tak habis lagi. HOHOHO T____T




Sebab apa i nak anak kembar dan berharap sangat nak anak kembar ? Sebabnya, mak i dilahirkan kembar. Tapi abang mak meninggal waktu lahir. Kembar lelaki perempuan. Orang kata, kalau ada genetik kembar, memang peratus nak dapatkan anak kembar sangat tinggi. Well, i hope its true ! Amin. HUHU ^,^ Jom usha gambar kat bawah :D












Fuhh, comelnyaa ! HUHU. Sazzy Falak best je kan dapat anak kembar. Comel kot baby kembar dia :) Alololoo, ni kalau kawan i ary tengok ni sure dia suka bab2 baby ni. HOHO. I doakan sume siapa yang nak baby kembar dapat kembar 1 day nanti. Jom ramai2 aminkan. AMIN ^,^ hehehe



30 May 2011

PERINGATAN : Jangan Sesekali Tinggalkan Laptop ataupun Barang Berharga Dalam Kereta / BONET !!!


Assalamualaikum.


Sabtu hari tu, kitaorang ada shoot customer. Dekat Taman Tasik Perdana. Farid msg i suruh bawak laptop untuk burn cd. Pagi tu i rasa berat hati je nak bawak laptop tu, sebab rasa malas pun ada. Tapi, i bawak jugaklah. Tak tau kenapa tiba2 haritu rasa taknak letak benda lain selain laptop dalam beg laptop tu.


Kitaorang nak shoot, so nak taknak laptop kena tinggal dalam kereta. Takkan nak letak dalam kereta kan, kang tak pasal orang nampak then pecah tingkap. So, decide letak dalam bonet je la. Lagipun tempat public kot. Parking pun dekat depan kedai makan n taman permainan yang ramai gila orang.


Habis je shoot, kitaorang nak bukak bonet kereta sebab nak masukkan kamera n so on. Tiba2, bonet takleh bukak sebab tempat kunci bonet tu dah rosak. Farid cakap ' haa ada orang kopak la ni '. I buat biasa je sebab rasa macam tak logik je orang berani nak curik laptop depan public kan.


I miss you :'((



Sekali dapat bukak bonet, tengok ' OMG! WHERE'S MY LAPPY ??' :'(( Hilang dah. Kena curik. Apa punya manusia lah, laptop buruk pun nak curi. Dah lah laptop tu i beli pakai duit i sendiri kot :'( gaji sebulan tu. sedih gilaa.. Speechless..

I tak tahu nak salahkan siapa or cakap apa T___T OK now, sampai sekarang parents i taktau laptop i tak ada. Kalau dorang tau, mati i duhh. Even tu duit i sendiri beli laptop, but tau lah kan, laptop beribu kot bukan ratus :'( Huk2.. Sedih sangat. So, any1 nak belanja i laptop baru ? :'( huuuuu



Conclusion, jangan letak barang berharga dalam kereta walaupun tempat tu open or tak ramai orang or tak ada orang gelap or terang sebab penjenayah SOHAIII ni selalu berada di mana2. I doakan semoga Allah membalas balik perbuatan penjenayah tak berguna tu !!!


ORDER FORM yang ROMANTIK ^,^ awww!

Assalamualaikum.


Semalam i check order form. Suddenly, keluar benda pelik2 macam kat bawah ni T____T Agak mengejutkan dan menggemparkan duniaa. *mengarot ! hahahaha




Haaa, dah sah2 kerje si encik boyfriend lah siapa lagi. HUHUHU ^,^ Rajin je nak isi2 form bagai. Ish ishhh awok ni ! ILY too :)


Jom ke belog encik romantik niii. Tekan SINI !! ^,^


25 May 2011

BLAZER KASUT MURAH !

Assalamualaikum.


Esok i ada presentation untuk presentation skill class. So, memang kena pakai formal la kan. Miss kata lagi bagus kalau ada blazer. Hmm, mana nak carik blazer ni. Tak suka laa blazer macam orang tua tu T_____________T Nak style2 sikit. Tak kira lah murah ke hapee. Tiba2 Farid ajak i shopping hari Ahad hari tu. I pun seronok nak join dia.



I ajak dia pergi Times Square sebab murah plus, i nak carik blazer pelik2 untuk pakai kadang2 je ;p hihi ( BELI MAHAL2 MEMBAZIR SEBAB JARANG PAKAI + i memang tak ada duit hahaha) I teringin sangat nak blazer yang ada kembong2 dekat bahu tu sebab i ada ternampak kawan i pakai haritu. Carik punya carik last2 jumpa laa jugak ala2 blazer kembong2 bahu tu ^.^ Murah gilaa. HUHUHU




FARID PILIHKAN ^.^ bagus jugak taste dia kann ;p hihi



See, kembung bahu macam yang i nak ^.^

Awww, suka gilaa ! ( kompom pakai sekali dua je ) HOHO



Lepastu, jalan punya jalan terjumpa pulak kasut jual MURAH GILAA WE !! hahaha. Kaler kelabu sama macam blazer. RM15 je, so beli jelaaaaaaaaaaa :p Well, kata perempuan kan nampak benda murah suma dia nak hahaha ;pp




DESIGN YANG PELIK T___________T




Last2, I je shopping, Farid pulak tak jadi shopping sebab dia merajuk. HAHAH. Dia merajuk sebab apa dia nak beli sume i cakap tak lawoo ;p hihi. JAHAT GILA I NI (Baru persan) :pp Ehh, btw, FARIDISM PHOTOGRAPHY punya belog template dah tukar. JOM USHA ! tekan SINI :) Okey boiiii !!



Pssstt :// SHOPPING paling murah dekat dunia adalah di TIMES SQUARE, percayalahhh HAHAHA. Agak2 pokai tapi nak shopping, p jelaa TS. Memang berbaloi2 ^.^




We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook