29 Oct 2010

Student KLMU Mogok !

Assalamualaikum.


Mogok mogok ! Benda yang sepatutnya lama i buat time dekat ex kolej i dulu di MIIM. Tapi, tak semua pelajar berani macam pelajar KLMU. Fight for ur right ! Ingatlah, student power sampai bila2 takkan dapat dikalahkan. IPTS dan penipuan memang susah nak dipisahkan. Selagi korang betol wahai kawan2 di KLMU mahupun di mana-mana IPTS, i tetap akan sokong u guys ! Gudluck! :)





Kepada kawan2 di KLMU. Sila jangan malu2 join page INI. Sekadar mempromote. Okey babai. Fight fight fight !



P/S : Alhamdulillah. I gembira di kolej baru. Setakat ni tak ada apa2 masalah macam dulu :)



27 Oct 2010

Pernah Tak Rasa Sesak Nafas Setiap Kali Waktu Sejuk ?


Assalamualaikum.


HAI SAYA EDAOLALA. ANDA ? :D


Credit to Khairul Zafry ! :D


Semakin membimbangkan. Hmm, dah berapa hari i selesema. Amek ubat then dah hilang selesema. Tapi sekarang musim hujan. Cuaca selalu sejuk. Dan setiap kali sejuk i mesti sesak nafas. Sejuk je terus sesak nafas. Kadang2 rasa tak tahan.


Nak lari pun i macam semput. Dari sekolah lagi dah macam ni. Tapi i abaikan sebab i fikir tak ada apa. Nak kata i ada lelah or asma keturunan memang takda. Tadi i search ciri2 penyakit i ni. And at last, i dapat info dari SINI. Kemungkinan besar i ada asma. So, nak taknak esok nak pergi klinik buat check up. Haihhh.



P/s : MAAF, I MEMANG SUKA GAMBAR TERBALIK :) NAK LEBIH JELAS TERBALIKKAN KOMPUTER ANDA. HAHAHAHA :)



17 Oct 2010

Anda blogger Selangor ? Jom join Selangor Blogger !

Assalamualaikum.




I tahu mesti ramai yang frust bila Geng Blogger tak boleh bukak dah. Haihhh, seriously i pun rasa dah malas nak berblogging sejak GB dah tak ada. But, sekarang i dah tak sedih sedih dah :) Sebabnya, I dah ada peganti kepada kekasih lama i tu si encik GB. hahahah T__T Orang selangor lagi u tuu, jangan main-main tauuu ;p



Ehee, apa yang i maksudkan adalah website di mana u boleh ping entry iaitu di Selangor Blogger :) Haaa, untuk orang selangor dia-alukan laahh join ya. Kalau bukan Selangor nak join pun boleh. Btw, bukan setakar Selangor, Kelantan dan Johor pun ada taww :) Tekan link2 kat bawah untuk join kat negeri mana u nak :)















P/s : Slack takda KL blogger je. Kalau ada i nak join ! :D heee. Btw, selamat menJOIN :)


14 Oct 2010

Teringin nak update Status Facebook via Smart Phone ?

Assalamualaikum.


( Senyum Jahat ) U mesti jeles + berbulu-bulu kan kalau tengok orang hupdate status then ada lambang blackberry, iphone dan segala bagai ? Mesti rasa macam weee, aku nak jugakkk tapi duit takda la pulak nak beli blackberry T___T


Tengok, bukan takat BB, Iphone4 pun i ada T__T hahaha



Haaa, jangan risau dah. Dunia dah moden. Segala benda ciplak terciplakk sume petik jari je boleh dapat :D Ehee. Haa, harini i nak share kat kawan2 yang belum tahu pasal application cool yang ada kat facebook di mana u boleh update status konon2 menggunakan Blackberry, smart phone dan cikai2 phone. Padahal tipu je. Tett! haha. Cara dia senang je.


1st : U tekan SINI

Akan keluar website seperti diatas


2nd : U click dekat via mana yang u nak :)


U tengok public phone pun ada. Jangan main2 T___T



3rd : Type status yang u nak dekat dalam petak kosong bawah ni





Lastly, FINISH ! dan boleh bukak profile u tengok hasil dia :)
Sekiann



*** Thanks to OH!MEDIA. Thumbs up untuk cool application ni :) Like OH!MEDIA di SINI.


NIKON or CANON ?

Assalamualaikum.


Muko budak photography baru nak up T__T


Tadi i baru cakap dengan mak bulan 12 nak kerja la dalam sebulan sebab cuti sem. (konon rajin) hakhakhak. Lepastu mak kato, haaa bagus, kau kerja tak kira la gaji kau dapat berapa pungg, nanti mak tambah duit untuk ko beli DSLR. Haaa, mampuihh ! Elok2 mak nak belikan pakai duit dia, I pandai2 cakap nak kerja. Mampuihh ! Nak taknak, bulan 12 ni kena kerja. Mak kata tak kira kau nak kamera apa mak tambah asalkan KERJO ! T____________T Oh damn ! haha


Sajaa nak promote kawan. Sume single ada sapa berkenan ? T__T


Takpe, demi DSLR i sanggup. Dalam kepala hotak sekarang ni antara dua je. CANON EOS 55oD/500D ataupun NIKON D90. Mana satu lebih baik ? :) Excited sangatlaa mu ni edaa oiiii.. Hee. Woii kawan, mana elok NIKON kaa or CANON ? Cik ayah kata CANON cik abang kato D90 ! Haa, ambekk kau.


NIKONG D90

CANONG 550D


P/s : Gambo Kamera Mu tak boleh nak Besaq lagi ka ? T_T Hakhakk. SEWEL!

Maher Zain Yang Meletop !

Assalamualaikum.


Gambar dari facebook dia


Maher Zain penyanyi islamic yang tengah meletop sekarang ni. Buktinya, tiket konsert dia kat Malaysia kejap je Sold Out. Dan tiap kali i bukak facebook, mesti ramai tekan like kat facebook dia. Boleh dikatakan Maher Zain pun merupakan satu fenomena macam Justin Bieber gak kan ? Heee :D Tengok lagu dia kat bawah, awesome !







Untuk LIKE ke page beliau, tekan SINI



Marshanda Dah Pakai Tudung !

Assalamualaikum.


I peminat Marshanda sejak daripada sinetron Benci Bilang Cinta. I sedih bila tahu yang sebenarnya Marshanda dia dah putus dengan Baim Wong. Haihhh. Takpelaa, janji pakwa dia sekarang si Ben Kasyafani tu pun kira hensem jugakk laa. Pakai cermin mata ( Ary kalau kau baca mesti kau suka). Eheemmm. Btw, dia baru tunang baru2 ni :D


Gamba pakcik google


Guys, u tahu tak sebelum ni ada cerita pasal Marshanda dia gila ? Bukan gila actually, cuma dia stress tekanan dengan live dia. Nak tahu lebih lanjut, sila tekan SINI. I sebenarnya nak bagitau u cerita terbaru Marshanda yang mirip muka kawan i yang nama Aisa tu. hehehe. Sebenarnya Marshanda sekarang dah bertudung. Aww, so sweet. Suka sangat tengok :)


Cantekkan dia ? :)


Ben pun hensem apa. Not bad :D

Gambar pakcik google


P/s : Cantik kan dia ? Bertudung ke tak dua2 cantik :) Bilaa la masa i pulak bertudung ya. Insyaallah satu hari nanti. Amin :)


12 Oct 2010

Today Means NOTHING

Assalamualaikum.


Dear lil diary,


Supposed to be a good day today. And supposed im publish about something happier today. But, im the only one who waiting for d wish honestly come from ur own heart. Im waiting for the date. Im waiting for the message. But it seems like im the only one who feel in this way. Some one is too busy with his life and I felt its too much for me. Dear Allah, only you know how am i really felt DISAPPOINTED right now. Some one need to change before its too late. FULLSTOPS! I didn't need a sympathy from anyone. I just need some care from you. I am not touching or emotional, but i just felt how will the other girls felt when they in d same shoes with me. I'm really sad with your attitude towards me.


11 Oct 2010

Hidup Tak Selalunya Indah

Assalamualaikum.


Dear lil diary,


KALAU


Kalau bapak masih jadi sub contractor macam dulu, mesti sekarang aku duduk kat rumah besar. Mesti sekarang bapak dah hadiahkan aku dan kakak seorang satu kereta. Mesti bapak sekarang dah pakai kereta besar. Mesti bapak dah upgrade motor lumba kawasaki dia. Mesti aku dapat bodek bapak nak belajar kat lim kok wing. Mesti aku takpayah pinjam ptptn. Kalau bukan sebab dengki, mesti project bapak dulu tak bankrup. Mesti bapak tak payah bayar balik kerugian ratusan ribu. Mesti bapak tak payah bayar gaji ratusan pekerja dia guna duit dia sendiri.


Motor yang dah sepoloh tahun dengan kitaorang. Burok da rupa dia. Kesian :'(



Aku selalu terfikir benda ni lagi2 bila bapak cerita pasal kisah dia kat aku beberapa hari lepas. Aku pernah cakap dengan bapak, dah besar aku nak sambung belaja kat teknik amek kejuruteraan awam. Aku minat bila kadang2 tolong bapak kira plan waktu kecik dulu. Aku boleh mintak bapak ajar kira plan bangunan dan aku boleh dapat project bila bapak syorkan kat tauke2 dia. Tapi bapak tak bagi. Dia kata aku perempuan. Dia tak suka aku selalu kuar kat site. Jadi hitam. Ni kerja lelaki. Lasak.



Dulu aku pernah minat nak jadi contractor pegang plan


Aku terfikir. Kehidupan ada hikmah dia. Macam pelaburan. Kadang kita diatas terlalu lebih, mesti ada yang tak puas hati. Kita pun susah hati. Tapi bila kita kat bawah, hidup sederhana tak ada yang dengki, kita pun senang hati. Mungkin sebab tu bapak lagi pilih hidup sederhana asalkan senang hati.



Conclusion ; tak semestinya orang banyak duit, hidup dia senang. Bersederhanalah selagi boleh.



5 Oct 2010

Akasia drama Chinta terbaik !

Assalamualaikum.


I bukan peminat Fasha dan bukan jugak benci dia. Kira part yang tengah2 laa. So, i memang tak ada masalah nak tengok cerita dia ke apa macam sesetengah orang yang benci dia sampai tak sanggup nak tengok cite ni. huhu. Well, masing2 ada pendapat sendiri kan. So, i taknak kata apa2. I cuma nak bebel pasal drama ni je :)


Must watch !


So far, cerita ni sangat best. Bagi i, lagi best daripada sinetron Kirana yang ditayangkan pada waktu yang sama dengan drama Chinta ni. I sanggup beralih daripada sinetron Kirana ke drama Chinta ni. Lecturer I berbangsa India pun layan jugak drama Chinta. Bagi i, tak kira laa sapa pun berlakon dalam drama Chinta ni, tapi jalan cerita dia sangat best dan lain dari lain! I tak tipu :) huhuhu


Fasha Sandha pakai tudung dalam drama ni


Kalau cerita Kirana mengisarkan pasal seorang perempuan bernama Kirana yang sekarang ni keje dia asyik nanges panggil 'Galang Galang ' je sampai i dah errrrr T____T , drama Chinta pulak mengisahkan tentang life sorang pompuan yang dari kalangan orang kuat agama gila2 yang hidup dia dah rosak disebabkan dirogol. Okey, bukan sekali dirogol tapi 2kali ok ! Yang at last menyebabkan dia benci, salahkan takdir, dan dendam dengan lelaki sampai dia jadi pelacur kelas atasan.


I lagi minat cerita Baim dan Marshanda dari Cinta Kirana :)



Seriously cerita dia sangat awesome ! Try la tengok sehari. Kakak i kata this drama is awesome macam drama Nur Kasih. Dan i pulak cakap thumbs up ! :D Plus, lagu dia pun best. Ehee


3 Oct 2010

Warning daripada NUFFNANG !



Assalamualaikum.




Dua hari lepas i dapat email dari Nuffnang. Dan i sure semua yang ada akaun Nuffnang pun dah dapat email ni kan ? Kepada yang tak baca email lagi, haaa cepat2 la bukak : ) Kepada malas yang nak bukak email, haa tengok print screen kat bawah ni ;



Print Screen 1


Print Screen 2




So, kepada yang nak dapat income lebih dengan main click2 berwaspadalah yaa. Awal2 dulu i tak tahu apa2 pasal nuffnang i main ikut je bila orang main click, but lepas i dah tahu benda tu tak boleh i tak nak buat dah, sebab i rasa usaha nak dapatkan metered earning lagi best ! huhuhu



Conclusion, Say NO to click Fraud ya kawan kawan sekalian ! :)





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook