Showing posts with label photoshoot. Show all posts
Showing posts with label photoshoot. Show all posts

29 Apr 2013

Latihan Industri Media Prima Part 4 - Rumah Idola Kecil 5


Jadi..

Selesai je ujibakat, macam biasa kami adakan meeting untuk select top 30 untuk bootcamp. Macam biasa, kitaorang outstation lagi sekali. Kali ini ke Perak pulak, Lost World of Tambun =)


Antara kenangan bersama-sama TOP 30 Bootcamp IK5 di Lost World of Tambun :) Rinduuu korang ! Dan tugas I waktu ni adalah menjadi talent coordinator kepada kesemua peserta. Fuhh, bukan senang nak jaga bebudak ni. Macam2 ragam >.<


Selesai je bootcamp 3hari 2malam, kitaorang buat meeting untuk select 11 top contestants. Lepastu, start calling dorang bagitau yang dorang selected =) Baru i tau macam mana perasaan parents yang gembira bila dapat tahu anak2 dorang berjaya ke peringkat seterusnya :')

Tapi............ :'((


The thing yang i palinggg sedih sekali adalah I BARU TAHU YANG I KENA DUDUK DEKAT RUMAH IDOLA KECIL SELAMA DUA BULAN DENGAN SEMUA KREW IK5 DAN PESERTA2 IK5!!!!!!!!!!!!! damn... I baru tahu dan i sangat2 sedih dan terkejut :'( Yelah, kerja isnin - ahad, nak jumpa family kadang2 je, jumpa kekasih hati pun boleh kira dengan jari, ni lagi kena stay 2bulan ! GOSHHHHHHHHH!!! memang time tu i sedih sangat2 :( Allah je tahu macam mana perasaan I time packing barang nak pindah Shah Alam selama 2bulan :'( sobs... Takpelah, time tu i pasrah je T___T




Ni papan tanda rumah Ik. If you pernah singgah sini u akan nampak sign ni dekat pintu masuk rumah kitaorang :) Rinduuu :')




Dan ini adalah banglo, mahligai rumah IK5 tercinta. Yang banyak sangat2 bagi kenangan dekat kitaorang. Memang pada mulanya I sedih sangat sebab kena jauh dari family, tapi lepas 2bulan tinggal kat sini, time nak berpisah dgn krew dan adik2 IK5 yang i dah anggap dorang sume macam family I, Allah S.W.T je tahu macam mana sedih sangat sangat perasaan I time tu. Mata bengkak2 nangis seminggu :'((



Atas tu bilik budak perempuan dan bawah tu bilik budak lelaki :) Peserta lelaki punya bilik lagi kecik sbb dorang berapa orang je tak sampai 5 orang pun :D


So...


Selama dua bulan dekat rumah IK, cuma 5 ke berapa hari je I balik rumah. Disebabkan jadual kitaorang sangat2 pack. Nak tahu apa tugas I dan apa yang adik2 IK buat time dekat rumah IK5 dan apa aktiviti dorang ? =)



Pagi start pukul 7 lebih kitaorang akan gerak ke studio Bojae dekat stadium Mont Kiara untuk kelas menari ^,^ Bukan takat budak2 ik je yang belajar menari, kitaorang yang Talent Coordinator (TC) ni pun join sekali menari hahaha dapatlah juga belajar lembutkan badan time praktikal ni LOL



Ni time dorang praktis menari dekat dalam rumah IK :) Dorang selalu kelas menari daripada pagi hingga pukul 11 ataupun 12pm.



Dan selalunya selepas pukul 12pm akan bermulanya aktiviti outdoor kitaorang sehingga petang pukul 6 pm. Antaranya macam gambar kat ats ni, kitaorang jumpa komposer lagu untuk bagi kritikan kepada kesemua peserta :) 






Ni gambar waktu buat rambut dapat sponsor untuk semua peserta buat rambut :)




Ni pula, photoshoot untuk newspaper. Lupa lah paper apa, rasanya utusan kot.




Ni waktu peserta IK5 tengah live show dekat Wanita Hari Ini :)




Dann ni waktu kitaornang dalam studio berjumpa dengan komposer. Lupa gak komposer yang mana sebab banyak sangat HAHA T.T Dan.............. banyak lagi aktiviti2 kitaorang sepanjang hari tu memang penat sgt. Rehat pun kadang2 je :)




Ni pulak time dorang tengah ada kelas vokal dengan Cikgu Delly. Class ni lepas maghrib sampai pukul 10pm. Kelas ni hampir tiap2 hari ada. So selalunya, malam memang waktu dorang kelas vokal. Tepat 10pm sume akan masuk ZZZZZZZZzzzz.. Time budak2 ni tido, Kitaorang pulak, akan pergi ke downtown untuk shopping dan makan ! HAHAH tapi gilir2 lah sebab ada yang kena jaga budak2 ni time kat rumah kan =)



Okey so, ni sume adalah aktiviti kitaorang selama dua bulan dekat rumah IK5. Memang jadual sangat pack Isnin - Ahad. Pagi sampai malam. Fuhh, tapi pengalaman yang memang terbaik sgt.. Ini adalah antara benda yang u kena tempuh selama u praktikal dekat Media Prima. Tugas yang kita dapat dan pengalaman yang kita dapat memang sangat2 priceless dan sebijik dah macam staff Media Prima yang lain. Ini i baru cerita pengalaman I yang tak seberapa. Kalau u dapat show macam 999 ataupun any show yang shoot malam, standby lah untuk u stay tidur dekat office sume dan mata lebam. HAHA. Alhamdulillah syukur sangat at least, bila I dapat stay dekat Rumah IK i dapat rehat tak perlu ulang alik dan penat. Syukurr.. Banyak lagi gambar nak share dan nak story dekat u guys ! Next time i sambung ok nantikan ... :)

10 Feb 2013

Latihan Industri di Media Prima, Sripentas TV3 - Part 1


Assalamualaikum wbt.


Apa khabar all my beloved readers ? :) Setelah menghilang selama 6bulan at last im back ! Minta maaf sangat-sangat sebab I dah lama gila tak hupdate belog ni. Sebab life sangat-sangat busy. Ingatkan time praktikal dulu ada lah masa nak hupdate belog bagai, but end up MEMANG-SUPER-BUSY-28JAM! *true story*


Bismillahirrahmanirrahim, seperti yang dijanjikan dalam facebook harini I akan share kan semua pengalaman I selama menjadi pelajar praktikal di Media Prima Berhad :) Oh ya, ramai yang tanya macam mana nak apply untuk latihan Industri di Media Prima. 1st thing yang I buat adalah pergi ke website Media Prima Berhad sebulan sebelum I start practical. Then i tekan link - apply for internship. Dekat situ, dia ada tulis, mail to internship@mediaprima.com.my. I tak berani nak main2 email ni sebab i takut in case dorang tak baca ke apa, or email tu tak valid, so I memang jenis akan call direct. I google2 then dapat contact number untuk Media Prima dan I tanya sendiri macam mana nak internship semua. Akak yang jawap tu kerek gila dengan slang2 english dia phewww sabar jelah -.-' Orang yang terima call daripada TV Al-Hijrah punyalah sopan santun, berbeza gila. HAHA. Lepas dah confirm email tu betul semua, I buat ayat cantik2 dekat email dan I hantar resume I, cover letter dan semua backup2 document yang dorang nak. Sebenarnya I tak confident sangat dapat kat situ, sebab dari yang I dengar Media Prima banyak amek budak UITM je.


Tapi, Alhamdulillah, 3minggu lepastu, I dapat call daripada HR Media Prima untuk internship dekat situ. Punyalah lembap dorang reply time tu nak raya dah kot -_______- dan i dah pun terima tawaran latihan industri dekat TV Al-Hijrah. Tapi disebabkan family nak I buat praktikal dekat Media Prima juga, disebabkan dorang kata banyak pengalaman, so I ikutkan je, walaupun jauh dia tak hengat dari rumah I. Ampang ke Damansara kot. Sumpah penat.




ID card saya semasa berkhidmat di Media Prima :) 


Okey, now I nak cerita pengalaman hari pertama I dekat Media Prima. Malam sebelum I start intern, i google macam mana nak travel dari Ampang - Sri Pentas, Damansara Utama. Set dalam mind, naik LRT smpai Masjid Jamek -> naik Putra smpai Kelana Jaya -> naik bus U89 atau U43 -> Sampai depan2 Sri Pentas. Oh ya, i naik kenderaan awam sebab I tak amek lesen lagi time ni. Ahh, sudah, padan muka -______-" ghasakklah! set dalam mind, lepasni boleh kurus sebab travel. Kahkahkah *yang adoo* Hari pertama dah problem, pukul 7 i gerak dari rumah, smpai office pukul 9.30. Sebenarnya kena sampai pukul 9.00. kuikuikui takleh nak buat apa lah, saya naik bas awam bang lembap dia tak hengatt satu jam gak lah tunggu -____-" dengan sesat lagi. Ya Allah, punyalah independent sesorang kat tempat yang memang i taktau langsung. Pasrah jelah, nak intern punya pasal haha.





Ingatkan I sorang je kat Media Prima, hari pertama tu jugak tahu yang kawan sekelas i si Marwano Hashimo tu dapat intern kat Media Prima gak -.-' Dia dapat last minute call daripada HR. Alhamdulillah, syukur sangat ada gak geng kat situ! ^_^ Gambar kat atas nilah, Sri Pentas, hari pertama i menjejakkan kaki dekat Media Prima. Waktu kecik2 dulu I memang pernah bercita-cita nak kerja kat sini ^,^ Alhamdulillah, syukur ada juga peluang. Dan waktu tengok bangunan Sri Pentas, I rasa macam dalam mimpi. HAHA. Okey, time sesi icebreaking, I dengan Marwan jelah yang daripada kolej swasta. Semua budak2 UITM, UIA, UPM dan sebagainya dan semua dgree. Cuma i dan Marwan je IPTS dan budak diploma, yes, kitaorang paling muda -________-" Memang rasa down tak hengat lah, tapi tetap kuatkan semangat dan senyum ^_^ hehe. 


Time Ice Breaking juga, I dapat tahu yang i diletakkan di Department mana. I dapat PRIMEWORKS STUDIOS (PWS) dibawah supervisor Encik KZR dan dibawah program entertainment (hiburan). I punyalah blurr, apa benda lah PWS ni pfft. Dapat production lagi, dahlah i tak suka. I ingatkan dapat news ke, minat lah jugak. Haihh. Takpelah -____-" Dan Marwan dapat under Brand Management Group TV9 (BMG). Kitaorang mati2 ingatkan dia dapat pasal muzik tu sume but last2 ohhh branding ! HAHA -_________-" layan jelah. Lepastu dorang bawak ronda-ronda satu Sri Pentas tu dan bawa kitaorang ke department masing-masing. Dannn di bawah ni adalah Department Entertainment Primeworks Studio Berhad. 





PWS terletak dekat tingkat satu. Kat atas ni gambar sebelum masuk PWS. Pintu sentiasa terbuka 24jam, so kira ID card I tuh takde function pun LOL ^___^




Lepastu akan nampak tempat lepak dipenuhi bantal2 yang sangat comel dan colorful. I was wondering, apakah tempat ini ? Cool gila ! HAHA akhirnya dapat tau, ohh ini salah satu tempat untuk meeting. Nama tempat ni playroom ^__^ hang nak tido ka nak apa sume bolehh, i pernah baring kat sini sambil meeting, pernah baring sambil tengok preview filem Istanbul Aku Datang ^__^ memang cool habis ! HAHA



Jalan kedepan lagi, akan nampak tempat colorful ini ! Yeah, i pun taktau apa function wallpaper tu happening semacam. Yang i tau, banyak gak shooting kat wall ni dan banyak gak gambar i snap dekat wallpaper ni ! KAHKAHKAH ! cool kan ^__^



Last but not least, here we go ! My department. Nampak serabut gila kan ? But sangat-sangat happening. Hang nak melalak ka, nak menyanyi ka, nak menoggeng ka, berdengkur ka, hang punya pasal ! HAHA memang meriah gila -________- yang kat depan sekali ni, Department Entertainment untuk semua channel, which is my department ^__^ belah2 belakang tu, department untuk macam2 channel yg buat program macam Mad Market TV9, Melodi TV3, Kids@FGW NTV7, Jalan-jalan Cari Makan, Wanita Hari ini dan banyak lagi. Ada department magazine, sport, kids dan pelbagai lagi semua yang berkaitan dengan rancangan yang diterbitkan oleh PWS :)



So selama sehari tu lah, I berkenalan dengan semua orang dekat my department. Sangat seronok dan excited ^__^ dan tak lupa, sangat-sangat blurr taktau nak buat apa. HAHA. I tengok jelah apa dorang buat untuk hari pertama tu. Lepastu I balik rumah pukul 6pm, sampai rumah pukul 10pm. Memang sangat2 lama sebab I travel ^___^ Layan jelah walaupun penat. Hari2 macamtu :) Okey, hari kedua i releks lagi tak buat apa-apa jugak. Tapi masuk hari ketiga I dah keluar shooting dan I dah dapat program show apa nak buat. Nak tahu lebih lanjut ? Tunggu part 2. I akan ceritakan pengalaman I first day keluar shooting dan macam2 lagi hehe ^____^ 



Bersambung...


11 Apr 2012

MEGA SALES APRIL ! PHOTOSHOOT PROMOTIONS !! ^,^

Assalamualaikum.


Hye good news untuk semua yang tengah mencari photographer dengan harga yang murah ! :) Selalu nya untuk personal potraits kami akan charge RM300++ but kami telah berbesar hati untuk buat satu lagi promosi pada bulan april ! RM130 untuk personal potraits. Detail seperti di bawah :




Photoshoot promosi ni include sekali untuk :
- family - personal - couples- group

dan

promosi RM130 photoshoot ini hanya valid until end of APRIL.




So, apa tunggu lagi ! Jom book kami secepat mungkin ! 
Macam mana nak booking ?
You guys boleh mesej kami terus di page kami di SINI
dan beritahu terus kepada kami you nak photoshoot pada berapa haribulan ! 
HURRY ! Siapa cepat dia dapat promosi harga murah dan terhad!!

THANKS :)




19 Sept 2011

Harga Photoshoot Bermula daripada RM350 ! Jom book !!



Assalamualaikum.




Pengumuman pengumuman buat semua pembaca2 tersayang ! ^,^ I nak inform u guys, kami Faridism Photography kini dah buka untuk dibook seperti biasa. Al maklumlah, sebelum ni kan raya cuti kejap mood raya hehe :)



Nak tahu lebih detail untuk harga photoshoot dan macam mana nak book sume, u boleh tekan SINI :)


4 Jul 2011

PHOTOSHOOT PROMOTION !! Khas untuk 10 ORANG TERAWAL !



Assalamualaikum.


Promosi!! Faridism Photography kini kembali atas permintaan ramai. Kami buka promosi ini untuk 10 orang terawal yang ingin bergambar pada bulan (JULAI) ini sebelum kita semua menyambut bulan ramadhan pada Ogos depan, kerana faridism photography akan berehat selama sebulan pada bulan ramadhan.


Jadi kepada semua diluar sana yang berminat untuk mengunakan khidmat kami, anda semua boleh membuat tempahan mulai sekarang 4 JULAI 2011. Promosi ini hanya valid pada bulan JULAI ini sahaja. BOOK US NOW ! :D Promosi ini dibuka kepada semua kategori- Personal Portrait- Family Portrait- Couple Photo shot- Modelling- Pra-wedding/Post-wedding (outdoor)kecuali untuk PERTUNANGAN & PERKAHWINAN.


HOW TO BOOK ?


1. Anda semua boleh mengisi borang quotation kami di SINI


atau


2. Hubungi kami di talian



012 3073 149 - Farid
017 3622 001 - Faridah


Siapa cepat dia dapat !! ^.^ Jom book sekarang !! :))


2 Jun 2011

Seronoknya Dapat Anak Kembar ! ^,^


Assalamualaikum.


Nak tengok photoshoot maternity ni, clik SINI ^,^



Haritu kitaorang shoot kat Sofea. Comel je akak ni pregnant :) Huhu. Lepastu, tengok kak Sofea seronok je nak ada baby dah. HUHU. Lepastu terfikir pasal baby pulak. Wahaha. Gatal T___T I suka tengok baby kembar. Kadang2 rasa one day nanti nak ada anak kembar. Mesti seronok kan ^,^ eeeerkk study pun tak habis lagi. HOHOHO T____T




Sebab apa i nak anak kembar dan berharap sangat nak anak kembar ? Sebabnya, mak i dilahirkan kembar. Tapi abang mak meninggal waktu lahir. Kembar lelaki perempuan. Orang kata, kalau ada genetik kembar, memang peratus nak dapatkan anak kembar sangat tinggi. Well, i hope its true ! Amin. HUHU ^,^ Jom usha gambar kat bawah :D












Fuhh, comelnyaa ! HUHU. Sazzy Falak best je kan dapat anak kembar. Comel kot baby kembar dia :) Alololoo, ni kalau kawan i ary tengok ni sure dia suka bab2 baby ni. HOHO. I doakan sume siapa yang nak baby kembar dapat kembar 1 day nanti. Jom ramai2 aminkan. AMIN ^,^ hehehe



29 May 2011

Contest Gambar Pets Paling Comel


Assalamualaikum.


Tadi i jalan2 belogwalking, saja nak menyembuhkan hati yang duka lara lepas laptop i hilang kereta kena kopak bonet belakang, suddenly i terjumpa satu contest yang best ! huhu. Kurang sikit sedih ni.


Contest ni senang je nak join. U boleh click pada gambar di bawah untuk terus ke belog penaja :)





OKEY, now we start. Nak cerita pasal kucing bucukk i sekor ni. Anak kesayangan kitaorang kat rumah ni haa. Manja nak mampuih. Nama je kucing jantan. Mengawan pun tak geti T____T




Nama diberi : ENCIK ABU BIN COMEL (bapak tidak diketahui siapa tapi kitaorang syak kucing yang ada polka dot kelabu sama macam ABU ni haa - comel tu nama mak dia )


Jantina : Tidak diketahui. OPSSS! TAK TAK ^,^ Dah nama abu maknanya JANTAN lah. Tapi pelik, dia tak pandai mengawan T___T Kalau dia mengawan 10 jam, 10 jam camtulahh. Mengawan bagi ABU adalah berdiri atas badan kucing betina dan pijak kaki kucing tu berjam2 T_____T FAIL !


Jenis haiwan : Erkkk ??? WTFISH ! hahahah. Of course laa keldai opsss salah lagi, sory buuu, KUCINGLAHH ! :D heheheh


Tabiat : Tidur terkangkang dan mulut menganga tak ingat dunia T_____________T lepastu, wajib ada selimut dan bantal dan dan dan yang penting sekali, ATAS KATIL KITAORANG ! T__T




Nak tagged tiga orang kawan : JUAINI, FARIDHARON & KAKWATI



Ohhh, before that, jom tengok video ABU kat bawah ni. Time dia photoshoot :D huhuhu Credit to FARIDISM PHOTOGRAPHY ! :D




Ok boii !! :'( Teringat kat my late laptop.. sapa lah amek sohai betol !



25 May 2011

PHOTOSHOOT : Winner Faridism Photography Contest

Assalamualaikum.


Beberapa bulan lalu, kitaorang ada buat satu kontest. Dan pemenang akan dapat PHOTOSHOOT PERCUMA daripada kami, FARIDISM PHOTOGRAPHY. Akhirnya, selesai jugak photoshoot yang kitaorang nantikan tu. Dan kak Lisa dan tunang dia sangat cool gilaa !! Tak percaya, try tengok gambar dekat bawah ni, memang jelas nampak dorang cool habis tau ! :))
































Macam mana ? Cun tak gambar2 kat atas ? Kalau u guys rasa nak ada gambar cun macam pemenang contest ni, boleh book kami dengan isi QUOTATION FORM di SINI. Dan kalau nak tengok hasil snapshoot kitaorang, boleh tengok dekat FACEBOOK kami di SINI ataupun belog photographer kami di SINI ^.^ - harga kitaorang charge sangat berbaloi2. tak percaya jom try shoot sekali !! :))





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook