30 Jul 2011

Blackberry from him. Wohoo ^,^


Assalamualaikum.




Minggu ni minggu yang sangat-sangat stress untuk i. Abu hilang dah 4 hari masuk harini. Start selasa tu muka i dah masam gila. 4 hari ni jugak i asyik lupa nak makan dan rasa murung gila sebab i rindu gila dekat dia :'( I sayang dia sangat, kucing yang i jaga dari lahir sampai laa ni. Haihh, kat mana pun abu berada, i hope soo abu akan balik 1 day nanti, kalau tak balik pun, i nak dia sehat n happy tu je. Amin ya Allah.



But today, im getting okey. Sebab farid buat suprise untuk i. Mungkin dia tau i sedih, murung sangat minggu ni. Plus, birthday i on 14 August pun jatuh pada hari puasa. So dia decide nak buat suprise untuk i harini. Urghh, memang menjadi, dan he make me smile again. Terima kasih sayang :')



I tak tahu pun dia nak celebrate awal sangat macam ni. Dia pulak terlebih excited macam birthday dia pulak bukan birthday i. huhu ^,^ Dia ajak i pergi makan lepas solat jumaat. I pun ikut jela. Sampai dekat counter MCD dia cakap laptop dia tertinggal dekat bonet. Dia suruh i amekkan dalam bonet. I pun pergilah amek. Sekali tu i, i buka bonet je ada hadiah2 ni sume.. Sweet sangat la haii boypreng i sorang ni :')




Tengok tu, siap ada anak panah lagi suruh collect hadiah2 tu dekat dalam bonet. I pun angkut jela sambil sengih2 cam kerang busuk kihkihkihh ^,^



Terkejut sangat :') Sebab it soo sweet ! Okey, its not 1st time dia buat cam ni. Tapi dah banyak time. Memang selama 3 tahun kitaorang couple ni, farid suka sangat buat suprise2 yg super romantik hihi ^,^ Ni sebab i tambah sayang dekat boypreng i sorang ni. Dahlah comel. Romantik pulak tu. Lepastu lepastu.. erkkk, takleh puji lebih nanti dia perasan :p hihihi kan sayang ? :pp




Muka excited dapat hadiah heheh ^,^ ehh btw, kek farid bagi pun cantik sangat. I suka gilaa ^,^


Nyum nyum !! Masih ada dalam peti ais. I simpan. Rasa macam nak awet dia supaya leh tahan sampai anak cucu nanti. HAHAHA takleh blaa kedekot :p



Sesi buka hadiah. Farid tak sabar2 nak suruh i bukak hadiah tu. I pun bukak pelan2 je. Hehe dup dap dup dapp.. apakah isi dalam dia ya.. jeng jeng jenggg !! :D


OMG !!! Its blackbery babehh blackberry not strawberry. Strawberry yang dekat cake atas tu. Muahahha. Pengsan 30 saat jap ! :p




Sebelah BB i sebelah farid punya ^,^ yeahh, at last blackberry farid tu dah ada kekasih. Kaler pink lagituuu. Cun ! hehehe :pp



Sesi potong kek comel loteh tu ^,^ Ishh pandang apa jela dak sebelah tu. Tak sabar nak makan kek le tew :p hihi



Sapa ada BB bak mai BB pin ! erkk. Tak pasal farid tak kasi pakai BB kang. hahha gurau je :)



Sebenarnya tadi dalam keta before sampai kat MCD ni i ada lah nangis sikit cite pasal Abu. Tapi tak sangka lak balik2, i happy dengan suprise yang farid buat. I bukan happy sebab i dapat bb, tapi sebab farid sweet sangat buat suprise sume ni :') Buat i terharu gilaa.. Sangat sangat :') Ni tambah sayang berganda ganda dekat encik boypreng ni :) LOVE YOU SAYANG, SOO MUCH ! HOLLAND ^,^



P/S : I sangat happy harini. Terima kasih sayang :') Tak sabar nak tunggu bulan 10 sambut our 3 years together :') Love you soo much sayang. Hope our relationship last long. Insyallah amin. Dan i pun berharap, birthday i nanti abu balik. I miss u abu :') Mommy doakan abu sehat selalu. Amin.


11 Jul 2011

Drama Korea Terbaru Super Romantik : Lie To Me


Assalamualaikum.


I baru je habis tengok drama korea Lie To Me. Fuhh ! Cerita dia sangat romantik. Pelakon dia sangat feeling sampai setiap scene kiss tuh dorang kiss betol2 sampai berkali2. Ya, bukan sekali tapi dua tiga kali erkkk T____T sangat tak sesuai untuk tontonan budak2 bawah 18tahun. HAHA ^,^




Yang perempuan tu, berlakon dalam Goong Princess dan Coffe Prince. Dia berlakon sangat feeling dan lelaki tu pun sama. Dorang pelakon yang mantop ! :)



Pelakon dia Yoon Eun Hye sebagai Gong Ah Jung dan hero dia Kang Ji Hwan sebagai Hyun Ki Moon. Dari episode pertama lagi cerita ni dah kelakar habis. Sampai la episode last. Drama ni tentang Ah Jung yang nak buat kawan baik dia jeles. Sebab kawan dia tu dah curik lelaki pujaan hati dia. Kawan baik dia kawin dengan lelaki pujaan dia tu.




So, disebabkan dia nak buat kawan baik dia tu jeles, dia p buat cerita yang dia dah kahwin. Dan kawan2 dia salah anggap dia kahwin dengan pemilik sebuah hotel. Nanti dalam cerita ni, dorang akan buat perkahwinan kontrak. Sampailah at last dorang jatuh cinta.. Dan macam2 dugaan yang dorang hadapi bila dorang dah start jatuh cinta.





Babak kiss2 dia sume romantik. Kalah kiss2 drama korea lain. HAHAHA. Seriously T.T Dorang ni couple ke haa in reality ? Just wondering. Dorang sangat over kiss ! haha



Nak tahu ending ? haa, tengok sendiri ! Yang pasti ending dia pun best !! I dah angau sampai harini.. Hahahah :p btw, i recommend u untuk tengok apa2 drama korea terbaru dekat SINI. Sebab dia buffer sangat laju dan quality pun very2 good!! ^.^


Lie to Me Ep 9 Preview; Yoon Eun Hye and Kang Ji Hwan Lip-Lop kiss


Awww ^,^ ehh, btw drama korea apa lagi yang best eh ? any suggestion ? :D






We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook