Showing posts with label movie olala. Show all posts
Showing posts with label movie olala. Show all posts

24 Sept 2011

Review Filem Bini Biniku Gangster

Assalamualaikum.


Yeahh, akhirnya i berjaya menghabiskan 4 tiket FREE DARIPADA NUFFNANG. Tadi i tengok filem Bini-biniku Gangster dekat TGV wangsa walk. Fuhhh, agak ramai orang. Tiket 3.30pm dah full, so nak tanak terpaksa lah amek tiket lepas 3.30pm. Okey, jom start review.




- Cerita dia sangat simple ringan. Tak complicated sampai beratkan kepala hotak sangat nak fikir ending. Sangat-sangat ringan sebab dia tak banyak sangat action.


- Ada babak2 sweet antara Herry ( SAM ) dan anje ( Yana ). Dorang sangat sweet together. Kalau betul2 dorang couple kan best. Hihihi ^,^ Dalam cerita ni, dorang sangat manja, Yana terlalu sayangkan husband dia, dan Sam pulak lelaki nerd sikit baik gituuu. Suami yang baik :)


- Ada part lawan2 antara geng2 genster. Yana dalam cite ni sangat berstyle. Dia pandai lawan. Sangat stylo woo ! ^,^ Bayangkanlah, dekat rumah bukan main dengan apron dia sume kemas rumah sana sini lembut sopan santun. Suami dia kua kerja je, amboi2 terus jadi ganas ketua gengster. huhu. Semua orang takut dengan dia terketar2 haha , sampai ada babak kelakar gila part dia bayar kat counter. Nanti korang tengoklah sendiri :p hehehe


- Manje isteri yang baik, dia takleh pregnant so dia pinangkan riana ( Intan lydyana ) untuk suami dia tersayang. Memang susahlah nak cari isteri camni kan zaman skg ni. Tapi dalam cite ni korang leh tengok kasih-sayang manje untuk suami dia sangat sweet. Dan part anje nak pinang riana pun kelakar gilaa. hahaha. Part Herry tiba2 bukak lampu dalam bilik tu pun kelaka sangat sampai satu pawagam gelak hahaha



- Paling tak boleh blaa, bila dorang dok ulang ' suami didahulukan, pencapaian diutamakan' haha. aduyy layan jelaa :)


- So far cerita ni okeylah. Tapi, macam i cakaplah cite dia ringan sikit. Macam kurang klimaks, kurang lawak dan tak berapa nak sampai laa mesej apa dorang nak sampaikan kat penonton.



I bagi 3/5 bintang. Nak tahu ending dia sume cam mana, u tengoklah sendiri huhu ^,^ Ending dia agak tak boleh blaa jugaklah. Tapi not bad heheh :)




P/s : Bulan 11 ni i start tengok movie free tiap2 minggu :) Sebab i dah mulakan tugas untuk review filem ^,^ Yeahhh.



11 Jul 2011

Drama Korea Terbaru Super Romantik : Lie To Me


Assalamualaikum.


I baru je habis tengok drama korea Lie To Me. Fuhh ! Cerita dia sangat romantik. Pelakon dia sangat feeling sampai setiap scene kiss tuh dorang kiss betol2 sampai berkali2. Ya, bukan sekali tapi dua tiga kali erkkk T____T sangat tak sesuai untuk tontonan budak2 bawah 18tahun. HAHA ^,^




Yang perempuan tu, berlakon dalam Goong Princess dan Coffe Prince. Dia berlakon sangat feeling dan lelaki tu pun sama. Dorang pelakon yang mantop ! :)



Pelakon dia Yoon Eun Hye sebagai Gong Ah Jung dan hero dia Kang Ji Hwan sebagai Hyun Ki Moon. Dari episode pertama lagi cerita ni dah kelakar habis. Sampai la episode last. Drama ni tentang Ah Jung yang nak buat kawan baik dia jeles. Sebab kawan dia tu dah curik lelaki pujaan hati dia. Kawan baik dia kawin dengan lelaki pujaan dia tu.




So, disebabkan dia nak buat kawan baik dia tu jeles, dia p buat cerita yang dia dah kahwin. Dan kawan2 dia salah anggap dia kahwin dengan pemilik sebuah hotel. Nanti dalam cerita ni, dorang akan buat perkahwinan kontrak. Sampailah at last dorang jatuh cinta.. Dan macam2 dugaan yang dorang hadapi bila dorang dah start jatuh cinta.





Babak kiss2 dia sume romantik. Kalah kiss2 drama korea lain. HAHAHA. Seriously T.T Dorang ni couple ke haa in reality ? Just wondering. Dorang sangat over kiss ! haha



Nak tahu ending ? haa, tengok sendiri ! Yang pasti ending dia pun best !! I dah angau sampai harini.. Hahahah :p btw, i recommend u untuk tengok apa2 drama korea terbaru dekat SINI. Sebab dia buffer sangat laju dan quality pun very2 good!! ^.^


Lie to Me Ep 9 Preview; Yoon Eun Hye and Kang Ji Hwan Lip-Lop kiss


Awww ^,^ ehh, btw drama korea apa lagi yang best eh ? any suggestion ? :D




13 May 2011

Nak KONGSI KONGSI cerita tentang film KONGSI ^.^


Assalamualaikum.



Just nak KONGSI KONGSI yang tadi i tengok cerita KONGSI. woi, berapa banyak KONGSI laa. HAHAHA. -,-' Tadi i tengok dekat MBO GALAXY AMPANG. Ok tak payah cakap ! Kalau dah nama pelakon dia SHAHEIZY SAM sure laa kan sampai seat depan orang sanggup duduk nak tengok film dia. Memang MERIAH ! ^.^






Cerita dia so far memang laa ada part2 kelakar. Memang boleh buat ketawa. Lagi2 part dia tarek NIPS erkkk si Mikail tu. Tu part tak boleh belahh T___T memang kelakar habis. Semua gelak terbahak2. HAHAHA. punya feeling SHAHEIZY SAM TARIK NIPS AZAD. Nampak saket gilaa.. but still, funny ! AHAHAHA


KESIAN AZAD KENA BULI SELALU ! HAHAH -.-'



Tapi yang tak bestnya bila part ending dia. Semua orang start bising2 sebab tiba2 dia habis macamtu T____T macam tergantung cerita dia pun ada. Tak tahu apa jadi kat Tumulak dengan tiga orang gengster tua yang kena tangkap polis tu. Kenapa Tumulak bunuh samseng2 tu pun tak tau sebab apa T___T Dan banyaklah persoalan yang menjadi tanda tanya..




Conclusion, i just bagi 3 dari 5 bintang ! ^.^ Rasa macam tergantung laa filem ni. Tapi part kelakar dia not bad. Pergilah tengok kalau nak tengok untuk support film kita ! :) - *btw, MBO sekarang dah RM11 kot ! -.-'


8 Nov 2010

Kawin Mudaaa ???

Assalamualaikum.


I tahu ramai pembaca belog u minat sangat dengan cerita Benci Bilang Cinta kan kan ? Tentang remaja yang kawin pada usia yang muda :) Tapi tapi tapi, u tahu tak ada cerita tentang kawin muda yang jauh lagi best, kelakar dan awwww sangat romantic daripada BBC ni ?



Sinetron Kawin Muda yangg so sweet :)



Cerita ni dulu pernah ditayangkan kat RTM. Dan i pasti ramai tak minat tengok RTM dan sebab tu i pasti gak u all mesti ada yang tak pernah tengok cerita ni. Haaa, drama yang i maksudkan drama KAWIN MUDA. Awww, sumpah i cakap cerita dia sangat sangat fantastic. Walaupun satu episode, i tak pernah miss okey :) Dah lamaa dah berapa tahun dulu cerita ni dah tayang kat RTM.

OMG! I sangat rindu cerita ni. Dan sekarang i tengah tengok dekat you tube lagi sekali :) Kelaka habiss. HAHAHAHA. Jom tekan SINI untuk tengok cerita romantikk awww aww ni :D


14 Oct 2010

Marshanda Dah Pakai Tudung !

Assalamualaikum.


I peminat Marshanda sejak daripada sinetron Benci Bilang Cinta. I sedih bila tahu yang sebenarnya Marshanda dia dah putus dengan Baim Wong. Haihhh. Takpelaa, janji pakwa dia sekarang si Ben Kasyafani tu pun kira hensem jugakk laa. Pakai cermin mata ( Ary kalau kau baca mesti kau suka). Eheemmm. Btw, dia baru tunang baru2 ni :D


Gamba pakcik google


Guys, u tahu tak sebelum ni ada cerita pasal Marshanda dia gila ? Bukan gila actually, cuma dia stress tekanan dengan live dia. Nak tahu lebih lanjut, sila tekan SINI. I sebenarnya nak bagitau u cerita terbaru Marshanda yang mirip muka kawan i yang nama Aisa tu. hehehe. Sebenarnya Marshanda sekarang dah bertudung. Aww, so sweet. Suka sangat tengok :)


Cantekkan dia ? :)


Ben pun hensem apa. Not bad :D

Gambar pakcik google


P/s : Cantik kan dia ? Bertudung ke tak dua2 cantik :) Bilaa la masa i pulak bertudung ya. Insyaallah satu hari nanti. Amin :)


5 Oct 2010

Akasia drama Chinta terbaik !

Assalamualaikum.


I bukan peminat Fasha dan bukan jugak benci dia. Kira part yang tengah2 laa. So, i memang tak ada masalah nak tengok cerita dia ke apa macam sesetengah orang yang benci dia sampai tak sanggup nak tengok cite ni. huhu. Well, masing2 ada pendapat sendiri kan. So, i taknak kata apa2. I cuma nak bebel pasal drama ni je :)


Must watch !


So far, cerita ni sangat best. Bagi i, lagi best daripada sinetron Kirana yang ditayangkan pada waktu yang sama dengan drama Chinta ni. I sanggup beralih daripada sinetron Kirana ke drama Chinta ni. Lecturer I berbangsa India pun layan jugak drama Chinta. Bagi i, tak kira laa sapa pun berlakon dalam drama Chinta ni, tapi jalan cerita dia sangat best dan lain dari lain! I tak tipu :) huhuhu


Fasha Sandha pakai tudung dalam drama ni


Kalau cerita Kirana mengisarkan pasal seorang perempuan bernama Kirana yang sekarang ni keje dia asyik nanges panggil 'Galang Galang ' je sampai i dah errrrr T____T , drama Chinta pulak mengisahkan tentang life sorang pompuan yang dari kalangan orang kuat agama gila2 yang hidup dia dah rosak disebabkan dirogol. Okey, bukan sekali dirogol tapi 2kali ok ! Yang at last menyebabkan dia benci, salahkan takdir, dan dendam dengan lelaki sampai dia jadi pelacur kelas atasan.


I lagi minat cerita Baim dan Marshanda dari Cinta Kirana :)



Seriously cerita dia sangat awesome ! Try la tengok sehari. Kakak i kata this drama is awesome macam drama Nur Kasih. Dan i pulak cakap thumbs up ! :D Plus, lagu dia pun best. Ehee


4 Sept 2010

Review : Vampire Suck & Piranha


Assalamualaikum.

Vampir Sucks


Khamis lepas i tengok cerita Vampire Suck. Sesuai dengan tajuk, memang cerita ni sucks gila. Sangat buang duit dan buang masa korang tengok. Serously, i had no idea kenapa dorang buat movie mengarut macam ni. Again, aksi lucah terlalu banyak dan kalau boleh tolong jangan bazirkan duit u tengok cerita mengarot ni. Dia banyak copy paste movie twilight n jadikan cerita tu ke arah kelakar yang entah hapee hapee. It was too RUBBISH ! T_T


Piranha 3D


I baru je tengok tadi. So far, cerita dia agak best dan seram sikit bila ikan piranha ni serang2 orang sume. But, macam biasa aksi LUCAH dia kira 90% dari movie ni. Kepada adik2 sekalian tolong la jangan tengok. Kaum laki jugak kalau boleh jangan tengok lagi2 bulan pose ni. Terlalu banyak aksi pompuan tak pakai vwaaa dalam movie ni. Sangat menyakitkan mata, tapi cerita dia agak best. Thumbs up sikit untuk cerita ni, tapi boooo untuk aksi xxxx dalam cerita ni T_T


22 Jul 2010

Alahai, Baim Wong dan Marshanda Bukan Kekasih Tapi Bekas Kekasih. Sob sob..



Siapa sini peminat sinetron Benci Bilang Cinta ? Alaa, sinetron yang selalu kat Astro Ria pukul 6.30pm tu. Sinetron yang romantik sangat sangat. Sinetron ni dilakonkan oleh Baim Wong sebagai Dimas dan Marshanda sebagai Winda.





I rasa dorang dua ni sangat comel together dan i dengar dorang ni bekas kekasih. Tapi lepas i menggoogle, memang betul dorang bekas kekasih. Dan Marshanda dah pun dapat bf baru.. Dimas masih solo.





Ohhh, no ! Tak best la macamtuh, sebabnya mereka sangat sweet bersama.. :( Sedihnyaa.. I harap satu hari nanti Baim Wong akan bersama balik dengan I erkkk salah salah dengan Marshanda T__T I dah try carik sebab apa dorang clash, tapi sampai laaa ni tak dapat ! Haihhh, frust menonggeng betol laa.. Ada sesiapa tahu tak sebab apa dorang putus ?


11 Jul 2010

Filem Twilight Eclipse Tak Sehebat Filem Twilight 1..




Semalam i pergi Sunway Piramid & The Summit Subang Jaya tapi parking penuh. Patah balik ke KL, kitaorang pergi ke Galaxy Ampang pulak tengok orang ramai beratur panjang.. Then tak jadi la tengok kat Galaxy Ampang. Kemudian, pergi pulak ke KLCC. Fuuhhhh, SOLD OUT! T__T Malam punya tiket baru ada.. Semua sebab TWILIGHT ECLIPSE punya pasal.




Muka gumbira wooo nak tengok ECLIPSE! haha



Terpaksa menukar rancangan dan menonton pada hari Ahad pula. Dan hari ini nasib baik dapat tengok jugak at last dekat Galaxy Ampang. Ingatkan tak ramai orang hari Ahad, tapi tengok2 dekat dalam pawagam tuh fuhhh, agak luar biasa gak laa ramai dia. huhu



I taknak cerita pasal sinopsis tapi i nak bagitahu pendapat i pasal filem ni. Keseluruhan pasal movie ni, apa yang i boleh katakan, i tak berapa nak suka berbanding cerita yang pertama dan kedua. Action dia kurang dan cuma ada time dorang fighting je. Scene tu pun kejap je. Lepastu, jalan cerita tak berapa nak menarik. Kemudian, banyak gila scene CIOM CIOM macam ni..





Urghh ! I ingatkan lagi best dari yang 1 & 2 tapi rupanya TAK.. Tak tahulah, ini pendapat i. Lain orang lain pendapat. Conclusion, i berasa hampa sebab ingatkan segempak movie 1 tengok asyik SOLD OUT! je tapi rupanya.. huhuhu. Apa2 pun, Edward Cullen tetap dihati. Pendapat u yang dah tengok movie ni pulak macam mana ? BEST ke TAK ? Jom share ! :) SHARING IS CARING !


23 Jun 2010

I Peminat Filem Tamil BUKAN Hindustan ! ohoho



I dan kakak : TERNGANGA depan TV sambil tengok cita TAMIL TV2..


Bapak I : Ambik control tukar TV lain..


I dan kakak : Alaaa...


Bapak I : Apa laa macam tak ada cerita lain nak tengok.. Kel*&^ korang p layan..


I dan kakak : Best la cerita dia.. Tukar balik.. Kejap je nak habis dah..


Ayah I : Tukar balik TV2 sambil geleng masuk bilik..


I dah kakak : Sambung TERNGANGA depan TV2.. hihihi



* * * * * *


Kadang2 i sendiri pun tak paham apasal tapi yang i tahu i suka cerita Tamil sebab cerita dia betol2 menceritakan kehidupan sebenar mereka dan bukan macam cerita Hindustan tak habis2 cinta cinta dan cinta.. Pfftt.. Bosan.




Hindustan selalu cerita cinta.. Bosan Bosan..


I gerenti, sekali u menghayati filem Tamil di TV2 pukul 12.30pm hari Ahad kompom Ahad lagi satu u akan tengok lagi dan lagi. Sebab most daripada filem dorang sangat kelaka dan happening. hahahaha. Lastly..




" Naan unnay kadhalikkiren, Tamil Film.. "



HAHAHHAHAA




Psst : Tak paham maksud ? Bukak kamus TAMIL ! hahahah :p



16 Jun 2010

Karate Kids movie yang best !





Harini hari Rabu. Macam biasa, hari Rabu maknanya hari tengok movie sedunia. hahaha. I rasa u sendiri tahu sebab apa. Sebab apa haa ? Sebab masing2 taik idung masin tunggu movie jatuh saham jadik RM5, maka duit dapat disaving dan dengan bangganya i nak cakap i merupakan salah seorang daripada golongan ini. Shyyy.. hihihi T__T Tapi sedihlaa sebab The Karate Kid masih lagi RM10 sebab movie baru kan. Nak taknak terpaksa laaa dengan sedihnya mengeluarkan duit dalam dompet buruk itu..





Okey masuk topik. The Karate Kid ? Wow ! Memang awesome dan pertama kali dalam hidup i tengok pawagam dekat galaxy tuh dibanjiri oleh ramai orang terutamanya budak2 bawak geng dan mak cik pak cik yang kejap duduk kejap keluar kejap masuk ( rasa macam nak sound je tapi tak berani ) hoho..




Time dorang bertanding Kung Fu memang superb ! huhu



Macam biasa, i tak akan buat sinopsis sebab u boleh dapat berlambak2 sinopsis dari macam2 web. I cuma nak cakap pendapat i sebagai penengok ohh silap penonton ya kawan2 kesalahan tatabahasa itu ! Eheem, cerita dia sangat seronok sebab ada unsur jenaka dan dalam masa yang sama ada unsur kasih sayang dan juga unsur seni Kung Fu..





Wargh ! Kalau dah masuk kung fu, kompom cerita dia best kan ? Lagi2 budak2 yang bukan daripada Cina yang jadi watak utama main kung fu ni perghh cerita memang sodap habis ! Kalah Lagenda Budak Setan yang minggu lepas i tengok, sungguh kejiwangan dengan lagu-lagu dia. Cerita dia sikit kurang aa lagu je gempak tapi best la jugak.. heheh




Practice make perfect maa !


Karate Kid ni paling seronok i tengok bila time budak kecik si hero ni lawan dengan Ching budak daripada geng kung fu jahat.. Fuyoo ! Memang i tak berkelip mata tercongokk tengok dorang lawan. Memang syokk i tak tipu punya.. Okey, dari 5 mata, i boleh la kasi 4 setengah pasal cerita dia part last tu kalau panjangkan sikit sure lagi cukup rempah.. hehehe





Kesimpulannya tuan2 dan puan2 sekalian, u patut tengok bersama2 dengan anak2 anda ataupun kawan2 anda sebab kalau bf/gf agak tidak sesuai menonton filem ini sebab lagi sesuai tgok LBS yang romantik itu dan dah jadi RM5 je. hehe. Apa2 pun, The Karate Kid memang best i tak tipu ! huhu



3 May 2010

ADAMAYA Drama Yang Kalau Tak Tonton Memang Tak Sah !



Adam anda adalah lelaki pujaan setiap wanita. Noktah





I tak sangka akan ada drama Melayu yang boleh buat i jadi weng dan trauma seketika semalam. Hahaha. Mana tak trauma, dah u semua dapat tengok sampai berepisod-episode dah i baru nak start tengok semalam wee dekat tv3 watch online. ahahaha





Sadis je kan i ni ? Malu maluu.. Ehehee. Lantakklaa janji sekarang i dah tahu yang drama ni memang syok gilaa. Sangat rugi okey kalau u tak tengok. Tapi tapi kan, i nak komen sikit laahh. Haissh, punyaa la baik dan hensemnya laki si Maya tu, macam mana la kau ni maya boleh tersukaa pulak dekat si Dany tak hensem tuh balik ? cehh.. I marah ni marah.. U taknak laki u, kasi i je senang cite. Anak pun kalau boleh u kasi i ! Comel gile kot budak tu.. hahaha






Btw, cerita tu buat i sedar tentang realiti hidup ni. Bila kita dah kehilangan seseorang tu, baru kita tahu yang kita sayang sangat sangat dekat dia kan ? Dan waktu dia dah pergi jauh, baru kita nak datang balik dalam hidup dia. Dan bila semua dah terlambat baru kita sedar kesalahan kita. Lumrah hidup. Kesian Adam.





14 Mar 2010

V3 Samseng Jalanan Tak Syok !




Semalam, i baru je tengok cerita V3 Samseng Jalanan. Argh ! Bazir duit rm10 tuh je i rasa. Baik i tengok Alice in wonderland je lagi seronok agaknya. Haih, i tak tahu lah nak komen apa. I rasa feedback terbagus pun rata2 orang yang bagi komen untuk filem yang okey baru2 ni cuma Adnan Sempit je walaupun sampai sekarang i tak tengok lagi.





I ingatkan cerita dia macam waaa lagi gempak dari Adnan Sempit, so bila bf i dah ajak tengok alang2 tu pun i ikut laa sekali. Tengok punya tengok dengan penuh khusyuk, i rasa macam buang masa je. Mana taknya, i sikit2 tanya kat bf i, erh kenapa tiba2 macamtuh ? Then bf i pun kadang2 join, erh apasal macamtuh tibe je tak ada angin tak ada ribut tiba2 jalan radhi OAG tu datang tanpa sebarang explanation entah dia kutip kat mana pun tak tahu kenal kat mana pun dia tak explain. hahaha





I malas nak cerita sinopsis, sebab i sure bersepah sinopsis cerita ni u boleh baca. Cuma, as penonton, i cuma boleh cakap yang i tak suka cerita ni okey sangat membuang masa. Haihh. Oh please la pembuat filem malaysia sekalian, wake up ! Buatlah cerita selain dari rempit dan hantu. Menyampahhh.. Kalau best macam Adnan Sempit okey gak. hehehe. Haa, dan lagi satu i pun tak tahu laa apa yang ditiru dan menirunyaa.. hehehe. Sekian.




2 Mar 2010

My Name Is Khan.. I'm Not a Terrorist.



I baru je habis tengok filem ni. My Name Is Khan.. I'm Not A Terrorist. Ramai cakap cerita dia best dan macam-macam lagi. Sampaikan I pun teruja sampai tahap menggila juga lah teringin sangat nak tengok cerita ni macam I angau nak tengok Adnan Sempit. Sumpah, I sampai sekarang tak tengok lagi Adnan Sempit. Sebab tada siapa nak teman i. Tapi tapi sekarang i taknak tengok dah. Hee



Okey, i sekarang ni bukan nak cerita pasal sinopsis jalan cerita dan segala bagai sebab i gerenti korang sume dah baca sinopsis cerita dia kan ? So, i just nak coretkan sikit pendapat i la lepas tengok filem ni untuk sharing is caring dengan korang sume. Kan i cakap i baik kan kan ? hehe.



Bagi i lepas tengok cerita ni, i sangat la memuji lelaki kacak itu siapa lagi kalau bukan SRK pujaan hati i dan mungkin para gadis yang lain jugak kan ? hehe. Wow ! Lakonan dia sangat superb beb ! Apa korang ingat senang ke nak berlakon jadi macam ala-ala terencat macamtuh ? Susah ok. I nampak gila yang beliau sangat menjiwai watak tu. Kajol pula, still pretty macam dulu dan sangat sangat comel. Alalala...



I kasi filem ni 4 daripada 5 bintang. Kurang satu kat situ sebab i rasa cerita dia tak segempak dan sesuperb macam Avatar. hehe. Apa-apa pun, My Name Is Khan cerita dia kire okey sikit daripada cerita Niyang Rapik. Niyang Rapik kalah sikit je. Sebab cerita dua-dua ni nak lebih kurang je. Apa-apa pun, layannn.. hehehe



28 Feb 2010

Niyang Rapik Movie






Hari ni I ada pergi menonton filem Niyang Rapik di Galaxy Ampang. So, I nak share sikit pendapat I pasal filem ni. Sharing is caring kan ? hehe. Mana taw ada antara kamu yang tak tahu nak tengok cerita Niyang Rapik ataupun My Name Is Khan kan.. So, I akan buat sikit review pasal Niyang Rapik lepas I tengok cerita ni tadi.




Kisah dia pasal 5 rakan karib lelaki yang kena buat kajian sejarah dekat kampung Niyang Rapik. Then kisah bermula apabila salah seorang daripada dorang ni mati sebab busung. Ok part intro agak seram sikit sebab nampak perut busung dia dengan ulat2 semua kan meletop-letop dengan sangat overnya. hehe. Then, yang kawan dia 4 orang ni pun start musykil dengan kematian kawan dia yang bernama zack tuh. Mak si Zack ada kata yang mungkin sebab satu benda dia amek apatah I lupa nama dia apa macam keris kecik tuh.




So, dorang tekad 4orang nak pulangkan balik lembing kecik tu dekat Kampung Niyak Rapik. Part Klimaks bila dekat kampung tu macam-macam berlaku kejadian yang pelik-pelik. Sebagai contoh sikit kat sini macam bila salah seorang dari dorang ada yang buta tiba-tiba dan boleh tengok benda pelik-pelik. Nak tahu detail korang tengoklah cerita ni ok. hehe




Ending dia, last-last dorang dapat taw yang actually Ketua Kampung Niyang Rapik ayah kepada Laila yang buat semua kerja ni disebabkan Laila mengandung kena rogol then dia meninggal. Last-last, Awal Ashaari mati sebab dia yang rogol Laila tuh dan 3 orang lagi tuh selamat pulang ke tempat masing-masing.. hehehe




Apa yang I dapat simpulkan kat sini, cerita dia agak kurang seram dan boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa je. Sangat tidak seram ok sebab hantu dia tah pape. I sangat menyesal sebab I rasa baik tengok My Name Is Khan. Hehehe. Apa-apa pun, ini pendapat I. Mana taw ada antara korang rasa cerita ni best, so tengok lah ok. Tak salah untuk menyokong industri filem kita kan. hehehe



26 Dec 2009

Alvin and The Chipmunks 2


oh gosh ! Tadi aku baru usha iklan movie Alvin and The Chipmunks 2 ni kat tv. Nampak macam best gile a. Gosh ! Farid tadi gile semangat ajak aku tengok. Aku je gedik2 n malas nak tengok plus dah late pulak masa die. Ayakk. So dat, tak dapat la tengok. If aku tahu cerita die best dah lama dah awal2 lagi aku ajak Farid tengok. Ayaakk ! Melepas sudah : ( Terpaksa la tengok late sikit sebab Farid minggu depan dan start U dah. haih..


24 Dec 2009

The Princess And The Frog


I'm just watching The Princess And The Frogs yesterday with my boyfriend. The story was a bit romantic n just okey. It was a Musical Movie actually, so it had a lot of elements music and dancing on these movie. Overall, just okey because we had fun watching this cartoons movie . hahaha :DD


13 Dec 2009

Filem Santau


Today, me and Farid just watched a film title ' Santau' :) Ayaakk. U guys now what ? Farid a few days ni keep saying nak tengok cite santau nak tengok cite santau.. aduyai. Kalah budak kecik merengek. hahaa :) Ok la sayang then today dah tgok puas hati tak ? haha.

Bout d films ? erm.. ok la. Just banyak part terkejot2. It just d story was too simple and also too short. ayakk. Like Farid said to Ershah Jangan Pandang Belakang film was more good enough daripada dis films. hahaa :p

Apa2 pun korang tengok la cerita ni ok. Not too bad la. Mari kite bersama-sama menyokong filem tempatan ! yeaa ! :D hahaha


8 Dec 2009

Free Movie ? :)







Hey guys ! Korang mesti tertanya movie2 kat atas apasal erh edaolala selitkan? ahahaha. Nak taw sebab apa aku selitkan poster2 movie kat atas ? FYI, selama aku beberapa hari dok uma cuti ni keje aku tiap2 hari tengok movie secara percuma. Dan di atas tuh adalah senarai movie2 yang dah aku tengok setakat ni. N kalau korang tak caya tiap2 malam aku tengok movie dengan akak aku sambil baring kat dalam bilik then tutup lampu n pasang speaker laptop kuat2. :) hell ! memang seronok. Sejibik cam tengok kat cinema okey. Dah a percuma beb ! hahaa :)


Aku act dah pernah tgok dah wild child, drag me to hell n 2012. But disebabkan akak aku tak tengok lagi, so terpaksa la aku join sekaki tengok balik cite2 yang aku dah tengok ni. hahaa. Macam mana aku dapatkan video2 ni ? hurm, sorry guys, taleh kasitaw la. Farid marah sudah before dis aku dah terpost website tuh. :p hahaa.


So guys, setakat ni saja aku leh share. Lepas ni aku nak tengok cite Harry Potter lak. :) So, keep comment edaolala if ada apa2 soalan ok ! Selamat menonton guys ! :)


18 Jun 2009

DRAG ME TO HELL movie yang WAJIB korang tonton!

Entri kali ni betol2 aku nak korang baca apa pengalaman aku setelah menonton movie TERHEBAT pada zaman sekarang ni. Drag me to hell ialah movie yang agak baru jugak la ditayangkan. Pada hari selasa yang aku meet ira tuh, kitaorang bertiga pergi tengok movie ni.

Firstly aku nak remind, biler korang nak tgok movie ni tak kesah lah dekat mana2 pawagam yang berdekatan ataupun berjauhan aku mewajibkan korang sume membawa bersama2 ic korang. Sebab apa? Sebabnya, aku telah dikejutkan bila 1st time aku nak p tgok movie 18sg macam movie ni kena tunjukkan ic. Bukan aku je malahan ira dan farid juga kena tunjuk ic dorang.

Aku agak terkejot dan cakap gak bapak baget poyo giler nak tgok ic apa pk cite ni seram sangat ke? p daaaaaaaaaa! we, cakap jangan sebarang cakap! Sumpah we, memang betol movie ni tersangatlah seram dan tersangatlah bagus.

Kenapa aku cakap macamtuh? Sebabnya cerita ni daripada pengenalan sampailah ending die, sumpah aku cakap korang sikit pun takkan rasa lega. Dada korang akan sentiasa berdegup2 kencang. Sebab apa? sebab cerita ni banyak adegan yang agak boleh membuatkan korang terkencing ketakutan. Tak percaya? Aku cabar korang p tengok movie ni dalam masa terdekat ni. Memang berbaloi dan tak rugi aku menghabeskan rm8 untuk tengok cerita ni.

Myb korang pk aku cakap macam ni sebb aku sorang penakot. OHTIDAK! aku selalu tengok mana2 movie relek je aku tido even seram mana pun. Tapi tidakk bagi cerita ni. Korang memang wajib pergi tengok. Mcam mana story die? Story die berkaitan dengan sihir dan butang. Bunyi macam biasakan? Nak aku story lebih lanjut? ah! Tak best la macamtuh. Tak best nanti kalau korang dah tahu jalan cerita die. haha.

Apa kata time masa2 free nanti korang p tengok cerita tuh sendiri. Korang gerenti akan cakap 'aku solute a sapa wat cite ni' 'bapak seram!' 'huk...huk..(nanges)'. Tak percaya lagi? Pergilah tengok! hahah. Jangan bazir duit korang tengok movie yang tak best n tak memuaskan. Apa tunggu lagi. Pergi a tengok! :))

*Movie yang paling bagus n seram aku pernah tengok. Aku sanggup nak tonton balik movie ni dsebabkan cerita die sangat best. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku tengok cerita ni. :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook