Assalamualaikum.
Beberapa jam lagi 2011 bakal melabuhkan tirai. Terlalu banyak kenangan suka duka dalam tahun ni :) Rasa sedih bila tahun mula berganti, sebab terasa diri semakin tua. Yelaa, siapa pulak umur semakin muda kan bila dah tahun berganti ? :p Fuhhh, selamat tinggal umur 20 dan selamat datang umur sweet 21 :p ( Kalau budaya india dorang akan celebrate besar-besaran time umur dah 21 tahun, tahukah anda ? ^,^ ) ehehehe
Kalau you mmg dah ada niat nak berhijab, teruskan niat tu. Jangan tangguh2 :)
Dan alhamdulillah, tahun 2011 ni merupakan antara tahun paling bersejarah dalam hidup i. 1/1/11 tarikh bersejarah dimana i mula berhijrah untuk berhijab. Maknanya, esok genap setahun tepat2 tarikh penghijrahan i. Semoga, berkekalan. Insyallah :) Sepanjang i berhijrah, alhamdulillah Allah permudahkan, tak pernah langsung i rasa nak free hair balik. Tak ada godaan2 untuk free hair balik almaklumlah, i ni time dulu nak pakai tudung pun tak reti. Free hair tegar -..-' Tapi syukur bila i berhijab semua orang sekeliling i menyokong :) Dan paling penting, i rasa lebih selesa bila dah berhijab.
Dulu zaman free hair i rasa budak berhijab skema macam gambo kat atas hihi :p
Dan melalui penghijrahan i setahun ni, macam-macam perkara yang i belajar. Bila i mula berhijab, secara automatik i akan jaga setiap kelakuan i, tutur kata i dan semualah. I mula berfikir untuk setiap benda yang i lakukan. Yela, kalau dulu free hair, nak cakap apa pun orang macam tak kesah. Sekarang, dah berhijab, bila nak cakap kasar2 or yang tak sepatutnya mesti fikir 10 kali. Yela, kita pakai tudung, takkan kita nak mencarut. Buruk benor. Tidak tidak.
Dan paling best, i tak perlu risau dah nak pergi mana2. Bila berhijab, pergi mana2 pun semua orang okey. If sebelum ni i free hair, kadang2 pergi masjid or surau nak solat sama2 dengan kawan i tak tutup kepala, slumber masuk masjid sbb niat nak solat, habis kena marah dengan guard. Tak pun kena pandang slack dengan makcik2. But, bila dah berhijab, bukan takat surau masjid i nak pergi mana2 pun semua i rasa okey dan selesa tak ada dah rasa takut2 lupa bawa selendang :)
Aisa with me :) I tak cukur kening. Kening i memang sikit keturunan cina :p
Bukan tu je, dengan penghijrahan i ni i rasa lebih matang dan hati i lebih terbuka nak belajar pasal agama walaupun pelan2. Senang cakap, melalui penghijrahan yang baik ni, hidayah akan sentiasa datang dekat kita. Syukur, tahun ni jugak my bestie Aisa pun dah mula bertudung. Syukur sangat, bertambah lagi geng baru :)
Okey dah penat cakap pasal penghijrahan paling best dalam life i :) eheheh now nak cakap antara kenangan paling i tak boleh lupa 2011 ni. Its a time bila birthday i. Farid tak habis2 dengan suprised dia yang sangat sweet. Syukur, dapat kekasih hati macam awak :') Terima kasih jugak sebab selalu ceramah saya :)
I nak cakap semua kenangan manis2. Yang buruk2 ataupun tak baik sepanjang tahun ni, i rasa baik tak perlu ingat. Bak kata pepatah, 'ambil yang jernih buang yang keruh' :) Semoga tahun baru ni kita semua akan jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Mohon maaf sekiranya ada salah silap sepanjang tahun ni. Ampunnn yaa eheheh
SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA PEMBACA :) apa azam baru korang eh tahun baru ni ? ^,^
selamat tahun baru. alhamdulilah. penghijrahan yang baik. semoga berkekalan. amin :')
ReplyDeletedip in masscomm? me too :'D
@ayuyuuu :) Selamat tahun baru juga :) thank you. wahh yeke bestnyaa sama course huhu :)
ReplyDeletealhamdulillah, happy tengok penghijrahan u :)
ReplyDeletehappy new year..