18 Apr 2013

Latihan Industri Media Prima Part 3 - Ujibakat Idola Kecil 5


So..


Selama SEBULAN inilah kawan baik I. Bag untuk outstation.


The thing that u really need to prepare time internship dekat Media Prima adalah, OUTSTATION dan juga WORK OVERTIME. Kalau u ni jenis yang susah nak outstation dan juga kerja lebih masa terutama lepas pukul 12am ke atas, sila jangan berangan nak intern kat bahagian production okey >.< I pernah balik kerja 3am dan pukul 4am baru sampai rumah. Esok tu pagi bangun dan pergi kerja balik! Cuti lagi lah harapan u nak dapat hehehe ^.^ Lagi2 bila program yang jenis macam Idola Kecil ni. 3bulan program berjalan maknanya, 3bulan lah u standby untuk kerja LEBIH MASA dan TAKDE CUTI. Sounds scary urgh ? So, BE READY! =) 



Geng Beroutstation bersuka ria berpenat lelah bermati matian selama SEBULAN lebih xD


Now JENG JENG JENG !!! After all the preparation maka, selepas sebulan kot lebih kurang, I dan team Idola Kecil start lah berOUTSTATION dari satu negeri ke satu negeri. Bermula dengan Pulau Pinang -> Johor -> Terengganu -> Putrajaya. Dan selama itu juga  i kerja daripada Isnin - Ahad TANPA CUTI. Kira Jumaat Sabtu Ahad kitaorang outstation tu sebagai cutilah =) Bersiap sedialah wahai adik2 ku untuk hidup NOMAD kuikui xD


UJIBAKAT IDOLA KECIL 


Kitaorang gerak Jumaat pagi. Sampai dalam Maghrib terus setup barang berjemaah. Fuhhh, sangat-sangat penat. Sampai tertidur dalam van sebab penat gila perjalanan berjam-jam dalam van TV9 yang tak berapa nak selesa LOLs xD



Geng ronggeng ! Bersama-sama orang kuat Idola Kecil 5! Remy, Kak Ajun, Kak Nani dan saya ops ! muka penat hehe xD Muka gembira sebab dah settle setup barang ! =) Mereka adalah kawan baik saya dan juga guru terbaik saya waktu intern :) Sayang dorang sangat2 :)





Jadi. Ini adalah tempat untuk ujibakat adik-adik yang memang berbakat di Pulau Pinang :) Penat kami setup tau. Khas untuk adik2 tersayang buat ujibakat disini :D





Lepas setup barang, terus masuk bilik. Time ni kitaorang stay dekat Holiday Inn Penang. I membersihkan diri dan segala bagai terus menyiapkan diri untuk shooooooting malam bersama Alif Satar di Gurney Drive. After shoot terus dinner berjemaah ! Wooot saat2 yang dinanti-nantikan ;D




Sewaktu shooting sedang dijalankan bersama Aliff Satar selaku pengacara IK5. Tujuan untuk teaser dan juga promosikan Pulau Pinang :)




Banyak gila Aliff amek -.-" Lepas shoot, apa lagi sume bedal lah rojak terbaik dan terkenal Penang ni =)) Sangat sedap okey ! Pakcik tu menari2 sambil potong rojak ni sume. Memang cool habis ^.^



Sesi dinner bersama Aliff dan juga krew IK5. Nyumnyum !




Suasana keesokan hari. Ni dekat ruang menunggu. Ramai juga yang datang beratus2 orang :) Tengok gambar kat atas ni baru separuh ! Terbaik lah orang Penang =) Peramah2 lak tu sume ^.^




Adik Harris juara IK3. Handsome dah dia sekarang :) Waktu ni dia perform untuk menghiburkan adik2 yang tengah tunggu turn dekat bilik menunggu.





Ni pulak, adik2 yang tengah standby untuk dishooting menari OPPA GANGNAM STYLE! Caya lah adik2 ni sume sporting habiss ^.^





Ni pula macam mana rupa dalam bilik ujibakat. Macam2 gelagat i boleh tengok adik2 ni. Banyak yang buat kelakar ! HAHAH paling yang i tak boleh bla time kat penang ni ada sorang adik laki tu gelek dangdut HAHA kalah Inul okey ! ;D





Reymy dan Harris ! Ni dekat tempat mendaftar =)




Muka penat. HAHA. Bersama Dafi. Dafi adalah juri time dekat Penang ni. So ameklah gambar dengan dia =) 



Last but not least untuk ujibakat di Penang, ada press review! :) Tengok paper tu ada I terselit lah opsss walaupun sikit hangan2 lebih HAHAHA. Apa2 pun pengalaman dekat Penang terbaik :) 


Okey settle dengan Penang. Habis outstation dekat Penang, I sampai rumah pada hari Isnin malam :) Lepastu Selasa - Khamis datang office macam biasa. Jumaat tu lagi sekali outstation. Kali ni ke JOHOR BAHARU pulaaaa !!!! :D Fuhh, penat tapi seronok !! :)



I stay dekat Hotel The Zon Regency. Sampai je macam biasa setup barang, then terus siapkan diri untuk dinner. Dan tidur dekat katil empuk ni ! Lenaaa habis :)




Ni waktu ujibakat di Johor. Tengok adik-adik ni berebut nak ambik borang ! :) Time ni memang ramai sangat adik2 daripada Johor yang beratur pagi2 lagi untuk ambil borang. COOL la korang ! :D




Tengok tu sambutan meriah habis ! Thanks untuk orang2 Johor yang sudi datang =)



Habis je audition dekat Johor, kitaorang macam biasalah, sambil bekerja sambil tu have fun bersama2 crew :) kitaorang singgah JPO :D Rambang mata uolss.. tapi almaklumlah, budak intern, elaun seciput je, jadinya i hanya berdaya tengok jelaaa.. sobss :'( 


Habis je ujibakat di Johor. Macam biasa selasa-khamis pergi office. Jumaat kami bergerak pula ke NA NA NAAA NAA GANUUUU KITOOO !!!! haaa, memang keja hari2 makang kopok lekor jelaa! ;P




I stay dekat Hotel Permai. Macam biasa sampai je setup barang. Dan kemudian dinner, jalan2. Balik terus tidurrr di katil yang empuk ^.^




Keesokan hari, ramai sangat2 orang Terengganu yang datang untuk ujibakat ! =) 




Nani jaga kaunter pendaftaran bersama Reymy. Tapi time ni Reymy tidak ada di sini. Ke tandas mungkin hehe :p




Ni lah tugas I setiap kali audition. Jaga line budak2 sebelum dorang masuk ke bilik ujibakat. Bagi dorang icebreaking dan juga nasihat sebelum dorang masuk bilik ujibakat. Memang I bebel tak hengat lah. Segala macam petua dan nasihat I bagi kahkahkah Taktau lah dorang dengar ke tak, I bebel je.. LOL :P





Bilik ujibakat ! :D



Dan.. Sebelum kitaorang balik ke KL, kitaorang sempat lagi tanda tangan dekat board IK5. Board ni ada dekat Hotel Permai, Kuala Terengganu. So, agak2 siapa2 yang nak stay hotel ni, kalau2 ternampak sign dan juga nama EDA maknanya I letewwww uols hihi :P Oh ya! I sempat lagi beli kopok lekor berguni2 sebelum balikk ! HAHA terbaikkkk :D


Fuhh, dan seterusnyaaaa lokasi terakhir ujibakat iaitu di Putrajaya ! Time ni ramai dia memang tak ingat... I sampai rumah 4pagi waktu ni semata-mata nak setup barang untuk ujibakat hari Sabtu. Penat, Allah sahaja yang tahu xD









Ramai tak terhingga ! Nampak kan ? Penat tapi macam biasa, SERONOK :D




Bersama-sama big boss Reymy ! oh beliau adalah sangat cool ! :D Sebelum habis ujibakat di Putrajaya, sempat lagi kami berposing lols. Pinjam cermin mata Reymy jap, nak fefeeling hot kahkahkah..



Secara konklusinya ( erkk -.-" ), jadi. Macam I cakaplah, u nak praktikal under production siap2 lah untuk berkerah tenaga membanting tulang sampai tak cukup tidur, takde masa nak dating nak bermanja bagai ok. 24jam KERJA. Takde istilah CUTI :P Tapi, dalam masa u bekerja hari2 dan tanpa cuti, waktu dan detik tu tersangatlah SERONOK dan PRICELESS, lagi2 if team u sangat2 sporting baik cool kacak handsome cun macam team IK5 yang i dapat ni. Bersyukur sangat ! :) Dorang lah sifu i dan dorang lah teman2 ronggeng I. Memang best sangat2. Rinduuuuu sangat time2 ni ;'(



Ok. Habis. Nanti i sambung entry pasal perjalanan hidup latihan industri i seterusnya ya.. Nantikan. *nangis jap sebab rindu* :'((


1 comment:

  1. Confident, you may not have the guarantee or extended restore benefits, but the amount of
    machines truly break down anyway?

    Also visit my weblog :: http://www.getfitnstrong.com/adjustable-dumbbells/

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook