25 May 2010

Saya Pencinta Kucing yang tegar dan saya benci bila ada manusia lakukan begini kat seekor kucing !


Kucing comel bernama HERO




I sedih dan kakak i menangis bila tengok 1 video youtube berkaitan seekor kucing yang kudung akibat kaki depannya dipotong oleh seekor manusia hanya disebabkan seekor ikan. I bencikan manusia yang sanggup buat begini dekat seekor makhluk ciptaan Allah yang sangat comel. Sampai hati kan manusia bertopengkan setan buat macam ni kat seekor binatang yang tak tahu apa2. U click SINI untuk melihat video yang menyayat hati berkaitan kucing bernama HERO ini.










Koleksi gambar daripada pemilik HERO





Apa2 pun, alhamdullillah kucing ni dah okey walaupun kudung kaki depan. Nak tahu lebih lanjut pasal kucing bernama Hero ni, u click SINI. I minta, sesiapa yang benci ataupun tak suka kat anjing ke kucing ke atau apa binatang sekali pun, tolonglah jangan sampai nak buat macam ni okey. Hanya tuhan je tahu macam mana nak balas semua kejahatan manusia jenis macam ni. Shy..





P/s : Dua hari dah i try upload video still tak boleh. Fedup dah ! At last i just kasi link video je. Soryy okey.. huhu




19 May 2010

Special Offer For Photoshoot Wedding




Heloo semua. I ada berita gumbira untuk sesiapa yang nak berkahwin tapi masih belum dapat cari lagi photographer untuk majlis bersejarah u guys. Sebenarnya, i dan Encik Farid ada buat bisness untuk photoshoot package. Pelbagai package dan photoshoot yang u boleh pilih. Daripada photoshoot potrait, couples, community, family sehinggalah ke photoshoot wedding kami tawarkan.




Tujuan i hari ni adalah untuk perkenalkan wedding package, so maklumat adalah seperti dibawah :







Untuk tengok hasil kerja dan pelbagai lagi daripada photographer kami, u boleh tekan SINI. Untuk contact kami pulak, u boleh tengok pamplete kat atas semua dah lengkap. Huhu. Walaupun kami masih baru lagi dalam arena bisness photography ni, tapi kami janji kami akan sentiasa berikan yang terbaik untuk customer kami.






P/s : Pamplete tentang package lain akan i post dalam entry lain. Dan, gambar untuk contoh wedding shoot nanti akan kami tunjukkan kat u pada awal bulan 7 sebab kami baru dapat 1st customer untuk wedding shoot ni pada awal bulan 7 ni. Huhu. Doakan kami !



Akhirnya..


Dear lil diary ;






At last, everything was settled. Semalam I dan kawan2 dah daftar masuk ke Segi KL. At 1st, i agak keliru nak pilih mana, SegiKL or Segi Damansara. But then, lepas i fikir fikir dan fikir, keputusan muktamad diambil. Untuk diploma, i akan ke SegiKL dan untuk degree kemungkinan i akan ke Damansara.




Now, nothing to be worried sebab PTPTN yang baki my mom akan settled kan semua awal bulan 6 nanti. Tapi sekarang satu je i fikir. I ambil Mass Communication it means i kena prepared awal2 untuk improvekan balik english I. Sebab ikutkan, hampir 2tahun lepas i habis spm sampai sekarang i tak expose kan diri i untuk bercakap ataupun baca dalam english. And, my english going veryyy suckss sangat2 ! Malu gilaa.. Shy shy.. -_________-





Apa-apa pun, i hope lepas ni dah tak ada problem dah macam dulu. Pfftt.. I dah penat gila nak gaduh dengan management2 kolej yang bengong ni semua. Harap2 la lepasni tak ada dah. uhuhu. Yang bestnya, PTPTN i kena tolak em3k dan lagi satu i just belajar 4 half year dari diploma hingga degree. Means, dari 6tahun dah shortkan jadi 4half je. Wow! Sebabnya, i boleh singkatkan masa bila i terus continue study sana until degree. Urghh ! Can wait untuk habiskan my study ! Fuhhh, finally ! ehehe.





Ohh ya, mybe akan ada yang tanya kenapa i dan kawan2 tak masuk KLMU. Yupp, i admit it KLMU memang sangat bagus sama macam Segi je. Tapi sebabkan Segi terus ada degree dan boleh shortkan masa, so i ambik keputusan untuk ke Segi walaupun Segi mahal sikit. Lantak laa. Huhu. Ohh cepat July tiba. I wanna studyy !!! eheheh




Thanks my lil diary for listening :)



16 May 2010

Karnival Belia Negara 2010 terbaik !



Putrajaya HDR image dari Faridism




Semalam i dan encik Farid & kawan2 pergi ke karnival Belia Negara 2010 kat Putrajaya. Memang best dan sangat besar karnival ni. Sesuai dengan Karnival Belia Negara, karnival ni sememangnya sangat menepati tema sebab bila i kat sana i rasa seronok dan sangat enjoy dengan aktiviti dorang yang memang disediakan untuk remaja ataupun belia. I rasa memang tak rugi la pergi sana. Ehehehe.






Naj bagi kitaorang Cupcake yang dia buat. Thanks Naj :)






Naj dan Terq yang kasi kitaorang cupcake tu. Huhu




Then, sangat menariknya karnival ni sebab kitaorang kena park kereta jauh2 dan kena naik bas Nadi Putra dengan percuma. Tanpa perlu bayar apa2. Sangat enjoy ok, lagi2 bila time balik tu kitaorang tersalah naik bas. hahaha.



Next, seronok lagi bila i sampai je kat sana pelbagai gerai ada kat situ. Dan paling seronok sebab ada pertandingan Clash Of The Band. Band kawan i yang THE JESPERS ada join comp ni. So, tujuan i datang ni pun sebenarnya nak sokong kawan i sekali dan alang2 tu. Ehehe.





Clash of the band.









Persatuan Silat pun ada sekali tau.




Tengah tengok Battle Of The Band. Fuhh, panas.



Budak PLKN pun ada jugak





Konvoi Berbasikal





Pameran Photography




Fuhh, memang i berani cakap la ni 1st karnival yang buat i rasa enjoy. Sebab kalau ikutkan, i tak suka sangat pergi karnival yang crowded macam ni. Untuk pengetahuan u, gambar kat atas tu cuma sikit je yang i dapat sharekan. Kalau ikutkan, memang banyak sangat aktiviti yang dorang buat. Memang sangat meriah dan seronoklah senang cerita. Siapa yang tak pergi memang sangat rugi taw.






Sekian sahaja laporan dari saya. Sekian. Papai ! Ehehe



15 May 2010

Kamera Digital Canon untuk dijual. Secondhand tapi kelihatan baru. Siapa cepat dia dapat !


Fuhh, berhabuk sudah belog tercintaa i ni sebab i dah lama tak update. Mana taknya, i sangat sibuk sejak dua menjak ni. Pelik bin benar walaupun i tak update dah berminggu i masih dapat buffered earning sampai 4 dah -__- pelik sangat ! Tapi takpe, dalam sibuk2 i ni pun, i ada berita gumbira nak sharekan dekat u. Ehehee. Apakah ?






Ini DSLR laa bukan kamera digital. ahahaha.






Kejap ! sebelum tu i nak tanya adakah u seorang peminat kamera digital dan tengah nak carik kamera dengan harga yang murah ? Haa ! U memang bernasib baik sebab dah terlekat di belog i ni. Sebabnya, i dapat tawaran istimewa untuk promote dekat u semua. Ehehe.





Ada kawan i dia tengah nak jual kamera dia dengan harga yang berbaloi2. I gerenti yang kamera tu masih dalam keadaan yang elok sebab kawan i ni jenis pakai kejap lepastuh beli baru. Sampai dah banyak stok kamera beliau. ahaha. Memang dah buang tebiat sangat dah kot. ahaha. So, kalau u tengah carik kamera digital Canon 2nd, bagus sangatlahh tu. Okey, antara kamera yang dia nak jual macam detail bawah ni :






Contoh Kamera Canon Powershot A480




Model : CANON POWERSHOT A480
Price : RM350
Color : RED
Power source : 2X AA alkaline battery
Megapixel : 10.0 MP with 3.3X optical zoom
Features : 2.5" LCD, easier shifting with 'mode' button, 1cm super macro
Provide with : 1. wrist strap
2. 2 AA-type alkaline batteries
3. Memory card
4. Software (CD-ROM)





Contoh kamera Canon Digital IXUS 120 IS





Model : CANON DIGITAL IXUS 120 IS
Price : RM950
Color : SILVER
Power source : Battery pack NB-4L & AC adapter
Megapixel : 12.1 MP, 4x wide zoom
LCD monitor : 2.7" LCD with color LCD+wide viewing angle
Features : Canon's slimmest IXUS with 28mm wide angle, Smart Auto mode, Large 2.7" PureColor LCD II, optical image stabiliser, HD Movie Recording & HDMI



Provide with : 1. Wrist strap
2. Battery charger
3. Battery pack NB-4L
4. AV Cable AVC-DC400
5. Interface Cable IFC-400PCU
6. Software (CD-ROM)
*memory card is not included






Maaf hanya gambar hiasan je yang i boleh tunjuk kat u sebagai contoh sebab kawan i tak snap lagi kamera dia. Kalau u berminat untuk runding harga ataupun tanya pasal hapee je tentang kamera ni, u contact kawan i tu, di SINI. Haaa, tapi jangan risau, nanti kalau kawan i dah snap gambar kamera dia, i akan tunjuk u ok. Sekian..




5 May 2010

HDR PHOTO jadikan wajah anda kelihatan seperti watak kartun 3D ! WOW!


HDR image bermaksud High Dinamic Range yang menjadikan image yang disnap oleh u diedit dan kelihatan seolah2 seperti watak kartun 3D. Tak percaya apa yang i katakan dan nak tahu apa itu HDR ? Jom lihat hasil kerja photographer ini. Sila tekan SINI untuk ke page beliau.






Seperti kartun kan ? I suka sangat. huhu






Kelihatan seperti watak kartun di dalam TV






Gambar yang paling i suka sangat. Nampak seperti 3D kan ?







Okey now u dah tahu dah apa itu HDR ? Baguss. Ehehe. Kepada sesiapa yang nak belajar dan try edit photo yang u dah sedia ada untuk nampak macam pic cun di atas tu, u boleh tekan di SINI. Entry ini ada mengajar u macam mana nak buat HDR imej ni. So, apa tunggu lagi, jom try ! huhu




3 May 2010

ADAMAYA Drama Yang Kalau Tak Tonton Memang Tak Sah !



Adam anda adalah lelaki pujaan setiap wanita. Noktah





I tak sangka akan ada drama Melayu yang boleh buat i jadi weng dan trauma seketika semalam. Hahaha. Mana tak trauma, dah u semua dapat tengok sampai berepisod-episode dah i baru nak start tengok semalam wee dekat tv3 watch online. ahahaha





Sadis je kan i ni ? Malu maluu.. Ehehee. Lantakklaa janji sekarang i dah tahu yang drama ni memang syok gilaa. Sangat rugi okey kalau u tak tengok. Tapi tapi kan, i nak komen sikit laahh. Haissh, punyaa la baik dan hensemnya laki si Maya tu, macam mana la kau ni maya boleh tersukaa pulak dekat si Dany tak hensem tuh balik ? cehh.. I marah ni marah.. U taknak laki u, kasi i je senang cite. Anak pun kalau boleh u kasi i ! Comel gile kot budak tu.. hahaha






Btw, cerita tu buat i sedar tentang realiti hidup ni. Bila kita dah kehilangan seseorang tu, baru kita tahu yang kita sayang sangat sangat dekat dia kan ? Dan waktu dia dah pergi jauh, baru kita nak datang balik dalam hidup dia. Dan bila semua dah terlambat baru kita sedar kesalahan kita. Lumrah hidup. Kesian Adam.





2 May 2010

Pilihan Antara Dua.. Antara kau si besar dan kau si hebat.. Aku runsing..





I sangat buntu dan runsing ni. Haihh. Apa kata i luahkan je apa masalah yang i tengah hadapi sekarang ni. Cehh, ayat nak jiwang je.. Sudah sudah ! Ehemm.. Ok masuk topik.. I sebenarnya sekarang ni tengah di dalam dilema. I tak tahu nak pilih dia atau dia..





Oh my vampire ! Lebiuuu.. huhu




Perkara ni i dah bincangkan dengan kedua mak bapak i. Tapi dorang kata pilihlaah mana yang u rasa terbaik untuk diri u.. Haihh. Lagi i pening bila dorang cakap macamtuh. Sebab, bagi i, dua2 bagus sama tinggi sama besar..






So cute la u ni.. ehehehe




Hoiii ! Apa u fikir haaa ? Tak takk laa ! I tak fikir pasal bf ke hapeee, tapi sekarang ni i tengah fikir nak ambil kos Journalism ataupun dalam Bahasa Malaysianya Kewartawanan or Mass Communication dalam bahasa malaysia Media Massa. Oh i dah buntu. U tolong kasi jawapan kat i boleh ? Mana lebih baik, Kewartawanan di KLMU ataupun Media Massa di SEGi ? Urghh ! Pening.. Fuhh..






We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook