24 Jun 2010

Pergi Disko DOSA atau TIDAK ?


Pernah sekali i berdebat mulut dengan kawan i pasal pergi Disko dan hukumnya.. Yang berbunyi lebih kurang macamni ;



Kaki Disko : Malam ni kitaorang ingat nak pergi clubbing laa..

I : Kita orang Islam tak perlu pun nak pergi disko.. Dosa..

Kaki Disko : Siapa kata dosa ? Asalkan kita tak minum arak kat dalam disko just menari and have fun tak salah pun..

I : Tapi kalau kita mendekatkan diri kita dekat tempat kearah keburukan, dikira dosa la tu, tak patut kita pergi tempat macamtuh..

Kaki Disko : Siapa kata tak boleh ? Asalkan niat kita baik..

I : Suka hati kau la.. Kalau aku sampai bila takkan jejak kaki kat tempat camtu..

* * * * * *

Dalam hati i cakap lantak kau la.. Dosa pun nanti dosa dia i sebagai kawan cuma nasehatkan. Nak dengar taknak terpulang.. Kadang2 i pun tak paham macam tak ada tempat lain pulak nak pergi untuk have fun.. Haihh..



N now i nak tanya, u rasa bagi orang Islam dosa ke tak ya pergi disko even niat kita baik just nak have fun ? I try carik kat google search but still tak dapat jawapan.. Nak tanya pendapat u guys ? Thanks. huhu


23 Jun 2010

I Peminat Filem Tamil BUKAN Hindustan ! ohoho



I dan kakak : TERNGANGA depan TV sambil tengok cita TAMIL TV2..


Bapak I : Ambik control tukar TV lain..


I dan kakak : Alaaa...


Bapak I : Apa laa macam tak ada cerita lain nak tengok.. Kel*&^ korang p layan..


I dan kakak : Best la cerita dia.. Tukar balik.. Kejap je nak habis dah..


Ayah I : Tukar balik TV2 sambil geleng masuk bilik..


I dah kakak : Sambung TERNGANGA depan TV2.. hihihi



* * * * * *


Kadang2 i sendiri pun tak paham apasal tapi yang i tahu i suka cerita Tamil sebab cerita dia betol2 menceritakan kehidupan sebenar mereka dan bukan macam cerita Hindustan tak habis2 cinta cinta dan cinta.. Pfftt.. Bosan.




Hindustan selalu cerita cinta.. Bosan Bosan..


I gerenti, sekali u menghayati filem Tamil di TV2 pukul 12.30pm hari Ahad kompom Ahad lagi satu u akan tengok lagi dan lagi. Sebab most daripada filem dorang sangat kelaka dan happening. hahahaha. Lastly..




" Naan unnay kadhalikkiren, Tamil Film.. "



HAHAHHAHAA




Psst : Tak paham maksud ? Bukak kamus TAMIL ! hahahah :p



Harga Tudung Beratus2 ? Fuyooh !!




Gambar pakcik google


Harituh i balik dari working seperti biasa dengan kakak i dan nana. Sekali kakak i menyatakan niat beliau untuk ke satu butik tudung untuk melihat tudung2 yang kalerfull gituu.. I pun agak excited sebab i pun ada niat di hati nak mengumpul koleksi tudung sebelum bertudung.. Tapi tapi..




Kakak saya : Kak, how much harga selendang ni ? ( spt selendang dibawah )





Kakak jual tudung : RM120 dik sepasang..


I : Fuyohhh !! ( Dalam hati ) hihi


Kakak saya : Yang ini kak yang tudung ni ? ( tudung cam pic bawah )






Kakak jual tudung : RM25o dik sepasang..

I : Mak kau !! ( Dalam hati lagi )


Kakak saya : Kak, kenapa harga mahal ni kak sampai ratus2 ?

Kakak jual tudung : Sebab jual kat butik dik..


Kami semua : ??????




Conclusion, tak ada alasan lain ke ? haha. Baik i beli kat sepanjang jalan TAR ataupun pasar malam je. Tak ada beza pun pasar malam punya dengan butik punya. Sama je i tengok. Bukan ada orang nak tanya kau beli kat pasar malam ke ? hihihi. Kalau RM150 i boleh dapat 15pasang! See, mana lebih elok ? Kain lebih kurang je i tgok.. huhu.




Nak tengok kalau i pakai tudung cam mana ? Haa tengok ni !





Pssttt ; Macam cina masuk islam bak kata encik farid T___T




22 Jun 2010

Genting Highland Trips Dalam Kenangan..




Gambar pinjam dari pakcik google


Fuhh. Agak lambat untuk i update pasal trip i ke Genting Highland ni. Takpe, lambat atau cepat janji i sudah update untuk dijadikan bahan bacaan / kenangan di masa hadapan kononnya. Hihi. Sebenarnya, sabtu minggu minggu yang lepas iaitu 12/6 i pergi ke Genting Highland dengan cousin ya. Kali ni encik Farid terpaksa ditinggalkan.. Wohaaa ! T_T Sob sob..


* * * * * *




I sampai ke KL SENTRAL dalam 10.30am macamtuh dan cousin2 i semua dah datang. Dan tempat pada pukul 11.00am kami gerak ke Genting Highland. Sebab kami book tiket ke Genting Highland naik bas pergi balik, naik kereta kabel time pergi sahaja dan outdoor games semuanya dalam RM45.00. But, i rasa more saving kalau u dapat naik kereta dan terus beli tiket outdoor tak salah i dalam RM30++ kot. huhu





Turun2 je dari bas, kami kena beratur panjang untuk naik kereta kabel.. Fuyooh ! Sangat seronokk.. huhuhu.. Tapi yang tak bestnya, kena beratur selama...




30 minit untuk naik kereta kabel tu.. Naik pening kepala i berpusing2 beratur.. Sabar jelaa.. Biasalaah dah nama hari cuti sekolah memang ramai orang.. huhu.






Oh kereta kabel ! I begitu teruja nak menunggang u.. Ops! Bukan bukan ini bukan kuda ini kereta.. So tukar kepada menaiki u.. huhuhu.. huhuhu







Suasana yang dapat kami lihat di dalam kereta kabel sangat indah woo..

* * * * * *

Saat yang dinanti tiba.. Dan akhirnyaa kami berjaya sampai ke tempat yang dituju ! Yezzaa..



Sempat lagi posing sebelum pasang gelang kat tangan.. hihi



Nak snap gamba abang belakang tu tapi yang depan tu sibuk T_T hehehe


* * * * * *

Apabila gelang sudah dipakaikan maknanya, kami sudah bebas untuk ke sana sini bermain bermcam2 game yang ada.. Wow ! Sangat excited gitu.. hehehe.. Permainan 1 yang i main benda kat bawah ni.. I tak tahu nama dia apa.. Nahh tgok !



Best tau main boat ni ! Addicted.. Tapi tak best sebab bau minyak dia.. Pfft..



Haa memang betol baju pink tengah tu memang i T_T hahaha



Dan cousin i pulak main benda ni..


Game kedua yang i main pulakk, Ya Allah memang sumpah i taknak dah ! Rasa nak tercabut segala kepala badan kaki tangann.. Haa senang cite satu badan rasa nak tercabut bila benda ni jatuh secara tiba2 we.. Sumpah i taknak dahh ! Mau nanges naik.. Waaaa :((



Sumpah i taknak dah naik benda ni ! Rasa macam terjun bangunan T__T



Kemudian i naik train Haunted Pirate House entah apa benda tah T_T
Seriously train ni sangat mengarot ! Pfft..

Kemudian..




Gambar pakcik google i pinjam kejapp..


Kami naik roller coaster. Dan gambar roller coaster kami lupa nak snap sebab makcik kami pegang beg kami dan kami beratur tak bawa beg so segala kamera sume sudah tertinggal di sana.. Haihh.. Tapi yang roller coaster ni pun kalau boleh i taknak naik lagi ! Tercabut jantung we.. Macam cubaan membunuh diri je rasa ! T_T Ohhh..



Game ni pun i ada main. Ya allah berpusing2 kepala i naik buaian bayi ni..
Lepas naik benda alahh ni, kakak i terus muntah2 dari pukul 7pm-10pm T__T


Dannn last sekali kami main..



Gambar pinjam dari pakcik google juga..



Pirates Ship.. I ingatkan yang ship tu akan terbalikk rupanya kiri kanan kiri kanan je.. Pfftt.. T_T Naik pening naik.. Keje kitaorang naik ship ni menjerit antara satu sama lain.. Yang kanan naik yang kanan jerit ke arah kiri yang kiri naik yang kiri jerit ke arah kanan.. Haa sampai laa dia stop dan tekak terkeluar.. hihihi..

* * * * * *

Dalam pukul 8pm kami dah habis semua permainan yang kami main. Dan bas akan bergerak dalam pukul 9pm. So sebelum balik, gambar kenangan harus disnap ! Ohoho..




Dari kiri ; MaiMai, Kak Dewi, Ita, Kak Ween, Yuli, Ida & Me
& Not forget the only boy yang follow Mamat,
ada dalam pic kat atas2 tu tengah mengayuh hehe

In Memories Genting Highland 2010..




Psstt : Harap2 dapat keluar lagi dengan cousin2 tercinta dan semoga ramai lagi cousin2 dapat join yaa next time. Hehe :)


16 Jun 2010

Karate Kids movie yang best !





Harini hari Rabu. Macam biasa, hari Rabu maknanya hari tengok movie sedunia. hahaha. I rasa u sendiri tahu sebab apa. Sebab apa haa ? Sebab masing2 taik idung masin tunggu movie jatuh saham jadik RM5, maka duit dapat disaving dan dengan bangganya i nak cakap i merupakan salah seorang daripada golongan ini. Shyyy.. hihihi T__T Tapi sedihlaa sebab The Karate Kid masih lagi RM10 sebab movie baru kan. Nak taknak terpaksa laaa dengan sedihnya mengeluarkan duit dalam dompet buruk itu..





Okey masuk topik. The Karate Kid ? Wow ! Memang awesome dan pertama kali dalam hidup i tengok pawagam dekat galaxy tuh dibanjiri oleh ramai orang terutamanya budak2 bawak geng dan mak cik pak cik yang kejap duduk kejap keluar kejap masuk ( rasa macam nak sound je tapi tak berani ) hoho..




Time dorang bertanding Kung Fu memang superb ! huhu



Macam biasa, i tak akan buat sinopsis sebab u boleh dapat berlambak2 sinopsis dari macam2 web. I cuma nak cakap pendapat i sebagai penengok ohh silap penonton ya kawan2 kesalahan tatabahasa itu ! Eheem, cerita dia sangat seronok sebab ada unsur jenaka dan dalam masa yang sama ada unsur kasih sayang dan juga unsur seni Kung Fu..





Wargh ! Kalau dah masuk kung fu, kompom cerita dia best kan ? Lagi2 budak2 yang bukan daripada Cina yang jadi watak utama main kung fu ni perghh cerita memang sodap habis ! Kalah Lagenda Budak Setan yang minggu lepas i tengok, sungguh kejiwangan dengan lagu-lagu dia. Cerita dia sikit kurang aa lagu je gempak tapi best la jugak.. heheh




Practice make perfect maa !


Karate Kid ni paling seronok i tengok bila time budak kecik si hero ni lawan dengan Ching budak daripada geng kung fu jahat.. Fuyoo ! Memang i tak berkelip mata tercongokk tengok dorang lawan. Memang syokk i tak tipu punya.. Okey, dari 5 mata, i boleh la kasi 4 setengah pasal cerita dia part last tu kalau panjangkan sikit sure lagi cukup rempah.. hehehe





Kesimpulannya tuan2 dan puan2 sekalian, u patut tengok bersama2 dengan anak2 anda ataupun kawan2 anda sebab kalau bf/gf agak tidak sesuai menonton filem ini sebab lagi sesuai tgok LBS yang romantik itu dan dah jadi RM5 je. hehe. Apa2 pun, The Karate Kid memang best i tak tipu ! huhu



14 Jun 2010

Sedih atas kehilangan seekor kucing yang sangat comel..



Rasa tergamam sebentar bila i terima mesej daripada mama ;



' Eda, kucing mama dah mati '


dan juga mesej daripada yop ;


' Ida, kucing Tam dah mati, 8 manyak sedih'




I cuba meletakkan diri i ditempat mereka. I dapat rasakan kesedihan mereka walaupun hanya seekor binatang yang pergi.. Mungkin kalau u bukan seorang pencinta haiwan, u takkan dapat rasakan apa yang kami rasakan.. Kesian mama, kesian farid, kucing yang selalu jadi peneman mereka sekarang dah tak ada.. :'( I sedih.. Untuk kekasih saya, saya tatapkan kepada beliau beberapa gambar Tam yang masih saya simpan..




Tam mempunyai corak bulu yang sangat cantik kan ?




Tam dan Teh iaitu adik betina Tam..








Comelkan mereka berdua ? Teh dah dijaga oleh kawan mama..



Tam yang selalu jadi peneman mama dan Farid kat rumah..




Kesian Tam. Punca kematian Tam, kami sendiri pun tak tahu sebab apa.. Semoga Tam bahagia di sana dan semoga mama dan Farid tak sedih sedih dah.. Yang hidup pasti akan matikan ? :'( Tak kiralah manusia ataupun binatang.. Kepada Tam di sana , we Love u ! :'(




9 Jun 2010

Nostalgia travel ke Cameron Highland tanpa dirancang ! (Part 2)


Sambungan daripada part 1 ;



Eda, Kak Laila, Yop dan Amin..



Akhirnya, i dibenarkan oleh parents i untuk stay dekat sana. Yess !! haha. Semuanya sebab Encik Photographer menelefon mommy saya dan bercakap terus kepada beliau. Mama abah Encik Photographer dan Yop juga akhirnya membenarkan sebab hari dah malam dan gelap gulita untuk turun bukit.. Bak kata Yop kang esok dah jadi arwahh kalau turun jugak.. Erkkk..



* * * * * *


Jam dah menunjukkan pukul 7.30pm tapi kami masih mencari hotel untuk menginap satu malam.. Sangat la payah nak mencari hotel murah yang sesuai dengan kewangan kitaorang yang time tu tengah semput-semput ayam.. -__________- Akhirnya..




Nak taknak, hotel sempit dan buruk ini menjadi pilihan.. hakhak.




Oh hotel BB INN anda sangat berjasa kepada kami sebab akhirnya, kitaorang ada jugak tempat nak berteduh. Sungguh sadis, sebab harga hotel burokk ni pun dah ratus2 disebabkan sekarang ni cuti sekolah.. Oh damn ! Sharing is caring sebagai penyelesaian.. T__T


* * * * * *


Janji nak bangun pukul 4am, tapi macam biasalah hohoho pukul 8am baru kitaorang gerak keluar daripada hotel tu.. Semua penat kan, nak buat macam mana.. So kali ni i tak berapa nak marah dorang lambat.. hehehe



Tempat kitaorang breakfirst



Perkara pertama kami makan dulu.. Keluar breakfirst dekat kedai mamak macam gambo kat atas tu.. Encik Photographer baik hati so, beliau belanja.. Hohoho.. Terima kasih awakk :D



Kemudian, saat yang dinanti tiba.. Hehe.. Tempat dimana i dan kak laila bershopping sakan.. Kat pasar tani Brinchang.. Macam macam ada woo.. Tengok gambar bawah untuk tengok suasana kami membeli belah ;




Jalan2 curik opss carik buahh.. hoho



Yop kaki shopping mengalahkan i dan kak laila.. hehe



Kami bergumbira shopping di sini.. hihi



Tengah nego pasal nak mintak murah.. T____T



I bawak balik asam strawberry utk family dan nana.. huhu



* * * * * *



Bergambar di hadapan strawberry park Brinchang



Habis membeli belah di pasar tani Brinchang, kami gerak ke strawberry park lagi sekali yang ni strawberry park area Brinchang punya.. Waa, manyakk besar itu tempat dari sebelum ni. Macam2 juga i boleh tengok kat sana. Antaranya ;








Pokok kaktus dengan style yang pelik-pelik



Buah oren yang lazat menjilat jari..



Bunga yang berwarna-warni



Yop dan Kak Laila di Strawberry Park


Tauke teh bernama amin.. hehe


Minah asing berambot coklat dan jejaka kacak dibelakangnya T_T



* * * * * *


Kemudian, kami gerak pulak ke Ladang Teh. Wohaaa, inilah tempat yang dinanti oleh Encik Photographer sebab memang niat beliau ke sini untuk snap gambo banyak-banyak.. Nasib i tak jadi mangsa dengan muka buruk tak make up lagi T__T Sumpah i taknak jadi model. hahaha. Lihat hasil yang beliau peroleh ;











* * * * * *

Selepas puas bergambar dalam pukul 2 lebih macamtuh, kami ambil keputusan untuk balik. Sob sobs sedih sangat sebab nak tinggalkan Cameron Highland dah.. Haihh.. Btw, nak tahu apa yang i bawak pulang untuk family ? Tengok bawah ;




Strawberry and blackcurrant tea ;)

Strawberry Jam


&&




Petai busukk ! T_____T hohoho




Conclusion ; Satu kenangan manis dalam hidup i sebab 1st time dalam hidup i dapat pergi jauh2 macam ni dengan kawan2 dan bukan dengan family or rombongan sekolah. hoho. Hope lepas ni, i boleh pergi lebih jau, Paris maybe or Amerika bak kata abah.. hihihi :D




Psstt // korang tak tention ke scroll sampai bawah baca entry ni ? T___T






We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook