Showing posts with label jalan-jalan cari makang. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makang. Show all posts

26 Sept 2011

Resepi Murtabak Biskut Yang Deliciouss ! ^.^

Assalamualaikum.


What murtabak daripada biskut ? Yeahh ! ^,^ I tau mesti ramai yang tak pernah makan murtabak biskut. Yelaa, selalu biskut makan dengan air kopi makan camtu je kan or buat cake. But ni different. Kita buat biskut jadi murtabah pulak.


At first, i rasa makanan ni i langsung tak tahu diperbuat daripada biskut sebab rasa dia sangat sedap. Last2 bila dah tau dia buat dari biskut, ada lah jugak rasa pelik n nak muntah. But, lama2 dapat terima kenyataan murtabak ni daripada biskut dan yeahhh sangat sedap ! ^,^ First time i makan adalah nak dekat 10 biji i telan. hihihi



So, harini i nak share resepi dia untuk semua pembaca tersayang ! ^,^ Sangat simple ! Trust me ;)



U kena beli biskut macam kat atas ni. Tak kesah lah brand apa. Sebab biskut ni memang rasa sume brand sama je kan :) Beli la berapa banyak u nak. Macam i, i selalu beli 1 pack camni je. Tu pun da dapat banyak sangat.




Then, u kena lenyek kentang. Masukkan serbuk lada, garam, bawang goreng dan daun bawang daun sup. Secukup rasa lah semua ni. Dia lebih kurang macam rempah bergedel. Sorry, i taktahu how nak spell 'bergedel' hehe :p Sebatikan adunan ni.




Kemudian, dah siap adunan kentang tu, u masukkan antara biskut tu. Macam i selalu buat 3 lapis. Macam gambar atas. U boleh buat lagi banyak ikut u lah. Tapi i rasa 3 dah okey dah. Just nice :)



Lepastu, u kena kukus untuk buatkan biskut tu lembik sikit. Kukus dalam 3-5 minit. Tak boleh terlalu lembik. Kalau tak nanti dia hancur. Dan tak boleh terlalu keras, nanti tak sedap. Kena just nice la sederhana je lembik dia. Make sure kukur jarak2 tak boleh dekat2 murtabak biskut ni sebab nanti dia melekat.



Lepastu dah kukus dan angkat, potong tengah murtabak biskut ni. Then akan jadi bentuk segi tiga macam gambar atas. Then lepas potong jadi bentuk segi tiga, u pecahkan telur letak dalam mangkuk dan sebelum goreng, u cicahkan murtabak maggi ni dekat telur tu kejap then u goreng masukkan dalam kuali. Goreng kejap je dalam berapa minit lah.



Lastly, murtabak biskut akan kelihatan seperti di atas ! huhu tak nampak macam biskut kan ?? ^,^ Rasa dia sangat sedap dan lembut sampaikan orang yang tak tau murtabak biskut ni takkan percaya murtabak ni dibuat daripada biskut ^,^ huhuhu



Selamat mencuba ! ^,^ Ohh, actually i bagi nama sendiri untuk makanan ni. Sebab i taktau nama makanan ni apa huhu :p Ohh dan sebelum ni i pernah buat entry RESEPI PIZZA MAGGI ataupun MURTABAK MAGGI tekan SINI untuk cuba resepi tu juga :)



29 Jul 2010

Awww, Pink Luggage Bag Yang Comel !



Assalamualaikum.


Bulan 9 ni i dan kakak i rancang nak fly away travel berdua. Huhu. Pergi mana ? I akan update kalau i jadi pergi nanti okey :) Haih, esok baru penentuan sama ada i jadi pergi atau tak bulan 9 ni. Sebabnya, nak tanya pihak kolej dulu boleh ke tak bulan 9 ni i amek cuti sebulan.






Disebabkan terlalu excited dan parents i dah izinkan, so kami sibuk nak beli Luggage Bag yang comel2. Haha. Dah kata perempuan, mesti nak bag yang comel2 kan ? Hehe. Kalau boleh i nak beli bag idaman hati seperti di bawah ;





Harap2 i dapat pergi nanti dan dapat satu luggage bag yang comel macam kat atas tuh! 1st time fly away jauh2. Tak sabar mau shopping kat sana dan jumpa nenek kesayangan jugakk ! :D heee




9 Jun 2010

Nostalgia travel ke Cameron Highland tanpa dirancang ! (Part 2)


Sambungan daripada part 1 ;



Eda, Kak Laila, Yop dan Amin..



Akhirnya, i dibenarkan oleh parents i untuk stay dekat sana. Yess !! haha. Semuanya sebab Encik Photographer menelefon mommy saya dan bercakap terus kepada beliau. Mama abah Encik Photographer dan Yop juga akhirnya membenarkan sebab hari dah malam dan gelap gulita untuk turun bukit.. Bak kata Yop kang esok dah jadi arwahh kalau turun jugak.. Erkkk..



* * * * * *


Jam dah menunjukkan pukul 7.30pm tapi kami masih mencari hotel untuk menginap satu malam.. Sangat la payah nak mencari hotel murah yang sesuai dengan kewangan kitaorang yang time tu tengah semput-semput ayam.. -__________- Akhirnya..




Nak taknak, hotel sempit dan buruk ini menjadi pilihan.. hakhak.




Oh hotel BB INN anda sangat berjasa kepada kami sebab akhirnya, kitaorang ada jugak tempat nak berteduh. Sungguh sadis, sebab harga hotel burokk ni pun dah ratus2 disebabkan sekarang ni cuti sekolah.. Oh damn ! Sharing is caring sebagai penyelesaian.. T__T


* * * * * *


Janji nak bangun pukul 4am, tapi macam biasalah hohoho pukul 8am baru kitaorang gerak keluar daripada hotel tu.. Semua penat kan, nak buat macam mana.. So kali ni i tak berapa nak marah dorang lambat.. hehehe



Tempat kitaorang breakfirst



Perkara pertama kami makan dulu.. Keluar breakfirst dekat kedai mamak macam gambo kat atas tu.. Encik Photographer baik hati so, beliau belanja.. Hohoho.. Terima kasih awakk :D



Kemudian, saat yang dinanti tiba.. Hehe.. Tempat dimana i dan kak laila bershopping sakan.. Kat pasar tani Brinchang.. Macam macam ada woo.. Tengok gambar bawah untuk tengok suasana kami membeli belah ;




Jalan2 curik opss carik buahh.. hoho



Yop kaki shopping mengalahkan i dan kak laila.. hehe



Kami bergumbira shopping di sini.. hihi



Tengah nego pasal nak mintak murah.. T____T



I bawak balik asam strawberry utk family dan nana.. huhu



* * * * * *



Bergambar di hadapan strawberry park Brinchang



Habis membeli belah di pasar tani Brinchang, kami gerak ke strawberry park lagi sekali yang ni strawberry park area Brinchang punya.. Waa, manyakk besar itu tempat dari sebelum ni. Macam2 juga i boleh tengok kat sana. Antaranya ;








Pokok kaktus dengan style yang pelik-pelik



Buah oren yang lazat menjilat jari..



Bunga yang berwarna-warni



Yop dan Kak Laila di Strawberry Park


Tauke teh bernama amin.. hehe


Minah asing berambot coklat dan jejaka kacak dibelakangnya T_T



* * * * * *


Kemudian, kami gerak pulak ke Ladang Teh. Wohaaa, inilah tempat yang dinanti oleh Encik Photographer sebab memang niat beliau ke sini untuk snap gambo banyak-banyak.. Nasib i tak jadi mangsa dengan muka buruk tak make up lagi T__T Sumpah i taknak jadi model. hahaha. Lihat hasil yang beliau peroleh ;











* * * * * *

Selepas puas bergambar dalam pukul 2 lebih macamtuh, kami ambil keputusan untuk balik. Sob sobs sedih sangat sebab nak tinggalkan Cameron Highland dah.. Haihh.. Btw, nak tahu apa yang i bawak pulang untuk family ? Tengok bawah ;




Strawberry and blackcurrant tea ;)

Strawberry Jam


&&




Petai busukk ! T_____T hohoho




Conclusion ; Satu kenangan manis dalam hidup i sebab 1st time dalam hidup i dapat pergi jauh2 macam ni dengan kawan2 dan bukan dengan family or rombongan sekolah. hoho. Hope lepas ni, i boleh pergi lebih jau, Paris maybe or Amerika bak kata abah.. hihihi :D




Psstt // korang tak tention ke scroll sampai bawah baca entry ni ? T___T




14 Mar 2010

Nasi Bujang Yang Superb Delicious


U all pernah tak makan nasi bujang ? Baru-baru ni i tak tahulah apa hangenn i asyik makan nasi bujang je dekat kedai makan area rumah i ni. Okey, korang tahu tak apa itu nasi bujang ? Setahu i, nasi bujang ni nasi untuk orang yang saving dan kedekot sikit plus tengah sengkek. hahaha.



Tapi, kes i lain, i bukan kedekot taik idung masam dan segala macam tapi sebab bagi i nasi bujang kat area rumah i ni memang superb la. Untuk yang tak tahu nasi bujang tu apa, meh i explain ! hehehe




Nasi ni dikatakan bujang disebabkan lauk dia hanyalah nasi putih dengan telur goreng, sup, timun dan sambal belacan.




I paling suka sup dia sedap woo dengan sambal belacan cicah timun. Pergh!! Delicious habes. hahahaha




Kalau bf i pulak dia suka telur goreng dia. Padahal rasa biasa je bagi i. hahaha. Tapi, memang superb a nasi bujang kat sini. hehehe




Sup i suka dan telur goreng tu bf i suka. Pergh ! Favourite.



Haaa kalau pakcik pegang garfu atas ni kalau dia makan nasi bujang sampai dua pinggan dia balunnn. hahahhaha




Haa.. Yang ini tak yang ini makan ala kadar je. heheheheh



Conclusion, nasi bujang pandan jaya memang superb kalah nasi bujang seMalaysia dan sama waktu dengannya. Tak percaya ? Bak try ! hahahhaha




We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook