19 Aug 2010

Kepada Pencinta Kucing Sila Tengok ! :D

Assalamualaikum.


Kepada semua pencinta kucing i nak share kat u satu video kucing yang comel. hahaha. Jom tengok aksi anak kucing comel ni. Sure u gelak terbahak2 :D





Comelkan ? Kalau laa i dapat ajar kucing i buat aksi macam ni, alahaiii tak tido malam i alamatnya. hahaha. I nak mintak tips laa dari pemilik kucing ni macam mana dia ajar kucing dia wat terkejut camtu. huhu



18 Aug 2010

Mata Buta Sebelah Sebab Pakai Contact Lens ??



Assalamualaikum.

Fuhhh, berita yang i dengar baru2 ni amat mengejutkan. Geng2 makcik mengumpat sume dok cerita pasal budak sekolah menengah yang dok dekat area rumah i ni pasal mata budak tu dah buta sebelah. OMG!! Kenapakah ? Semuanya disebabkan contact lens.

I pernah dengar bahaya kalau pakai contact lens. Tak tahu pulak bahaya dia dari sudut apa. I baru je memasang niat nak pakai contact lens colourfull gituuu tapi terus tak jadi lepas tengok budak ni. Haihh. Macam-macamm betol..



Daripada apa yang i dengar sume orang kata budak ni keje dia asyik pakai contact lens tukar2 kaler. Tak tahu laa sebab apa contact lens tu jadi punca dia buta sebelah. Conclusion, bapak2 ibuk2 nyah2 mak2 hayamm sume, takyah pakai contact lens, original sudah ! hehehe :D


p/s : Gambar cilok daripada pakcik google i. Hee

17 Aug 2010

I LOVE MYSELF CONTEST



Assalamualaikum.


Contest lagi ! Hee. Jangan marah :) I telah ditagged oleh Hudhud untuk join contest yang dianjurkan oleh Angelicshoppe. Dan hadiah pun agak lumayan okey. So, why not i tak join n kalau u nak join pun dialu-alukan. U boleh click SINI untuk maklumat lanjut yaa. I tak tahu nak pertaruhkan gambar apa. Sume gambar i burukk kot. I ambik jelaa gamba buruk bawah ni ;





Dan untuk menang i perlukan vote daripada u semua. So, kalau suka gambar i, sila vote i di AFUNDI erkkkkk salah salah, di facebook Angelicshoppe. Tekan SINI untuk terus ke facebook Angelicshoppe . Add facebook beliau then vote for me. Terima kasih atas undian anda, nanti i belanja soto ayam ya hakhakhak :D


I tagged ;

Ida , Eny, Kila dan semua kawan yang nak join ! :)


16 Aug 2010

Sudahkah anda mencuba Tako Tao ?


Assalamualaikum.


Lagi berapa minit nak buka puasa. Tapi perut i mengidam nak makan benda bulat2 yang bernama tako tao. U pernah makan tak benda sedap ni ? I paling favourite octopus punya perisa. Memang hurmpp habes laahh ! huhu.



Terliur i tengok mayonis itu T_T Ya allah !


Tako tao ada 3 perisa. Paling i suka octopus ! Memang manis sedap woo T_T


Kedai Tako tao selalu ada kat Jaya Jusco dan kedai dia macam gambar atas ni.


Tako tao ni makanan Jepun kalau i tak salah. Dan jangan risau sebab makanan ni halal dan ya allah sangat sedap lagi2 sotong paul tuu erkk maksud i octopus. hee :D Apa2 pun, selamat buka dengan tako tao ! hahaha


P/s : Gambar hasil ikhsan pakcik google tercinta.


Asal Pakwa Mintak Clash Je Ugut Nak Bunuh Diri.. Come on la woman !




Gambar hiasan milik edaolala


Assalamualaikum.


Nak dekat banyak kali jugak i dengar pasal kes orang sekitar i terutamanya WANITA, asal pakwa dorang mintak putus je mesti ugut nak bunuh diri. Kadang2 i rasa macam hooiii tolong lah ! Come on, kumbang bukan sekuntum. Orang dah taknak kat kita takkan kita nak paksa dia suka kat kita ? T_T



Mungkin u memang tak boleh terima pakwa u mintak putus, tapi janganlah sampai tiap kali dia memang nak lepaskan u, u asyik nak bunuh diri je. Lama2 lelaki tu sure naik menyampah dengan u, takpun sebab takut u amek pisau cucuk dada atau telan racun tikus satu tong dia masih dengan u dalam keadaan terpaksa.




Berdoa jalan yang terbaik !


Semua orang pernah rasa putus cinta, semua orang rasa sakit bila diputuskan erkk salah maksud i ditinggalkan. Tapi tolonglah fikir waras ya wahai perempuan. Takkan sebab jantan seekor u nak bunuh diri ? Banyakkan lah berdoa, tawakal dan berubah jadi lebih baik untuk dapatkan pasangan yang lebih baik dari sebelum ni. Tapi BUKAN dengan bunuh diri ok !



Renung-renungkan dan selamat berpuasa erkkk T_T haha



Black and White Contest



Assalamualaikum.


Contest lagi contest lagi ! Setelah sebanyak dua kali i berjaya menjadi juara dan baru2 ni di kontest INI anjuran Cik NURUL yang telah menaikkan semangat i untuk berkontest dapatkan duit raya erkk, sekarang i nak try hitam putih punya contest pulak anjuran Mr Creativeheart. Gambar yang i pertaruhkan seperti dibawah ;







Untuk makluman lanjut sila tekan SINI. Cepat join jangan tak join rugi woii sebab dapat duit raya ! hahaha. Dan orang yang i tagged adalah JU JULIET, HUDHUD, CIKCAHAYA & semua kawan2 yang minat nak join ! :)


15 Aug 2010

Kerana Makcik Yang Fanatik Dengan Cerita Upin Ipin..


Assalamualaikum.

I gerenti satu Malaysia tahu pasal Upin Dan Ipin kan ? Alaaa cerita 3D yang comel ni haaa.. Kalau u tak tahu dah sah u menipu. hakhak. Tak tahu jugak ? T_T Haa, ni haa cerita bawah ni la dik dik nunn nyahhh oiii..

erkk, Yang kiri tu AYAM ya bukan IPIN atau UPIN T_T


Ceritera bermula ;

Mummy : Semalam kawan mak baru dapat cucu sulung..

I : Oh ya ke, apa yang menariknya mak oii..

Mummy : Menariklahh sebabnya dia dapat cucu kembar..

I : Laa, biasa je T_T

Mummy : Nak menarik lagi ? Kawan mak tuu p letak nama cucu dia sorang UPIN sorang IPIN..

I : WTNYAH ?! hahahah


14 Aug 2010

Hari Ini Hari Jadi Saya :)


Assalamualaikum.


Sempena hari jadi i hari ni, i ada sepatah dua kata erkk macam VIP pulak an hahaha. Sila baca ;


Alhamdulillah. 14 Ogos 2010 i dah genap 19 tahun. Fuhh, sangat cepat masa berlalu dan makin tua la i nampaknya. Tak lama lagi nak menginjak ke alam dewasa. Tak dapat i bayangkan semua ni akan berlalu dengan pantas.. Alhamdulillah, ramai yang wish birthday kat i dan i sangat sangat terharu. Kepada kawan2 yang dikasihi, terima kasih atas ucapan dan doa anda semua. Kepada semua yang istimewa dihati i, terima kasih atas ucapan, hadiah dan bimbingan. Sayang anda semua sampai bila2 ! :)

5 Aug 2010

Stalker Stongker Poker !






Assalamualaikum.


Fuhh, lama rasanya i tak membebel2 pasal pendapat n sewaktu dengannya. So harini, i nak bebel pasal Stalker sebabnya I percaya, setiap dari kita mesti ada stalker masing2 tak kira lah kat belog ke facebook ke myspace ke even dalam realiti dan juga kita pun mesti pernah jadi stalker. haha. Ehhh, stalker tu apa ya ? Haa, bukak kamus.



Menurut kamus XXX Stalker maksud dia penyibok suka jaga tepi kain orang. Haishhh, tapi stalker ni ada dua jenis. Satu yang stalk dengan gembira. Lagi satu stalk dengan penuh PHD ( Perasaan Hasad Dengki ). Ohh no no, bukan PHD diploma tu semua yaa, jauhh lencong ! hehe




Stalker Jenis A


No no, bukan stalker jenis darah A haha tapi apa yang i maksudkan adalah stalker yang jenis 1 iaitu stalker yang baik. Ataupun dengan erti kata lain, u stalk belog satu budak comel ni sebab u suka dia erkkk taktak, maksud i u suka belog dia.



Then lepas u tengok tu u diam dan buat bodoh. Esok tu dia update u bukak lagi belog dia dan macam biasa u buat bodoh jugakk tanpa ada apa2 perasaan buruk di kepala hotakk u. Haa, ini dikategorikan sebagai stalker buat bodohh erkk tak tak ! Maksud i Stalker baik hati :D hee





Stalker Jenis B



Stalker jenis B pulak stalker yang BBBBuuusuk ! Erkk, salah salah, stalker yang ada sikap PHD. Niat dia stalk satu belog budak comel tu sebab dia nak tahu apa jadi dalam life budak tu dengan niat buruk. Dan dalam kepala hotak dia, apa yang budak tu tulis semuanyaa tak kena.



Yang kena dia jelaa sorang dalam dunia ni. Hee. Kemudian, bila tak puas hati tu, mulalahh tunjukkan kebodohan sendiri sebab dahlaahh stalk belog orang lepastu tunjukkan pulak iri hati. Takk ke kalau u buat macamtu wahai stalker, si budak comel punya belog tu akan rasa beliau sangat famous kalahkan artis ? hakhak..



Nasihat Pakar Motivasi iaitu Doggterr Edaolala



Hoii stalker jenis A, amalkanlah sikap tu selalu tak kira dimana kamu berada dan selamat beramal. Hoii stalker jenis B, sudah2 lah tu hentikanlahh sikapmu itu sebelum sikapmu dihentikan. hahahha. Mengarot !



Last but not least, untuk semua kawan2 yang pernah down sebab pernah distalk habis-habisan, marilah kita bermadah untuk semua stalker2 kita, hasil ciplakk Datoogg Edaolala, Sejarahwanita Negara 2020 ;


Don't hate me because I wasn't who you thought I was or who you wanted me to be. From start to finish you never knew the real me :) I don't recall giving you a reason to hate me, you create your own drama based on pure
jealousy!

3 Aug 2010

Bila Cinta Song Piano Version

Assalamualaikum.




I sangat suka lagu ni. Kemudian terjumpa you tube lagu Bila Cinta Version Piano. Fuhh, lagi cair2 meleleh hati ni nak main lagu ni. Kan bagus kalau i teror main macam beliau ataupun macam encik kekasih pujaan hati. Heee. Apa2 pun, i still study main lagu ni. Nak chord lagu ni ? Tekan SINI.


Sekian :D





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook