26 Nov 2010

Nuffnang Campaigns Earning Tak Bergerak-gerak ?

Assalamualaikum.


campaign earning lama punyaa :D



Dah lama sebenarnya i perasan campaigns earning i tak jalan2. Ingatkan i seorang je kena. Tak sangka sume pun kena. Campaign earning tak jalan2. Nasib i ada la jugak buffered baru dan lama. Huhu. U tengok kat bawah, cuma satu je campaign i yang ada earning after i cash out baru2 ni. Kesiannn, hahahaa.





Tapi i tak kesah sangat pun :) Takpelah, mungkin kejap je tu. Last year pun, akhir bulan camni nuffnang bagi buffered sikit kat sume tapi awal tahun pulak dorang bagi berlambak2 buffered. Huhu. Jangan berharap sangat dengan duit Nuffnang. Dah kata side income kan :) Lagipun mungkin disebabkan ramai main click2 tu yang menyebabkan nuffnang stop kejap campaigns earning ni :D Chill, sama2 kita doakan nuffnang tak merajuk dah ok ? :)



P/s : Thanks pada semua yang bagi nasehat kat i pada entry lepas :)


17 Nov 2010

Please Come Faster Year 2011....



Assalamualaikum.


Dear lil diary,


Esok nak raya. I baru balik dari Pantai Medical Centre Cheras. Sekali lagi benda buruk jadi kat family i. Kalau sebelum ni mak 5hari kena tahan kat Gleneagles Hospital sebelum hari raya disebabkan patah tangan accident kena langgar kereta, kali ni bapak pulak tangan dia terbelah kena potong dengan machine. Dua urat dia putus.



Kesian bapak. Mak kata bapak rajin. Patutnya, kerja dia cuma kira plan dan tengok pekerja je. Tapi tulaa bapak seorang yang rajin. Orang selalu nak bagi peluang lebih baik lebih bagus kat dia, tapi dia nak buat benda yang susah. Sebab nak projek bangunan dia cepat siap. Bapak bapak.. Patutnya tadi semua pekerja dia cuti, tapi disebabkan dia kesian kat kawan2 dia berapa orang keje, dia pun datang site tolong buat kerja..



At last tangan dia terbelah kena machine. Haihhh.. Macam2 berlaku tahun ni. Cepatlahh habis tahun 2010. Tahun ni, i langsung tak ada feeling raya. Esok raya pun i rasa macam tak raya.. Sebabnya, setiap kali nak raya, macam2 jadi.. Hope tahun2 berikutnya tak macam ni.



Ya allah, kau sembuhkanlah orang tua ku.. Aku mohon kepada MU jauhkanlah kami dari malapetaka ya allah.. Kau tabahkanlah hati kami atas segala dugaanmu Ya Allah.. Amin ya rabballamin.



14 Nov 2010

CAFE@TEEN syurga untuk remaja macam kita ! MUST READ :)

Assalamualaikum.



Rehearsal for promoting Cafe@teen, LPPKN


U guys yang memang stay ataupun belajar dekat area KL, pernah tak terfikir nak ada satu tempat lepak yang cool macam sebuah rumah yang lengkap untuk u lepak2 dengan kawan2 u bila2 masa je ? Pernah tak terfikir nak lepak2 dekat sebuah rumah yang cuma ada remaja saja dalam rumah tu ? :)


THIS IS WHAT WE CALL HOUSE FOR TEENAGE, BABEHH :D


Bukan saja ibaratkan macam rumah, bahkan Cafe@teen ni boleh dikatakan sebuah syurga untuk remaja. Kenapa ?? Sebabnya, dalam tempat ni, bukan saja u dapat tengok tv sambil baring slumber u, online ikut suka hati u, main game budak2 pun adaa tauu malahan, u jugak boleh jumpa doktor pada bila2 masa dengan PERCUMA SAHAJA.


MACAM2 JENIS GAME U BOLEH JUMPA KAT SINI. I DAN GENG KALAU LEPAK SINI SUKA MAIN UNO ! :DDD



Yang seronoknya beb, doktor dia bukan doktor yang membosankan yang macam selalu kita jumpa kat klinik tu. Untuk pengetahuan u, doktor dia more focus on REMAJA. Well guys, kan i dah kata tempat ni SYURGA untuk REMAJA :)


BUKU DEKAT BELAKANG TU, SEMUA BUKU MENARIK MEMANG KHAS UNTUK REMAJA YANG BERKAITAN TIPS CINTAA PUN ADA :D I SUKAA GILA BACA. AWWW.. hehehe



So, sampai doktor pun fokus kepada remaja. Maksud i kat sini, u boleh je jumpa doktor untuk hal dalaman iaitu berkaitan period, onani, seks dan pelbagai lagi. Yangg syoknya, kaunselor pun ada untuk bagi nasehat kat u. Dalam hal CINTAAA pun boleh. HAHAHA. Yess ! DIS IS TOTALLY THE RIGHT PLACE FOR US :)



LEPAK2 DEKAT RUANG SANTAI MEMANG SYOKK HABIS !



I rasa sangat rugi untuk u yang duduk kat KL tak pernah lagi lepak dekat cafe ni. Cuba sekali pergi, mesti u nak pergi lagi lagi dan lagi :D Give our support to Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan bawak kawan beramai2 lepak ke sini yaaw ! :) Agak2 u nak pergi tu, inform i. Boleh kita lepak sekali. Aww. HEHEHE. Jom layari lama web Cafe@teen seperti di bawah untuk tahu maklumat lebih lanjut :)





KALAU U PERGI SANA, NANTI U DAPAT JUMPA AMOI2 CANTEK MACAM KAT ATAS. NAK TAK NAK TAK ? HAHAHAHAHA ;P BYEE! :)




P/s : Thanks a lot to MAMA dan LPPKN sebab membantu dan membenarkan kami buat shooting di sini :) Love you guys !


12 Nov 2010

Macam Mana Nak Print Screen ?


Assalamualaikum.




I dapat request daripada my TWINS yang nama sama dengan i untuk buat tutorial macam mana nak print screen :) Dah ramai gak tanya kat i macam mana nak buat benda alah ni. Huhu. So, hari ni i nak ajar u guys how nak print screen bagi yang belum tahu :)


* * * * * *



1st ) U carik butang print screen macam gambar kat atas ni. Then u bukak page mana u nak print screen tu dan terus tekan butang yang macam kat gambar atas.



2) Then u bukak apa2 photo editor software yang ada. Nak senang bukak paint. U tekan :

START > ALL PROGRAM > ACCESSORIES > PAINT


3) Bila dah bukak paint, u tekan right click kemudian paste.


4 ) Lepas paste, u boleh start crop, edit dan buat apa je yang u nak dekat gambar yang u print screen tu :)


5) Last sekali bila dah siap edit semua, u tekan file > save as.


6) SIAP ! dan boleh laa upload dalam entry u :)



SELAMAT MENCUBA ! :)

10 Nov 2010

Tips Waktu Exam 1 ( BERPANTANG )


Assalamualaikum.



Sekarang musim exam. Ramai tengah exam. So, i nak share sikit tips yang i selalu amalkan dari dulu sampai sekarang untuk jawap exam. Bukan tips nak suruh u baca buku ke apa, tapi tips i ni lebih simple sampaikan u lupa nak amalkan :D

* * * * *

Waktu Sebelum Exam ( BERPANTANG )



Bontot ayam pun tak boleh ya, walaupun i tahu ramai yang menginginkannya. Erkk T_T


1 ) Elakkan daripada makan benda pelik2 at least sebulan sebelum exam. Contoh, kepala ikan, leher ayam, kepala ayam, kepala lembu dan macam2 lagi yang pelik. Cikgu Chemistry i pernah cakap benda 'pelik2' ni tak baik untuk otak.


Kena semut sikit pun tak boleh ya. Terus bagi kawan yang tak amek exam makan kalau nak saving sangat T___T AHAHA


2 ) Tak boleh makan benda yang dah dicemari dengan semut. Contoh, dalam air u nak minum tiba ada semut. U pergi buang part yang ada semut dan main minum je. OH INI TIDAK BOLEH ! Cikgu Kimia i ada cakap lagi sekali yang semut ni dia ada satu acid yang menyebabkan kita mudah lupa. So, beware ! Elakkan semut sebelum exam !




Mencarot dengan barang pun tak boleh ya :D Ehehehe



3 ) Berpantang daripada mencarut. Ini sangat penting. Sebab budak2 sekarang suka sangat cakap bukan2 T___T So, kalau boleh sebelum exam kawal diri u dari mencarut yaa. HEHE

TUTUP MATA RAPAT2 kalau nampak benda bukan2 :D


4 ) Berpantang daripada menonton. Oh menonton apa ? Bukan tv, tapi daripada cerita bukan2. Cerita tutttt.. Paham maksud i ? Tak paham, pegi hempuk kepala u di lantai. HAHA. Sumber ada mengatakan kalau u tengok cerita bukan2, otak u akan jadi bertambah lembap dan mudah lupa :)

Say im sorry anytime anywhere :)


5 ) Berpantang dari sakitkan hati orang. Maksud i kat sini, elakkan daripada gaduh tarik2 rambut dan sewaktu dengannya. Kalau boleh, sepanjang nak dekat exam tu, jaga hati semua orang terutama parents dan keluarga u :) Lagi afdhal, kalau u mintak maaf kat semua sebulan sebelum exam.



I bagi tips untuk part pantang dulu. Untuk part lain i akan update entry baru :) So, selamat mencuba. Gudluck untuk yang tengah exam ! :)

9 Nov 2010

Tutorial Lawakan Widget Kali Terakhir Pembaca Datang Pada...

Assalamualaikum.



Dalam tutorial ENTRY SEBELUM INI , ada yang tak boleh buat. Nasehat i, u kena hati2 dan make sure u tak tukar or sentuh apa2 code selain dari tulisan kaler pink tu sebab dia sangat sensitive T__T Salah sikit terus tak jadikk T____T ( BTW, i dah tukar code tu dengan code baru, cuba try )



Okey now i nak ajar u pulak, how nak cantikkan benda alah tu. Maksudnya macam dalam belog i, i ada letak anak panah dan juga counter online user. Macam kat bawah ni :



Bukan setakat arrow je, tapi macam2 jenis bentuk design apa yang u nak u boleh dapat dekat laman web INI.


Cara dia : U tekan kat gambar mana u nak, lepastu copy code hotmail dia dan paste dalam code html ENTRY SEBELUM INI.


&&&


Dan untuk dapatkan counter online user, berapa orang usha belog u, u boleh tekan SINI dan sign up terus kemudian pilih warna apa u nak suma. Lepastu, generate dan copy link code untuk blog u.


Lepas copy, terus pastekan pada code html ENTRY SEBELUM INI macam biasa. Then siap ! :D


Sekian terima kasih. Tak tahu pape, terus tanya. I akan tolong jangan risau. OK sekarang nak PENGSAN JAPP ! Byebye T___T

Tutorial Widget Kali Terakhir Pembaca Ke Belog Pada....


Assalamualaikum.


I dapat request daripada DAK IENA untuk buat tutorial benda alah ni. I tak tahu nak bagi nama dia apa. HAHAHA. Tapi yang pasti benda bawah ni yang i dah bontalkan. OPS! HAHA



Nampak tak ? Agak2 u tahu tak apa nama mahkluk pelikk tu ? Sumpah i tak tahu T__T



Tak senang nak dapat buat widget ni. Dahlah susah nak carik tuto dia. Banyak tak jadik. I kena pulak try banyak kali tukar2 coding baru siapp kot. HAIHH. Susah T____T Jadi, hari ni i nak senangkan u. Dapat kod tukar sikit pastu siap. Amacam, ada hokeyy ? :D


* * *

1 ) Layout -> Page Elements -> Add Gadget -> HTML/JavaScript


2 ) Copy paste code kat bawah :


<center><script type = "text/javascript">
//
var days = 730; // days until cookie expires = 2 years.
var lastvisit=new Object();
var firstvisitmsg="Terima Kasih Kerana Sudi Berkunjung Ke Laman Ini. Welcome!";
lastvisit.subsequentvisitmsg="Olala! Kali Terakhir U singgah di belog comot ini pada<b>[displaydate]</b>";

lastvisit.getCookie=function(Name){
var re=new RegExp(Name+"=[^;]+", "i");
if (document.cookie.match(re))
return document.cookie.match(re)[0].split("=")[1];
return'';
}

lastvisit.setCookie=function(name, value, days){
var expireDate = new Date();

var expstring=expireDate.setDate(expireDate.getDate()+parseInt(days));
document.cookie = name+"="+value+"; expires="+expireDate.toGMTString()+"; path=/";
}

lastvisit.showmessage = function() {
var wh = new Date();
if (lastvisit.getCookie("visitc") == "") {
lastvisit.setCookie("visitc", wh, days);
document.write(firstvisitmsg);
}

else {
var lv = lastvisit.getCookie("visitc");
var lvp = Date.parse(lv);
var now = new Date();
now.setTime(lvp);
var day = new Array("Sun", "Mon", "Tues", "Wed", "Thur", "Fri", "Sat");
var month = new Array ("Jan", "Feb", "Mar", "Apr", "May", "Jun", "Jul", "Aug", "Sep", "Oct", "Nov", "Dec");
var dd = now.getDate();
var dy = now.getDay();
dy = day[dy];
var mn = now.getMonth();
mn = month[mn];
yy = now.getFullYear();
var hh = now.getHours();
var ampm = "AM";
if (hh >= 12) {ampm = "PM"}
if (hh >12){hh = hh - 12};
if (hh == 0) {hh = 12}
if (hh < 10) {hh = "0" + hh};
var mins = now.getMinutes();
if (mins < 10) {mins = "0"+ mins}
var secs = now.getSeconds();
if (secs < 10) {secs = "0" + secs}
var dispDate = dy + ", " + mn + " " + dd + ", " + yy + " " + hh + ":" + mins + ":" + secs + " " + ampm
document.write(lastvisit.subsequentvisitmsg.replace("\[displaydate\]", dispDate))
}

lastvisit.setCookie("visitc", wh, days);

}

lastvisit.showmessage();

</script>

</center>




3 ) Tulisan yang kaler pink dalam coding atas tu, u boleh tukar guna ayat u sendiri. Jangan usik apa2 selain yang pink tu ok.



4 ) Save dan tengok hasil dia ! :)


Gudluck guys ! Sape yang dah jadikk buat tu habak mai okey :D Dan siapa nak tutorial lagi haaa isi borang formspring kat sidebar tu. Sekian :)

8 Nov 2010

Kawin Mudaaa ???

Assalamualaikum.


I tahu ramai pembaca belog u minat sangat dengan cerita Benci Bilang Cinta kan kan ? Tentang remaja yang kawin pada usia yang muda :) Tapi tapi tapi, u tahu tak ada cerita tentang kawin muda yang jauh lagi best, kelakar dan awwww sangat romantic daripada BBC ni ?



Sinetron Kawin Muda yangg so sweet :)



Cerita ni dulu pernah ditayangkan kat RTM. Dan i pasti ramai tak minat tengok RTM dan sebab tu i pasti gak u all mesti ada yang tak pernah tengok cerita ni. Haaa, drama yang i maksudkan drama KAWIN MUDA. Awww, sumpah i cakap cerita dia sangat sangat fantastic. Walaupun satu episode, i tak pernah miss okey :) Dah lamaa dah berapa tahun dulu cerita ni dah tayang kat RTM.

OMG! I sangat rindu cerita ni. Dan sekarang i tengah tengok dekat you tube lagi sekali :) Kelaka habiss. HAHAHAHA. Jom tekan SINI untuk tengok cerita romantikk awww aww ni :D


DOTA & LELAKI ! ( Untuk Bacaaan Wanita SAHAJA)


Assalamualaikum.


I dah bohsann sesangat nak bercerita dan membebel pasal dota ni. So sekarang i nak try berfikir positive pulakk tentang DOTA. Wahaii para awek si pemain dota sekalian, u tahu tak dengan bermain DOTA ...


1) BF u susah dan takkan ngorat dengan perempuan lain. Memang betol dia akan curang, tapi curang dengan DOTA jelaaa T____T hahaa



2) BF u tak ada masa nak keluar dating dengan perempuan lain. Mana taknya, kalau dah 10jam kat cc dok main dota je manjang. Mandi pun sampai lupa kadang kannn kannn. AHAHA



3) BF u tak ada masa nak gayot or sms perempuan lain. Yelaa mana boleh gayot, dorang kena bukak speaker kuat2 untuk feel game tu. Nak sms pulak, tangan kena tekan mouse je sampai kejanggg pun takpe. HAHAHA



4) BF u tak kena rampas dengan pompuan lain. Dah memang makan pun lupa, sms pun lupa, call pun lupa, inikan lagi masa nak berhandsome bagai. Memang taklah. Disebabkan dorang tak ada masa nak wangi2 semua, memang tak ada perempuan nak pon kat dorang. HAHAHAHA



5) Bila bf u dok sibok berdota, so masa untukk u BERDATING dengan yang lain pun semakin cerah. Ops ! HAHAHAHA



&&&& PART PALING PENTING !



6) U bolehh je nak keluar 24jam sebebas2nyaa ikot suka hati u tanpa risau bf u sms or call :D HAHAHA



7) U boleh bergayot or SMS secret admire u tanpa perlu risau bf u akan call u nanti. Sebab dia sibuk dota kompom tak ingat nak call u kan kan ? :p hihihi


8) U boleh main facebook, chatting dan game2 kat facebook sepuas2 hati u tanpa kena marah oleh bf u ;p



9) U boleh pasang banyak2 sebab bf u kompom tak ada masa nak spy2 bagai disebabkan beliau sangat sibokk dengan dota kan HAHAHA



10) DANNN PALING PENTING SEKALI ! bila dorang baca entry ni baru dorang kelam-kabot nak amek tahu pasal u dan spy u sama ada u ni ada pasang lain ke tak ! AHAHAHAHA :DDD



So, lelaki macam mana ? Takot tak, nak BERDOTA ? WALAO! ini bukan satu ugutan. Hanya gurauan. SEKIAN :D



7 Nov 2010

Bukan Senang Nak Jadi Pelajar Mass Com

Assalamualaikum.




Siapa kata jadi pelajar mass communication tak best ? Sangat best okey ! Mostly, kitaorang belaja sambil have fun sangat2 walaupun mencabar sikit. Ehehe. Ramai kata ambik mass communication ni entah pahapee, subject senang. Hello ! U fikir senang ke haa nak buat program sendiri ? Nak berlakon, shooting, baca berita, buat berita, buat liputan ? Susah okey. Semua kena buat sendiri dan dengan idea sendiri. Konfident kena tinggi. Puluss kena banyak lagi untuk shoot ke sana ke sini. See, nampak tak susah ? Huhuhu




Ok sudah sudah, berhenti membebel. Masuk topik. Hmm, haritu i dan group start shooting untuk final project kitaorang. Dan kat bawah antara gambar yang diambik. Berserta sikit video kelakar yangg tak jadik :D



Aww aksi romantik ni untuk segment playboy :)


Yang ini dalam segment rokok dan lelaki :)


Take 5 :)


Last but not least, nak bagi u guys tengok intro kitaorang :) Yang ni rehearsal punya je i letak. Nak betol2 tunggu nanti lepas i dah siap edit suma. Sabarr naaa..





OK THANKS ! :D


Saya Nak Ada Kening Macam Kamu !


Assalamualaikum.


I takda kening. U percaya tak ? HAHA. Seriously, i tak tipuu. Ehh tak tak, i ada kening cuma kening i sikit. Macam kening kena cukur padahal i langsung tak cukur. Kadang2 kawan i kata i alien sebab takda kening. Kadang2 ada yang kata, waa best laa kau tak da kening so takyah bazir duit nak cukur !


Nampak tak tu kening palsu ? Kekasih hati saya yang lukis T___T Cehh, konon awek kau takda kening kau lukis bukan main pekat lagi kan. Saja nak kantoikan. Ops ! HAHAHA


Haa, sekarang percaya kan kan ? :p


Helooo, i lagi nak kening lebat ada laa ! Tau takkk orang takda kening ni sangat susah. Sebabnya, setiap kali keluar, i terpaksa laa lukis kening T____________T Nak keluar kedai depan rumah pun kena lukis. Kalau tak, habis kau sume lari cakap i alien ! HAHAHA. Sadis kan ? Kesian i ! :'( Meh laa derma sikit bulu2 kening u dekat i :DDD hohohoho. Dan oleh sebab itu lahhhh...


I suka buat fesyen rambut tutup kening macam anak jepun ! HAHA



Sekian. Kalau nak bahan saya dipersilakan. Nanti saya sumpah kening kamu lebat macam shin chan. HAHAHA. T____________T erkkkk..

Mendekatkan Diri Kepada Maha Pencipta


Assalamualaikum.

Pernah tak u terfikir yang hidup u macam tak sempurna ? U rasa diri u kosong. Tak tahu apa yang tak kena. Rasa everything sangat serabut.. Kadang2 rasa macam ehhh aku hidup ni kenapa ? Aku hidup ni macam tak ada live langsung. Belajar kerja kahwin lepas tu dah tua saket terus habiss.. Hmm. What a live ?


I selalu terfikir. Bukan sekali. Tapi BANYAK KALI. Tapi tak tahu kenapa, i insaf selalu kejap je. Selalu fikir nak buat, nak dekatkan diri dengan Allah. Tapi, i just manusia biasa. Iman tak sekuat mana. Mudah sangat lalai. Mudah sangat leka. Kadang2 i tahu apa yang i rasa semua sebab i jarang mendekatkan diri dekat Allah.



I rindu dengan sikap i yang dulu. Apa yang i buat, semua i ingat Allah. Setiap kerja yang i buat, dalam diam i akan berdoa. Setiap jenis doa i hafal. Tapi sekarang bila makin dewasa, i rasa hidup i berubah. I makin tak dekat dengan Allah. Kadang i tidur pun, i lupa nak berdoa.. Dasar manusia !


I selalu rasa nak bertudung. I selalu rasa nak mengaji. I selalu rasa nak solat 5 waktu. I selalu nak merasai nikmat tahu tentang agama. I selalu rasa nak jadi seorang yang kuat agama. Tapi i takut. Takut kalau i buat semua ni secara tiba2 nanti jiwa i memberontak. I takut perasaan ni datang kejap je. I manusia biasa.. Lemah.


Keturunan mak bapak i semua kuat agama. Takkan disebabkan i seorang ni, keturunan agama akan hilang ? Taknak. I taknak. I nak anak2 i nanti, cucu2 i nanti tahu tentang agama. I nak jadi macam dorang jugak. Walaupun moden diluaran, tapi dalaman sangat kuat dengan agama. I nak jadi macam mereka, ya Allah..


Kalau bukan sekarang bila lagi ? I tahu. Tapi, nak berubah secara tiba2 its seriously bukan mudah. Insyaallah, i akan didik diri i dekatkan diri dengan Allah secara pelan2. I nak perasaan yang ikhlas. Bimbinglah aku, ya Allah. Kuatkanlah hati aku, ya Allah. Bagi la aku petunjuk agar aku dapat jadi seorang yang solehah. Amin ya rabbal alamin :')



6 Nov 2010

Anak Tak Mengenang Budi !


Assalamualaikum.


(PERINGATAN KERAS : Ini entry BEREMOOO EMOO Banyakk)


Tadi i tengok cerita Hindustan walaupun actually i lagi sukoo tengok cerita TAMIL. HAHA. Ini betol2 bukan tipu2 ya ;p Cerita hindustan kat tv2 tu pasal seorang suami isteri dah tua dengan anak2 dia. Semua lelaki. 4 orang lelaki. Mak bapak dia punya laa sayang anak2 dia bagai nak mati, tapi bila bapak dia da bersara, nak duduk dengan anak2 dia semua taknak. Sanggup kaaw buat rancangan bagai supaya mak bapak dia tak jadi nak dok dengan dorang. Mak aiii, jahat gila !


Kadang2 i pelik sangat sangat, kenapa wujudnya anak jenis macam ni ? Hoi ! Kau tak ingat ke mak bapak kau punya laa sayang tatang kau bagai minyak yang penuh. Macam mana laa kau boleh terdetik hati taknak bela dorang bila dorang dah tua ? Orang macam kau ni kena rejam je sampai mati time baby lagi. Erkkkk, sory terover T___T


Tapi, tak kesah, i nak sambung gak ! Ngeee, Kau dah kenapa ? Ehh, takda mak bapak, takda la kau ok ! Sumpaah, kalau i dapat husband yang perangai dia jenis lupa mak bapak, memang i cakap takda husband lagi bagus. Tak tahu kenapa i rasa saket hati bila ada anak yang taknak tolong dan bela mak bapak dorang bila dorang dah tua.


I harap, perasaan i sampai ke tua akan macam ni. Supaya i tak sanggup abaikan mak bapak i bila dah tua nanti. Amin. Ingatlah apa i nak cakap ni, kalau bukan kita, sapa lagi nak jaga mak bapak kita ? Rumah asuhan ? Haaa, yelaaaaa sangat ! Cuba kau rasa masuk sana. Nak ? Nak ? Haa, lu fikirlahhhh sendiri !





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook