Siapa A yang aku katakan ? Siapa lagi kalau bukan Aizat. Tahniah diucapkan kat Aizat sebab berjaya menjadi Juara Anugerah Juara Lagu kali ni. U deserve to win sebab kau memang ada suara yang sedap. Apa2 pun aku lagi suka waktu kau montel comel loteh dulu la bhai dari sekarang ni. Macam tak sesuai je. Tapi apa2 pun tahniah sekali lagi aku ucapkan. Aku memang suka gile la kat lagu kau Aizat, memang syahdu gile beb lagu tu ! Meremang bulu roma aku dengar. I do love it bro ! Keep maintain ur voice and weight also ok jangan lupe ! hehe. Sebab suara kau yang sedap and also muka ko ala2 pakwa aku sikit, jadi markah tambahan diberikan di situ untuk aku meminati kau ok. hehe. Ok masuk cerita !
A seterusnya adalah Akim. Oh mengapakah Akim kau dulu yang menjadi pujaan hatikuh dengan rupa kau yang hensem tu, sekarang ni aku dah tak suka kau dah ? Haihh. Payah sebenarnya daripada suka jadi tak suka. Well, disebabkan kau hensem la aku minat la jugak kat kau. Tapi sayang, lepas kejadian tuh aku terus tak suka kaw. Bukan seorang cerita kat aku pasal perangai kau tu tapi satu kolej aku beb.
Mana taknya, dorang pergi recording kau dengan semangat nak sokong kau tegur kau cakap baik2 gurau2 kau pulak boleh sedap kau je layan dorang kerek2 lepastuh kau cakap dengan dorang ayat yang tak boleh bla pulak tu. Banyak lagi cerita tapi malas la nak burukkan nanti banyak pulak mengamuk. U r public figure men aku minat kau gile kot., berubah la ok. Argh ! Dengar cerita dari kawan2 and bf aku tentang perangai kau terus aku sampai sekarang hate u baby! Aizat tetap dihati. Apa2 pun sorry diucapkan dekat peminat Akim, taknak hasut korang pun tak suka Akim aku dulu pun pernah suka dia. Tapi disebabkan perangai dia la aku tak berapa nak sokong sekarang if not, sure sampai sekarang aku sokong die. Apa2 pun gudluck la untuk dua2 A ni ok! huhu
Kalau nak bercerita tentang cita2, aku pasti setiap daripada kita mempunyai cita2 masing. Daripada kita kecil hinggalah sekarang mesti ada at least satu cita2 dalam diri kita. Hurm, seperti manusia lain aku pun ada cita2 sendiri bermula daripada sekolah tadika lagi semenjak cikgu tanya cita2 awak dah besar nak jadi apa ? Bermula daripada situ aku tahu apa tu cita2 dan impian.
Daripada angan2 lahirlah impian. Seingat aku waktu aku sekolah tadika dulu, aku bercita2 nak menjadi seorang anggota polis. haha. Ganas gak aku ni kalau korang nak taw. Bagi yang dah kenal aku, mesti tahu yang aku ni jenis ganas dan tomboy sikit dan perangai tomboy tu still ada dalam diri aku sampailah sekarang tapi dah kurengg sikit dah bile usia dah mencecah dewasa ni. (Untuk pengetahuan, aku pernah wrestling dengan seorang budak perempuan di kawasan rumah sampai berdarah dan juga aku pernah main bola sepak atas padang dengan semua budak lelaki) *sigh* =.= Ok masuk cerita..
Aku mula jatuh cinta nak jadi polis ni start bile dulu waktu kecil2 aku selalu tengok cerita gerak gerak gerakk khasss (lagu tema Gerak Khas). haha. Dulu, cerita ni agak femes la waktu aku kecil2 dulu kalau tak salah. Walaweyh ! Aku memang terpikat tengok kecantikan Abby Abadi masa tu dan kecomelan die dengan AC yang selalu mengusik Inspektor Haliza ni. hehe. Start daripada situ, aku berangan2 nak jadi polis we ! hahaha. Al-maklum la budak2 ni senang terpengaruh dengan benda2 die suka tengok. hehe.
Cita2 kedua aku pula wujud apabila aku menginjak keusia 8tahun. Aku tukar cita2 nak jadi polis ni bila aku fikir jadi polis cepat mati nanti. Yela, kalau jadi polis ni mesti kena guna pistol dusshh sana sini. Argh ! Nehe pyarr.. Aku taknak mati cepat la.. Then secara drastik aku terus menukar cita2 aku untuk menjadi seorang peguam. wahahaha. Sebab aku nak jadi peguam, aku rasa jadi peguam ni best, gaji besar boleh pakai kereta mewah, boleh pakai skirt dan kelihatan cantik bile kat court semua.. hehe. Budak2 lagi ok time ni. Tu kat otak aku fikir nak nampak cantik dan comel je memanjang. hehe..
Tapi, cita2 untuk menjadi peguam ni terpaksa juga aku lupakan bila ada kawan2 cakap jadi peguam ni banyak dosa. Sebabnya, kita terpaksa membela orang yang salah kadang2. Dan, banyak makan rasuah dan macam2 komen negatif aku dapat. Nampaknya, peguam bukanlah pilihanku lagi..
Dan kemudian, akhirnya, waktu umur aku 9tahun aku telah berjaya menemui cita2 sejati aku sampai sekarang ni! haha. Iaitu, aku bercita2 nak jadi seorang wartawan yang aku rasakan kerja ni ya ALLAH tuhan je tahu betapa nikmatnya kerjaya ni ! Aku mula jatuh hati dalam kerjaya kewartawanan ni bila aku tengok Majalah 3 kat tv3. Waktu tu, Azlina Redzuan adalah pengacara M3 ni. Aku terpegun dengan kecantikan sekali lagi yang dimiliki oleh Azlina Redzuan, juga kepetahan dia berkata2 dan juga pengalaman dia yang sungguh banyak apabila dia ditugaskan untuk pergi melawat daripada sebuah negara ke sebuah negara.
Ya Tuhan ! Aku rasa yes dis it is ! Inilah kerjaya yang aku nak. Dengan jadi seorang wartawan , aku dapat banyak pengalaman, dapat melaporkan berita dengan pergi daripada satu tempat ke satu tempat yang baru, pengalaman yang bakal aku miliki jauh lebih banyak daripada orang lain, aku akan tahu satu berita dan pengalaman tu dulu sebelum orang lain tahu dan mengalaminya ! Yeaa, ni la kerjaya yang aku nak. Aktif, kesana kesini tanpa perlu aku duduk office gigit jari taip banyak2 sampai mata aku juling. Aku suka kerjaya yang aktif dan memberikan aku banyak pengalaman hidup.
Tanpa aku membuang masa, habis je SPM aku terus memilih untuk meneruskan pelajaran dalam bidang kewartawanan ni. Yess ! haha. Dan, sekarang aku sedang dalam perjalanan untuk menjadikan cita2 dan impian aku menjadi kenyataan. Bermacam2 dah aku buat, aku korbankan just semata2 aku nak gapai impian aku ni.
Populariti, semestinya bukan tu yang aku cari. Well, ramai cakap budak2 ambil kos aku ni nak jadi femes. Hell no ! Bagi aku tu semua satu sampingan kalau rezeki aku banyak, mungkin satu hari nanti aku akan jadi seorang wartawan penyiaran yang dikenali dan kalau aku tak popular pun do like i care ? Apa yang aku nak pengalaman pengalaman dan pengalaman sebagai seorang wartawan. Well, aku memang bersungguh2 dengan cita2 aku ni dan sampai bile2 aku takkan hangat2 tahi rusa dah.. Genggam bara biar sampai jadi arang beb !!