10 Jan 2010

Cita-cita Setinggi Gunung Everest..

Kalau nak bercerita tentang cita2, aku pasti setiap daripada kita mempunyai cita2 masing. Daripada kita kecil hinggalah sekarang mesti ada at least satu cita2 dalam diri kita. Hurm, seperti manusia lain aku pun ada cita2 sendiri bermula daripada sekolah tadika lagi semenjak cikgu tanya cita2 awak dah besar nak jadi apa ? Bermula daripada situ aku tahu apa tu cita2 dan impian.



Daripada angan2 lahirlah impian. Seingat aku waktu aku sekolah tadika dulu, aku bercita2 nak menjadi seorang anggota polis. haha. Ganas gak aku ni kalau korang nak taw. Bagi yang dah kenal aku, mesti tahu yang aku ni jenis ganas dan tomboy sikit dan perangai tomboy tu still ada dalam diri aku sampailah sekarang tapi dah kurengg sikit dah bile usia dah mencecah dewasa ni. (Untuk pengetahuan, aku pernah wrestling dengan seorang budak perempuan di kawasan rumah sampai berdarah dan juga aku pernah main bola sepak atas padang dengan semua budak lelaki) *sigh* =.= Ok masuk cerita..

Aku mula jatuh cinta nak jadi polis ni start bile dulu waktu kecil2 aku selalu tengok cerita gerak gerak gerakk khasss (lagu tema Gerak Khas). haha. Dulu, cerita ni agak femes la waktu aku kecil2 dulu kalau tak salah. Walaweyh ! Aku memang terpikat tengok kecantikan Abby Abadi masa tu dan kecomelan die dengan AC yang selalu mengusik Inspektor Haliza ni. hehe. Start daripada situ, aku berangan2 nak jadi polis we ! hahaha. Al-maklum la budak2 ni senang terpengaruh dengan benda2 die suka tengok. hehe.


Cita2 kedua aku pula wujud apabila aku menginjak keusia 8tahun. Aku tukar cita2 nak jadi polis ni bila aku fikir jadi polis cepat mati nanti. Yela, kalau jadi polis ni mesti kena guna pistol dusshh sana sini. Argh ! Nehe pyarr.. Aku taknak mati cepat la.. Then secara drastik aku terus menukar cita2 aku untuk menjadi seorang peguam. wahahaha. Sebab aku nak jadi peguam, aku rasa jadi peguam ni best, gaji besar boleh pakai kereta mewah, boleh pakai skirt dan kelihatan cantik bile kat court semua.. hehe. Budak2 lagi ok time ni. Tu kat otak aku fikir nak nampak cantik dan comel je memanjang. hehe..

Tapi, cita2 untuk menjadi peguam ni terpaksa juga aku lupakan bila ada kawan2 cakap jadi peguam ni banyak dosa. Sebabnya, kita terpaksa membela orang yang salah kadang2. Dan, banyak makan rasuah dan macam2 komen negatif aku dapat. Nampaknya, peguam bukanlah pilihanku lagi..


Dan kemudian, akhirnya, waktu umur aku 9tahun aku telah berjaya menemui cita2 sejati aku sampai sekarang ni! haha. Iaitu, aku bercita2 nak jadi seorang wartawan yang aku rasakan kerja ni ya ALLAH tuhan je tahu betapa nikmatnya kerjaya ni ! Aku mula jatuh hati dalam kerjaya kewartawanan ni bila aku tengok Majalah 3 kat tv3. Waktu tu, Azlina Redzuan adalah pengacara M3 ni. Aku terpegun dengan kecantikan sekali lagi yang dimiliki oleh Azlina Redzuan, juga kepetahan dia berkata2 dan juga pengalaman dia yang sungguh banyak apabila dia ditugaskan untuk pergi melawat daripada sebuah negara ke sebuah negara.

Ya Tuhan ! Aku rasa yes dis it is ! Inilah kerjaya yang aku nak. Dengan jadi seorang wartawan , aku dapat banyak pengalaman, dapat melaporkan berita dengan pergi daripada satu tempat ke satu tempat yang baru, pengalaman yang bakal aku miliki jauh lebih banyak daripada orang lain, aku akan tahu satu berita dan pengalaman tu dulu sebelum orang lain tahu dan mengalaminya ! Yeaa, ni la kerjaya yang aku nak. Aktif, kesana kesini tanpa perlu aku duduk office gigit jari taip banyak2 sampai mata aku juling. Aku suka kerjaya yang aktif dan memberikan aku banyak pengalaman hidup.



Tanpa aku membuang masa, habis je SPM aku terus memilih untuk meneruskan pelajaran dalam bidang kewartawanan ni. Yess ! haha. Dan, sekarang aku sedang dalam perjalanan untuk menjadikan cita2 dan impian aku menjadi kenyataan. Bermacam2 dah aku buat, aku korbankan just semata2 aku nak gapai impian aku ni.

Populariti, semestinya bukan tu yang aku cari. Well, ramai cakap budak2 ambil kos aku ni nak jadi femes. Hell no ! Bagi aku tu semua satu sampingan kalau rezeki aku banyak, mungkin satu hari nanti aku akan jadi seorang wartawan penyiaran yang dikenali dan kalau aku tak popular pun do like i care ? Apa yang aku nak pengalaman pengalaman dan pengalaman sebagai seorang wartawan. Well, aku memang bersungguh2 dengan cita2 aku ni dan sampai bile2 aku takkan hangat2 tahi rusa dah.. Genggam bara biar sampai jadi arang beb !!


1 comment:

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook