Assalamualaikum.
Sempena hari bapa ni, jom kita menghayati short film di bawah ni :') Sedih sangat. Credit to :
FARIDISM PHOTOGRAPHY
Dalam keluarga, i rasa i lah yang paling degil. Tak suka dengar cakap bapak. Bapak garang, sangat strict. I nak keluar sangatlah susah. Bayangkanlah, sampai i sekolah menengah nak pergi lawatan sekolah pun susah. Yelaa, sebab kitaorang sume anak perempuan tu yang bapak strict sangat. I pun dulu budak2 lagi belum matang, tak berapa nak paham. Selalu memberontak marah2 bapak tiap kali bapak tak bagi buat benda yang i nak.
Kalau i keluar main pun, main kejar2 dengan Nana, Baby, Naim sume tu pun before maghrib dah kena balik. I takot gila dengan bapak. Kalau dah nak pukul 7 tu, kalau i still dekat luar, i sure terketar2 takut nak balik rumah. Bapak tak ada lah marah sangat, tapi sebab i di didik dari kecik tak boleh kuar malam, so asal malam je i takot gilaa nak ada kat luar. Takot kalau2 bapak marah.
I pernah kena tampar dengan bapak, waktu i darjah 3 sebab i tak pergi sekolah agama. I ingat lagi :') Tapi disebabkan bapak garang dalam mendidik kitaorang lah, kitaorang adik beradik masing2 pandai jaga diri. Kalau keluar pun, sebelum maghrib kitaorang akan balik. Sampai sekarang i dah terbiasa.
Tapi bila i dah makin besar, bapak dah kurang garang. Tapi strict tu masih ada, dan perasaan takot dan hormat dekat bapak sampai sekarang masih ada :) Disebabkan bapak garanglah, sampai sekarang kitaorang sume hormat dekat dia. Dan sekarang, bila i makin dewasa, dah mula matang, i dah tak lawan bapak :) Sebab i paham sebab apa dia marah dan i paham sebab dia marahlah, kitaorang tahu hormat orang tua.
Bila i makin matang, i sedar bukan senang bapak kerja carik duit untuk sara kitaorang adik beradik. Dari mula i sedar, i berazam nak balas jasa bapak dan mak yang kerja kuat untuk sara kitaorang. Well, i bukan dari keluarga senang. Berkali2 bapak ingatkan, dan tekankan pelajaran sangat penting. Dan sampai sekarang, i ingat apa bapak cakap. Jadi sempena hari bapa ni, i tak tahu nak bagi bapak apa, melainkan tunjuk result i baru2 ni. I tahu, dari dulu sampai sekarang, there'r nothing more yang boleh buat bapak happy selain result pelajaran kitaorang. So, this is a present for u bapak :')
Alhamdulillah. Bapak happy :') I harap sangat supaya i dapat happykan bukan saja bapak, tapi mak juga suatu hari nanti. Dan i percaya, kalau kita ingat keluarga kita, mak ayah kita, mesti hidup kita akan lebih berkat dunia dan akhirat.
I LOVE YOU, bapak. HAPPY FATHER's DAY ! :))