30 Mar 2010

Tips Memilih IPTS yang Terbaik




Disebabkan i seorang pelajar ipts ataupun institusi pengajian tinggi swasta, i rasa patut dan memang tanggungjawab i untuk berkongsi tips berkaitan dengan ipts berdasarkan pengalaman yang i pernah lalui. I taknak adik2 junior i semua tersilap langkah memilih kolej yang haprakk dan tak diiktiraf. So, hari ini i nak kongsikan antara tips sebelum u mendaftar masuk ke kolej ipts ya. Diingatkan terlebih dahulu, pemilihan ini sangat penting dan tolong ALERT ya ! Ingat, ini semua untuk masa depan u. hee





1) Pastikan Kolej Diiktiraf dan ada LAN/MQA



Yang ini sangat penting. Sebab tanpa adanya kelulusan daripada mqa maknanya sijil u tak laku. Pernah tak terdengar graduan dapat result gempak tapi susah dapat keje sebab sijil tak laku ? Haa, itulah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan graduan menganggur sekarang ni.




Dan ini salah satu sebab i ambil keputusan untuk stop belajar dari bekas kolej i iaiti MIIM yang terletak di setiawangsa. So, adik2 sekalian jangan silap langkah dan pastikan check betol2. Nak tahu lebih lanjut berkenaan MQA tekan SINI. Nak senang, direct call orang mqa dan tanya sama ada kolej tu ada mqa atau tidak okey ? Tak ada MQA, tolong jangan masuk okey ! Risiko u sangat tinggi.




Dan lagi satu, kalau u dah pergi survey dekat kolej tu dan dia kata ada MQA, mintak dia sijil betol2 sijil dari MQA tu depan mata u okey. I taknak u ditipu macam mana i kena dengan bekas kolej i yang MIIM tu.. Dorang kata ada MQA, tapi macam biasalah indah khabar dari rupa. So, berhati2 kebanyakan swasta fikir untung dari masa depan u.




2) Buat Survey Melalui Internet dan Senior yang Dah Konvo



Buat research sebanyak mungkin okey. Dan jangan lupa tanya dekat abang2 kakak2 yang dah habis belajar kat situ. Tanya dia macam mana konvo ada ke tak, macam mana management, macam mana lecturer, macam mana pihak kewangan dia dan semua la kalau boleh tanya dari A-Z.



Dan jika jawapan dia 80% buruk dan hanya 20% je okey please elakkan dari masuk kolej tu. Kalau boleh pastikan banyak kebaikan dari keburukan okey. Dan pastikan sijil u diiktiraf itu sangat penting.




3) Pergi dari Satu Kolej Ke Satu Kolej


Sebelum u mendaftar, kalau boleh buat 1list antara kolej yang terbaik. Dan buat research semua, then u pergi survey dekat semua kolej dalam senarai tu okey. Pergi datang kolej tu dan suruh management tu hantar dan tunjuk u semua tempat kat situ.



Benda ni penting, untuk memastikan yang u puas hati dengan tempat belajar u. Dan u tak sekadar belajar di tempat yang macam pusat tuisyen sedangkan u dah berhabes ribuan ringgit. Yang langsung tak berbaloi dengan persekitaran kat situ. Alert okey !




4) Pilih IPTS yang terbaik dan u betul2 yakin IPTS tu akan menjamin masa depan u



Last sekali, pastikan MQA ada u tengok sendiri sijil tu, survey ke atas kolej tu banyak baik dari buruk dan u berpuas hati dengan persekitaran kat situ, baru u pergi mendaftar okey. Selagi u tak yakin dan tak puas, tolonglah jangan mendaftar dan membuang duit u macam i. I sangat menyesal sekarang ni sebab i dah bazir duit i atas kolej yang haprakk. Tolong jangan tersilap langkah macam i awal2 dulu yaa adik2 sekalian. heee





27 Mar 2010

Im Just Realize that my life felt empty all this long because im not listening to radio for a LONG LONG time !





Hari ni i kerja macam biasa. I kena buat servey pasal radio iaitu Hot Fm. I buka fail radio. Tak ada perasaan i tengok file tu. Tak rasa pun macam nak dengar senarai lagu dalam tu. I tak teruja langsung dengan muzik. Sikit stim dan nafsu pun langsung tak ada.. Untuk pengetahuan u all, i rasa bukan berbulan tapi hampir bertahun i tak dengar radio.. Ye, i tak tipu.. Sangat sangat lama kan ? Erm..





Sebelum start calling untuk survey, i try playkan lagu satu persatu untuk test sama ada lagu tu rosak ataupun tidak. Ada 30 lagu semua. I try lagu yang pertam.. Oh Juwita daripada Nubhan.. I bukak volume kuat2 dan pasang headset kat telinga i.. Dan detik tu, saat tu.. I tersedar.. Macam baru bangun dari mimpi.. I dengar khusyuk dari satu lagu ke satu lagu.. Macam2 jenis lagu baru yang mungkin u selalu dengar tapi i baru 1st time dengar sebab i tak pernah buka radio.. Bertahun..







I dengar sampai 30 lagu habis.. I dengar lagu dan pahamkan satu2 lirik lagu tu.. I rasa tersentap.. I rasa macam, ya allah lamanya aku tak dengar lagu.. Ya allah, patutlah selama ni life aku rasa kosong sebab dah lama aku tak fun kan life aku dengan muzik macam dulu2.. Last i dengar radio tak salah time exam spm, i suka belajar sambil dengar radio.. start dari tu i tak dengar dah..





Dan sekarang i tengah dengar radio.. I rasa nak nanges.. Sebab i rasa i ni langsung tak reti nak funkan diri i dan i tak tahu apa yang diri i nak.. Now, i rasa sikit fun dan seronok sebab at last i sedar yang dah lama sangat sangat i tak dengar muzik ! Sadis kan ? Lepas bertahun baru i sedar... Heeehh !



Note ; I love music !




23 Mar 2010

Gengblogger Bermasalah


Klik untuk kepuasan impak maksima




I rasa bukan i je tahu pasti u semua dah sedia maklum sejak semalam gengblogger tak boleh diakses masuk. Haih. Hal ini bukan saja telah mententionkan i sebab i gerenti u pun sure tention sama sebab tak boleh nak berPING pong di gengblogger buat masa ni. Haihh..





Oh please la kepada yang mempunyai hasad dengki dengan menghack page gengblogger segera bertaubat ye sebelum dosa anda semakin bertambah2 sebab telah menjatuhkan periok nasi dan juga traffic kitaorang. I dapat u memang i masukkan u dalam penjara dan i akan jatuhkan hukuman makan taik seumur hidup. Padan muka u ! eeee! Kejap kejap...






Nah ! Tahi hitam logamm ni khas untuk u si pendengki ! wekk ! Hehe




22 Mar 2010

Test Lighting Shoot by Faridism Photography


Fuhh. Agak lama rasanya i tak update entry pasal photography semenjak Encik Photographer i dah ada belog sendiri. Rindu sudah rasanya. So, harini i nak update pasal photoshoot taste lighting semalam sekadar suka2 untuk percubaan. So, model macam biasa siapa yang ada di situ pastinya semua akan menjadi mangsa termasuk i yang tak lawa ni. Tehee. Layann..





Ini muka nak penyepak sebab i penat gila duh kena paksa posing dgn Encik Farid. hehe




Ini mira. Adik kepada Nana kawan i. Hobi dia buat aksi 18ff. Ada ke ? haha




see, i dah cakap dia suka buat aksi panas seperti di atas. Sangat berani. hehe




I mereng sekejap disebabkan tekanan jiwang. hahaha




Ops! Aksi ini encik Farid yang suruh buat. I ikut je. tehee


Ini pun sama encik Farid suruh. Seksi katanya. Fuhh panas! haha



Aksi berok baru nak up. hahaha



Tak lawa gila oh minah ni.. Sapa la ni haih.


Main lighting lak pokcik farid ni. tehee


Putih hitam black white I sangat suka. heee




Conclusion ; sila ke page ENCIK FARID untuk lihat seni beliau secara lebih mendalam detail dan spesifik ya. Tekan SINI untuk meluncur terus ke page beliau. Terima kasih. Bubbye! heee




Jemputan Dari Nuffnang ke Gatsby Deodorant Street Fair



Hari ni i dengan penuh excitednya menuggu jawapan daripada Nuffnang berkenaan dengan event Gatsby tu. Pagi2 lagi i check email i hampa sebab tak dapat apa2 jawapan lagi. Dan petang sikit, balik je dari rumah kawan i sambut birthday dia, i terus open lappy dan email terus dapat email dari nuffnang. Dan tadaa...



Click untuk kepuasan impak maksima. Tehee




I dapat jemputan untuk ke event berkenaan. Dan i perlu membawa seorang rakan bersama2. Ada sesiapa berminat nak temankan i ? hehe. U pula macam mana ? Kalau dapat bagitahu i okey boleh kita jumpa beramai2 di sana. huhu. Apa lagi, check email sekarang taw ! Then jangan lupa roger kat i. Bubbye !




21 Mar 2010

Nuffnang Sangat Pemurah Sejak Dua Tiga Empat Menjak Ni Kann



Derr, u semuar perasan tak yang sejak dua tiga empat menjak ni nuffnang agak membuang tebiat merata-rata ? Teheee. Sebab i tengok ramai gila yang dapat buffered earning ouh. I pun sama. Bukan satu tapi LIMA sekali untuk bulan ni. U tengok bawah..





Click untuk kepuasan impak maksima. Tehee




I cakap lima pasal sebab termasuk sekali dengan yang Titus Valentine tuh pasal i dapat bulan ni juga. Haish. Musykil i musykil sebab minggu lepas selama lima hari berturut-turut i dapat satu nuffnang untuk satu hari. Terkejut gak i. Tapi i jadi cool bila i baca belog orang lain ramai juga yang dapat tanpa diduga. Kira i normal la ni sebab sume pun dapat. Hee




Ini bermakna, nuffnang dah berubah menjadi pemurah. Oh terima kasih pokcik hensem nuffnang. I lebiuu laaa. I sumpah i akan sehidup semati dengan u sampai bila2. U pun sama okey pokcik ensem bermisai ? Tehee..



AWAS! Formspring sangat MARABAHAYA!





Baru tak sampai sebulan rasanya i ada akaun formspring. I buat saja suka2 sebab i rasa macam trend je ramai kawan2 i buat so i pun nak ada jugak kang tak ada tak cool pulak kan. Hee. Niat kat hati buat formspring ni biar ada yang tanya soalan2 cepumas yang mungkin akan membuatkan i berfikir untuk jawab soalan itu dan kemungkinan akan ada yang menegur i dengan cara yang baik dengan menggunakan akaun anonymous sebab i memang kasi line clear untuk siapa2 termasuk anonymous bertanyakan soalan.





Tapi, tak sangka pulak. Dari servey dan feedback yang i dapat kebanyakan manusia2 anonymous yang otak di lutut hanya pandai memaki hamun dan mengutuk tuan punya formspring. Selama ni i baca je masalah kebanyakan pemilik formspring ni. Tapi at last, i sendiri terkena bila secara tiba2 ada anonymous yang dengki tak bertempat dengan i. Haha.





I malas nak bercerita panjang di sini, cuma i nak cakap kat sini dan nak mengingatkan semua yang mungkin baru nak buka akaun formspring supaya bersiap sedia la u untuk ditikam oleh kawan u sendiri ataupun anonymous PENGECUT yang tanya soalan tahap otak kat lutut. Kalau u rasa tak nak bagi anonymous tanya soalan, just do it okey. hahaha






Apa2 pun i still akan kasi anonymous tanya soalan pelik2. Yang soalan berAKAL i akan approve dan setakat soalan yang DENGKI dan otak di lutut memang mulai hari ini i tak akan approve. Heee. Apa2 pun, berhati2 dan berwaspadalah dengan Formspring sebab kemungkinan kawan yang dekat dengan u tu yang tikam u. Sekian.




20 Mar 2010

Birthday Present From Me To Him

Rabu lepas birtday Farid. Sebagai seorang gf yang mithali gituu i semestinyalah bagi dia hadiah kan. Lagi2 di hari bersejarah beliau. hehe. Pada awalnya, planning i nak beli couple watch dari adidas. I suka gila jam tu dan memang dah nak beli dah. Jam yang i katakan tu adalah jam kat bawah ni..




I suka jam simple2 macam ni. hehehe




Tapi, di saat akhir i ubah pulak mind i. Tiba2 rasa nak belikan encik farid kasut sebab dia dok cakap kat i tak ada kasut tak ada kasut. So, dalam hati i, haa belikan kasut pun oryte gak tuh. Sebab kalau jam tu, rasa macam simple sangat la sure dia tak berapa nak suka kan. hehe. Yela, lelaki dengan pompuan kan test lain. So, i belikan dia kasut daripada wazup macam kat bawah ni..










Click untuk kepuasan impak maksima. hehe





Encik F suka putih, so i pilih lah putih. Dan dia juga suka main bola keranjang. So, dah alang2 kat belakag kasut tu ada orang tengah main bola tuh kira extra la tuh untuk dia suka. hehe. So, amacam ? Okey tak hadiah yang i kasi ni ? Hee. Simple, tapi asalkan dia boleh pakai dan ikhlas dari i. heee




My Favourite Surfing Spot



Kehidupan i bagaikan tak sempurna tanpa adanya kemudahan internet. Walau penat macam mana pun i, dalam sehari memang tak lengkap hidup i rasa kalau i tak melayari internet untuk berbelog, facebook dan segala macam lagi. Bagi i macam mana pentingnya air untuk life kita macam tuh juga pentingnya internet untuk kita mengenali dunia era ini. Fuhh. Ayat jiwang karat sudah. hehe



I selalu online menggunakan lappy i sendiri hasil i beli pakai duit i. Dan komputer di depan selalunya ayah dan family i akan pakai untuk kegunaan dorang. I rasa komputer tu bukanlah komputer gagah namanya sekira tak ada internet. Sebenarnya baru beberapa tahun i guna lappy ni. I selalu online dekat dalam bilik i. Pergh ! Memang port favorite i laa untuk online. Baring2 sambil online memang sangat seronok.



Port kesukaan i ni ! hehe





Dan i selalu akses internet kat rumah je. Sebab apa kat rumah ? Sebabnya kat rumah i je ada internet means, i tak ada broadband okey untuk di bawa ke mana-mana. So, i merasakan masalah ini sangat melecehkan hidup i. Oleh sebab itu, i rasa macam nak pakai broadband je untuk memudahkan I melayari internet di mana2 je menggunakan lappy I ni. Bila dah pakai, tak perlulah sampai nak tunggu rumah baru nak online kan. Pakwe tengah drive kat sebelah pun dalam kereta I boleh online kalau ada broadband, cuma I perlu cucuk2 je. Bukan susah. Hahaha



Dan broadband yang menjadi pilihan I adalah portable modem WIGGY keluaran terbaharu P1 W1MAX. Tersangatlah cool portable modem ni. I cakap bukan sebarang cakap okey. I bawa sekali bukti. U tengok bawah !





Naaahh ! Amacam ? Sekarang u dapat lihat kan betapa cool dan menariknya body mr portable modem wiggy P1 W1MAX ni ? Sememangnya, tersangatlah cool dan stylonya u sekiranya u online menggunakan encik hitam hensem ni. Ya allah, tak sabar rasanya I nak guna encik hitam ini.



Bukan sahaja cool dan cantik menawan body beliau, malahan pakej yang ditawarkan oleh P1 W1MAX ini juga tersangat sangatlah menarik tertarik kau memang d BOMB! U all sememangnya boleh memilih sama ada melanggan 'postpaid' dengan bayaran serendah RM69.00 sebulan atau prepaid' yang boleh ditop-up RM20 untuk kegunaan selama 7 hari tuh beb. Kan berbaloi baloi tu ! Haa ! Apa lagi potong potong !! ehhh.. Mengarot apa ni. Hehehe



Apa-apa pun untuk kamu semua yang rasa2 nak jadi seperti I untuk melanggan encik hitam ini, boleh lah melayari website : http://www.p1.com.my/





NOTE : Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS !




I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair



p/s : Baca sampai habis untuk kepuasan impak maksima.





Hari ini i buka email. Dan tadaa ! Lihat di atas i telah dijemput oleh Mr Nuffnang hensem untuk join dorang punya event pada 17 April nanti. 17 April hari sabtu so, sangat gila sekiranya i tak pergi diwaktu free sebegitu. hahaha. Apa2 sahaja untuk Mr Nuffnang hensem i ni taw. I akan pergi ye ye ! I dah mark calendar i BESAR BESAR untuk pergi ke event Gatsby Deodorant Street Fair ini.




Bukan semua blogger yang akan terpilih tetapi hanya 400 orang blogger yang menepati ciri2 yang dipilih sahaja akan dijemput untuk ke event ini. So, apa tunggu lagi para blogger kipas susah mati sekalian, sila check email anda sekarang. Ye sekarang ! hahaha. Mana tahu kot2 u all boleh pergi bersama2 i kan ? Kan lebih ramai join lebih seronok dan afdal. hahaha



Okey i masukkan detail berkaitan event ini ya. Sila ke bawah :



Date: 17th April 2010
Time: 10am till 5pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.




I sangat percaya kalau u tak join event ni, u adalah orang yang paling rugi sekali sebab terlalu banyak sangat aktiviti yang WOW! haha. WOW! WOW! dan WOW! lagi dan lagi. U tak percaya ke sebab apa i kata WOW! tersangat ? Sebabnya, nuffnang bukan buat event kosong yang mungkin akan membosankan dan segala macam tapi Mr nuffnang hensem telah menyelitkan pelbagai aktiviti yang sangat extra PERGHH!! dan WOWW!!!! hahaha. I bet yang u akan rasa menyesal kalau tak pergi beb ! hehe





Aktiviti yang sangat WOW! yang seperti yang i katakan diatas adalah seperti lucky draws dan pelbagai cool gadgets yang worth up to RM15,000 untuk diGRABBBBB oleh kita semua ! Ya, kita para blogger sakura sekalian. hahaha. Tak cukup lagi ? Haa ! Bukan setakat lucky draw je tapi kita juga akan bermain pelbagai game yang sangat exciting beb yang mungkin u all akan hanya jumpa di fun-fair.




Dapat bayangkan keseronokan ketika berada di fun-fair ? Ya itulah yang akan kita semua rasakan sekiranya join event ni ! haha. Antara game yang WOW! itu seperti game Sumo Wrestling (in air bag suits!), gladiator battles dan pelbagai lagi game yang mengghairahkan dan bakal membuatkan anda addicted seketika yang mungkin hanya u dapat main di fun-fair okey ! WOW!! Sangat cool bukan ?? huhu




So, apa tunggu lagi ! Mari ramai2 buka email masing2 dan cepat2 menyertai event ini. Untuk sebarang maklumat berkenaan event ini u all boleh terus ke website yang superb ini : www.gatsby.com.my/streetfair




Oh ya ! RM50 ringgit akan dikreditkan ke dalam akaun nuffnang anda sekiranya anda sudah membuat entry dan HADIR ke event ini. Sekiranya tak datang, maka jangan bermimpi untuk dapat rm50 itu. Hehehe. So, apa tunggu lagi. Cepat cepat sebelum terlambat. huhu. Hidup Mr Nuffnang Hensem, Hidup Blogger ! hehehe


17 Mar 2010

Happy Birthday My Hero



"Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to sayang
Happy birthday to you.."



"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Farid Haron
Allah selamatkan kamu.. "





Today, 17 March 2010 is my hero's 19th birthday. Jadi, i nak wish kat mucuk mucuk i ni selamat ulang tahun sayanggg... huhu. Waa, nampaknya semakin tua beliau. Bagus lagi tua cepat lagi bagus boleh habis belajar cepat then kawen cepat2. Tettt! hahahaha. Sangat kegatalan. Fuhh..




Nota i untuk si jantung hati i ni ; Baby doakan semoga sayang dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sentiasa gembira selalu, sukses dalam kehidupan dan sentiasa sehat wal-afiat. Hadiah ? Wa ! Ada lah rahsia. hehehe. B nak wish selamat harijadi dan semoga sayang2 B selalu okey. I Love U la my jantung hati. HOLLAND! huhu




p/s : I bukan seorang yang jiwang. hee. I try upload lagu imran ajmain selamat ulang tahun sayang tu konon nak baget jiwang tapi tapi entah apa masalahh pulak la lappy i ni ngak bisa diupload lagunyaa, aduhai. sob sob..





15 Mar 2010

1st Winner Like Princess Photo Contest




Hai hai. Selamat Tengahari. Hari ini, i bangun2 je tiba2 i buka lappy dan i dikejutkan apabila menerima komen yang menyatakan i dapat 1st place dalam princess photo contest. Alhamdullillah. Jutaan terima kasih diberikan kepada Eny sebab tagged i untuk join contest ni. Haha. Macam ceramah pulak. Sudah sudah. hehe. Apa2 pun, congrates juga untuk eny yang dapat 2nd place. Tahniah tahniah sayangg. hehe




U all boleh tekan SINI untuk lihat gambar yang telah i pertaruhkan untuk yang belom tengok lagi dan nak tengok taknak tengok takpe i tak paksa paksa dosa nanti. hehe. I tak sabar2 nak tunggu hadiah ni. Thanks diucapkan kepada funkychicfashion sebab telah memilih i sebagai juara dan dalam pada masa yang sama terima kasih juga sebab anjurkan contest seperti ini.. I lebiuuu laa.. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang juga ye. Daa ~ huhu




p/s : I nak pilih baju victoria sebab eny kata baju tu lawaa. hehehe. Haa i pun dapat buffered earning lagi la pagi ni. Kaya woo. hahaha. Alhamdullillah.



14 Mar 2010

3rd Buffered Earning

Baru beberapa hari i dapat second buffered earning. Tiba2 semalam i check akaun nuffnang i, nampak sebijik lagi iklan Nuffnang berikan untuk I. Alhamdulillah rezeki i banyak untuk bulan ni. I pun tak tahu kenapa i yang baru berapa bulan ni senang nak dapat iklan buffered ini sedangkan ada blogger yang dah bertahun2 masih lagi tak pernah dapat buffered earning.




Mungkin rezeki masing2 kan. Tapi, i ada kongsikan tips nak dapatkan buffered earning ni pada entry sebelum ni walaupun i rasa i baru setahun jagung. Tapi, i rasa tak apa kan untuk sharekan ilmu dekat semua. So, u all boleh baca untuk yang masih belum mencuba. Tekan SINI untuk ke tips dapatkan buffered earning dalam masa yang singkat ini.





Click untuk kepuasan impak maksima




Tengok kat atas tuh, i dapat Digi Refresher. Tapi i pelik la sebab macam i cakap pada entry sebelum ni, yang iklan buffered akan keluar 24jam selagi ada kempen kan. Tapi i pelik la asal dia kejap ada kejap tak ada macam chipsmore dah i tengok. huhu. Tapi, tak apalah asalkan dia timbul juga walaupun sehari sekali ke apa. Duit tu duit bhai.. huhuhu





p/s : I rasa lepasni i kena rajin blogwalking sebab tiap kali ada buffered earning, i dapat sikit je duit sebab i malas nak blogwalking. Rasa kadang2 macam sia2 je dapat.. huhuhu



V3 Samseng Jalanan Tak Syok !




Semalam, i baru je tengok cerita V3 Samseng Jalanan. Argh ! Bazir duit rm10 tuh je i rasa. Baik i tengok Alice in wonderland je lagi seronok agaknya. Haih, i tak tahu lah nak komen apa. I rasa feedback terbagus pun rata2 orang yang bagi komen untuk filem yang okey baru2 ni cuma Adnan Sempit je walaupun sampai sekarang i tak tengok lagi.





I ingatkan cerita dia macam waaa lagi gempak dari Adnan Sempit, so bila bf i dah ajak tengok alang2 tu pun i ikut laa sekali. Tengok punya tengok dengan penuh khusyuk, i rasa macam buang masa je. Mana taknya, i sikit2 tanya kat bf i, erh kenapa tiba2 macamtuh ? Then bf i pun kadang2 join, erh apasal macamtuh tibe je tak ada angin tak ada ribut tiba2 jalan radhi OAG tu datang tanpa sebarang explanation entah dia kutip kat mana pun tak tahu kenal kat mana pun dia tak explain. hahaha





I malas nak cerita sinopsis, sebab i sure bersepah sinopsis cerita ni u boleh baca. Cuma, as penonton, i cuma boleh cakap yang i tak suka cerita ni okey sangat membuang masa. Haihh. Oh please la pembuat filem malaysia sekalian, wake up ! Buatlah cerita selain dari rempit dan hantu. Menyampahhh.. Kalau best macam Adnan Sempit okey gak. hehehe. Haa, dan lagi satu i pun tak tahu laa apa yang ditiru dan menirunyaa.. hehehe. Sekian.




Nasi Bujang Yang Superb Delicious


U all pernah tak makan nasi bujang ? Baru-baru ni i tak tahulah apa hangenn i asyik makan nasi bujang je dekat kedai makan area rumah i ni. Okey, korang tahu tak apa itu nasi bujang ? Setahu i, nasi bujang ni nasi untuk orang yang saving dan kedekot sikit plus tengah sengkek. hahaha.



Tapi, kes i lain, i bukan kedekot taik idung masam dan segala macam tapi sebab bagi i nasi bujang kat area rumah i ni memang superb la. Untuk yang tak tahu nasi bujang tu apa, meh i explain ! hehehe




Nasi ni dikatakan bujang disebabkan lauk dia hanyalah nasi putih dengan telur goreng, sup, timun dan sambal belacan.




I paling suka sup dia sedap woo dengan sambal belacan cicah timun. Pergh!! Delicious habes. hahahaha




Kalau bf i pulak dia suka telur goreng dia. Padahal rasa biasa je bagi i. hahaha. Tapi, memang superb a nasi bujang kat sini. hehehe




Sup i suka dan telur goreng tu bf i suka. Pergh ! Favourite.



Haaa kalau pakcik pegang garfu atas ni kalau dia makan nasi bujang sampai dua pinggan dia balunnn. hahahhaha




Haa.. Yang ini tak yang ini makan ala kadar je. heheheheh



Conclusion, nasi bujang pandan jaya memang superb kalah nasi bujang seMalaysia dan sama waktu dengannya. Tak percaya ? Bak try ! hahahhaha


Khas Untuk PenCINTA Cyber Cafe Yang Saving Duit @ Sengkek





Entry i kali ni khas untuk semua penCINTA CC bukan Coca-cola tetapi cyber cafe ye hadirin-hadirat sekalian. Ada sesiapa tak tahu apa itu cyber cafe ? Argh ! Kau jangan nak menipu aku kompom kau pernah pergi lagi2 yang lelaki nak main CS la DOTA la dan bermacam2 lagi game yang tah pahapee erh salah game yang syokk. hahahaha. Sory terkasar sikit. hehehe




Okey cc yang i nak promote buat sekian kalinya adalah cc di area permaisuri. I harap2 pembaca i ada duduk dekat2 di situ supaya u all boleh merasai nikmat ini bersama2. hehee. I bercakap berdasarkan pengalaman i dan i sangat suka ke cc ini. Sangat tenteram dan menyelesakan. Langsung tiada orang gila seks memekak dan segala macam. Dan dan, cc ni sangat la murah, rm1.20 untuk satu jam. Bagi i murah sebab selalunya kalau dekat rumah i paling2 pun rm2.00 untuk 1jam. Berpatutan dan berbaloi2 bak kata celcom sebabnya cc ni sangat syokkk dan marbeless habes. Memang tempat lawa bersih dan cool habess. Tak percaya ? Bak tengok !








CC yang i katakan ni adalah cc iriszone. Dekat permaisuri. Nak alamat panjang mintak i. Sebab i kena mintak bf i pasal i tak sure alamat dia. hehehe.










Nampak bersih dan tenteram pluss bersih kan kan ? Seronok okey ! hehe. I tak tipu u. Ni kalau perempuan kaki cc ni i sure dorang akan pilih cc macamni dari cc yang bising memekak.. grr. Tention dengan busuk lagi. huhuhu




Tengok tu, lampu siap berfesyen lagi taw. Kan i dah cakap. U tak caya. hehee. Try datang okey, memang high class la i cakap dengan u plus dengan harga murah lagi. huhu




Conclusion, i bukan kaki cc tapi i suka iriszone ni dalam banyak2 cc yang ada dan i pernah pergilah. hahaha. Thumbs up untuk IrisZone i loikee u ! hehhe


12 Mar 2010

Like Princess Photo Contest




Setelah sekian lama i menyepikan diri dari berkontest dan segala macam, tiba-tiba i telah di tagged oleh si cantik manis lagi cun siapa lagi jikalau bukan my Eny Darlingg. So, nak taknak i kena jugak masuk kontest ni. hehe. Actually, i memang agak berminat pun nak join tengok tajuk pun macam cun kontest ni ! hahaha. So, thanks la kepada eny yang telah mentagged i. I loiikee u la! hehe




So, the contest sangatlah mudah dan menarik tertarik kau memang d bomb. Kepada para wanitawan perempuanwan dan angkasawan jangan lupa untuk join ok. Tekan SINI untuk terus ke blog penganjur untuk mengetahui maklumat lanjut. I tak ada gambar baru dan rasa macam tak sempat je nak shoot gambar baru disebabkan tarikh tutup lagi dua hari, so i masukkan jela gambar lama i yang dah berhabuk ni.. hehe






I pilih gambar ni sebab i rasa i macam princess dalam video clip lagu love story tu. haha. I memang perasan. Tapi takpe, untuk menang i sanggup jadi perasan seketika. hehe







Gambar ni pulak i pilih sebab i rasa macam i princess kambing. hakhakhak. Kenapakah ? Tengoklah makeup i pun dah terang lagi bersuluh lebih kurang macam kambing kan ? Bukan sebab tak mandi ke apa okey. I mandi okey sekali sehari. Ops! hehehhee. Credit kepada amelia sebagai makeup artist.





Ok now, i kena bercerita pasal belog penganjur pula. hehe. Untuk pengetahuan u all semua, belog ni i baru je usha dan i rasa sangat cool sebabnya bila u all masuk je dalam belog tuh u all akan terkejut dengan harga yang ditawarkan untuk barang2 yang dorang jual. Bukan takat baju, tapi termasuk perfume, shawl dress dan pelbagai lagi belog funkychicfashion ni jual taw. Tak caya, meh usha SINI untuk ke belog funkychicfashion ni.




Kekurangan belog ni pulak i rasa dorang kena jual beg-beg yang terbaru i mean yang ikut trend sekarang banyak2. Sebab, kalau ikutkan member i lagi banyak beli beg melalui online. So, kalau boleh jual lah beg yang lawa-lawa stylish dan harga kira berpatutan. Sebab i adalah pencinta beg. hahahahah. Next, i kena tagged dua orang. Dan orang yang i pilih itu adalah :






&







Gudluck untuk u guys yang ditagged dan semua yang nak join contest ni jugak okey ! huhu. Daa ~





We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook