30 Mar 2010

Tips Memilih IPTS yang Terbaik




Disebabkan i seorang pelajar ipts ataupun institusi pengajian tinggi swasta, i rasa patut dan memang tanggungjawab i untuk berkongsi tips berkaitan dengan ipts berdasarkan pengalaman yang i pernah lalui. I taknak adik2 junior i semua tersilap langkah memilih kolej yang haprakk dan tak diiktiraf. So, hari ini i nak kongsikan antara tips sebelum u mendaftar masuk ke kolej ipts ya. Diingatkan terlebih dahulu, pemilihan ini sangat penting dan tolong ALERT ya ! Ingat, ini semua untuk masa depan u. hee





1) Pastikan Kolej Diiktiraf dan ada LAN/MQA



Yang ini sangat penting. Sebab tanpa adanya kelulusan daripada mqa maknanya sijil u tak laku. Pernah tak terdengar graduan dapat result gempak tapi susah dapat keje sebab sijil tak laku ? Haa, itulah masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan graduan menganggur sekarang ni.




Dan ini salah satu sebab i ambil keputusan untuk stop belajar dari bekas kolej i iaiti MIIM yang terletak di setiawangsa. So, adik2 sekalian jangan silap langkah dan pastikan check betol2. Nak tahu lebih lanjut berkenaan MQA tekan SINI. Nak senang, direct call orang mqa dan tanya sama ada kolej tu ada mqa atau tidak okey ? Tak ada MQA, tolong jangan masuk okey ! Risiko u sangat tinggi.




Dan lagi satu, kalau u dah pergi survey dekat kolej tu dan dia kata ada MQA, mintak dia sijil betol2 sijil dari MQA tu depan mata u okey. I taknak u ditipu macam mana i kena dengan bekas kolej i yang MIIM tu.. Dorang kata ada MQA, tapi macam biasalah indah khabar dari rupa. So, berhati2 kebanyakan swasta fikir untung dari masa depan u.




2) Buat Survey Melalui Internet dan Senior yang Dah Konvo



Buat research sebanyak mungkin okey. Dan jangan lupa tanya dekat abang2 kakak2 yang dah habis belajar kat situ. Tanya dia macam mana konvo ada ke tak, macam mana management, macam mana lecturer, macam mana pihak kewangan dia dan semua la kalau boleh tanya dari A-Z.



Dan jika jawapan dia 80% buruk dan hanya 20% je okey please elakkan dari masuk kolej tu. Kalau boleh pastikan banyak kebaikan dari keburukan okey. Dan pastikan sijil u diiktiraf itu sangat penting.




3) Pergi dari Satu Kolej Ke Satu Kolej


Sebelum u mendaftar, kalau boleh buat 1list antara kolej yang terbaik. Dan buat research semua, then u pergi survey dekat semua kolej dalam senarai tu okey. Pergi datang kolej tu dan suruh management tu hantar dan tunjuk u semua tempat kat situ.



Benda ni penting, untuk memastikan yang u puas hati dengan tempat belajar u. Dan u tak sekadar belajar di tempat yang macam pusat tuisyen sedangkan u dah berhabes ribuan ringgit. Yang langsung tak berbaloi dengan persekitaran kat situ. Alert okey !




4) Pilih IPTS yang terbaik dan u betul2 yakin IPTS tu akan menjamin masa depan u



Last sekali, pastikan MQA ada u tengok sendiri sijil tu, survey ke atas kolej tu banyak baik dari buruk dan u berpuas hati dengan persekitaran kat situ, baru u pergi mendaftar okey. Selagi u tak yakin dan tak puas, tolonglah jangan mendaftar dan membuang duit u macam i. I sangat menyesal sekarang ni sebab i dah bazir duit i atas kolej yang haprakk. Tolong jangan tersilap langkah macam i awal2 dulu yaa adik2 sekalian. heee





15 comments:

  1. come and take a look at UTP (Universiti Teknologi Petronas). you'll be amazed and might want to consider it as your education place in the future :)

    ReplyDelete
  2. wow ! i noe d college was awesome. but, only the person wif a good results only can go there ryte. grr... hahahaha

    ReplyDelete
  3. SGT BAGUS ENTRY NI UTK ADIK2 YG BARU LEPAS SPM.IPTS SKRG BYK YG LEPASKAN BATUK KT TANGGA JE.NAMA GAH TP HAMPEH :)

    ReplyDelete
  4. meniti senja : nyaris apakah itu ? hehe. tak paham. blurr .. hehe

    ReplyDelete
  5. sasha : tahu tidak mengapa :) saya sangat setuju. huhu

    ReplyDelete
  6. klau aku nk msuk kdu ok x?

    ReplyDelete
  7. akak study dimana? mahsa college ok atau tidak? :)

    ReplyDelete
  8. mahsa college ok.. n akan adakan konvo x lama lagi

    ReplyDelete
  9. unisel ada mqa?

    ReplyDelete
  10. unisel bj ada mqa tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. And i heard that unisel produced a lot of students in education fields.

      Delete
    2. Ada. And i heard that unisel produced a lot of students in education fields.

      Delete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook