24 Sep 2011

Review Filem Bini Biniku Gangster

Assalamualaikum.


Yeahh, akhirnya i berjaya menghabiskan 4 tiket FREE DARIPADA NUFFNANG. Tadi i tengok filem Bini-biniku Gangster dekat TGV wangsa walk. Fuhhh, agak ramai orang. Tiket 3.30pm dah full, so nak tanak terpaksa lah amek tiket lepas 3.30pm. Okey, jom start review.




- Cerita dia sangat simple ringan. Tak complicated sampai beratkan kepala hotak sangat nak fikir ending. Sangat-sangat ringan sebab dia tak banyak sangat action.


- Ada babak2 sweet antara Herry ( SAM ) dan anje ( Yana ). Dorang sangat sweet together. Kalau betul2 dorang couple kan best. Hihihi ^,^ Dalam cerita ni, dorang sangat manja, Yana terlalu sayangkan husband dia, dan Sam pulak lelaki nerd sikit baik gituuu. Suami yang baik :)


- Ada part lawan2 antara geng2 genster. Yana dalam cite ni sangat berstyle. Dia pandai lawan. Sangat stylo woo ! ^,^ Bayangkanlah, dekat rumah bukan main dengan apron dia sume kemas rumah sana sini lembut sopan santun. Suami dia kua kerja je, amboi2 terus jadi ganas ketua gengster. huhu. Semua orang takut dengan dia terketar2 haha , sampai ada babak kelakar gila part dia bayar kat counter. Nanti korang tengoklah sendiri :p hehehe


- Manje isteri yang baik, dia takleh pregnant so dia pinangkan riana ( Intan lydyana ) untuk suami dia tersayang. Memang susahlah nak cari isteri camni kan zaman skg ni. Tapi dalam cite ni korang leh tengok kasih-sayang manje untuk suami dia sangat sweet. Dan part anje nak pinang riana pun kelakar gilaa. hahaha. Part Herry tiba2 bukak lampu dalam bilik tu pun kelaka sangat sampai satu pawagam gelak hahaha



- Paling tak boleh blaa, bila dorang dok ulang ' suami didahulukan, pencapaian diutamakan' haha. aduyy layan jelaa :)


- So far cerita ni okeylah. Tapi, macam i cakaplah cite dia ringan sikit. Macam kurang klimaks, kurang lawak dan tak berapa nak sampai laa mesej apa dorang nak sampaikan kat penonton.



I bagi 3/5 bintang. Nak tahu ending dia sume cam mana, u tengoklah sendiri huhu ^,^ Ending dia agak tak boleh blaa jugaklah. Tapi not bad heheh :)




P/s : Bulan 11 ni i start tengok movie free tiap2 minggu :) Sebab i dah mulakan tugas untuk review filem ^,^ Yeahhh.



6 comments:

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook