11 Jan 2010

Trouble is a best friends..


Best Friend ataupun dalam bahasa melayu kawan baik bermaksud kawan yang rapat dengan kita. Bagi sesetengah orang ada yang pentingkan kewujudan kawan baik dalam kehidupan dorang dan ada sesetengah orang pula jenis yang suka life sorang2 dan tak perlukan kawan baik. Well, sangat penting ke kawan baik ni untuk kita teruskan hidup?

Kalau jenis aku, aku seorang yang tak suka ada kawan baik. Bagi aku kawan baik menyusahkan. Terutamanya, kawan zaman sekarang ni banyak yang bila senang dengan kita tapi bile susah lari entah ke mana sampaikan batang hidung pun tak nampak. Bagi aku kawan baik aku adalah keluarga aku dan bf aku yang betul2 aku sayang. Bagi aku, istilah kawan baik tu hanya untuk orang yang bukan saja rapat dengan kita tapi bile ada keserasian antara kitaorang.. Ye, aku jenis yang suka hidup dengan banyak kawan tapi aku tak suka ada kawan baik sejak daripada aku kecik lagi.

Tapi, bila ada sesiapa pun anggap aku kawan baik dorang, aku biarkan dan aku senang kalau la ada anggap aku macamtuh, cuma aku adalah seorang insan yang memang tak suka ada kawan baik. Macam aku cakap aku bukan tak suka ada kawan, aku suka cuma aku tak suka ada kawan yang terlalu baik dan rapat. Aku sukakan satu hubungan sahabat yang biasa2 je steady, kawan dengan semua orang sama rata dan persahabatan yang tak terlalu nampak macam pasangan lesbian ataupun couple. Ye, aku memang jenis macamtuh aku tak kisah la apa orang nak kata. Pengalaman hidup dah ajar aku banyak hal pasal persahabatan. Argh ! Aku serik dah.. Biarlah kita berkawan biar seribu, berkasih biar satu.

Prinsip hidup aku daripada dulu sampai la sekarang ni aku taknak ada kawan baik dan tak ada istilah kawan baik dalam hidup aku melainkan keluarga aku sendiri dan orang yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri. Aku nak berkawan dengan satu dunia tapi biarlah kawan baik sampai bila2 cuma keluarga aku je. Aku tak suka disusahkan dan aku tak suka nak menyusahkan orang lain mybe sebab tuh la aku anggap lebih baik aku tak payah ada kawan baik. Bagi aku cukuplah aku anggap keluarga aku sebagai kawan baik aku sampai bile2 sebab bukan senang kita nak dapatkan kawan yang betol2 baik dan sejati melainkan keluarga kita sendiri :)

Tapi untuk korang yang rasakan korang perlukan kawan baik dalam life korang, teruskanlah ok. Entri ni cuma catatan peribadi aku tentang diri aku apa yang aku rasakan tentang kawan baik ni. Well, setiap manusia ada pandangan masing2 kan.. huhu


6 comments:

  1. hmm, best friends, time senang mmg stick together la, tme ssh? hal masing3.

    but, true friends? completely different with best friends :) ssh sng stick together.

    btul tak? hehe

    renung2kan dan selamat beramal. huuhu

    ReplyDelete
  2. betul :) tanks untuk komen ok ! huhu :)

    ReplyDelete
  3. betul kata kau. dulu ak pun ada kawan baik. 7 tahun. tapi dia dah pergi jauh.
    dah arwah dah dia. sampai skrg aku dah tak ada kawan baik. ahha :) kawan yang ada pun tak macam celaka pulak. senang bukan main. susah lagi lah.

    dunia :D

    ReplyDelete
  4. OMG! inallillah.. haihh so sad we, tuh la baik kawan dengan semua sama rata je. uhuhu :)

    ReplyDelete
  5. rasanya samaada ada atau tak bestfriend ni depends on diri sendiri.

    i punya bestfriend dah jadi bestfriend since form1. sekarang satu uni and satu course. still strong. huhu. tapi tak ada rasa nak tambah bestfriend la setakat ni.

    ReplyDelete
  6. yup betol tuh :) bagusla macamtuh. still ok dengan ur bf foreva :)) huhu

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook