17 Jan 2010

Jom Main Masak-Masak !

Hai hai semua harini jom kita main masak2 bersama chef EDAOLALA! haha. Ehem ehem.. siapa kata aku tak pandai masak ? Dari f3 lagi aku dah belajar masak ok. Cuma aku malas sebab tuh selalu kakak aku je masak. hehe. Jom gelak. hahaha. Ok sudah ! Hari ni untuk pengetahuan korang semua aku telah dipaksa untuk masak sebab kat rumah hanya tinggal aku seorang sahaja anak dara yang ada. Oleh itu, nak atau tidak disebabkan nak kasi semua perut terisi terutamanya perut bapak aku so aku kenalah masak hari ni dan secara automatiknya sekarang ramai2 jom kita sebut 'JOM MASAK BERSAMA CHEF EDAOLALA ! ' hahaa..




Baru beberapa hari lepas aku masak ayam kurma. First time aku masak ayam kurma waktu tu, tapi alhamdullilah sedap dan enak gitu. hehe Nasib baik sedap kalau tak, habis mak aku pot pet pot pet. Nampak sedap kan ayam kurma kat atas. Well, tengok la Chef EDAOLALA yang masak kan. haha. Ok tipu je. Kat atas tu cuma gambar hiasan ok. Aku malas nak snap ayam kurma yang aku masak harituh. Camera tak charge.. Sila maafkan saya (Buat muka tak bersalah) hehe.



Ok ini gambar masakan aku untuk hari ni. Ok gelak la gelak ok ! hahaha. Aku taw tak sedap kan sayur yang aku masak kat atas tu ? Tapi, apa aku kisah janji sedap la juga daripada tak ada. hehe. Sayur kat atas nama dia sayur goreng je. Ok sangat sadis untuk aku mengaku aku tak tahu nama sayur tu apa.. Nak tanya mak aku tapi die tengah sibuk. Korang taw tak kat atas nama sayur tu apa ? Sila bagitaw aku. Sumpah aku tak tahu nama die apa. Hilang ingatan tiba2. hehe. Terima kasih..


Ayam goreng ? Ok fine, aku tak ada lah tak pandai sangat kan sampai nak masak ayam goreng je. hehe. Tak seronok la macamtuh. No no, hari ni aku bukan nak masak ayam goreng je. Aku saja selitkan gambar kat atas untuk kasitahu kat korang yang aku masak lauk hari ni dengan menggoreng ayam terlebih dahulu. Ok paham ? Tak paham diam.. shhh..



Haa, hari ni aku masak ayam masak tomato la. Tak percaya ? Tengok gambar atas ! Nampak tak sedap ? Memang la sebab aku tak hias cantek2 ayam tu pakai kan baju semua. Tapi tak apalah, asalkan mak aku kata sedap sudah. hehe. Sedap memang sedap tapi masih belum setanding dengan kehebatan mak aku lagi la.. Haihh.. Bile la aku boleh challenge mummy ku itu..



Gambar extra untuk kau orang semua, dapur yang bersepah. Tak lawa kan dapur aku ? Haa.. Lantaklah. Asalkan tiap2 hari mak aku mop selalu. hehe. Aku tukang tengok je. Argh ! Dasar pemalas aku ni kan ? Ecehh.. Ok semua, aku nak makan. Babaii !



psssttt : Farid sila bangga sebab bakal bini awak dah rajin masak semula. hehehe


2 comments:

  1. haa ? nampak sedap ? haha. mana adaalaa.. nampak tak sodap ada la. hahaa :p

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook