30 Jan 2010

Kolej M vs Kolej K

Masalah kolej masalah kolej. Itulah yang aku tengah face sekarang ni. Wahaha. Ops ! Bukan aku je tapi kawan2 lain juga. Bukan sahaja masalah kelahanatan management tapi juga disebabkan kebangangan kolej dengan tak ada mqa nya dengan tak ada apa2 perubahan sudah cukup membuatkan aku hilang kesabaran.


Aku rasa kalau kau dekat tempat aku pun aku gerenti kau akan pindah daripada kolej aku yang nama je gempak akademi TV3 konon. Dulu yela, sekarang ni hampeh. haha. Sudah penat aku bertahan dengan menunggu kelembapan management yang jauh lebih lembap daripada siput khinzir untuk mengeluarkan result kitaorang. Nak kata bayar yuran semua dah bayar kot, just kolej tutt tu je yang aku dengar tak reti2 nak bayar duit lect. Entah betol entah tidak aku pun tak tahu. hahaha


Aku sunggu jeles apabila kawan aku si Amir nak berpindah ke PTPL. Syabas diucapkan Amir ! Kau dah buat satu keputusan yang tersangatlah bagus. Aku tak lama lagi akan mengikut juga jejak kau cuma lambat atau cepat tu je. Disebabkan aku jeles Amir nak pindah so untuk mengatasi kejelesan ini aku pun mencari2 kolej yang sesuai untuk aku berhijrah. wahaha. Jumpa juga akhirnya. AKADEMI KEWARTAWANAN HANXING. Dah set dah nak pindah sana. Tetapi setelah aku pikir punya pikir argh! Macam malas je nama dah Hanxing kang tak pasal2 management pun sama hancingg je dengan MIIM. hehe. Disebabkan aku langsung tak tahu pasal kolej ni, jadi aku buat keputusan nak reject dulu la.


Seterusnya, aku servey kolej KLMU kolej yang kedua ada kewartawanan. Wow ! Seronok tempat die sebab memang dari dulu aku dah set kat otak nak pindah sana. hehe. Paling menyeronokkan tibe2 aku terbaca yang dorang nak buat scholarship. Hehe. Peluang keemasan untuk aku dapatkan scholarship tu daripada aku tunggu sampai kucing bertanduk scholarship MIIM yang memang aku rasa sampai kiamat pun tak akan dapat. Well, tiada kepercayaan untuk kau MIIM terutamanya nenek2 kat dalam office tu semua penipu. Dasar perangai mengalahkan setan!


Ok sudah cukup api kemarahan ku ini. Sila kau lihat dibawah gambar2 persekitaran KLMU yang telah memikat hati aku untuk belajar di sana. Mungkin aku ada dengar perkara buruk pasal KLMU jugak, aargh ! Tapi apa aku kesah sebab bagi aku IPTS mana yang bagus ? Biarkan ! Asalkan KLMU lebih bagus daripada MIIM sudah cukup untuk aku. Ok sila kau lihat..





Perpustakaan di KLMU yang lebih bagus daripada MIIM

Pusat Akses internet di mana2 sahaja. Kau lihat lelaki comel di atas. Siap releks je duduk sambil online didepan pintu sebab kena denda dengan lect. Wahaha


Haa, yang ini kalau pakwe aku dengan si Amir tengok terus masuk daftar kolej. Studio untuk photographer. Amacam ada baik tak ? hehe. Boleh aku beli DSLR macam ni. heheh


Sudah terang lagi bersuluh. 10x ganda lebih bagus daripada MIIM. Kau lihat betapa besarnya kolej ini ? Oh sudah cukup membuatkan ku tertawan hati !


Ini bilik mesyuarat. Kau lihat MIIM ada ke bilik mesyuarat ? hahaha


Cuba kau lihat bilik study dorang. Ada macam kolej aku macam pusat tution tu ? haha


Ini baru dinamakan Lab Computer. Bukan macam MIIM. grr..

Ha ! ini sungguh memikat hati. Kafe tempat makan yang superb beb ! hehe



Amacam ? Ada memikat hati tak ? hehe. Apa aku kesah kau terpikat ke tak janji aku dah terpikat dengan kolej ni. hehe. Dahlah dekat senang aku ulang alik dah menjadi satu bonus untuk aku pilih kolej ni. Apa2 pun aku harap2 la kat mana aku belajarpun janji bukan kat MIIM aku dapat teruskan cita2 yang sudah lama aku impikan. hehe. Kawan2 nak ikot aku pindah ? JOM ! hahaha


2 comments:

  1. Hello :)
    thx :) saye HAMPIR msk kolej miim XD (syukurlah i x jd msk kolej miim) i pun dah buat keputusan nak msk KLMU, Sbb kat sana ada broadcasting.

    ReplyDelete
  2. kolej ape yg paling hampeh..aku nk try msok..hehe

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook