16 Jan 2010

Kenangan Terindah Aku DATE dengan NOH HUJAN yang FAMOUS AMOS!

PERHATIAN : Cerita yang agak panjang tetapi harus kau baca ! hehe


oh NOH! adakah kau ingat lagi saat2 kita berpegangan tangan di Taman Bunga minggu lepas ? Aku merindukan saat2 itu.. Jikalau aku boleh panggil Doraemon untuk mengulang kembali saat2 indah itu, akan aku lakukan. Haihh.. Apakan daya.. Jodoh tiada.. ( Lagu Jiwang Karat 80-an aku lupa dah tajuk apa)

Cerita bermula.. Minggu lepas, selama seminggu aku telah ke Penang untuk menyaksikan Konsert gig oleh kumpulan HUJAN di sebuah rumah lama (ala2 rumah berhantu gituu..) di Penang. Pergh! Pengalaman hebat yang tak mungkin akan aku lupakan sampai aku mati hidup semula beb.. Sudah berhenti mengarut ! Masuk cerita.. Ya, memang aku akui, aku merupakan seorang peminat fanatik tahap gilababeng cinabengg kumpulan indie yang panas itu. hehe. Konsert gig ini telah disertai oleh peminat2 Hujan yang sememangnya akan aku hadiri. ( Gila kau tak datang, boleh demam 40hari 40malam beb)..


Sedang orang ramai sibuk menari seperti monyet kepanasan ketika konsert kau itu, aku tak tahu kenapa hari itu aku agak tak ada mood dan melayan perasaan seorang2 di celah jendela kat situ. Oh tidak ku sangka ! Unexpected beb, tibe2 kau datang ke arah ku ( kau = NOH HUJAN ). Tibe2 dengan penuh romantik dan syahdunya hati ini bila kau tanya kat aku 'Sayang.. kenapa ni?' oh silap2! yang sebenarnya Noh bertanya 'Kenapa tak join konsert?' dan dengan penuh kegatalan (sikit je) dan berdebar2 aku menjawab 'Penat la, nak rehat kejap'..


Keesokan harinya, tanpa aku duga secara senyap2 kau datang kat aku dan kemudian kau ajak aku date berdua. OMGUCCI!! Aku terkejut terkejut hampir2 nak pengsan kena serangan sakit jantung.. Apa lagi, aku yang belum mandi lagi waktu tu, tanpa buang masa tak sempat2 nak mandi pun cuma buang taik mata di mata aku waktu tu dan aku terus tukar baju tido gambar beruang2 comel yang aku pakai tu.. ( Excited beb nak kua dating ni ).. Lepastuh, kita menuju ke Tasek dekat2 area situ..

Kenangan indah yang memang tak akan aku lupa bile kau belanja aku makan ais krim 50sen walaupun dekat hati aku terdetik 'bapak kedekut kau ni NOH'.. hehe.. Tetapi.. Aku tak tahu la kenapa kenangan indah ini dirobek oleh kau dengan secara tiba2 apabila kau marah aku tanpa sebab.. Aku tak tahu apa kes dengan kau ni kena sawan khinzir ataupun h1n1 dan mungkin selesema babii agaknya ?? Argh ! Peduli apa aku.. Aku dah tak tahan lagi.. Hujan lebat waktu tu.. Disebabkan aku pelik bin benar melihat kau yang tiba2 marah tak tentu arah kat aku.. Terus aku blaaa meninggalkan kau kehujanan... Syahdu syahdu...

Selama beberapa hari kau tidak menegur ku.. Argh ! Aku mula sedar yang siapalah aku di sisimu.. Aku hanya manusia kerdil comel dan kau manusia yang jauh lebih tinggi dari aku.. hehe.. Ok teruskan.. OMGila ! Secara tiba2 kau minta maaf kat aku dan kau ajak aku sekali naik pentas menyanyi bersama kau. Aku pun apa lagi atas pentas tuh terus melompat menyanyi memekak dan menyumbangkan lagu kau.. hahaha..

Kenangan indah sebelum balik kau ajak aku date lagi sekali.. Pergh ! Kau memang lelaki Melayu Terakhir idaman Malaya.. Kita sekali lagi date berdua pergi ke taman bunga dekat area2 situ juga.. Aduh ! Romantik sungguh kau bila kau petik bunga taik ayam ( Kat sana cuma ada bunga taik ayam je harap maklum) di situ dan kau bagi kat aku.. Aku terharu terharu dan terharu.... Dan hari last kita balik naik bas mini bersama2...

-



-



-


-



-

Tibe2, aku terdengar orang memanggilku 'Kak bangun kak bangun kalau tak bangun mama siram air pakai baldi.. BANGUNNNNN!!! ' Aku terjaga ! OH DAMN!!! Segala-galaaaaaaaanya hilang begitu sahaja.. Oh mengapakah ? Mengapakah kenangan itu hanyalah mimpi ?? Mengapakah....... ?!



Orang yang mimpi : LIYANA KARIM
Pengolah cerita & tokok +- : EDAOLALA


Sekian, terima kasih. wahahhahahha...

10 comments:

  1. ek eleh mati2 ingatkan date dgn noh hujan..punya la khusyuk membaca..bleh lak nk mimpi..

    ReplyDelete
  2. Mau pingsan aku sekejap td..rupanya mimpi..

    ReplyDelete
  3. hehe. trick beb trick :) jangan saman saya saman kawan saya ok ! :D hehe

    ReplyDelete
  4. hak2!hangen sume yg membace.bagos2. ;P

    ReplyDelete
  5. heh.. penat kot bace. ceh.. heheheh

    ReplyDelete
  6. haha. sory beb :) sekali sekala berlawak. haha. :D

    ReplyDelete
  7. aq bce perenggan kedua aq da ley agak ko mimpi . sbb bnd neyh sume noh wat kt aq jerk . hahaha

    ReplyDelete
  8. Ceh,mimpi ajer.?
    Ingtkan betol2.!
    Percaya ke x,saya bermimpi date ngan awk.!
    Kua3.!

    ReplyDelete
  9. syaitan lah kau. aku baca ni masa dlm open access kolej aku. aku tak tahan weh! sumpah aku nak gelak. tapi aku kena tahan. orang ramai. aku dah lah sorang je. weh! geli perut aku. taksub gila dekat noh sampai mimpi macam ni. haha. macamni aku nak mimpi dengan robert pattinson lah! tak pun sean faris. :P

    ReplyDelete
  10. Amelia : waa pandai kau perenggan dua da dapat agak. hahaha

    Akuemat : Haa ? bile lak ?? hahahaha

    Juaini : hahaha. we ko cakap setan kat kawan aku pasal die mimpi bukan aku aku buat cer je. ahaha. Haa, Mimpi la kau. Pastuh letak kat belog kau ok ! hehe :D aku lak nak baca. wahhaa

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook