30 Jan 2010

Kolej M vs Kolej K

Masalah kolej masalah kolej. Itulah yang aku tengah face sekarang ni. Wahaha. Ops ! Bukan aku je tapi kawan2 lain juga. Bukan sahaja masalah kelahanatan management tapi juga disebabkan kebangangan kolej dengan tak ada mqa nya dengan tak ada apa2 perubahan sudah cukup membuatkan aku hilang kesabaran.


Aku rasa kalau kau dekat tempat aku pun aku gerenti kau akan pindah daripada kolej aku yang nama je gempak akademi TV3 konon. Dulu yela, sekarang ni hampeh. haha. Sudah penat aku bertahan dengan menunggu kelembapan management yang jauh lebih lembap daripada siput khinzir untuk mengeluarkan result kitaorang. Nak kata bayar yuran semua dah bayar kot, just kolej tutt tu je yang aku dengar tak reti2 nak bayar duit lect. Entah betol entah tidak aku pun tak tahu. hahaha


Aku sunggu jeles apabila kawan aku si Amir nak berpindah ke PTPL. Syabas diucapkan Amir ! Kau dah buat satu keputusan yang tersangatlah bagus. Aku tak lama lagi akan mengikut juga jejak kau cuma lambat atau cepat tu je. Disebabkan aku jeles Amir nak pindah so untuk mengatasi kejelesan ini aku pun mencari2 kolej yang sesuai untuk aku berhijrah. wahaha. Jumpa juga akhirnya. AKADEMI KEWARTAWANAN HANXING. Dah set dah nak pindah sana. Tetapi setelah aku pikir punya pikir argh! Macam malas je nama dah Hanxing kang tak pasal2 management pun sama hancingg je dengan MIIM. hehe. Disebabkan aku langsung tak tahu pasal kolej ni, jadi aku buat keputusan nak reject dulu la.


Seterusnya, aku servey kolej KLMU kolej yang kedua ada kewartawanan. Wow ! Seronok tempat die sebab memang dari dulu aku dah set kat otak nak pindah sana. hehe. Paling menyeronokkan tibe2 aku terbaca yang dorang nak buat scholarship. Hehe. Peluang keemasan untuk aku dapatkan scholarship tu daripada aku tunggu sampai kucing bertanduk scholarship MIIM yang memang aku rasa sampai kiamat pun tak akan dapat. Well, tiada kepercayaan untuk kau MIIM terutamanya nenek2 kat dalam office tu semua penipu. Dasar perangai mengalahkan setan!


Ok sudah cukup api kemarahan ku ini. Sila kau lihat dibawah gambar2 persekitaran KLMU yang telah memikat hati aku untuk belajar di sana. Mungkin aku ada dengar perkara buruk pasal KLMU jugak, aargh ! Tapi apa aku kesah sebab bagi aku IPTS mana yang bagus ? Biarkan ! Asalkan KLMU lebih bagus daripada MIIM sudah cukup untuk aku. Ok sila kau lihat..





Perpustakaan di KLMU yang lebih bagus daripada MIIM

Pusat Akses internet di mana2 sahaja. Kau lihat lelaki comel di atas. Siap releks je duduk sambil online didepan pintu sebab kena denda dengan lect. Wahaha


Haa, yang ini kalau pakwe aku dengan si Amir tengok terus masuk daftar kolej. Studio untuk photographer. Amacam ada baik tak ? hehe. Boleh aku beli DSLR macam ni. heheh


Sudah terang lagi bersuluh. 10x ganda lebih bagus daripada MIIM. Kau lihat betapa besarnya kolej ini ? Oh sudah cukup membuatkan ku tertawan hati !


Ini bilik mesyuarat. Kau lihat MIIM ada ke bilik mesyuarat ? hahaha


Cuba kau lihat bilik study dorang. Ada macam kolej aku macam pusat tution tu ? haha


Ini baru dinamakan Lab Computer. Bukan macam MIIM. grr..

Ha ! ini sungguh memikat hati. Kafe tempat makan yang superb beb ! hehe



Amacam ? Ada memikat hati tak ? hehe. Apa aku kesah kau terpikat ke tak janji aku dah terpikat dengan kolej ni. hehe. Dahlah dekat senang aku ulang alik dah menjadi satu bonus untuk aku pilih kolej ni. Apa2 pun aku harap2 la kat mana aku belajarpun janji bukan kat MIIM aku dapat teruskan cita2 yang sudah lama aku impikan. hehe. Kawan2 nak ikot aku pindah ? JOM ! hahaha


26 Jan 2010

TOP HOST VIDEO SHOOT

Sebelum ni dalam entry TOP HOST 2010, aku ada menjanjikan nak tunjuk kat korang semua hasil video shoot aku. Baru je tadi aku habis shoot untuk TOP HOST ni. Aku tak tahu la ok ke tak video ni. Aku raca ni bukan kes nak mengacara ni kes aku nak masuk pidato dah. Haih. Terbawa2 style waktu aku berpidato kat sekolah dulu.



video




Aku rasa aku perlu banyakkan lagi praktis. Sememangnya practise makes perfect kan kan ? Hehe. Tak tahu la bagus ke tak. Bagi aku, belum cukup bagus lagi. Suara aku macam belum pecah je. Baru aku perasan. Wahaha. Erm, nak shoot lagi sekali ke taknak ? Nak shoot lagi sekali ke taknak ? Kasi idea. hehe. Haa, aku dah selitkan video aku rekod tadi petang. Mesti kau tengok dan komen ok ! Apa2 pun, terima kasih untuk semua THE LENSA crew. Terima kasih juga untuk korang yang membaca. hehe





25 Jan 2010

HOT & SCARY PHOTOSHOOT

Sebelum ni aku ada kecoh2 pasal photoshoot yang bertemakan HOT AND SCARY. Dan kat bawah ni lah hasil photoshoot HOT AND SCARY yang telah disnap oleh Mphotography dan make up oleh Amelia Lensa. Aku selitkan gambar bawah untuk kau lihat puas2 kecantikan ku eh silap2 kecantikan hasil kerja si photographer dan tukang make up berjaya itu. wahahah.



Ieka


Balqis


Zaffy


Eyqa


Erny

&&




EDAOLALA


Jangan Salahkan Ibu Mengandung !

Entah berapa hari dah aku tak update blog aku yang berhabuk ni. Tak tahu kenapa dengan secara tiba2 mood malas aku telah kembali datang. Wahaha. Tapi, sesenyap aku beberapa hari ni, aku ada bawakkan khabar berita gumbira untuk kau orang semua. Nak tahu apa ? Jengg jeng jengggg... Tengok gambar bawah !




Yezzaa.. Model aku yang bijak lagi comel yang bernama COMEL ni dah selamat memberanakkan 4ekor anak kucing yang comel2 belaka. haha. Nampaknya, jadi makcik la aku kali ni. hahaha. Jadi omak la ekau sekarang erh COMEL. hehe. Ni haa gambar si COMEL waktu dia masih anak dara lagi. Slim gitu.. Al maklum la model la katakan. huhu





dan lagi




dan lagi



Haa.. cukup la tuh. Kang jatuh saham aku korang semua minat kat Comel bukan minat kat tuan punye blog pulak. haha. Korang tahu tak si comel ni pilih nak beranak kat mana ? Cube teka ? Tettt! Salah. No no, bukan dekat Hospital Ampang mahupun Hospital Gleneagles di mana tempat mak aku kerja tu, tapi kat sini..

-


-




ALMARI BAJU AKU!!!!


Ya allah ya tuhan, sabar je lah dengan si Comel ni. Disebabkan die pilih nak beranak kat almari aku ni, so terpaksa la aku mengeluarkan semua stok baju2 aku kat dalam tuh.



Sekarang tengok, habis baju2 aku bersepah dah dekat luar, dah macam orang nak pindah rumah dah. Haih. Nasib baik anak kau Comel2 macam kau, kalau tak, jangan harap aku nak bagi kau beranak macam VIP kat dalam almari baju aku tu. haha. Nampaknya, bertambah la model kucing aku nanti.. hehe


24 Jan 2010

Sedari Kesalahan Diri Sendiri


ENTRI : Tiada kaitan dengan mana2 pihak. Tibe2 mendapat ilham nak buat entry ni selepas termenung memandang kipas tengah berpusing. hahaha.




Kadang2 aku pelik dengan manusia yang jenis selalu pandang rendah dekat orang lain dan juga selalu pandang kesalahan orang lain tapi diri sendiri langsung tak pernah nak disalahkan. Kadang2 kalau kita nak orang suka kat kita, kita sepatutnya selalu rasa diri kita sama je dengan orang lain. Tak ada yang lebih bagus dan tak ada yang lebih bangang. Semua manusia sama je kat dunia ni. Kalau kau rasa diri kau lebih bagus lebih lawa lebih hot lebih hensem lebih macho pegi la kau duduk kat planet Marikh sorang2. Aku gerenti elien kat sana pun tak akan terima kau. haha.


Pernah tak kau orang sume kat satu situasi bile pergi ke kanan kau gado, pergi ke kiri kau kena maki, pegi ke depan kau kena hentam dan pegi ke belakang tah2 kau mati ? Gile kau nak kat situasi macam ni. Kalau aku pun aku rasa baik aku bunuh diri terus dari hidup. haha. Tapi aku pelik kebanyakan orang selalu perangai jenis nak salahkan orang lain sedangkan diri sendiri selalu die nak menangkan sampai jadi situasi macam kat atas tu. Last2, bawa diri seorang2.


Bangun guys, kalau ada antara kau orang sedang dilakukan seperti ciri2 diatas ataupun sudah dilakukan, marilah kau berubah secepat mungkin. Caranya ? Tolong jangan merendahkan orang lain dan tolong tolong tolong sedar yang kau orang juga ada silap bukan orang lain je. Pandang kesalahan diri sendiri dulu baru kita pandang kesalahan orang lain. Nescaya bukan di Bumi malahan alien di planet Marikh juga suka kat kau sampai nak jadikan kau calon menantu. hehe.



Walaupun kadang pahit untuk terima kenyataan yang kita salah orang lain betol, tapi kena kau terima dan telan juga sampai lumat. Barulah insyaallah kehidupan yang harmoni dan aman akan kau nikmati. Ecehh.. Macam ustazah la pulak aku. Apa2 pun, sedari kesalahan diri sendiri baru kita pandang kesalahan orang lain. Assalamualaikum. Peace ! haha


20 Jan 2010

Pissed off !


1) Pissed of dengan kolej aku yang macam sengal kata ada kelas minggu ni tapi haprak habuk pun tak ada. Macam orang bodoh datang hari isnin just daftar subjek then blaaa. Lagi siot bile kau tampal kat board kata result kua 15/1 last2 kitaorang datang kau kata dalam minggu ni result kua tapi lain hal pulak bila ada staff kau yang kata minggu depan result baru kua. Wadehel la kau orang ni ? Selama kitaorang cuti kau buat apa je ? Goyang kaki makan gaji buta kan ? Ataupun kau mengumpat je kat dalam office tu tak sudah2 ? Harap majoriti sume pakai tudung tapi penipu haram sume tak boleh pakai.




Then kau kasi alasan pula result lambat pasal ada lect tak hantar markah lagi. Wadehel lagi sekali ! Memang la dorang hantar lambat dah gaji kau kasi lambat. Apa punya management la korang ni. Aku dah geram tahap gaban dah ni. Aku tahan sampai akhir bulan 2 je MQA tak ada memang aku bla terus. Aku stay pasal aku sayang duit mak bapak aku je and kawan2. Nak ikotkan lama dah aku bla daripada kolej yang haprak tak boleh pakai ni. No wonder la waktu awal2 aku datang dulu ada senior lelaki cakap ' We ko pegi cakap dengan kawan2 kau yang lain berambos ramai2 dari sini' Then now aku paham apa yang die cuba sampaikan. Ok bersabar faridah sebab sabar itu separuh dari iman. OK AKU SABAR LAGI SEKALI !





2) Pissed off bila tiap kali aku online myspace ramai add aku berduyun2 dan aku tak sampai hati pandai sangat aku pergi approve semua. Dah la tengah tention kepala serabot banyak hal, lepastuh memekak bunyi notification orang add aku. Boleh add tapi tolong la aku tengah tak ada mood. Argh ! Please la we stop. Aku tengah tention. Lagi aku geram bila kat facebook berpuluh2 nak dekat ratus2 application tah apa ke jadah tiap kali aku online ada. Sampai aku malas nak approve makin lama makin la berduyun2. Argh ! Sampai aku rasa malas dah nak guna facebook.




3) Pissed off dengan semua la senang cite !



18 Jan 2010

THE LENSA PRODUCTION




THE LENSA PRODUCTION ? Apakah ? Oh yea, untuk information semua, ini adalah production aku dan kawan2 yang terdiri daripada photographer, model, editor, tukang make up dan props man. Majoriti daripada kitaorang terdiri daripada pelajar dalam jurusan integratif media. Kitaorang masih baru lagi dalam bidang ni dan pada awal bulan Julai tahun lepas kitaorang telah tubuhkan production ni. Kitaorang pernah juga manage beberapa photoshoot untuk community dan orang persendirian. Akhir tahun lepas production kitaorang berjalan agak slow disebabkan beberapa masalah dan baru2 ni kitaorang buat meet up lagi sekali untuk melancarkan balik THE LENSA PRODUCTION ni.



Kat bawah ni antara gambar2 yang kitaorang snap waktu meet up tu. Btw, kitaorang tengah buat satu projek untuk buat photoshoot couple. Dan kitaorang perlukan 6orang lelaki dan 6orang perempuan untuk photoshoot couple tu nanti. Photoshoot free untuk siapa2 yang berminat la dan teringin nak jadi model sehari. Apa2 pun entry pasal photoshoot free untuk siapa2 yang berminat tu akan aku buat dalam entri lain ok kalau betol2 dah kompom. Sila tunggu ok ! huhu..









17 Jan 2010

REBONDING RAMBUT CUMA RM39.30?!


Ni perempuan yang rambut ketak2 eh salah2 perempuan yang anggap rambut sebagai mahkota hidup dorang gerenti terpancing untuk tengok entry aku ni. HOT STORY ! OMYGUCCI! Mungkin itu yang akan terkeluar dari mulut kaum wanita terutamanya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur apabila melihat gambar di atas. Kan kan ? haha. Dan aku merupakan salah seorang daripada korang ok. Jangan malu2. hehe.

Tak percaya ? Apa kau ingat aku photoshop itu gambar apa ? OHTIDAK! Ini bukan main2 ini kenyataan. Ye, memang tidak logik di KL ni ada saloon buat rebonding dengan harga RM39.90. Tapi kalau tak percaya kau pergi lah terjah dekat HG HAIR SALON & SPA, GALAXY AMPANG. Berkualiti ataupun tidak aku pun tak tahu. Disebabkan harga yang teralu murah aku agak takut gak nak try. Apa kata korang yang dah try kasitaw aku cantik ke tak dorang buat rebonding tu ? Kalau cantik kasitaw aku tak cantek pandai2 la kau mengamuk kat makcik salon tuh ye. hehe.



Jom Main Masak-Masak !

Hai hai semua harini jom kita main masak2 bersama chef EDAOLALA! haha. Ehem ehem.. siapa kata aku tak pandai masak ? Dari f3 lagi aku dah belajar masak ok. Cuma aku malas sebab tuh selalu kakak aku je masak. hehe. Jom gelak. hahaha. Ok sudah ! Hari ni untuk pengetahuan korang semua aku telah dipaksa untuk masak sebab kat rumah hanya tinggal aku seorang sahaja anak dara yang ada. Oleh itu, nak atau tidak disebabkan nak kasi semua perut terisi terutamanya perut bapak aku so aku kenalah masak hari ni dan secara automatiknya sekarang ramai2 jom kita sebut 'JOM MASAK BERSAMA CHEF EDAOLALA ! ' hahaa..




Baru beberapa hari lepas aku masak ayam kurma. First time aku masak ayam kurma waktu tu, tapi alhamdullilah sedap dan enak gitu. hehe Nasib baik sedap kalau tak, habis mak aku pot pet pot pet. Nampak sedap kan ayam kurma kat atas. Well, tengok la Chef EDAOLALA yang masak kan. haha. Ok tipu je. Kat atas tu cuma gambar hiasan ok. Aku malas nak snap ayam kurma yang aku masak harituh. Camera tak charge.. Sila maafkan saya (Buat muka tak bersalah) hehe.



Ok ini gambar masakan aku untuk hari ni. Ok gelak la gelak ok ! hahaha. Aku taw tak sedap kan sayur yang aku masak kat atas tu ? Tapi, apa aku kisah janji sedap la juga daripada tak ada. hehe. Sayur kat atas nama dia sayur goreng je. Ok sangat sadis untuk aku mengaku aku tak tahu nama sayur tu apa.. Nak tanya mak aku tapi die tengah sibuk. Korang taw tak kat atas nama sayur tu apa ? Sila bagitaw aku. Sumpah aku tak tahu nama die apa. Hilang ingatan tiba2. hehe. Terima kasih..


Ayam goreng ? Ok fine, aku tak ada lah tak pandai sangat kan sampai nak masak ayam goreng je. hehe. Tak seronok la macamtuh. No no, hari ni aku bukan nak masak ayam goreng je. Aku saja selitkan gambar kat atas untuk kasitahu kat korang yang aku masak lauk hari ni dengan menggoreng ayam terlebih dahulu. Ok paham ? Tak paham diam.. shhh..



Haa, hari ni aku masak ayam masak tomato la. Tak percaya ? Tengok gambar atas ! Nampak tak sedap ? Memang la sebab aku tak hias cantek2 ayam tu pakai kan baju semua. Tapi tak apalah, asalkan mak aku kata sedap sudah. hehe. Sedap memang sedap tapi masih belum setanding dengan kehebatan mak aku lagi la.. Haihh.. Bile la aku boleh challenge mummy ku itu..



Gambar extra untuk kau orang semua, dapur yang bersepah. Tak lawa kan dapur aku ? Haa.. Lantaklah. Asalkan tiap2 hari mak aku mop selalu. hehe. Aku tukang tengok je. Argh ! Dasar pemalas aku ni kan ? Ecehh.. Ok semua, aku nak makan. Babaii !



psssttt : Farid sila bangga sebab bakal bini awak dah rajin masak semula. hehehe


TOP HOST 2010


Aku baru dapat information daripada kawan aku berkenaan TOP HOST 2010. Hell yaw ! Gila apa tak try benda ni. Aku student journalism bidang yang memang melibatkan pengacaraan dan kewartawanan. Selagi ada peluang kat keliling aku, sekitar aku, akan aku grab habis-habisan. Aku syorkan kawan2 aku untuk join ok ! Lagi2 yang satu kelas dengan aku semua. Akan aku hebohkan kat kauorang ok ! Papepun, video aku akan try dapatkan yang terbaik. I need ur help Farid sayang n Amir my cameraman yang handsome ! eheh :D

Oh ya, lupa pula. Program ni start daripada 16-30 Januari ok. So, cepat ! Untuk korang yang tak tahu apa2 pasal TOP HOST ni dan juga berminat korang boleh tekan SINI ok :) Gudluck semua ! Lepas aku siap shoot video akan aku upload dekat sini ok. Dan juga karangan aku yang panjang gila itu akan ku selitkan. hehe. Ok. Babaiiiiii... hohoho..


16 Jan 2010

Kenangan Terindah Aku DATE dengan NOH HUJAN yang FAMOUS AMOS!

PERHATIAN : Cerita yang agak panjang tetapi harus kau baca ! hehe


oh NOH! adakah kau ingat lagi saat2 kita berpegangan tangan di Taman Bunga minggu lepas ? Aku merindukan saat2 itu.. Jikalau aku boleh panggil Doraemon untuk mengulang kembali saat2 indah itu, akan aku lakukan. Haihh.. Apakan daya.. Jodoh tiada.. ( Lagu Jiwang Karat 80-an aku lupa dah tajuk apa)

Cerita bermula.. Minggu lepas, selama seminggu aku telah ke Penang untuk menyaksikan Konsert gig oleh kumpulan HUJAN di sebuah rumah lama (ala2 rumah berhantu gituu..) di Penang. Pergh! Pengalaman hebat yang tak mungkin akan aku lupakan sampai aku mati hidup semula beb.. Sudah berhenti mengarut ! Masuk cerita.. Ya, memang aku akui, aku merupakan seorang peminat fanatik tahap gilababeng cinabengg kumpulan indie yang panas itu. hehe. Konsert gig ini telah disertai oleh peminat2 Hujan yang sememangnya akan aku hadiri. ( Gila kau tak datang, boleh demam 40hari 40malam beb)..


Sedang orang ramai sibuk menari seperti monyet kepanasan ketika konsert kau itu, aku tak tahu kenapa hari itu aku agak tak ada mood dan melayan perasaan seorang2 di celah jendela kat situ. Oh tidak ku sangka ! Unexpected beb, tibe2 kau datang ke arah ku ( kau = NOH HUJAN ). Tibe2 dengan penuh romantik dan syahdunya hati ini bila kau tanya kat aku 'Sayang.. kenapa ni?' oh silap2! yang sebenarnya Noh bertanya 'Kenapa tak join konsert?' dan dengan penuh kegatalan (sikit je) dan berdebar2 aku menjawab 'Penat la, nak rehat kejap'..


Keesokan harinya, tanpa aku duga secara senyap2 kau datang kat aku dan kemudian kau ajak aku date berdua. OMGUCCI!! Aku terkejut terkejut hampir2 nak pengsan kena serangan sakit jantung.. Apa lagi, aku yang belum mandi lagi waktu tu, tanpa buang masa tak sempat2 nak mandi pun cuma buang taik mata di mata aku waktu tu dan aku terus tukar baju tido gambar beruang2 comel yang aku pakai tu.. ( Excited beb nak kua dating ni ).. Lepastuh, kita menuju ke Tasek dekat2 area situ..

Kenangan indah yang memang tak akan aku lupa bile kau belanja aku makan ais krim 50sen walaupun dekat hati aku terdetik 'bapak kedekut kau ni NOH'.. hehe.. Tetapi.. Aku tak tahu la kenapa kenangan indah ini dirobek oleh kau dengan secara tiba2 apabila kau marah aku tanpa sebab.. Aku tak tahu apa kes dengan kau ni kena sawan khinzir ataupun h1n1 dan mungkin selesema babii agaknya ?? Argh ! Peduli apa aku.. Aku dah tak tahan lagi.. Hujan lebat waktu tu.. Disebabkan aku pelik bin benar melihat kau yang tiba2 marah tak tentu arah kat aku.. Terus aku blaaa meninggalkan kau kehujanan... Syahdu syahdu...

Selama beberapa hari kau tidak menegur ku.. Argh ! Aku mula sedar yang siapalah aku di sisimu.. Aku hanya manusia kerdil comel dan kau manusia yang jauh lebih tinggi dari aku.. hehe.. Ok teruskan.. OMGila ! Secara tiba2 kau minta maaf kat aku dan kau ajak aku sekali naik pentas menyanyi bersama kau. Aku pun apa lagi atas pentas tuh terus melompat menyanyi memekak dan menyumbangkan lagu kau.. hahaha..

Kenangan indah sebelum balik kau ajak aku date lagi sekali.. Pergh ! Kau memang lelaki Melayu Terakhir idaman Malaya.. Kita sekali lagi date berdua pergi ke taman bunga dekat area2 situ juga.. Aduh ! Romantik sungguh kau bila kau petik bunga taik ayam ( Kat sana cuma ada bunga taik ayam je harap maklum) di situ dan kau bagi kat aku.. Aku terharu terharu dan terharu.... Dan hari last kita balik naik bas mini bersama2...

-



-



-


-



-

Tibe2, aku terdengar orang memanggilku 'Kak bangun kak bangun kalau tak bangun mama siram air pakai baldi.. BANGUNNNNN!!! ' Aku terjaga ! OH DAMN!!! Segala-galaaaaaaaanya hilang begitu sahaja.. Oh mengapakah ? Mengapakah kenangan itu hanyalah mimpi ?? Mengapakah....... ?!



Orang yang mimpi : LIYANA KARIM
Pengolah cerita & tokok +- : EDAOLALA


Sekian, terima kasih. wahahhahahha...

14 Jan 2010

Cinta Dating, Mesej dan Chatting Mana Lagi Seronok ?

Kalau korang perasan, dekat iklan TV3 pernah ada iklan yang cakap 'Zaman dah moden, Dunia dah Maju' eh eh bukan bukan, 'Dunia dah Maju Zaman dah Moden' lah. Erm, yeke ?? Entah la janji lebih kurang macam tu bunyi dia. hehe. Jadi, disebabkan zaman dah moden lah sangat, maka kalau korang perasan lagi sekali trend2 bercinta cintan cintun sekarang ni pun semua dah moden jugak. Well, ikut peredaran zaman lah katakan kan ? hehe. Mana ada dah orang bercinta sekarang ni tulis surat cinta letak bedak tidur perfume busuk2 wangi semua dah. Sekarang zaman orang bercinta guna IT. Apa dia ?? IT ! Apa lagi kalau bukan Handphone2 Canggih korang dan Internet korang dok online manjang tuh..


Disebabkan adanya penggunaan IT dalam unsur pencintanan zaman sekarang ni, korang rasa perlu ke dating2 jumpa2 selalu ni ? Yela, kan zaman dah maju, tak perlu dah nak bersusah payah gunakan tulang empat kerat korang untuk jalan2 pergi dating bak kata orang buat hujan ketiak je ! Baik mesej je, kan handphone bluebarry korang yang canggih tu ada takpun alaa.. guna Lappy APPLE korang je  chatting kat Yahoo Messenger MSN kan boleh webcam webcom dan webcium tak ke senang kerja korang ?


Kalau dating best ke tak bagi korang ? Mesti ada setengah yang suka dating dan ada setengah lagi tak suka dating. Kenapakah ? Sebabnya, bagi sesiapa yang suka dating ni, korang mesti type yang pemurah sebab tak kesah nak belanja awek atau pakwe korang ataupun keluarkan duit banyak untuk dating selalu. Walaweyh ! Kalau ada antara korang lelaki type ni inform aku ok ! haha. Lagi satu type korang ni, korang tak boleh jauh dari pasangan korang sikit2 rindu dan ada juga yang selalu nak jumpe sebab korang kata dah jumpa baru feeling. Feeling part mana aku no komen. haha. Betolkah ?  Ok, kalau korang yang tak suka dating ni pula, aku rasa korang ni jenis yang kedekut nak keluarkan duit lagi2 kalau dah selalu kena pau dengan pasangan korang. hehe. Kantoi kantoi.. Selain tu juga, ada yang type kuat agama dan touch n go pegang2 tangan sana sini tak main langsung. Baiknya.. huhu.


Next, cintan dengan tiap2 hari berchatting kat YM dan MSN. Webcam sampai korang dah macam tak betol cakap depan LAPPY korang sorang2. Cube nenek korang tengok korang tengah berwebcium kat LAPPY korang sorang2 dengan pasangan korang sure nenek korang cakap dalam hati ' Apo kono dengan cucu den ni gilo apo, den hempuk karang pakai baldi ni ' wahaha. Kan dah kena.. Best dengan cinta chatting ni, jimat duit korang pasal streamyx p1max broadband indieband cinabeng korang semua mak bapak bayar. Almaklumla, masih dalam tanggungan. haha..


Next, cintan SMS. Dulu aku suka cinta SMS ni almaklum la budak2 sekolah lagi waktu tu. Alaa.. SMS 1sen je.. boleh pau mak bapak suruh topup RM2.00 pun dah cukup nak msg pakwe. hehe. Sekarang aku dah tak suka sangat dah cintan SMS ni sebab bosan la balik2 msg Awak buat apa ? Awak dah makan ? Awak makan apa ? Awak pakai baju apa ? Seluar apa ? Tettt apa ? Awak sehat ? ( Padahal baru jumpa tadi kat sekolah ) Pergh ! bosan bosan.. Yang bestnya cintan SMS ni, merapatkan silaturahim kita dengan pasangan. Yang rapat tuh bertambah2 rapat sebabnya dok msg 24jam tak henti2. Dari A-Z kita tahu dia buat apa. Kadang2 time tengah mencangkung pun boleh lagi msg awek. hahahaa.. Tak senonoh !

Jadi, pendapat korang, mana lebih seronok untuk korang ? Cinta Dating ? Cinta Mesej ? ataupun Cinta Chatting ? Sila hantarkan jawapan anda ke 333444 tekan2 tak dapat. wahahha.. Olalaaaaa...





13 Jan 2010

Penyertaan Contest Lekat & Menang anjuran www.azizwan.com


Jom kawan2 kita sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com. Saya dapat tahu mengenai contest ni daripada blog www.azizwan.com sendiri.

Second Contest yang aku nak join adalah seperti tajuk kat atas ni. Aku tengok macam ramai je blogger nak join, so tanpa membuang masa, sebelum tarikh tutup berakhir aku pun ambil keputusan untuk join Contest gempak ni. Kalau korang nak join contest ni, boleh la tekan sini dan meletakkan nama aku sebagai referrer ok. Oh ye, tarikh tutup adalah pada 13/01/2010.


*Entri ini adalah sticky post sehingga 13/01/2010. Sila scroll down utk update terbaru. Terima kasih.

12 Jan 2010

Happy Anny, Happy Birthday !


On this special day, 12January10 i wanna wish Happy Birthday to my friend's Liyana Karim :) Aku doakan semoga dia cepat2 dapat bf yang segak hensem lagi bergaya dari Farid Kamil ye bukan Farid Haron. Harap maklum. hahaa. Happy 19th birthday Nana oii ! Semoga panjang umur ok. I love you la ! hehe.

andddd....




Happy Annyversary jugak untuk F2 anniversary today. Pejam celik pejam celik nampaknya, dah setahun tiga bulan dah aku bersama Farid. Haih. Nice kan nama Farid dan Faridah ? haha. Erm, untuk kali ni nak wish untuk awal 2010 ni punye anny semoga kita akan sentiasa bersama dan kekal selama-lamanya sampai bila2. Harap juga tahun ni kita kurangkan gaduh dan sentiasa jadi lebih matang dalam relationship daripada sebelum ni. Amin ya rabbal alamin. I love u wif all my heart sayang ( Walaupun die salah count bape bulan dah =.= naseb die comel. haha ) Study elok2 ok ! :))

11 Jan 2010

Trouble is a best friends..


Best Friend ataupun dalam bahasa melayu kawan baik bermaksud kawan yang rapat dengan kita. Bagi sesetengah orang ada yang pentingkan kewujudan kawan baik dalam kehidupan dorang dan ada sesetengah orang pula jenis yang suka life sorang2 dan tak perlukan kawan baik. Well, sangat penting ke kawan baik ni untuk kita teruskan hidup?

Kalau jenis aku, aku seorang yang tak suka ada kawan baik. Bagi aku kawan baik menyusahkan. Terutamanya, kawan zaman sekarang ni banyak yang bila senang dengan kita tapi bile susah lari entah ke mana sampaikan batang hidung pun tak nampak. Bagi aku kawan baik aku adalah keluarga aku dan bf aku yang betul2 aku sayang. Bagi aku, istilah kawan baik tu hanya untuk orang yang bukan saja rapat dengan kita tapi bile ada keserasian antara kitaorang.. Ye, aku jenis yang suka hidup dengan banyak kawan tapi aku tak suka ada kawan baik sejak daripada aku kecik lagi.

Tapi, bila ada sesiapa pun anggap aku kawan baik dorang, aku biarkan dan aku senang kalau la ada anggap aku macamtuh, cuma aku adalah seorang insan yang memang tak suka ada kawan baik. Macam aku cakap aku bukan tak suka ada kawan, aku suka cuma aku tak suka ada kawan yang terlalu baik dan rapat. Aku sukakan satu hubungan sahabat yang biasa2 je steady, kawan dengan semua orang sama rata dan persahabatan yang tak terlalu nampak macam pasangan lesbian ataupun couple. Ye, aku memang jenis macamtuh aku tak kisah la apa orang nak kata. Pengalaman hidup dah ajar aku banyak hal pasal persahabatan. Argh ! Aku serik dah.. Biarlah kita berkawan biar seribu, berkasih biar satu.

Prinsip hidup aku daripada dulu sampai la sekarang ni aku taknak ada kawan baik dan tak ada istilah kawan baik dalam hidup aku melainkan keluarga aku sendiri dan orang yang aku dah anggap macam keluarga aku sendiri. Aku nak berkawan dengan satu dunia tapi biarlah kawan baik sampai bila2 cuma keluarga aku je. Aku tak suka disusahkan dan aku tak suka nak menyusahkan orang lain mybe sebab tuh la aku anggap lebih baik aku tak payah ada kawan baik. Bagi aku cukuplah aku anggap keluarga aku sebagai kawan baik aku sampai bile2 sebab bukan senang kita nak dapatkan kawan yang betol2 baik dan sejati melainkan keluarga kita sendiri :)

Tapi untuk korang yang rasakan korang perlukan kawan baik dalam life korang, teruskanlah ok. Entri ni cuma catatan peribadi aku tentang diri aku apa yang aku rasakan tentang kawan baik ni. Well, setiap manusia ada pandangan masing2 kan.. huhu




We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook