24 Jan 2010

Sedari Kesalahan Diri Sendiri


ENTRI : Tiada kaitan dengan mana2 pihak. Tibe2 mendapat ilham nak buat entry ni selepas termenung memandang kipas tengah berpusing. hahaha.




Kadang2 aku pelik dengan manusia yang jenis selalu pandang rendah dekat orang lain dan juga selalu pandang kesalahan orang lain tapi diri sendiri langsung tak pernah nak disalahkan. Kadang2 kalau kita nak orang suka kat kita, kita sepatutnya selalu rasa diri kita sama je dengan orang lain. Tak ada yang lebih bagus dan tak ada yang lebih bangang. Semua manusia sama je kat dunia ni. Kalau kau rasa diri kau lebih bagus lebih lawa lebih hot lebih hensem lebih macho pegi la kau duduk kat planet Marikh sorang2. Aku gerenti elien kat sana pun tak akan terima kau. haha.


Pernah tak kau orang sume kat satu situasi bile pergi ke kanan kau gado, pergi ke kiri kau kena maki, pegi ke depan kau kena hentam dan pegi ke belakang tah2 kau mati ? Gile kau nak kat situasi macam ni. Kalau aku pun aku rasa baik aku bunuh diri terus dari hidup. haha. Tapi aku pelik kebanyakan orang selalu perangai jenis nak salahkan orang lain sedangkan diri sendiri selalu die nak menangkan sampai jadi situasi macam kat atas tu. Last2, bawa diri seorang2.


Bangun guys, kalau ada antara kau orang sedang dilakukan seperti ciri2 diatas ataupun sudah dilakukan, marilah kau berubah secepat mungkin. Caranya ? Tolong jangan merendahkan orang lain dan tolong tolong tolong sedar yang kau orang juga ada silap bukan orang lain je. Pandang kesalahan diri sendiri dulu baru kita pandang kesalahan orang lain. Nescaya bukan di Bumi malahan alien di planet Marikh juga suka kat kau sampai nak jadikan kau calon menantu. hehe.



Walaupun kadang pahit untuk terima kenyataan yang kita salah orang lain betol, tapi kena kau terima dan telan juga sampai lumat. Barulah insyaallah kehidupan yang harmoni dan aman akan kau nikmati. Ecehh.. Macam ustazah la pulak aku. Apa2 pun, sedari kesalahan diri sendiri baru kita pandang kesalahan orang lain. Assalamualaikum. Peace ! haha


4 comments:

  1. bersederhanalah dlm hidup..huhu..
    i x pandang rendah pd org..
    sbb i percaya pada karma..

    ReplyDelete
  2. takde org perfect dalam dunia..pegang ni je insyaAllah kita boleh terima kesalahan org lain dan memaafkan..

    diri sendiri pun masih banyak perlu diperbaiki..jadi knp tak org lain? beri peluang kpd mereka perbaiki kesalahan..ntah2 nnt dorg jadi lebih baik dr kita...kan??

    P/s: entry yg bagus...salam perkenalan.. =)

    ReplyDelete
  3. enyheartsdiamond : betol u, kite kena sentiasa sederhana dalam hidup baru orang akan terima kita kan :)

    ReplyDelete
  4. Missha : betol tu saya setuju sangat :) Nobody perfect ! :) salam perkenalan juga :))

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook