28 Feb 2010

Niyang Rapik Movie






Hari ni I ada pergi menonton filem Niyang Rapik di Galaxy Ampang. So, I nak share sikit pendapat I pasal filem ni. Sharing is caring kan ? hehe. Mana taw ada antara kamu yang tak tahu nak tengok cerita Niyang Rapik ataupun My Name Is Khan kan.. So, I akan buat sikit review pasal Niyang Rapik lepas I tengok cerita ni tadi.




Kisah dia pasal 5 rakan karib lelaki yang kena buat kajian sejarah dekat kampung Niyang Rapik. Then kisah bermula apabila salah seorang daripada dorang ni mati sebab busung. Ok part intro agak seram sikit sebab nampak perut busung dia dengan ulat2 semua kan meletop-letop dengan sangat overnya. hehe. Then, yang kawan dia 4 orang ni pun start musykil dengan kematian kawan dia yang bernama zack tuh. Mak si Zack ada kata yang mungkin sebab satu benda dia amek apatah I lupa nama dia apa macam keris kecik tuh.




So, dorang tekad 4orang nak pulangkan balik lembing kecik tu dekat Kampung Niyak Rapik. Part Klimaks bila dekat kampung tu macam-macam berlaku kejadian yang pelik-pelik. Sebagai contoh sikit kat sini macam bila salah seorang dari dorang ada yang buta tiba-tiba dan boleh tengok benda pelik-pelik. Nak tahu detail korang tengoklah cerita ni ok. hehe




Ending dia, last-last dorang dapat taw yang actually Ketua Kampung Niyang Rapik ayah kepada Laila yang buat semua kerja ni disebabkan Laila mengandung kena rogol then dia meninggal. Last-last, Awal Ashaari mati sebab dia yang rogol Laila tuh dan 3 orang lagi tuh selamat pulang ke tempat masing-masing.. hehehe




Apa yang I dapat simpulkan kat sini, cerita dia agak kurang seram dan boleh dikategorikan sebagai biasa-biasa je. Sangat tidak seram ok sebab hantu dia tah pape. I sangat menyesal sebab I rasa baik tengok My Name Is Khan. Hehehe. Apa-apa pun, ini pendapat I. Mana taw ada antara korang rasa cerita ni best, so tengok lah ok. Tak salah untuk menyokong industri filem kita kan. hehehe



27 Feb 2010

Mentaliti Budak-budak Baget Hebat Bila Bergaduh






Hari yang sangat sadis bagi I untuk hari ini dan semalam haihh macam tajuk lagu Heart pulak. Hehe. Sudah ! Tiada kaitan. Ye, sangat sadis apabila pelbagai musibah menimpa diri i yang tersangatlah kerdil ini. Alhamdullillah, segalanya kembali pulih hari ini. I tahu setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan disebalik kejatuhan pasti ada positifnya. Ok masuk entry, I pelik dengan sikap budak-budak remaja sekarang ok walaupun tak remaja la boleh dikatakan golongan dewasa terutamanya golongan lelaki dan REMPIT, mereka suka bergaduh dengan sangat tidak bereducatednya.







Tidak berEDUCATED di sini sebab mereka suka gaduh dengan cakap perkataan pelik pelik tentang mak dorang punya tutt dan bapak dorang punye tutt dan kemungkinan adik beradik anak beranak pinak semua sekali tutt juga. Dan paling tak boleh blaa bila nak gaduh baget bagus nak juga tempat konon Bukit Bintang. Kata jantan rempit sejati konon tapi gaduh nak bawah geng. Pirahhhh ! hak hak hak. Then masuk paper luka sana sini bunuh sana sini. Wee, bangga sangat ke BODOH ? Ops sorry termencarut. Apa-apa pun wadefakk untuk budak baget baget HEBAT ini. hehehe




26 Feb 2010

3 Tips Mudah Dapatkan Buffered Earning Nuffnang Dalam Masa Yang Singkat



Semalam i baru update pasal 1st buffered earning yang i baru dapat dalam minggu ni. Jujur, baru sebulan lebih i dekat nuffnang tapi i dah dapat buffered earning. Ada yang tanya macam mana nak dapatkan buffered earning ni ? Jadi hari ni, i bermurah hati nak sharekan sikit-sikit tips yang i tahu lah macam mana nak dapatkan buffered earning ni. Mudah dan senang je kalau u all rajin. Kalau malas memang lah semua tak kan dapatkan. hee





1 ) Profile Survey :

Ramai yang cakap untuk dapatkan buffered earning sangat berkaitan dengan profile survey. I rasa memang betol tips ni. Buktinya, profile survey i memang i type agak panjang dan i bersungguh-sungguh dengan meletakkan words berkaitan diri i yang mungkin akan menarik perhatian advertiser untuk memilih i. I rasa kalah karangan SPM i dulu. huhu. U boleh letak situ u seorang yang peramah dan kenal ramai orang dan boleh menarik ramai orang untuk ke belog u, ini sebagai contoh ok. So, jangan buang masa pergi cepat update profile survey u all ok ! Shhhuuhh shhhuhhh ! hehe





2 ) Rajin Update Belog :


Ramai yang cakap juga kena rajin update belog. Dan ini pun i setuju sebab selalunya bila u all update belog, traffic pasti akan sentiasa meningkat. Dan bila meningkat, peluang untuk u dapat buffered earning pun semakin cerah bagaikan sinar mentari. hehehehe. Gurau gurau.





3 ) Maintain Bilangan Unique Visitor :

Tips yang ini i 50-50 lah. Dulu, waktu i mengomel-comel pasal nuffnang, ada senior blogger pernah komen i dan kata kalau nak dapatkan buffered nuffnang kena at least maintainkan 100 unique visitor selama sebulan. Then i pun rasa eh tak akan dapat macam ni. hehe. I rasa i tak maintainkan pun 100 uv tapi still juga i dapat. I dah naik pening fikirkan. Cumanya, pendapat i kan tak ada lah selama sebulan tu u all kena pastikan ratus-ratus cumanya kalau boleh u all try dapatkan jumlah ratus ratus ataupun ribu ribu unique visitor tu lebih banyak daripada puluh puluh unique visitor selama sebulan tu. Contoh, angka seratus (100) lebih banyak dari angkat puluh (10) .







Ok, i taknak membebel panjang. Kalau tak faham tanya, kalau faham bagus. hehe. I rasa kalau u guys ikut tips ni pun kalau nasib insyaallah la boleh dapat buffered earning tuh. Apa-apa pun, kena rajin update belog u all. Jangan sampai bersawang dengan labah-labah dan segala macam natang ataupun nates. Sekian. hehehe





Entry Kutuk Mengutuk !

I rasa tiba-tiba I nak kutuk orang la wee. Lama tak kutuk mengutuk segala bagai ni. hehehe. Tapi tapi, i baik sebab i nak sorok-sorok siapa yang i nak kutuk tuh kang malu pulak dia. hak hak hak. Korang nak tahu antara nama-nama yang i nak kutuk tu sapa ? We, wajib tahu ok, kot-kot nama korang ada ke ? hak hak hak. Okey kepada sesiapa nak baca entry I yang panas ni kena dapatkan password daripada I ok. Korang boleh message I ataupun email ataupun mintak kat facebook I. Ala, sekali-sekala buat macam gini kan seronok ? hehehe.




25 Feb 2010

Cek Refunds Daripada MIIM. Thank Kak Fida !

The best day in the week itulah yang I boleh describe kan bila duit datang bagaikan durian runtuh ( takleh blaa ) hak hak hak. Wee, mana taknya bukan sahaja hari ni I dapat buffered Nuffnang, tapi dalam masa yang sama juga I dapat cek. Yahoo ! Duit oh duit di mana kau duit ? Di bawah di bawah.. hehehehe. Sila tengok !





Klik untuk kepuasan Impak Maksima. hak hak




Duit apakah ? Oh bukan duit haram ini duit HALAL. hak hak hak. Ini adalah cek untuk duit refunds I dekat ex kolej I. Alhamdullillah, sebab kak Fida sangat2 menolong I dan kawan2 lagi 4orang untuk dapatkan duit ni. Mana taknya, bukan senang nak dapat duit refund ni lagi2 di ex kolej I yang comel-comel itu. Alalala. WUEKKSS! hak hak hak. Okey saya tersangat jahat. Argh! Sudah tak kesah. Itu botak botak lagi jahat ! hehehehe





Jumlah yang diperoleh tidak lah akan ditunjukkan sebab I tahu nanti kalau I tunjuk semua akan mintak belanja. Tak boleh tak boleh sebab I kedekot taik idung masin sikit. hehehe. Apa-apa pun sangat bersyukur sebab tak sangka secepat ni kitaorang akan dapat duit refund ni sedangkan orang lain sangat susah nak dapatkan duit ni. Macam mana caranya ? Hehe. Sory, its only us know how to get d money as soon as possible macam ni.





Apa-apa pun, nak cakap terima kasih sangat-sangat dekat kak fida sebab berjuang bermati-matian (macam pergi perang pulak) untuk dapatkan duit kitaorang for d last time sebab dia nak berhenti dah. Apa-apa pun, alhamdullillah. Sekian. hehehe







P/s : Kak fida say to us untuk nasihatkan kawan2 about something but I think I wont make it well sebab nanti macam2 prasangka akan wujud. hahaha. Kebenaran akan terbukti nanti. I cuma nak tunggu dan lihat bila masa itu akan tiba. It only us dan kak fida know about this thing. Jangan terhantuk baru terngadah itu sahaja. Sekian. hehehehe





Yes ! 1st buffered earning daripada Nuffnang !


Klik untuk mendapatkan kepuasan maksima




Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam hidup I. hak hak. Sebabnya, I dapat buffered earning daripada Nuffnang. Sumpah I langsung tak tahu yang I dah dapat buffered Nuffnang ni. Cuma yang I perasan blog I selalu ditepek oleh iklan Maxis. I pun dah naik pelik sebab kat page orang lain tak ada. I pun start musykil kot-kot terkena jangkitan kuman ke apa blog I ni, then I check kat Nuffnang rupa-rupanya I dah dapat Buffered Earning. Terima kasih Nuffnang. Sayang kamu ketat-ketat la Nuff. hehehe.



Oh untuk kawan-kawan yang tak tahu apa natang buffered nuffnang ni ? Bukan donut mahupun hotdog ( apa kaitan ) hehehe. Tapi tapi ia adalah haaa baca bawah ni jangan malas ! Sekeh kang. hak hak hak..



1) Some of you may have noticed that we have been recently beta testing a new metered unique visitor system, as opposed to our existing model of selling ads on weekly slots. Under this new system, more than one advertiser can buy an X number of unique visitors from each blog.




All the earnings earned from this new ad system is recorded under“Buffer Earnings” in the Earnings Tab and for this beta stage will be totaled up with the rest of your earnings once every week.




2)For MCPM (Metered CPM) campaigns




Advertisers buy a set of unique visitors from your blog that will be able to see their ads on your blog for a certain number of weeks.



The earnings for your mCPM campaign will be held in Buffered Earnings while the campaign is running till your blog finish serving the number of uniques the advertisers bought from your blog. Once your blog finish serving the number of uniques, the earnings will be credited to your Current Earnings.



Dan yang pastinya akan I tunjukkan kepada korang semua iklan mana yang bertuah sangat sebab dapat blog I ni. hak hak hak. Bertuah la sangat. Tengok dengan mata bulat-bulat tanpa pejam ye. hehe.








Iklan Maxis Chinese New Year tuh wee. Kira ang pau la tuh. Tanks Nuffnang ! hehehe. Kepada kawan-kawan sume pulak jangan lupa klik2 untuk duit angpau ok. Nanti boleh belanja semua makan KFC. hak hak hak. Ini sangat tipu. hahahaha. Sekian.





24 Feb 2010

Sekolah Sejantina Adalah Pilihan TerTOP


Entri zaman budak sekolah ( p/s : Kali ni nak guna saya. hehe )




Pernah tak korang membayangkan dapat buka dan tukar baju beramai-ramai tanpa segan silu dalam satu tempat tanpa perlu takot dan menjerit sekuat hati mengatakann...








Sekiranya malaun sangap mengskodeng korang ? hak hak hak. Dan korang tak perlu nak menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk beratur dan berasak-asak di dalam tandas semata-mata untuk menukar baju ?



Well, dengan bagganya saya cakap YES! hehe. Kenapakah kenapakah ? Sebabnya waktu kat sekolah dulu saya telah ditempatkan di sekolah perempuan ataupun sekolah sejantina yang bermaksud semua perempuan tak ada spesies lelaki sesat di situ. hak hak. Dan ini adalah antara satu kelebihan kenapa saya cakap sekolah sejantina adalah sekolah terbaik disebabkan korang memang 100% gerenti tak akan cuak dengan pengskodeng sangap itu.






HAHAHA ( Tiru Shin Chan gelak )





Selain itu, pernah tak juga korang merasakan satu suasana yang harmoni tanpa ada bunyi gedebukk gedebakkk ( bunyi orang tengah kung fu ) untuk merebot awek ataupun pakwa ? Hehehe. Dan itu juga apa yang saya rasakan. Dari saya darjah satu sampai lah ke tingkatan 5 saya berada di sekolah sejantina dan satu pergaduhan teruk ataupun ganas-ganas tahap 18sgxwq tak pernah saya lihat di depan mata hidung dan kepala saya. Dah lumrah perempuan diciptakan lemah lembut gituu. hehehe. Tapi itu bukan saya sebab saya lah ketua samseng di dalam kelas. wahahaha





can malican oooo oii can mali cannn oo oiii.. hehehe





Pernah tak juga korang merasakan yang korang memang tak payah nak control ayu cun dan wangi untuk ke sekolah ? Lantak lah baju dah gosok ke tak ataupun tak basuh seminggu dua ke korang langsung tak kesah.. Oh pernah kah korang rasa macamtuh ? YES! Saya sentiasa rasa macamtuh. hahaha. Nak tidur kat dalam kelas sampai air liur basi meleleh leleh pun saya langsung tak kesah dan saya belajar dengan rasa tenang gila tanpa perlu control ayu. Wahaha. Bak kata orang jadi diri sendiri. Dan ini juga antara kelebihan sekolah sejantina.





Nak goyang Inul pun releks je 360 darjah. Toksah malu2. hehe





Pernah tak korang rasa seronok gila boleh menjerit-jerit dan jadi yang paling power kat sekolah tanpa ada saingan dari kaum lelaki ? Pernah tak korang rasa seronok tertonggeng terkangkang dengan penuh selesa bila korang buat cheer tanpa sebarang rasa resah pilu dan menggerunkan ? hak hak hak. YES! Itu apa kitaorang rasakan waktu kat sekolah dulu. Suka hati lah nak menari macam mana pun hentam taram nak menari tarian 18sxgfhhsn ke, semua lantak suka hati kau sebabnya memang tak akan ada kaum lelaki yang akan melihat terlebih terbanyak dan terover kat part-part tertentu. hehehe







Menari lah sepuas hati tanpa was-was. hohoho







Conclusin : SEKOLAH SEJANTINA / SEKOLAH PEREMPUAN adalah terbaik ! hak hak hak. Sekian.





23 Feb 2010

Lelaki Handsome dan Jambu Batu. Entry Khas Untuk Perempuan Single. Hehehe


Harini saya, EDAOLALA nak menggunakan ganti nama aku kepada saya. Ops rasa macam baik sangat pulak. Ok lah then saya nak try I la. Boleh boleh boleh kan ? hehe. Percubaan je suka suka. Sebab the words AKU tu macam tak girly la. Lagipun, zaman main bola aku dah lepas laa. hahaha.




I nak jadi sotong macam dia. lalalalala



Ok tadi I baru je habis bermuka buku dengan Amir. hee. Siapakah ? Ops lupa ! I uploadkan gambar dia untuk korang tengok okey. Well, cerita nak sedap kenalah ada imej kan kan ? Disebabkan si Amir ni tak la berapa nak huduh dan hensem dan sedang sedang je so kira I bagi lesen juga lah untuk lepaskan gambar dia dekat dalam blog I yang tak seberapa ni. hehehe.




Inilah pakcik Amir yang dimaksudkan. Ops! hehehe



Hensem tak hensem tak ? TOLONG JANGAN JADI BUTA. Ops ! hehe. Amir, aku gurau je ok. heee. Ok cerita bermula. Korang boleh panggil dia Amir dan dia student Multimedia di kolej PTPL. Dan dia salah seorang photographer Lensa Production. Sebenarnya, amir yang nak I tulis pasal kisah dia yang sadis lagi meleleh ni untuk bacaan korang semua dan disebabkan I pun tengah tak ada point nak menulis rasa macam tertarik juga nak story pasal kesah dia ni. heee





Alala.. Tengok dia dah nanges dulu dah. Tak masuk lagi story ni. hehe



Apakah yang sadis sangat tuh ? Ok cerita bermula. Sebenar benarnya, dia sekarang tengah single. Sebab apakah ? Oh itu seriously I malas nak ambil port lagi-lagi I bukan jenis busybody nak amek tau hal sebab apa dia putus dan segala bagai. Adeh. Dan menyayatkan hati di sini untuk pengetahuan korang sume, yang selalu membuatkan si Amir ni meleleh leleh dan kitaorang ketawa terbahak-bahak bila dia ni setiap kali dapat awek sume kaki penipu pedon dan kaki kencing la nak senang.



Oit ! Tak malu ke kencing merata2 ? Cepok kang ! hee




Menurut kisah yang diceritakan dia, tak adalah ex dia ni kikis duit ataupun pisau pencukur ketiak masin tapi ex dia suma jenis yang ada tebiat suka menipu. Menipu daripada sudut apa pun I tak sure. hehe. Yang pasti dan fakta adalah kesemua ex dia adalah kaki penipu. Okey, bukan seorang tapi RAMAI antara dorang ok. Sadisnya la cerita kau ni Amir oiii. Sadis sangat. Ok aku mintak maap sebab gelak ok. hehehehe




Dan sampai sekarang Amir ni macam takot-takot nak tackle awek dan selalu tanya kat kitaorang dulu I mean, pendapat kitaorang tentang sesetengah perempuan yang dia nak ngurat. haha. Mybe sebab taknak banana berbuah dua tiga empat lima kali kot ? Entahlah. haha



Ok cerita sadis sampai sini sahaja. hahah. Wee, jangan marah I tahu cerita tak berapa nak sadis bagai. Tapi kira sadis la jugak kan kan ? hehehe. Haa untuk korang yang agak2 nak kawan dengan Amir ni ataupun Usha blog dia korang tekan SINI okey. Bukan promote ke apa, just I takot kot2 ada antara korang berkenan ke kan. hehehehe.






I nak pergi mamam join budak ni lah. hehe




Jumpa lagi. papaiii..



22 Feb 2010

Adakah Anda Tergolong Dalam Golongan Berperangai Cukup Annoying ?

Pernah tak korang terjumpa dengan orang yang korang baru kenal ataupun kawan-kawan korang yang berperangai rasa macam nak bagi pelempang kaki je kat muka dia ? Haa macam kat gambar bawah ni



Amacam ada style tak ? hehehe



Aku gerenti dalam hidup korang at least ada seorang kawan korang yang berperangai cukup digelar sebagai ANNOYING! Masing-masing ada pendapat istilah ANNOYING tersendiri. Dan kat bawah ni adalah antara ciri yang aku rasa nak kasi penampar penyepak dan penendang maut. Kot-kot korang ada ciri-ciri ni ke. Hehe.. Harap-harap tak ada ya. Peace.. heee



Annoying yang aku maksudkan kat sini adalah :



1 ) Manusia jenis yang tak tahu malu. Dah kantoi sesuatu tetapi buat macam tak ada apa-apa berlaku dan baget tak bersalah. Di manakah terletaknya kemaluan korang ? Ops! terover. hee

Wekkk ! untuk kau. hahaa. Tibe an.. PEACE! heee



2 ) Manusia yang suka menipu menipu dan menipu. Hidup penuh dengan penipuan dan fantasi. Kalau benda yang ditipu orang tak tahu tak apa tapi ini tipu yang terang-terang tahu kau menipu. Entah apa dia dapat dengan menipu pun aku tak tahu lah. hee


3 ) Peniru penciplak ataupun copycat. Aku cukup pantang dengan orang yang meniru ataupun sama dari segi semua lah. Tak kira lah daripada segi kerja mahupun baju kasut dan diri kita. Cukup annoying lah orang yang macam ni. Tolonglah, korang tak rasa macam kumpulan boria ke dari a sampai z sume nak sama ? Cari lah identiti sendiri okey. Aku tak minat boria aku minat dangdut je. Okey ini tipu ! heee

Ini bukan copycat ini namanya copyself. heee



4 ) Orang yang depan baik belakang macam binaweee babun berok macam kat bawah ni. haha.


Ada la sikit rupa kau macam ni. hahaha



Maksud aku kat sini, orang yang korang memang tak espek langsung lah dia macam binawee kat belakang korang. Kalau yang dah espek tuh tak kira lah sebab dah terang tang tang. hehe



5 ) Orang yang tak pandai tapi cakap dengan orang dia pandai. Contoh, konon dapat banyak A padahal fail yang banyak. haha. Ini cukup menghairankan dan membuatkan aku gelak sampai nak termuntah-muntah. hahaha.




Alalala.. Comel je dia gelak.. hehehe


6 ) Orang yang percaya benda-benda tahyul daripada percaya teknologi moden. Percaya dekat benda tahyul terlampau sampai sanggup putus kawan dan keluarga. Gila kolot la orang macam ni.. Pelik bin benar. huhu



7 ) Individu yang suka ikut orang lain dan tak boleh nak buat keputusan sendiri. Bagi aku, orang macam ni adalah orang yang belum cukup matang mental dan fizikal. Semua nak ikut apa orang buat. Come on ! Insan begini tolonglah jangan jadi annoying dan berubah jadi orang yang boleh fikir tentang diri sendiri.


Tengok Si Hensem ni, releks je jadi diri sendiri. Contohi beliau. hee



8) Perangai jenis orang tegur dia tapi dia buat dek je. Sumpah kalau aku jumpa orang macam ni sekali je aku tegur lepastuh aku tak akan tegur dah. heee



9) Annoying dengan orang yang dah la tak lawa ataupun hensem, badan tak hot dan sasa tapi perangai macam tuttt.. hehe. Maksud aku semua perangai buruk ada kat dia. Sampai satu kelebihan nak carik pun susah. Okey, anda sangat annoying kalau anda tergolong perangai macam ni ye. heee


10 ) Lelaki ataupun perempuan jenis mengada-ngada. Sangat geli okey. Tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Kalau dua puluh empat jam perangai mengada-ngada (bukan manja ya) maka anda tergolong dalam orang yang sangat annoying.



Rimaskan dengan orang yang macam kartun ni ? heee




Okey, cukuplah kot sepuluh point je. Aku ingatkan tadi nak buat ratus-ratus. Takut pulak korang tak terbaca. hahaha. So, korang ada tak tergolong dekat ciri-ciri di atas ? Kalau ada, pandai-pandai lah ubati sikap anda itu ya. hehe. Ini pendapat aku lah. Tak tahu pulak pendapat korang untuk orang yang annoying macam mana. Komen komen ye. Sekian..




21 Feb 2010

Tag Tag and More Tag. hehehe


Tersangatlah bosan hari ni. Oh yang pastinya, disebabkan aku tak dapat dating. hehe. Sebab aku telah dikawal ketat oleh bodyguard perkasa aku yang garang siapa lagi kalau bukan bapak aku. aduhai. haha. Ok lah aku tak keluar hari ni sebab selama seminggu jugak la life aku agak busy keluar sana sini. Almaklumlah saya bisneswoman baru nak up. Ececehh. hahaha.



Okey, masuk entry. Aku kena jawap tag yang diberikan oleh Miss Cahaya klik SINI untuk ke page beliau. Promote sekali sekala ye kak. Jangan lupa belanja MCD nak double cheese burger dan Sundae cup. hehehehe. Tak boleh blaa. Ok sudah cukup mengarot ! Aku kena jawap tag yang berbunyik :




Tag : You should tell 10 facts or hobbies about yourself



1 ) Nama aku Faridah dan nama cik abang sayang aku Farid. Dan aku merasakan hal ini tersangatlah cool di alam semesta ini. Okey, sangat perasan. Abaikan ! heee



2 ) Ramai orang ingat aku Cina dan ramai orang Cina cakap bahasa Cina dengan aku waktu aku kerja jadik promoter kat Jaya Jusco sampai kadang-kadang aku rasa aku nak carik pakwa Cina. Wahaha. Okey aku kelihatan Cina disebabkan mata aku sepet dan mak aku cakap keturunan aku dulu-dulu ada yang berbangsa Cina. Buktinya aku boleh cakap Cina, wo ai ni. Paham ? Tak paham sudah. hahahaha


3 ) Aku seorang yang memilih kawan dan aku tak suka ada kawan baik.


4 ) Aku suka main bola sampai aku tingkatan 3 aku masih main bola dengan budak kecik lelaki. Dan aku suka kawan dengan lelaki sebab lelaki tak macam perempuan lembut sangat menyampah. hahaha. Aku start berubah jadi gedik gedik dan baget pompuan ni bila aku dah start tak keluar padang rumah iaitu waktu nak dekat f4 kot. Ini fakta. hahaha


5 ) Aku type suka bercakap dan cakap main lepas. Aku tak suka nak simpan simpan dengan kawan aku terutamanya kawan yang agak rapat. Aku jenis cakap je apa aku rasa kat kawan aku tu kalau tak suka aku cakap tak suka kalau suka aku cakap suka. Tapi kadang2 ada juga kawan yang aku rasa tak perlu nak cakap lepas dengan dia sebab tak ada guna dan dorang jenis tak makan saman baik diam. hahaha


6 ) Aku jenis bukan pemarah tapi sekali aku dah marah dengan cikgu-cikgu dan meja sekali aku tergolekkan. hehehe. Pernah berlaku okey. Malas nak cerita.


7 ) Aku seorang yang positif dan berkeyakinan tinggi. Bapak aku selalu cakap aku baget. Tapi aku tak kesah apa dia kata. Aku lagi suka kalau dia cakap macamtuh, maknanya dia cabar aku. Aku jenis kalau orang bagi aku kerja walaupun aku tak boleh buat aku akan cakap aku boleh boleh dan boleh. hehehe..


8 ) Selalunya orang yang pertama kali kenal aku akan cakap aku sombong dan macam macam lagi yang teruk teruk. Tapi bila kenal betul betul selama bertahun dorang akan cakap aku jenis otai kelakar dan banyak cakap. hehe



9 ) Aku jenis cepat pandang rendah dekat orang. Ini fakta. Kalau sekali aku dah pandang rendah disebabkan perangai buruk dorang sampai bila-bila aku akan pandang rendah. Bukan aku rasa aku bagus tapi sebab bagi aku attitude seseorang tuh menggambarkan sama ada patut ataupun tidak kita respek dia.



10 ) Hobi pulak. Hobi aku simple, cuma online dan dating. No more lepak dan message. Aku tak suka dah. Zaman budak baru nak up dulu dulu boleh la. hehehe.




Jawapan yang ikhlas dari aku. Sekian..



Lelaki Tolong Jadi Lelaki Pandai Jangan Jadi Lelaki BODOH!

(Awal-awal aku cakap ini entry CINTAN)

Bagi aku lelaki ada dua jenis. Bukan jenis hensem ataupun hodoh bukan juga jenis kaya ataupun miskin dan bukan juga jenis busuk ataupun wangi dan bukan bukan juga lelaki jenis jambu ataupun pisang. haha. Ada ke lelaki jenis pisang ? Ok mengarot ! haha. Masuk topik..






Siapa kata lelaki jambu je wujud ? Lelaki pisang pun wujud ok! hehe.





Aku maksudkan kat sini adalah lelaki jenis pandai dan lelaki yang kurang pandai ataupun senang nak cakap lelaki BODOH. Agak kasar di situ, tetapi aku sekadar nak buat lelaki lelaki ni paham. Understood ?? hehehe. Kalau kau rasa kau lelaki pandai baguslah tak perlu nak marah bila aku kata kau bodoh. hehe




Masuk topik. Lelaki yang pandai bukan je dapat diukur dengan study 4 flat apartment bangloo dorang tetapi juga dapat diukur dari segi percintaan dorang. Bukan ukur pakai pembaris ataupun pita pengukur tetapi cukup kot dengan tengok cara dorang bercintan cinton ni. hehe



Zaman dah moden dunia dah maju kan ? Aku pelik kenapa lelaki spesis lelaki kurang pandai ni masih wujud. Kenapakah harus kau wujud ? Pening aku nak fikir apa kata kau pikirlah sendiri sama2 nak ? heheheh.


Loser untuk lelaki jenis kat bawah ni.. heee



Aku cakap lelaki tuh bodoh bila dia sayang kat seorang perempuan tapi dia taknak usaha langsung nak dapatkan perempuan tuh. Aku cakap lelaki tu kurang pandai kalau dia lepaskan awek dia pergi kat lelaki lain sedangkan dia sayang gila kat awek dia tu. Lagi la bodoh lelaki ni kalau dorang suka kat sorang perempuan tapi langsung taknak kasitaw. Apa kau fikir perigi nak carik timba ke ? Kalau kau nak espek pompuan tuh cakap lebiu kat kau memang dah sah sah muka pompuan tuh kena campak kat longkang. heeee



Aku akan cakap lelaki tuh PANDAI kalau kau jenis yang usaha tahap tenaga ultraman yang sampai nyampu dah nyala-nyala merah masih lagi nak dapatkan pompuan yang kau suka tuh. Macam kat gambar bawah ni haaa



Sekali sekala jadi ultraman tak apa kan ? hehehe




Aku cakap kau bijak dan cerdik jugak kalau kau tak lepaskan awek yang kau sayang gila kau kau dengan senang je. Maksud aku, yelaa kau sanggup beli KLCC untuk awek kau tuh untuk tunjukkan sayang kau kat dia lebih dari lelaki dia nak chow sama tuh. Aku akan kata kau memang PANDAI kalau kau cakap terang-terang kau suka kat pompuan tuh secepat yang mungkin sebelum dia kena kebas. heeee. Lelaki macam ni memang aku akan kasi kau sijil ANUGERAH LELAKI BIJAK PANDAI DAN HENSEM walaupun tak hensem. hahahahaha




Kalau ini anugerah lelaki kacak sedunia. hahaha.


Beb ! Come on lahh ! Zaman dah semakin maju, mana ada dah zaman zaman jiwang karat dulu nak mengundur dirilah.. Konon-konon sebab kau sayang kau lepaskan awek kau tuh. Bukan sebab sayang tapi sebab kau BODOH dan cepat putus asa langsung tak ada semangat ULTRAMAN sebab tuh kau buat macamtuh. heeee.. Sory kalau terasa. Nasehat aku, men WAKEUP! Akhir kata, jangan cepat putus asa kalau sayang dan kau rasa kau pandai. heee.. Sekian.





(Tiada kaitan antara yang hidup dan mati. Saja buat entry ni sebab selalu borak2 dengan akak aku pasal lelaki macam ni. hehehe )



20 Feb 2010

Berbelog Lebih Mengghairahkan Daripada Bermyspace dan Berfacebook ! haha




VS




THE WINNER



-



-




-




-








SETUJU TAK ? HAHAHA.






15 Feb 2010

Tips Menangani Gementar Waktu Berucap

Aku bukanlah seorang yang professional di dalam seni perucapan. Tetapi sekadar cukup untuk aku kongsikan pengalaman aku selama aku pernah menjadi pemidato, penyajak, pengacara majlis, pembaca ikrar, pendebat, ahli forum dan pelbagai lagi selama bertahun-tahun aku berada di bangku sekolah.


Ya, bukan setahun dua aku menceburi seni perucapan tapi selama hampir lebih daripada lima tahun dan dunia perucapan sememangnya sudah sebati dalam kehidupan aku. Ada antara rakan-rakan aku waktu disekolah dulu pernah bertanya macam mana nak hilangkan gementar takot dan cuak ketika kau berucap faridah ? Akan aku berikan antara tips yang selalu aku amalkan. Memang mudah senang dan enak.. hahaha. Mengarot ok ! Masuk tips..




Sentiasa merasakan kau adalah juara dan kau lah yang terhebat dan bakal memegang piala yang ada dihadapan itu... wahahahaha

Clue yang aku bagi di sini adalah YAKIN. Ye, yakin bahawa kaulah yang terhebat antara yang terbagus ! ( ayat tak boleh blaa) hahaha. Walaupun peserta sebelum kau tu jauh lebih hebat, tapi kau jangan cepat down, kau cepat2 set kat otak ' Eleh aku lebih hebat!' hahaha. Dan ingat, sikap ini sementara sahaja iaitu ketika kau sedang berucap dan jangan kau bawa bawa sehingga habis majlis. Nanti kau akan hampa kalau kalah dan menangis sebab tak dapat piala. haha. Maksud aku disini, ketika kau berucap, kau yakin kaulah juara untuk membuatkan persembahan kau hebat daripada biasa dan selepas kau berucap hanya senyum dan berdoa serta releks untuk tunggu keputusan. hehehe.


Lupakan pasal sejarah hidup kau yang sedih sedih dan buatkan dunia kau kosong seketika tanpa sebarang masalah... Peace no war ! kah kah kah..

Aku sangat menekankan pasal point yang ini. Sebabnya, waktu aku mewakili sekolah untuk pidato piala diraja, aku tersungkur dan memalukan diri sendiri apabila aku rasa sangat sangat tertekan waktu bagi ucapan sebab aku asyik fikir pasal kakak aku nak kahwin. Ok sumpah ! Aku tak main main, ini betol.. Kakak aku nak kahwin, dia kena stayl dengan suami dia sebab tuh aku sedihla. Bukan sebab aku nak kahwin juga ye harap maklom. hahaha. Point aku di sini, tolong tolong tolong ketika hari kau nak berucap tu, bangun je daripada tidur lupakan semua masalah kau pasal pakwe skandal anak ikan ataupun anak ayam kambing itik, tolong tolong kosongkan otak kau dan hanya teks ucapan di kepala hotak kau. Ada paham ? hehehe. Sory terkasar. Peace ! hehehe



Hafal teks, kalau tiba tiba kau terlupa kat atas pentas kau hentam taram cicah sos tiram je pakai ayat sendiri sampai kau ingat balik...

Point aku di sini, waktu kau tengah berucap jangan sekali kali kali kali kau stop secara tiba2 disebabkan kau lupa. Oh please la ! Kalau kau stop nanti satu dewan tuh akan tahu yang kau lupa dan agak ada kecacatan di situ.. haha. Ada paham ? Teruskan dengan ayat yang kau rasa agak2 bunyi dia sedap ataupun kau ulang je balik ayat sebelum tuh sepuluh kali pun tak apa sampai kau ingat. Okey, antara contoh aku pernah buat waktu aku pergi pertandingan sajak peringkat zon, aku lupa sajak then aku pakai hentam cicah sos tiram perkataan dadah tuh aku ulang nak dekat sepuluh kali tapi ayat dia macam2 bunyi dengan ekspresi la.. dadahh... oh dadahh... kau dadah... dadah.. last sekali aku dah memang lupa sangat2 aku pegi sebot.... aku benci dadah ! Then, sekian. Kreatif tak sajak sendiri ? hahhahaha.


Jangan nak berlagak kau hebat sampai teks bantuan sikit pun kau tak bawak.. Jangan nak baget kau pro pulak macam kau dah hafal bulat bulat semua ayat.. NOOB ! hahaha

Gerenti wa cakap, hebat mana pun lu, lu gerenti akan ada lupa satu point la paling kurang pun. So, point aku di sini, tolong bawa teks bantuan ye. Contoh, kertas kecik yang ada point2 penting. Ok lah kalau kau taknak sangat bawa kertas sebab nak baget kau teror kan kau tolong lah tulis sikit2 kat tangan kau tu point point ayat. Tolong la okey. Jangan nanti kau dah lupa kat atas terdiam baru nak terkencing. Ok, peribahasa yang aku hentam tak ada dalam kamus. Harap maklum. hahaha. Abaikan la kalau judges kau cakap tak boleh bawa kertas. Kau biarkan je, kau tulis kat tangan ok. Sebab dia kata tak boleh bawa kertas tapi tangan boleh kan ? wahaha. Nasehat aku ni nasehat ok. hehe. Ala, paling2 pun markah tolak satu dua je. Janji kau tak terdiam dan terblur kat atas ok ? hehehe




Okey aku rasa cukup setakat ini sahaja antara tips2 sikit aku nak kasi. Kalau kau nak panjang2 punye kau pergilah beli buku tips berucap dekat MPH okey. Entry aku ni limited edition je. So tak boleh nak tulis panjang panjang ye. Harap Maklom. Sekian.. hahaha. Gudluck ! hehehehee



Ada Apa Dengan DOTA ?


DOTA ataupun lebih dikenali sebagai DUNIA ORANG TIADA AWEK bagi kalangan pemain game DOTA ni merupakan salah satu game yang sering memeningkan kepala hotak aku. Kenapakah ? Sebabnya, dah korang si pemain DOTA ni menggelarkan dota ni untuk dunia orang tiada awek, yang peliknya mengapakah sasaran pemain DOTA ni lebih tertumpu kepada kau orang yang mempunyai awek dan sewaktu dengannya ? Mengapakah ?? Adakah disebabkan bagi korang yang dah ada awek jikalau main game ni korang akan merasakan seperti dunia korang awek korang tidak wujud ?? Oh mengapakah game begini seharusnya diwujudkan. hahaha. Pening seketika aku di sini.


Kalau dulu aku pernah membebel pasal DOTA di SINI dan sekarang akan aku membebel lagi sekali apabila aku menyedari penyakit parah bf aku sudah kembali lagi apabila beliau sekarang secara senyap2 telah menjoin dan melibatkan diri dalam geng DOTA di University beliau dalam laman kesukaan korang semua iaitu facebook. Apakah ? Aku semakin buntu. Dota oh Dota mengapakah kau begitu menjadi kegilaan para lelaki ?


Bf aku pernah juga dahulu mendownloadkan game ni, aku main lah jugak sikit sikit tapi memang aku langsung tak paham apa yang seronoknya. hahaha. Pening aku pening. Argh ! Ini tak boleh jadi nampaknya jalan terbaik adalah aku harus harus dan HARUS belajar bermain DOTA dan mengalahkan bf aku ni supaya beliau sedar yang dota juga adalah dunia orang tak ada pakwe untuk golongan awek awek. wahahah..


Ataupun ataupun ataupun kalau korang golongan awek2 ni ada idea untuk kita create satu game dunia orang tiada pakwe pulak jangan lupa share share ye. haha. Yea, bersama kita beramai2 wahai golongan awek2 memerangi musuh utama kita iaitu DUNIA ORANG TIADA AWEK. gahaha...


14 February 2010



Ada apa dengan 14 February ? haha. Ohtidak ! Mr Farid kata beliau tidak menyambut valentine tahun ni. Ye, bukan sambut valentine sebenarnya, tapi plan kitaorang pada 14 February macam biasalah pastinya berkaitan kamera kamera dan kamera. hahaha. Kitaorang ke Tasik Permaisuri dan Cochrane untuk servey lokasi photoshoot untuk pasangan romantik Nashriq dan Aminur hari Selasa nanti. Okey macam biasalah sambil servey lokasi pasti test lighting n snap2 gambar. haha. Jom ushaa..














Nak promote jugak. Aku ada kasi hadiah untuk Farid sempena anniversary kitaorang baru-baru ni dan juga 14 February ni. hehehe.. Tadaa...



Key To My Hearts.. was Muhd Farid bin Haron.. I love you sayang.. huhuhu. Well, sekali sekala jadi jiwang berkarat tak salah kan ? hehehee. Tak sambut valentine okey, just suka suka kasi hadiah untuk balas last year valentine presents daripada Farid. hehe :D


Ciri Kawan Yang Aku Respect Gila Kaw Kaw


Aku mengaku yang aku memang seorang yang suka memilih kawan sangat sangat sangat. Aku tak kesah orang nak kata aku budget ke apa ke i dunt care ! Bagi aku, asalkan itu yang terbaik aku langsung tak kesah apa pendapat orang, aku akan still dengan cara aku. Wahaha. Oh mesti korang tanya sebab apa aku suka pilih kawan ? Akan aku kupaskan satu persatu sehingga kau mengerti. hehehehe



Aku Suka Kawan Dengan Orang yang PANDAI dan CEMERLANG tapi Aku Tak Suka Kawan dengan Orang yang Kurang Pandai tapi Berlagak Pandai..

Sebabnya, aku suka menimba ilmu dengan dorang dan aku suka tengok dorang belajar dan bila aku mendekatkan diri dengan orang yang pandai pandai ni secara pelan2 aku akan terikut rentak dorang. Hehehe. Seterusnya, aku suka kawan dengan orang pandai sebab mengikut pengalaman aku mentaliti orang yang kurang pandai dan orang yang pandai dan cemerlang sangat berbeza.


Okey simple aku kupaskan disini, budak pandai dan cemerlang dorang jenis yang tak suka gaduh dan jenis cool manakala budak yang kurengg dorang jenis benda kecik akan gaduh sampai sepak2 terajang dan juga jenis yang suka carik pasal dan tak fikir panjang. haha. Ye, bukan semua budak yang pandai dan tak pandai attitude macam ni, tapi ikot pengalaman aku la ok. Pengalaman korang dengan aku kan lain.. hehe



Aku Suka Kawan Dengan Budak Sosial Yang Pandai Tapi Aku Tak Suka Kawan Dengan Budak Sosial Yang Kurang Pandai..


Aku mengaku, kawan aku yang sosial majoriti kesemuanya jenis otak geliga. Sebabnya, daripada apa yang aku perhati, kawan2 aku yang otak geliga tapi jenis sosial ni, dorang memang sosial sana sini tapi study superb sampai budak pegang buku pun tak boleh kalahkan dorang. Okey, yang ini aku sangat kagum dan respek. haha. Haa, dan aku tak suka kawan dengan budak yang sosial tapi kurang pandai sebabnya selalu dorang ni sosial je manjang tapi study tah kemana, mulut pergh agak biadap dan langsung tak ada masa depan. Okey orang jenis macam ni memang aku tak pernah pandang jadi kawan. Sebabnya, mak bapak aku tak kasi kawan. wahahaha



Aku Suka Kawan Dengan Orang Cantik Yang Tak Sombong dan Pandai tapi Aku Tak Suka Kawan Dengan Orang yang Baget Cantek Sombong dan Tak Pandai Baget Pandai..

Orang cantek yang pandai ? Ye ini antara salah satu ciri kawan yang aku suka. Dahlah cantek, pandai pulak tuh. Aku respek orang macam ini. Sebabnya aku berharap yang aku akan jadi macam dorang jugak satu hari nanti. Yela, jadi cantik dan pandai siapa taknak kan ? hahaha. Kelebihan lagi di situ kalau dia tak sombong. Haa, kawan jenis macam ni memang kawan sampai bila bila la. Syazana dan Aminur antara kawan aku jenis macam ni. Dorang memang cantek, pandai dan tak sombong. hehehe. Kembang dorang kalau baca blog aku ni. hahaha



Aku Suka Kawan Yang Sederhana dan Berusaha Untuk Jadi Lebih Hebat tapi Aku Tak Suka Kawan Dengan Orang Yang Tak Pandai tapi Langsung Tak Ada Usaha Nak Memajukan Diri..

Aku suka kawan yang sentiasa bertanya bila tak paham dan belajar bersama-sama sampai masing2 jadi pandai dan bersaing antara satu sama lain. Tapi aku tak suka kawan yang dah la tak pandai lepastuh lansung tak ada usaha nak bertanya ataupun memajukan diri. Aku sentiasa menjauhkan diri daripada orang macam ni. Well, aku tak tahu kenapa tapi seriously aku benci dengan orang yang langsung taknak memajukan diri.



CONCLUSION : Aku suka kawan dengan orang PANDAI yang berperangai okey tapi Aku Tak Suka Kawan Dengan Orang yang Tak Pandai Tapi Perangai Buat Orang Lari.. Yang pasti, kalau korang ada ciri2 diatas, korang adalah antara orang yang aku pandang tinggi, tapi kalau tak ada, ada-adakan lah. hahaha.. Sekian.



13 Feb 2010

Pelik bin Benar Dengan Orang Jenis Macam..



Aku baru je servey daripada satu blog ke satu blog. Tertarik dengan satu blog yang agak top juga iaitu blog cik epal yang selalu bercerita pasal anonymous yang sentiasa menghentam dia dalam kebanyakan entry yang dia tulis..


Kadang2 aku pelik, kenapa mesti ada manusia yang jenis macam anonymous ni.. Yang sentiasa tak puas hati dengan blog yang ditulis oleh pemilik blog. Bagi aku simple, kalau TAK SUKA tutup mata pakai kain hitam ataupun senang cerita tak payah baca dan terus blaa ataupun kalau suka bacalah kan senang gitu. Tak perlu untuk membalas dengan perkataan pelik2 dengan menggunakan nama anonymous ataupun membalas balik dengan menggunakan blog masing2..


Kadang2 aku pelik juga si anonymous ni tak malu ke dengan diri dia yang terang2 menunjukkan dia seorang penakot dengan menggunakan nama samaran macamtuh ? haha. Bukan aku nak menyokong mana2 pihak, yea memang benar kadang2 kita kena terima kritikan daripada orang lain tapi kalau kritikan yang langsung tak membina ataupun kritikan yang membalas balik ataupun kritikan yang menyekang pendapat individu aku rasa ada something wrong dengan hati si anonymous ni. haha. Berapa banyak daa ATAUPUN.. Jangan marah.. hehehe



Haa, lagi satu aku pelik dengan orang macam ni. Aku rasa dorang ni buta IT la. Sebab apa ? Sebabnya, tidak ke dorang tahu, yang lagi selalu dorang buka blog yang orang dorang tak suka lagi meningkatlah traffic blog orang yang dorang tak suka tuh. ahaha. Sekaligus boleh menambah rezeki dan duit poket kepada si penulis blog yang dorang benci tu. hahahaha. NOOB gile korang duh ! haha.


So, janganlah buka blog tu kalau korang tak suka. Kata tak suka dan setuju tapi asyik baca tak ke korang rasa bodoh ? hahaha. Okeylah, cukup setakat ni aku membebel malas pulak aku nak menghentam insan bernama manusia yang berperangai begini. Cuma nasehat aku kepada anda anda dan anda jika ada yang berperangai begini, cepat2 lah jumpa cikgu belajar IT ye ataupun macam aku cakap pakai kain hitam ataupun nak senang lagi butakan mata kau terus supaya tak baca blog yang kau benci tu.. wahahhaha..




* Lagi sekali aku tak menyokong mana2 aku cuma meluahkan apa yang aku rasa terhadap insan begini. hahaha. Sekian, wasalam :)


SIHIR wujud lagi ke di zaman globalisasi ni ?


Baru2 ni ada seorang kawan aku menasihatkan aku supaya tidak memungut barang yang cantik ataupun baru yang tiba2 wujud dihadapan ataupun sekitar rumah. Aku pun pelik. Kenapa mesti macamtuh pulak ? Kalau benda dah ada depan rumah aku, kalau aku tak tahu siapa punye memang kompom2 tak ada siapa punya tak akan lah aku nak buang kan ? Rezeki kot. Bak kata orang rezeki depan mata jangan ditolak. hehehe


Kemudian, kawan aku ni pun bercerita lah pasal jiran sebelah rumah dia yang kuat mengamalkan ilmu hitam ataupun lebih dikenali kepada sihir. Haa ?! Sihir ?! Wujud lagi ke ?? Aku menggeleng2 kepala apabila kawan aku ni menceritakan pasal perangai jiran sebelah rumah dia yang sentiasa tak puas hati dengan keluarga dia. Dan dia sendiri pun tak tahu sebab apa. Dan yang menggeramkan kawan aku tuh, sebab keluarga dia taknak membalas balik perbuatan jahat si penyihir tuh. Bayangkan lah, selama dia dan keluarga duduk dekat rumah tuh dah 19tahun, selama 19tahun lah macam2 dah berlaku dekat keluarga dia berkaitan penyakit misteri dan sebagainya. Kalau aku, mungkin dah lama blaa awal2 lagi kot.. huhu


Cerita baru2 ni apabila salah seorang daripada keluarga kawan aku ni mengalami penyakit aneh apabila tiba2 perut semakin membesar. Pergi cek kat seorang ustaz yang pandai mengatakan yang jiran die tu buat dan sihir lama yang masih belum baik menyebabkan kesan perut membesar. Sihir ni bermula apabila secara tiba2 ada satu hari tuh, pada waktu pagi kawan aku membuka pintu rumah dan dia ternampak satu plastik mangga muda dan fresh memang menggoda gila la. Korang dapat bayangkan tak kepelikan disitu sebab dengan tiba2 ada orang letak mangga depan rumah bukan calang2 mangga pulak tu. haha.


Keluarga kawan aku tak makan mangga tu dorang buang terus. Kemudian, esoknya tu bila kawan aku pergi ke belakang rumah pulak, dia nampak lagi sekali satu plastik mangga muda yang sama diletakkan pula kat belakang rumah tu. Haih.. Nampak sangat lah ada makna tu.. Then bapak kawan aku ni pun pergi la bawa dalam sebiji dua mangga tu berjumpa dengan ustaz, dan macam biasa jawapan ustaz orang yang sama buat..



Manusia manusia.. Aku pelik dengan perangai manusia kadang2 yang sentiasa dengki dengan orang sekitar mereka.. Bukan nak cakap apa lah, terutamanya kaum melayu.. Sebab tu la Melayu susah nak maju.. Disebabkan perangai dengki yang sentiasa menggunakan benda2 sesat macam ni lah Melayu selalu tak maju.. Bukan nak cakap main cakap, tapi cuba korang lihat, masyarakat cina india mana ada sikap menjatuhkan macam ni..


Kedai mamak makin maju. Tapi kedai Melayu ? Erm, daripada cerita2 aku dengar kedai2 Melayu sekitar kawasan aku ni selalu tutup dan bertukar ganti disebabkan benda2 ni lah. Perasaan dengki then sihir kedai tu biar tak ada siapa makan kat situ. Kesan dia, bukan saja dekat orang yang disihir tapi juga mungkin ada yang kesan pada pelanggan yang makan kat situ.. Manusia manusia..


Sebab tu lah, kadang2 ramai daripada masyarakat Melayu takut nak masuk politik dan berniaga bukan sebab apa salah satunya mesti faktor ni lah faktor sihir yang tak sudah2. Dan salah satu faktor ni jugaklah aku rasa nanti kalau aku dah kahwin, aku nak duduk dengan sekitar masyarakat india dan cina. Bukan aku berfikiran cetek ataupun tak percaya kepada kuasa ALLAH, tetapi sekadar langkah berjaga2 dan semangat satu malaysia. wahahaha..




We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook