15 Feb 2010

Tips Menangani Gementar Waktu Berucap

Aku bukanlah seorang yang professional di dalam seni perucapan. Tetapi sekadar cukup untuk aku kongsikan pengalaman aku selama aku pernah menjadi pemidato, penyajak, pengacara majlis, pembaca ikrar, pendebat, ahli forum dan pelbagai lagi selama bertahun-tahun aku berada di bangku sekolah.


Ya, bukan setahun dua aku menceburi seni perucapan tapi selama hampir lebih daripada lima tahun dan dunia perucapan sememangnya sudah sebati dalam kehidupan aku. Ada antara rakan-rakan aku waktu disekolah dulu pernah bertanya macam mana nak hilangkan gementar takot dan cuak ketika kau berucap faridah ? Akan aku berikan antara tips yang selalu aku amalkan. Memang mudah senang dan enak.. hahaha. Mengarot ok ! Masuk tips..




Sentiasa merasakan kau adalah juara dan kau lah yang terhebat dan bakal memegang piala yang ada dihadapan itu... wahahahaha

Clue yang aku bagi di sini adalah YAKIN. Ye, yakin bahawa kaulah yang terhebat antara yang terbagus ! ( ayat tak boleh blaa) hahaha. Walaupun peserta sebelum kau tu jauh lebih hebat, tapi kau jangan cepat down, kau cepat2 set kat otak ' Eleh aku lebih hebat!' hahaha. Dan ingat, sikap ini sementara sahaja iaitu ketika kau sedang berucap dan jangan kau bawa bawa sehingga habis majlis. Nanti kau akan hampa kalau kalah dan menangis sebab tak dapat piala. haha. Maksud aku disini, ketika kau berucap, kau yakin kaulah juara untuk membuatkan persembahan kau hebat daripada biasa dan selepas kau berucap hanya senyum dan berdoa serta releks untuk tunggu keputusan. hehehe.


Lupakan pasal sejarah hidup kau yang sedih sedih dan buatkan dunia kau kosong seketika tanpa sebarang masalah... Peace no war ! kah kah kah..

Aku sangat menekankan pasal point yang ini. Sebabnya, waktu aku mewakili sekolah untuk pidato piala diraja, aku tersungkur dan memalukan diri sendiri apabila aku rasa sangat sangat tertekan waktu bagi ucapan sebab aku asyik fikir pasal kakak aku nak kahwin. Ok sumpah ! Aku tak main main, ini betol.. Kakak aku nak kahwin, dia kena stayl dengan suami dia sebab tuh aku sedihla. Bukan sebab aku nak kahwin juga ye harap maklom. hahaha. Point aku di sini, tolong tolong tolong ketika hari kau nak berucap tu, bangun je daripada tidur lupakan semua masalah kau pasal pakwe skandal anak ikan ataupun anak ayam kambing itik, tolong tolong kosongkan otak kau dan hanya teks ucapan di kepala hotak kau. Ada paham ? hehehe. Sory terkasar. Peace ! hehehe



Hafal teks, kalau tiba tiba kau terlupa kat atas pentas kau hentam taram cicah sos tiram je pakai ayat sendiri sampai kau ingat balik...

Point aku di sini, waktu kau tengah berucap jangan sekali kali kali kali kau stop secara tiba2 disebabkan kau lupa. Oh please la ! Kalau kau stop nanti satu dewan tuh akan tahu yang kau lupa dan agak ada kecacatan di situ.. haha. Ada paham ? Teruskan dengan ayat yang kau rasa agak2 bunyi dia sedap ataupun kau ulang je balik ayat sebelum tuh sepuluh kali pun tak apa sampai kau ingat. Okey, antara contoh aku pernah buat waktu aku pergi pertandingan sajak peringkat zon, aku lupa sajak then aku pakai hentam cicah sos tiram perkataan dadah tuh aku ulang nak dekat sepuluh kali tapi ayat dia macam2 bunyi dengan ekspresi la.. dadahh... oh dadahh... kau dadah... dadah.. last sekali aku dah memang lupa sangat2 aku pegi sebot.... aku benci dadah ! Then, sekian. Kreatif tak sajak sendiri ? hahhahaha.


Jangan nak berlagak kau hebat sampai teks bantuan sikit pun kau tak bawak.. Jangan nak baget kau pro pulak macam kau dah hafal bulat bulat semua ayat.. NOOB ! hahaha

Gerenti wa cakap, hebat mana pun lu, lu gerenti akan ada lupa satu point la paling kurang pun. So, point aku di sini, tolong bawa teks bantuan ye. Contoh, kertas kecik yang ada point2 penting. Ok lah kalau kau taknak sangat bawa kertas sebab nak baget kau teror kan kau tolong lah tulis sikit2 kat tangan kau tu point point ayat. Tolong la okey. Jangan nanti kau dah lupa kat atas terdiam baru nak terkencing. Ok, peribahasa yang aku hentam tak ada dalam kamus. Harap maklum. hahaha. Abaikan la kalau judges kau cakap tak boleh bawa kertas. Kau biarkan je, kau tulis kat tangan ok. Sebab dia kata tak boleh bawa kertas tapi tangan boleh kan ? wahaha. Nasehat aku ni nasehat ok. hehe. Ala, paling2 pun markah tolak satu dua je. Janji kau tak terdiam dan terblur kat atas ok ? hehehe




Okey aku rasa cukup setakat ini sahaja antara tips2 sikit aku nak kasi. Kalau kau nak panjang2 punye kau pergilah beli buku tips berucap dekat MPH okey. Entry aku ni limited edition je. So tak boleh nak tulis panjang panjang ye. Harap Maklom. Sekian.. hahaha. Gudluck ! hehehehee



5 comments:

  1. Bagus tips ni.. MUngkin boleh membantu dalam membuat pengucapan awam..

    ReplyDelete
  2. zool : ye macam macam pengucapan boleh pengucapan awam pengucapan peribadi dan pengucapan umum semuanya boleh. hahaaha

    ReplyDelete
  3. haha. amal2 kan la selalu ye cik epal :D heheh

    ReplyDelete
  4. tips yang bagus

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook