13 Feb 2010

SIHIR wujud lagi ke di zaman globalisasi ni ?


Baru2 ni ada seorang kawan aku menasihatkan aku supaya tidak memungut barang yang cantik ataupun baru yang tiba2 wujud dihadapan ataupun sekitar rumah. Aku pun pelik. Kenapa mesti macamtuh pulak ? Kalau benda dah ada depan rumah aku, kalau aku tak tahu siapa punye memang kompom2 tak ada siapa punya tak akan lah aku nak buang kan ? Rezeki kot. Bak kata orang rezeki depan mata jangan ditolak. hehehe


Kemudian, kawan aku ni pun bercerita lah pasal jiran sebelah rumah dia yang kuat mengamalkan ilmu hitam ataupun lebih dikenali kepada sihir. Haa ?! Sihir ?! Wujud lagi ke ?? Aku menggeleng2 kepala apabila kawan aku ni menceritakan pasal perangai jiran sebelah rumah dia yang sentiasa tak puas hati dengan keluarga dia. Dan dia sendiri pun tak tahu sebab apa. Dan yang menggeramkan kawan aku tuh, sebab keluarga dia taknak membalas balik perbuatan jahat si penyihir tuh. Bayangkan lah, selama dia dan keluarga duduk dekat rumah tuh dah 19tahun, selama 19tahun lah macam2 dah berlaku dekat keluarga dia berkaitan penyakit misteri dan sebagainya. Kalau aku, mungkin dah lama blaa awal2 lagi kot.. huhu


Cerita baru2 ni apabila salah seorang daripada keluarga kawan aku ni mengalami penyakit aneh apabila tiba2 perut semakin membesar. Pergi cek kat seorang ustaz yang pandai mengatakan yang jiran die tu buat dan sihir lama yang masih belum baik menyebabkan kesan perut membesar. Sihir ni bermula apabila secara tiba2 ada satu hari tuh, pada waktu pagi kawan aku membuka pintu rumah dan dia ternampak satu plastik mangga muda dan fresh memang menggoda gila la. Korang dapat bayangkan tak kepelikan disitu sebab dengan tiba2 ada orang letak mangga depan rumah bukan calang2 mangga pulak tu. haha.


Keluarga kawan aku tak makan mangga tu dorang buang terus. Kemudian, esoknya tu bila kawan aku pergi ke belakang rumah pulak, dia nampak lagi sekali satu plastik mangga muda yang sama diletakkan pula kat belakang rumah tu. Haih.. Nampak sangat lah ada makna tu.. Then bapak kawan aku ni pun pergi la bawa dalam sebiji dua mangga tu berjumpa dengan ustaz, dan macam biasa jawapan ustaz orang yang sama buat..



Manusia manusia.. Aku pelik dengan perangai manusia kadang2 yang sentiasa dengki dengan orang sekitar mereka.. Bukan nak cakap apa lah, terutamanya kaum melayu.. Sebab tu la Melayu susah nak maju.. Disebabkan perangai dengki yang sentiasa menggunakan benda2 sesat macam ni lah Melayu selalu tak maju.. Bukan nak cakap main cakap, tapi cuba korang lihat, masyarakat cina india mana ada sikap menjatuhkan macam ni..


Kedai mamak makin maju. Tapi kedai Melayu ? Erm, daripada cerita2 aku dengar kedai2 Melayu sekitar kawasan aku ni selalu tutup dan bertukar ganti disebabkan benda2 ni lah. Perasaan dengki then sihir kedai tu biar tak ada siapa makan kat situ. Kesan dia, bukan saja dekat orang yang disihir tapi juga mungkin ada yang kesan pada pelanggan yang makan kat situ.. Manusia manusia..


Sebab tu lah, kadang2 ramai daripada masyarakat Melayu takut nak masuk politik dan berniaga bukan sebab apa salah satunya mesti faktor ni lah faktor sihir yang tak sudah2. Dan salah satu faktor ni jugaklah aku rasa nanti kalau aku dah kahwin, aku nak duduk dengan sekitar masyarakat india dan cina. Bukan aku berfikiran cetek ataupun tak percaya kepada kuasa ALLAH, tetapi sekadar langkah berjaga2 dan semangat satu malaysia. wahahaha..


10 comments:

  1. aku tak percaya benda2 ni.
    skrg kita zaman it..bukan zaman hang tuah

    ReplyDelete
  2. ahmad syazwan : haha. siapa kata benda camni still tak ada pada zaman ni ? haha. Kalau nak ikotkan mungkin masih ada yang amalkan tapi tak adalah majoriti macam dulu. haha. Kalau tak, mana muncul nye penyakit2 misteri n so on ? :)

    ReplyDelete
  3. Ada, selagi ada pengamalnya...

    ReplyDelete
  4. sya : yup saya setuju. Kan bagus kalau dorang ni sume tak wujud. tenteram dunia. haha

    ReplyDelete
  5. walaupun skrg ni zaman IT tapi tak semua orang mengikut arus. Ada jugek yang masih buat benda cam tu.

    Tak dapat nak menidakkannya.syaitan sentiasa ada untuk menyesatkan kaum Adam.

    ReplyDelete
  6. Zaman yang maju. tapi jika amalan itu di warisi memang mungkin still ade lagi.

    sama macam hantu. orang akan pertikaikan zaman IT dan teknologi ni ade lagi ke hantu?

    tapi perkara-perkara ghaib tu mmg ade.

    ReplyDelete
  7. shahrinabd : Saya setuju sebab tak semua manusia sama kan :)

    ReplyDelete
  8. Adam : yup. perkara ghaib memang ada sememangnya dah tertulis dalam al-quran bukan :)

    ReplyDelete
  9. Salam, semua.

    Sebagai seorang Islam kita kena pandai bezakan di antara apa yang disebut sebagai HAL GHAIB dan apa pula KHURAFAT .

    HAL GHAIB :

    Salah satu di antara Rukun Iman itu ialah WAJIB BERIMAN KEPADA PERKARA YANG GHAIB.

    GHAIB = Satu hal yang memang wujud cuma ia tidak dapat dilihat dek mata dan ditangkap ( dirasai ) oleh pancaindera yang lima.

    Contohnya : Syurga - Neraka - Pahala - Dosa - Barokah ( Berkat ) - ALLAH TA'ALA - Malaikat - Iblis, Syaitan dan Jin - Dsbgnya.

    Disebabkan ianya GHAIB, maka yang mengetahuinya secara detail hanyalah ALLAH SWT.

    Tidak ada cara lain untuk tahu hal itu melainkan dengan penjelasan Tuhan samada menerusi Al-Quranul Karim ataupun Sunnah Baginda Rasulullah SAW.

    Selain dari kedua-dua sumber itu, semua HAL GHAIB yang dinyatakan tidak dapat dipastikan dengan tepat dan kebanyakannya adalah KHURAFAT.


    KHURAFAT pula ialah :

    Dongeng-dongengan @ Takhyul @ Karut-Marut yang diada-adakan di dalam sebuah berita mahupun cerita.

    Asalnya, berita/cerita itu ada kebenarannya. Lalu ditokok-tambah " rasa "nya dengan sebab-sebab tertentu.

    Contohnya : SYAITAN - Ia memanglah wujud dan dinyatakan kewujudannya oleh Al-Quran, Sunnah dan juga akal serta naluri manusia.

    Syaitan memanglah wujud.

    Tetapi kisah ORANG YANG DAH MATI ( benar-benar sudah meninggal dunia ) boleh " HIDUP KEMBALI " untuk tuntut bela - cekik orang - hisap darah, ini semua adalah KHURAFAT dan boleh merosakkan iman seseorang muslim.

    Mana mungkin orang yang dah MATI boleh BANGKIT KEMBALI . Jika boleh BANGKIT KEMBALI dah tentu KIAMAT namanya sebab istilah KIAMAT ( Dalam B. Arab = QIYAMAH ) diambil dari perkataan " QIYAM " = Bangun / Berdiri.

    Dan kalau " orang yang dah betul2 mati boleh bangkit kembali ke dunia walaupun sekejap... kan lebih baik dia bangkit untuk bertaubat, atau bayar hutang yg tak sempat dijelaskan, atau buat amal soleh banyak2 atau ziarah sekejap anak-cucu . Itu LEBIH UTAMA daripada bangkit untuk cekik orang dan hisap darah orang.

    Itulah beza antara YANG GHAIB dengan KHURAFAT.

    Agak-agak korang, banyak2 dalam filem, tabloid dan cerita-ceriti masyarakat ini termasuk bab BERIMAN KEPADA YANG GHAIB ( RUKUN IMAN ) atau KHURAFAT KARUT-MARUT ???.

    WASSALAM.

    ReplyDelete
  10. salam..
    sgt setuju dengan nur muhamad =)
    moga kite x tergolong dalam kalangan orng yg kurafat~~amiin
    ~~sebnrnye sihir nie memang wujud.. sebab sihir dihantar melalui jin,iblis dan syaitan...

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook