15 Feb 2010

Ada Apa Dengan DOTA ?


DOTA ataupun lebih dikenali sebagai DUNIA ORANG TIADA AWEK bagi kalangan pemain game DOTA ni merupakan salah satu game yang sering memeningkan kepala hotak aku. Kenapakah ? Sebabnya, dah korang si pemain DOTA ni menggelarkan dota ni untuk dunia orang tiada awek, yang peliknya mengapakah sasaran pemain DOTA ni lebih tertumpu kepada kau orang yang mempunyai awek dan sewaktu dengannya ? Mengapakah ?? Adakah disebabkan bagi korang yang dah ada awek jikalau main game ni korang akan merasakan seperti dunia korang awek korang tidak wujud ?? Oh mengapakah game begini seharusnya diwujudkan. hahaha. Pening seketika aku di sini.


Kalau dulu aku pernah membebel pasal DOTA di SINI dan sekarang akan aku membebel lagi sekali apabila aku menyedari penyakit parah bf aku sudah kembali lagi apabila beliau sekarang secara senyap2 telah menjoin dan melibatkan diri dalam geng DOTA di University beliau dalam laman kesukaan korang semua iaitu facebook. Apakah ? Aku semakin buntu. Dota oh Dota mengapakah kau begitu menjadi kegilaan para lelaki ?


Bf aku pernah juga dahulu mendownloadkan game ni, aku main lah jugak sikit sikit tapi memang aku langsung tak paham apa yang seronoknya. hahaha. Pening aku pening. Argh ! Ini tak boleh jadi nampaknya jalan terbaik adalah aku harus harus dan HARUS belajar bermain DOTA dan mengalahkan bf aku ni supaya beliau sedar yang dota juga adalah dunia orang tak ada pakwe untuk golongan awek awek. wahahah..


Ataupun ataupun ataupun kalau korang golongan awek2 ni ada idea untuk kita create satu game dunia orang tiada pakwe pulak jangan lupa share share ye. haha. Yea, bersama kita beramai2 wahai golongan awek2 memerangi musuh utama kita iaitu DUNIA ORANG TIADA AWEK. gahaha...


16 comments:

  1. haha ada ada ... game mini kat fb tu =.=.. awek aku gila game2 kat fb sampai addict cam sial... aku jadi mangsa kena bukakkan utk dia =.="""... ROFL korang g la men game fb pulak smpai bf korang bengang :D selamat mencuba hahah

    ReplyDelete
  2. haa. gud idea duh ! terima kasih jugak sebab memberi idea yang begitu bernas sekali. wahaha. we setakat mini apa barang baik aku main y8.com boleh aku layan game patung tuka2 baju tu. hahaha :D

    ReplyDelete
  3. melz : tak tak saya anti dota ! ahaha :p

    ReplyDelete
  4. orang sekarang main HON lahh..dah tak main DOTA dahh..

    ReplyDelete
  5. HON apa itu ? grr.. hope soo tak lebih hebat dari dota. if not sure korang semua akan berHON pulak. hahaha

    ReplyDelete
  6. memandangkan aku dengan bf aku pun tak tahu apa cerita sekarang kerana bergaduh pada malam valentine semalam. so nanti aku reka oke game DOTA ladies version! :)

    ReplyDelete
  7. hahaha. okey gak tuh aku setuju je. :D hahaha. perlukan bantuan aku roger2 je ok ! :D hehehe

    ReplyDelete
  8. sabar..sabar... hahaaa.. mungkn lelaki pandang lina atau medusa d gorgon tu lebih hot drpd awek mereka sendiri...

    ReplyDelete
  9. morriss : haa ? oh kantoi di situ ! then awek2 semua jangan lupa tuka dressup seperti heroin yang ada di game dota tuh ok ! haha. tips ni tips :D

    ReplyDelete
  10. best ke game nih?.. kalau lagu DOTA yg basshunter nyanyi tu sedap gak.. " I can hear you man"

    ReplyDelete
  11. tihara : hahaa. tak tahu la saya. tapi lelaki pergh minat nak mampuih dengan game ni. Heroin die lawa2 kot. hahaha

    ReplyDelete
  12. my fren gila dota..
    sampai wakil m'sia untuk pertandingan..

    ReplyDelete
  13. si manes : peewiit ! walaweyh ! gile hebat ! :D haa kalau ini jadi wakil nak main dota tiap hari pun takpe. gahaha

    ReplyDelete
  14. DOTA? Tak payah la korang orang pompuan nak pening-pening. Korang memang tak akan paham punya. Ini game untuk para pakar strategi yang true.

    ReplyDelete
  15. DOTA,,,,,PERFECI ITS SHIT................

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook