Jenuh aku asyik fikir kebelakangan ni nak pindah ke stay nak pindah ke stay. At last atas beberapa faktor yang lebih banyak ke arah negatif dekat kolej aku sekarang nampaknya sedih atau tak suka atau tidak aku kena juga ambil keputusan untuk berpindah demi masa depan yang pasti. Mesti antara korang yang tanya kenapa nak pindah ? Secara detail dan satu persatu aku akan terangkan. Ni adalah antara sebab yang selalu aku fikirkan :
1) MQA :
Encik Yusri : Sebelum raya tahun lepas aku dengan beberapa orang kawan aku ada berjumpa sendiri dengan orang atasan bawah CEO kitaorang iaitu Encik Yusri. Beliau menjanjikan macam2. Memang manis sangat2 apa yang beliau kata. Die cakap lepas raya nanti akan ada perubahan dekat kolej untuk dapatkan MQA ni sebabnya kalau nak dapat MQA kolej kitaorang perlu membuat sesuatu dekat lab komputer, buku dekat library ditambahkan, office diubah suai, setiap kelas kena ada satu projector untuk setiap satu kelas, banyakkan studio dan kemudahan. Die ada cakap yang benda ni sume boleh stle kejap je. Tapi aku dah tunggu sampai bulan 2 dah. Untuk pengetahuan korang satu perubahan pun tak ada. Ok fine, kalau alasan nak kata Puan Mus cuti bersalin tak boleh nak stlekan semua n nak tunggu dia, hell yaw. Bukan ke setahu aku dekat dalam surat yang kau tunjuk kat aku dan kawan2 mengatakan bahawa benda2 ni sume kena cukup before MQA dapat tak salah aku dalam bulan 2 atau 3. Ok fine bulan 2 dah habes. Now nak menuju bulan 3. Kau rasa satu bulan cukup ke nak ubah ? haha. Semua hanya angan2. Memang bodoh aku sebab percaya kata2 kau. Memang patut dari dulu aku dengar kata2 senior yang kau memang tak boleh percaya langsung. Kalau ada pun satu hari nanti MQA dekat MIIM alhamdullillah aku ucapkan tapi ada ke ? haha. Kalau ada pun aku tak rasa dalam masa terdekat ni. Dan, kalau betol dalam masa terdekat ni baguslah untuk kawan2 aku yang stay. hoho
2) Konvokesyen : Kak Nor sendiri mengatakan dekat mak Elin yang MIIM tak pernah ada konvo. Sesuatu yang sangat mengejutkan. Dan merupakan salah satu sebab yang membuatkan aku nak pindah dengan drastik dan tiba2. Benar atau tidak aku tak pasti sebab aku pernah tengok gambar konvo kat office. Kalau betol ada konvo baguslah tapi kalau tak ada ? No comment. MQA tak ada ditambah lagi dengan konvo tak ada kolej apakah untuk aku bayar 18k ? Kenapa aku tak tanya dengan management terus ? Daripada aku tanya dengan semua staff yang kesemuanya kaki pembohong, baik aku tak payah bertanya.
3) Management teruk : Penipu sebab pada awalnya dorang cakap ada MQA dekat sesetengah pelajar tapi sememangnya MQA langsung tak ada dan dikatakan dalam proses. Ye memang betol dalam proses aku ada lihat surat tapi mampukah kolej ni mendapatkan MQA ? Itu aku tak pasti. Penipu sebab dah terang lagi bersuluh bila ada sehari tu ayah Amir kol office untuk cakap dengan kak nor tapi staff yang angkat phone cakap kak nor tak ada. Padahal, waktu ayah amir kol aku amir dan kawan2 lain tengah ada dekat office dan kak nor ada di dalam office. Ayah Amir terus call hp Amir dan Amir cakap dengan ayah die kak nor ada dalam office dan Amir terus bagi hp die dekat kak nor dalam office tu. Tahu die takot. Dasar penipu ! Yang pasti, bukan satu kes ni je tapi banyak ibubapa sudah terkena dengan staff kolej ni yang kuat menipu dengan mengatakan orang yang dorang cari tak ada dalam office sedangkan dorang ada. Alasan semata2 untuk mengelak daripada dimaki hamun oleh ibu bapa. Nak ceritakan keburukan ? Aku rasa terlalu banyak untuk dihuraikan.
4) Khabar angin : Aku dengar daripada senior dan beberapa orang yang dipercayai mengatakan yang kolej aku dah lama tak bayar sewa bangunan dan juga bil2 elektrik. Aku memang tahu bil elektrik hari tuh terputus dekat dalam office disebabkan management tak bayar bil dan aku diberitahu sendiri oleh orang yang dipercayai berkaitan bil ni. Aku takot benda yang berlaku tahun 2007 apabila student di kolej aku diusir dari bangunan kolej disebabkan pihak kolej yang tak bayar bil dan juga sewa bangunan. Aku rasa benda ni dah stle lepastuh. Tapi antara aku sedar atau tidak pendapat aku, perkara yang berlaku pada 2007 macam tengah berlaku balik dekat aku pelajar2 kolej kitaorang yang lain. Aku taknak study aku tertangguh disebabkan benda macam ni jadi dan bila akhir2 sem tiba2 aku kena stop belajar disebabkan benda ni. Sememangnya, kalau aku masih belajar kat sini nasib aku seakan2 terumbang-ambing dan belum pasti seakan2 semuanya angan2 bile difikirkan balik. Aku rasa baik kalau aku pindah sebab aku baru saja tak sampai 2sem kat sini. Aku taknak nanti dah sem5 aku terpaksa pindah. Aku taknak. Baik aku pindah ke kolej yang jauh diiktiraf dan juga sememangnya tak akan ada peluang untuk bankrup.
Terlalu banyak sebab2 yang aku fikirkan. Dan ini adalah antara top sebab yang selalu aku fikirkan. Kalau yang +ve cuma boleh dibilang dengan jari je. Iaitu, kawan yang best, sukatan subject yang superb dan nama kolej yang gah untuk dapatkan keje. Itu sahaja. haha. Dan lepas aku fikir, dan dengar nasehat mak ayah aku yang cakap baik belajar dekat tempat yang sememangnya sesuai dengan duit yang dibayar dan juga tempat yang menjamin sijil diiktiraf, aku buat keputusan muktamad ni. Memang sedih untuk tinggalkan kawan2 tapi kawan2 masih boleh dicari masa depan pulak ? Fikir2 kan lah :)
0 gula-gula diterima :):
Post a Comment
Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)