24 Feb 2010

Sekolah Sejantina Adalah Pilihan TerTOP


Entri zaman budak sekolah ( p/s : Kali ni nak guna saya. hehe )




Pernah tak korang membayangkan dapat buka dan tukar baju beramai-ramai tanpa segan silu dalam satu tempat tanpa perlu takot dan menjerit sekuat hati mengatakann...








Sekiranya malaun sangap mengskodeng korang ? hak hak hak. Dan korang tak perlu nak menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk beratur dan berasak-asak di dalam tandas semata-mata untuk menukar baju ?



Well, dengan bagganya saya cakap YES! hehe. Kenapakah kenapakah ? Sebabnya waktu kat sekolah dulu saya telah ditempatkan di sekolah perempuan ataupun sekolah sejantina yang bermaksud semua perempuan tak ada spesies lelaki sesat di situ. hak hak. Dan ini adalah antara satu kelebihan kenapa saya cakap sekolah sejantina adalah sekolah terbaik disebabkan korang memang 100% gerenti tak akan cuak dengan pengskodeng sangap itu.






HAHAHA ( Tiru Shin Chan gelak )





Selain itu, pernah tak juga korang merasakan satu suasana yang harmoni tanpa ada bunyi gedebukk gedebakkk ( bunyi orang tengah kung fu ) untuk merebot awek ataupun pakwa ? Hehehe. Dan itu juga apa yang saya rasakan. Dari saya darjah satu sampai lah ke tingkatan 5 saya berada di sekolah sejantina dan satu pergaduhan teruk ataupun ganas-ganas tahap 18sgxwq tak pernah saya lihat di depan mata hidung dan kepala saya. Dah lumrah perempuan diciptakan lemah lembut gituu. hehehe. Tapi itu bukan saya sebab saya lah ketua samseng di dalam kelas. wahahaha





can malican oooo oii can mali cannn oo oiii.. hehehe





Pernah tak juga korang merasakan yang korang memang tak payah nak control ayu cun dan wangi untuk ke sekolah ? Lantak lah baju dah gosok ke tak ataupun tak basuh seminggu dua ke korang langsung tak kesah.. Oh pernah kah korang rasa macamtuh ? YES! Saya sentiasa rasa macamtuh. hahaha. Nak tidur kat dalam kelas sampai air liur basi meleleh leleh pun saya langsung tak kesah dan saya belajar dengan rasa tenang gila tanpa perlu control ayu. Wahaha. Bak kata orang jadi diri sendiri. Dan ini juga antara kelebihan sekolah sejantina.





Nak goyang Inul pun releks je 360 darjah. Toksah malu2. hehe





Pernah tak korang rasa seronok gila boleh menjerit-jerit dan jadi yang paling power kat sekolah tanpa ada saingan dari kaum lelaki ? Pernah tak korang rasa seronok tertonggeng terkangkang dengan penuh selesa bila korang buat cheer tanpa sebarang rasa resah pilu dan menggerunkan ? hak hak hak. YES! Itu apa kitaorang rasakan waktu kat sekolah dulu. Suka hati lah nak menari macam mana pun hentam taram nak menari tarian 18sxgfhhsn ke, semua lantak suka hati kau sebabnya memang tak akan ada kaum lelaki yang akan melihat terlebih terbanyak dan terover kat part-part tertentu. hehehe







Menari lah sepuas hati tanpa was-was. hohoho







Conclusin : SEKOLAH SEJANTINA / SEKOLAH PEREMPUAN adalah terbaik ! hak hak hak. Sekian.





12 comments:

  1. untuk perempuan yelah terbaik. Untuk laki.. ades.. bapak fed up habis hidup nampak laki 24/7. stress~

    ReplyDelete
  2. ariff : hak hak hak :D okey saya memahami naluri korang. gahaha :D

    ReplyDelete
  3. tak best jugk ah if semua pompuan. drama bnyk sgt. so wujudlaa nnt adegan backstab lah, kutuk2 laah. betul x? hihi

    ReplyDelete
  4. haha. aku survive je lima tahun kat penang free. best pe sekolah semua lelaki.

    ReplyDelete
  5. hehe sorry babe but i dont agree on this. bosan kottt. lg satu kan, cuba bayangkan if skolah all girls pastu ada one girl ni dah la cousin lelaki takde, adik beradik semua prmpn, mst dia tataw cmne nak bercakap dgn lelaki doeee. haha :P

    ReplyDelete
  6. boring kot sekolah sejantina..haha..nampak makhluk perempuan jer..skali skala nak tengok opposite jantina jugak..hakhak.

    ReplyDelete
  7. Inora Putri : Itu bahagian yang tak seronoknya. hak hak. memang betol juga apa u cakap tuh. hehe :D

    ReplyDelete
  8. shandye : tuhla. seronok kan kan sekolah sejantina ni. heheh :D

    ReplyDelete
  9. hudhud : its ok sebab masing2 ada opinion sendiri kan kan. hehe :) yup yup itu pun i setuju sebab my sis pun jenis mcam u cakap tuh ada masalah bila nak jumpa lelaki sikit. hehee

    ReplyDelete
  10. norain ishak : hahaha. ang sama dengan ariff oh. boleh geng. hak hak :D

    ReplyDelete
  11. i lg suka sekolah ada laki.bole cuci mata haha :P

    ReplyDelete
  12. sasha : hak hak. well kadang2 i pun rasa camtuh aw :D hehe

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook