21 Feb 2010

Tag Tag and More Tag. hehehe


Tersangatlah bosan hari ni. Oh yang pastinya, disebabkan aku tak dapat dating. hehe. Sebab aku telah dikawal ketat oleh bodyguard perkasa aku yang garang siapa lagi kalau bukan bapak aku. aduhai. haha. Ok lah aku tak keluar hari ni sebab selama seminggu jugak la life aku agak busy keluar sana sini. Almaklumlah saya bisneswoman baru nak up. Ececehh. hahaha.



Okey, masuk entry. Aku kena jawap tag yang diberikan oleh Miss Cahaya klik SINI untuk ke page beliau. Promote sekali sekala ye kak. Jangan lupa belanja MCD nak double cheese burger dan Sundae cup. hehehehe. Tak boleh blaa. Ok sudah cukup mengarot ! Aku kena jawap tag yang berbunyik :




Tag : You should tell 10 facts or hobbies about yourself



1 ) Nama aku Faridah dan nama cik abang sayang aku Farid. Dan aku merasakan hal ini tersangatlah cool di alam semesta ini. Okey, sangat perasan. Abaikan ! heee



2 ) Ramai orang ingat aku Cina dan ramai orang Cina cakap bahasa Cina dengan aku waktu aku kerja jadik promoter kat Jaya Jusco sampai kadang-kadang aku rasa aku nak carik pakwa Cina. Wahaha. Okey aku kelihatan Cina disebabkan mata aku sepet dan mak aku cakap keturunan aku dulu-dulu ada yang berbangsa Cina. Buktinya aku boleh cakap Cina, wo ai ni. Paham ? Tak paham sudah. hahahaha


3 ) Aku seorang yang memilih kawan dan aku tak suka ada kawan baik.


4 ) Aku suka main bola sampai aku tingkatan 3 aku masih main bola dengan budak kecik lelaki. Dan aku suka kawan dengan lelaki sebab lelaki tak macam perempuan lembut sangat menyampah. hahaha. Aku start berubah jadi gedik gedik dan baget pompuan ni bila aku dah start tak keluar padang rumah iaitu waktu nak dekat f4 kot. Ini fakta. hahaha


5 ) Aku type suka bercakap dan cakap main lepas. Aku tak suka nak simpan simpan dengan kawan aku terutamanya kawan yang agak rapat. Aku jenis cakap je apa aku rasa kat kawan aku tu kalau tak suka aku cakap tak suka kalau suka aku cakap suka. Tapi kadang2 ada juga kawan yang aku rasa tak perlu nak cakap lepas dengan dia sebab tak ada guna dan dorang jenis tak makan saman baik diam. hahaha


6 ) Aku jenis bukan pemarah tapi sekali aku dah marah dengan cikgu-cikgu dan meja sekali aku tergolekkan. hehehe. Pernah berlaku okey. Malas nak cerita.


7 ) Aku seorang yang positif dan berkeyakinan tinggi. Bapak aku selalu cakap aku baget. Tapi aku tak kesah apa dia kata. Aku lagi suka kalau dia cakap macamtuh, maknanya dia cabar aku. Aku jenis kalau orang bagi aku kerja walaupun aku tak boleh buat aku akan cakap aku boleh boleh dan boleh. hehehe..


8 ) Selalunya orang yang pertama kali kenal aku akan cakap aku sombong dan macam macam lagi yang teruk teruk. Tapi bila kenal betul betul selama bertahun dorang akan cakap aku jenis otai kelakar dan banyak cakap. hehe



9 ) Aku jenis cepat pandang rendah dekat orang. Ini fakta. Kalau sekali aku dah pandang rendah disebabkan perangai buruk dorang sampai bila-bila aku akan pandang rendah. Bukan aku rasa aku bagus tapi sebab bagi aku attitude seseorang tuh menggambarkan sama ada patut ataupun tidak kita respek dia.



10 ) Hobi pulak. Hobi aku simple, cuma online dan dating. No more lepak dan message. Aku tak suka dah. Zaman budak baru nak up dulu dulu boleh la. hehehe.




Jawapan yang ikhlas dari aku. Sekian..



10 comments:

  1. wahahah.. cepat betul dier jawab tag.. hik.. wo pu si wa ni.. wakakaka..

    ReplyDelete
  2. akak cakap apa ? saya tak paham. hahahahaha. siot je =.='

    ReplyDelete
  3. haha..message ke massage dik? hehe
    pengakuan berani mati cik ida ni. akk respek gile ar ;)

    ReplyDelete
  4. aik. berani mati apakah. hahaha :D yela message. thanks akak untuk tegur ok :))

    ReplyDelete
  5. wah, nak kena tag jugak!



    http://fitridzulkifli.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. fitri : hahaha. waa nak ke ? amek la ! cepat jawap. saya nak baca. hahaha

    ReplyDelete
  7. farid : kenapakah ? awak jawap la tagged ni. saya nak baca :D

    ReplyDelete
  8. okie.. tak jadik wo pu si wa ni.. nak cakap wathasiwa anata gosuki des.. hahahha..

    ReplyDelete
  9. apakah ? ohtidak ! hahahha. tak paham tak paham =.=

    ReplyDelete

Sebijik komen dari anda memberikan satu kepuasan impak maksima yang sangat superb. Terima kasih :)



We're specialized in Potrait & Wedding Photography!
If you're searching for a reasonable price and good quality of photographer,
you are right by choosing us! Quality is our priority :)
Click at the image below for direct to Faridisim Photography Facebook